Oktober 10 Days Challenge by Sitiyangmenaip : Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tinggal 10 hari lagi akan tamat bulan Oktober. Jadi harini cheq mulakan cabaran 10 hari bulan Oktober ni dari CT Humairah. Cabaran pertama adalah 10 makan kegemaran masakan my mom. Cheq ni duk jauh, sekali-sekala balik kampung memang nak makan macam-macam. Tahap mengada-ngada paling ketara sampaikan adik-beradik pun jeles, hehehe... Walaupun makanan tu cheq boleh masak sendiri tapi nak jugak makan yang emak buat.


1. Ayam Masak Merah
Memang sapa pun tak boleh challenge ayam masak merah emak cheq ni. Memang bertamabb-tambah nasi. Kena pulak dengan nasi tomato, memang emak mertua lalu pun tak nampak. Bukan setakat cheq ja yang suka, kalau sanak-saudara buat kenduri pun, memang emak cheq ditugaskan untuk masak ayam masak merah ni.


2. Sambal Ikan Bilis
Masa kecik-kecik dulu, hidup kami susah. Jadi santapan ni la yang selalu emak masak selain goreng telur. Masa duk asrama dulu, kalau time bulan posa emak akan bekalkan cheq sambal kering ikan bilis ni. Buat untuk bersahur. Makan la cheq sambil menitis air mata, tapi 2, 3 keping roti jugak habis.


3. Daging Goreng Masak Asam
Tengah menulis ni pun dah terliur. Ni feveret kami sekeluarga. Makan dengan nasi yang masih berasap, memang terangkat.


4. Masak Lemak Udang Campur Rebung
Kalau dapat rebung yang fresh, memang ni la juadahnya. Penuh penghayatan kalaudan kekusyukkan dapat makan juadah ni. Yummmy....



5. Bihun Sup
Juadah yang wajib ada setiap hari raya. Sanak-saudara datang rumah pun memang akan cari bihun sup. Supnya sup daging. Pastu adik-beradik akan berebut kekah tulang-tulang  tu.


6. Laksa
Sekarang ni emak dah jarang buat laksa dah semenjakmayah ada sakit-sakit urat ni. Ayah pulak pantang nampak, mesti pulun makan.


7. Sambal Belacan
Cili, belacan, air asam dan sedikit gula. Ditumbuk sehingha hancur. Sampai sekarang cheq buat memang tak pernah sama rasa macam emak buat. Kalau makan dengan buah konen atau macang memang best.


8. Pulut Dakap
Setiap kali cheq mengandung, memang cheq akan ngada-ngada nak makan pulut dakap yang emak buat sendiri. Taknak yang beli.


9. Pajeri Nenas
Rasanya yang masam-masam manis memang menyelerakan. Kalau emak masak pajeri ni,cheq la tukanh kupas buah nenas.


10. Keowtew Goreng
Sekali buat memang berbungkus-bungkus keowtew digunakan. Memang berebut mamakan. Kadang-kadang sampai tak cukup.

Ni la yang membuatkan cheq tak sabar nak balik kampung. Selain rindukan emak ayah, rindu jugak masakan emak. Bukan setakat cheq yang ngada-ngada, cik husband cheq pun akan turut ngada-ngada mintak emak masak macam-macam. Pandai la dia bodek emak kita tau...

#Notakaki : semua gambar diatas adalah pencarian dalam google. Gambar masakan emak cheq memang tak sempat nak snap. Dah bedal dulu.

21 comments:

  1. pulut dakap? mcm sdap je. xpna mkn la..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesetengah tempat panggil pulut pisang. Memang sedap, belah utara dan pantai timur senang nak dapat.

      Delete
    2. ooo.. pulut pisang ke... tu lah, first time dengar nama dakap tu....

      Delete
    3. belah utara jer kut panggil pulut dakap, sebabnya pulut tu dakap pisang...hehehe

      Delete
  2. Salam kenal dik,

    Aduyaii...meleleh ayaq liuq tap tap tap tengok makanan semua. Dok jauh dari malaysia sangat sangatlah merindukan masakan mak... huhu.. laksa lah yang paling cek rinduuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhnya tinggal...nanti balik malaysia boleh pulun semuanya.

      Delete
  3. tak tahan tengok laksa, sambal ikan bilis, ayam masak merah, sambal belacan, kueyteow goreng tu haaa. dah la tak makan malam pun. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan diet kut...hehehe. Akak ni kalau balik kampung memang badan aka naik, penangan makan masakan emak.

      Delete
  4. Sambal ikan bilis kering bawak mkn time sahur mmg sedap...sue pun suka.

    ReplyDelete
  5. dalam banyak banyak makanan..pulut dakap kita tak pernah makan lagi..isinya apa ye? hihi.macam sedap je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalamnya pisang. Pisang tu dibalut dengan pulut dan kukus. Sedap, rasanya lemak manis..

      Delete
  6. Salam Perkenalan.
    Done follow you #266.
    ~ http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. ooo tak pernah try lagi pulut dakap...
    amboiii siap berdakap2 lagi..
    ayu kalau bab pulut pon kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...pulut yang mesra..
      pulut memang peberet saya tapi takleh makan banyak
      nanti angin satu badan

      Delete
  8. pulut dakap pernah tengok orang jual tapi tak pernah beli hihi.. pajeri nanas i looooike jugak. tapi setengah orang letak kari banyak sngt jadi pahit hahaha. and daging asam tok selalu buat.. bukan mak hihi

    ReplyDelete
  9. daging goreng masak asam and pulut dakap tak pernah rase lagi.
    Laksa mmg feveret gilos

    ReplyDelete
  10. saya dah agak yg nombor 1 mesti ayam masak merah hehe

    ReplyDelete
  11. Aduhai.m sedapnya nengok.. Terliur...

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.