HAPPY 1ST ANNIVERSARY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dalam tak sedar, rupanya blog cheq ni dah genap umurnya setahun pada 10 Julai haritu.
Terlampau busy dengan kerja dan persiapan raya, hinggakan dah lupa dengan "baby kecik" cheq ni.
Sehingga kini dah ada sebanyak 783 entri yang cheq coretkan.
Entri pertama cheq adalah cerita pengenalan tentang cheq dan family.
Ceritanya di entri ----> SINI

Pada mulanya cheq hanya suka membaca kisah-kisah dari blog.
Bila difikirkan, apalah salahnya jika cheq pun ada blog cheq sendiri.
Isi kandungan blog pun hanyalah tentang kehidupan cheq dan keluarga.
Selain itu dapat jugak menambahkan kenalan.

Rintangan dalam berblog tetap ada. 
Kadang-kadang idea datang bertubi-tubi tetapi masa plak tak mengizinkan cheq mengetuk papan kekunci laptop.
Kekadang plak, menumpang dagu di hadapan laptop menunggu idea nak menulis.

Cheq tak rasa bila kita berblogging ni sebagai persaingan tetapi perkongsian.
Kita berkongsi bermacam-macam cerita tentang orang ramai.
Kekadang orang luar lebih tahu kehidupan kita hanya dengan membaca cerita kita di blog.
Paling cheq tak suka bila ada orang kata cheq meniru seseorang dan takdak pendirian.
Itupun hanya disebabkan cheq suka  bertukar template blog pada awal berblogging dulu.
Tetntulah kita mahukan yang terbaik dan mampu menarik ramai pembaca.

 Terima kasih kepada semua yang terus menyokong dan datang membaca cerita-cerita blog cheq ni.
Walaupun banyak cerita yang merapu.
Cheq akan cuba memperbaiki segala kekurangan yang ada.

KAD RAYA LAGI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Setelah beberapa tahun lamanya cheq tak terima kad raya.
Tahun ni berderet-deret cheq terima kad raya.
Itulah untungnya ada kawan-kawan blogger yang kreatif mencipta kad raya sendiri.

Hari raya keempat cheq masih lagi terima kad raya.
Biarlah orang nak kata old fashion pun tapi itulah nostalgianya.




First sekali cheq terima daripada sis Suria Amanda . Sebenarnya ini adalah kad raya yang kedua cheq terima dari SA. Mungkin SA terlepas pandang ataupun ada kad raya yang lebih. Hehehe...  Cheq ada baca entri SA tentang nak bagi kad raya ni, cheq pun terus emailkan alamat cheq kat SA. Terima kasih ya SA.

Yang keduanya adalah kad raya dari Mommylizz. Cheq ada menang giveaway yang dianjurkan oleh Mommylizz iaitu Segmen Saya Nak Kad Raya By Mommylizz . Kad raya direka dan dihiasi dengan gambar-gambar produk dari Shaklee nampak begitu cantik sekali. Terima kasih Mommy Lizz.

Yang ketiga ni pun, cheq menang kad raya dari segmen Kad Raya GA By Nina. Tuan punya blog Nina Ahmad iaitu blogger utara tentunya yang reka kad raya ni. Comel kad rayanya dengan gambar seorang perempuan ayu berbaju kebaya warna biru. Terima kasih Nina.

Nanti cheq nak deko ofis cheq dengan mengantungkan kad-kad raya ni. Lagipun raya kan sebulan.

TERPAKSA BUAT KUNCI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Telefon bimbit cheq memang selalu jadi rebutan anak-anak.
Cheq memang tak pernah lock pun telefon ni.
Tapi bila anak-anak cheq dah mula hantar mesej / whatsapp pelik-pelik kat orang, nampak gayanya cheq memang kena buat lock jugak.
Sebelum diaorang hantar yang makin pelik-pelik kannn...
Boleh jadi gaduh laki-bini ni.



Pattern lock pun cheq buat yang mudah-mudah ja.
Sebab cheq ni mudah lupa.
Nanti satu masalah plak bila dah tak ingat, habis kena block.



Inilah salah satu mesej yang dihantar oleh anak-anak cheq.
Nasib baik la cik abe ni sporting.

SKRIN LAPTOP BERPUSING

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Terkejut cheq semalam buka laptop, nampak gambar harimau ni menyenget.
Nak kata gaya tidur, bukan macam tu.
Rupanya skrin laptop cheq dah berputar.
Ni mesti hasil kerja anak-anak cheq ni.
Bila ditanya seorang pun taknak mengaku.
Dahla mama diaorang ni lemah banyak dalam kes-kes begini.
Last choice kena la google nak cari jalan penyelesaiannya.


skrin laptop berpusing 90 degree


Bila dah google, sebenarnya ada bermacam-macam cara nak perbetulkannya.
Cheq pilih cara yang paling mudah.

Caranya :

Tekan CTRL + ALT + UP (normal)
Tekan CTRL + ALT + LEFT (90 degree)
Tekan CTRL + ALT + DOWN (180 degree)
Tekan CTRL + ALT + RIGHT (270 degree)


senang ja nak perbetulkannya. Tekan benda yang dibulat
tu secara serentak samada nk pusing ke atas, bawah, kiri atau
kanan.



dah siap. harimau pun dah tegak berdiri, siap nak mengaum



APA NAK BUAT BILA ANAK KENA SAWAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bila anak-anak demam, mulalah cheq tak senang duduk. Hati ibu mana tak risau bila tengok anak duk tercelepuk tak bermaya, asyik merengek. Macam cheq ni yang kerja makan gaji, bila dah selalu sangat ambik EL, ada la muka-muka yang buat muncung. Hey,,,, ingat aku mau sangat anak-anak aku sakit!!!! Nasib baik la cheq dapat bos yang dapat beri tolak ansur. 

Mengimbas kenangan cheq masa darjah enam. Masa tu cheq ambik fardhu ain kat sekolah petang. Member baik cheq nama Haslinda demam pada hari tu tapi dia taknak balik rumah. Semasa duk buat latihan, kawan cheq yang duduk di hadapan cheq ni tiba-tiba sawan. Jatuh kerusi, mulut berbuih. Cheq dah lari keluar kelas sebab takut sangat. Ustaz bawak dia pergi ke klinik. 2, 3 hari lepas tu dapat berita kawan cheq tu dah meninggal dunia. Semasa berkunjung ke rumah arwah, emak dia bagitau arwah ni memang selalu kena sawan sejak dari baby lagi. Dah 21 tahun arwah pergi, semoga arwah berada di bawah lindungan Allah S.W.T.




Entri cheq kali berkenaan, apa yang perlu kita sebagai emak ayah buat kalau anak kena sawan tarik di rumah?

1. Baringkan anak mengiring dan buka pakaian anak.

2. Buka mulut anak. Kalau mulut berbuih, korek mulut anak keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar anak tertelah air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan anak mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar anak sedar dulu baru basahkan kaki anak dengan air sejuk. Bila anak dan sedar/menangis, baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau tiadak ada ubat buntut di rumah, bila anak sudah sedar, cepat-cepat bawak anak ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

Ingat, waktu anak kejang, seluruh badan anak kejang. Jangan goncang-goncang badan anak. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawak ke klinik/hospital berdekatan. Waktu kejang, otak anak berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu di bawak ke klinik/hospital untuk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tidak dapat oksigen yang mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang/sawan.

Sawan ini mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. Jadi, setipa kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.


SEGMEN AKU NAK BLOGWALKING BY CIK YANA

Tarikh tamat penyertaan :
26 Julai 2015


Klik banner untuk join

DAH TUA PUN DAPAT DUIT RAYA LAGI

عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dah hari keempat kita sambut hari raya tapi harini cheq dah mula menyarung uniform kerja.
Sunyi sepi opis ni, nak buat kerja pun takdak mood.

Seperti yang sedia maklum, walaupun cheq tak cuti raya tapi cheq dapat jugak balik beraya di kampung dengan emak ayah.
Pagi sebelum subuh lagi, cheq dah bangun bersiap dan mula kejutkan anak-anak.
Sebelum ke surau untuk sembahyang raya, kami akan berkumpul untuk bermaaf-maafan.
Yang seronoknya anak-anak la dapat duit raya dari tokwan diaorang.
Seperti kebiasaanya, cheq pun akan dapat duit raya jugak dari ayah.
Dah jadi perkara wajib, ayah akan bagi duit raya kepada semua anak cucunya.
Of course la, cheq pun hulur duit raya untuk emak dan ayah.


Walaupun amaunnya tak seberapa tapi
ayah tetap mahu berkongsi rezekinya
dengan anak cucunya.

Itu duit raya dari ayah tercinta.
Alhamdulillah, cheq jugak dapat duit raya dari rakan-rakan blogger.
Menjadi salah seorang yang bertuah dapat duit raya dari Budak Bandung Laici.
Ingat tak BBL ada buat giveaway hari tu.
Boleh semak senarai pemenang kat Pemenang Giveaway Duit Raya By BBL




Ini pulak hadiah duit raya dari Blogger Emas Putih yang comel tu.
Alhamdulillah, cheq terpilih untul hadiah cash RM50.
Semalam baru umum, boleh semak senarai pemenang kat ------>






Semoga bertambah murah rezeki para-para sponsor kita ni.
Alhamdulillah, rezeki anak-anak cgeq.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Rasanya belum terlewat cheq nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa akhirnya kita menyambut hari kemenangan.
Pastinya kita akan merindui waktu-waktu bersahur dan berbuka.
Nak ambik masa jugak nak biasa macam sebelumnya.

Cheq baru sempat bersiaran kerana cheq balik beraya di kampung.
Bila dah ada di kampung, cheq secara automatiknya akan jadi anti sosialmedia.
Telepon pun kadang-kadang tak ingat letak kat mana.

Tak sanggup rasanya beraya di perantauan menyebabkan cheq dan keluarga membawa diri balik beraya di kampung.
Cik husband cheq yang sepatutnya bekerja di hari raya pun, cari ikhtiar adjust kerja semata-mata nak beraya di kampung.
Walaupun sekejap ja berada di kampung, kepuasan beraya bersama emak ayah dan adik-beradik tu yang paling penting.
Insyaallah, ada rezeki, panjang umur raya haji ni balik beraya di kampung lagi.

Cheq akhiri coretan ini dengan ucapan 
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
KOSONG-KOSONG

BELI LIBRESSE PERCUMA PURSE COIN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Setiap bulan, kaum hawa yang dah cukup umur pasti akan gunakannya.
Walaupun setiap bulan kita guna tapi belum tentu setiap bulan kita akan belinya.
Macam cheq suka beli banyak-banyak.
Disebabkan beli banyak-banyak, jadi cheq ingat masih ada banyak lagi. 
Bulan lepas cheq nak guna, tengoknya dah tinggal plastik kosong.

Cheq pergi mencari di Mydin Mall, jumpa jenama Libresse ni 
Alaaa...model Libresse ni Adibah Noor yang comel tu.
Ini kali pertama cheq beli jenama ni sebabnya cheq berkenan dengan gift dia tu.
Lagipun ada 3 pek dengan 20 keping, harganya pun murah berbanding jenama lain.


.



Ni la purse coin yang comel tu.

Ada orang kalau dah selesa dengan satu-satu jenama tu, dia takkan tukar yang lain dah. 
Jangan jadi macam cheq ni, takleh nampak ada gift langsung mesti nak sambar.
Mata hadiahan la katakannn..hehehe

KUIH RAYA SUMBANGAN MB KELANTAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tiap-tiap kami para petugas keselamatan dapat sumbangan kuih raya dari Menteri Besar Negeri Kelantan.
Tahun ni walaupun menteri besar baru tetap meneruskan tradisi daripada arwah TGNA.
Betapa terharunya pihak kami bila ada VViP menghargai pengorbanan kami para petugas keselamatan yang terpaksa bertugas di hari raya.
Terubat kedukaan kami semua yang tak dapat pulang beraya bersama keluarga tercinta.





Bila tengok kek buah tu, teringat kat ayah cheq.
Memang kek favourite ayah cheq tu.
Opsss, biskut dan popia gulung tu pasti jadi rebutan anak-anak nanti.
Alhamdulillah, syukur dengan pemberian ni.





AIS KRIM FAVOURITE WAKTU KECIK DULU

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Anak-anak dah masuk tidur, aman la sikit nak buat kerja rumah.
Kalau tak cheq sibuk kemas kat dapur, diaorang sibuk sepah kat ruang tamu.
Selesai berkemas, sementara tunggu cik husband balik kerja, cheq layan dulu aiskrim yang cheq beli tadi.
Ais krim ni memang favourite cheq dari kecik-kecik dulu. 
Nak plak kalau perisa kacang merah, memang sekejap ja habis.

Dulu, lepas habis fardhu ain pasti akan singgah kedai runcit kat kampung.
Beli ais krim potong ni, kadang-kadang beli sampai 2 batang.
Masa tu harganya baru 20 sen sebatang.
Sekarang ni sekotak baru ada 6 batang tapi harganya dah RM7 lebih.
Beli jugak sebab dah lama tak jumpa.


tersalah beli perisa. Ingatkan perisa kacang merah
rupanya perisa pulut hitam tapi sedap jugak.

Dah habis 3 batang perisa ni. Esok kalau anak-anak
tanya, bagitau ja kucing curi makan.


Nampaknya esok cheq kena beli yang lain la, sebab cheq dah makan banyak.
Comfirm anak-anak akan tanya esok.
Itulah, makan sampai tak ingat anak-anak.

MENANG DUIT RAYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, ada rezeki cheq nak sambut aidilfitri ni.
Rezeki berpihak kat cheq untuk dapat hadiah duit raya sebanyak RM100.
Kalau tengok pada jumlah peserta tu, macam susah nak timbul nama cheq.
Silalah semak ada tak nama kengkawan yang menang kat ----> Pemenang Giveaway EFG Megaraya 2015



Hati cheq yang sedih kena raya di perantauan ni terubat sikit bila tengok nama cheq termasuk dalam golongan pemenang.
Ini adalah hadiah wang tunai yang paling besar cheq pernah terima.
Lepaslah nak beli kuih raya untuk 2, 3 jenis ni.
Semoga penganjur dan para sponsor giveaway ni bertambah murah rezeki.
Katanya tahun depan ada lagi giveaway ni, jangan lepaskan peluang untuk join nanti.



MANA KASUT RAYA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari minggu lepas sempatlah keluar bandar cuci-cuci mata.
Orang punyalah ramai, nak berjalan pun bersesak-sesak.
Memang keluar tu pun takdak tujuan.
Sesaja bawak anak-anak keluar jejalan dan menghilangkan bosan.

Sampai di kedai kasut, cik husband offer kat cheq untuk pilih kasut raya.
Pilih punya pilih, takdak pulak cheq yang berkenan.
Alang-alang dah ada orang offer, cheq sambar la kasut kerja.
Memandangkan kasut kerja cheq pun dah haus tumitnya.





Geleng kepala cik husband tengok cheq pilih kasut kerja tu tapi dia tetap bayar.
Raya ni cheq pakailah sandal yang ada tu.
Bukannya nak berjalan sangat pun. 
Raya pun setakat 2, 3 hari ja pastu dah kerja, pakai la kasut kerja ni.
Tak rugi pun beli.

MERIAH DENGAN KAD RAYA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


4 atau 5 hari lagi kita nak menyambut Syawal tapi atas meja cheq penuh lagi dengan fail-fail.
Dalam usaha nak clearkan meja sebelum bercuti raya ni dan nak hias ofis cheq dengan kad-kad raya yang cheq dapat ni.
Jeles budak-budak ofis bila tengok cheq dapat banyak kad raya.
Itulah, kita ada banyak kawan tau.. hehehe




Sebenarnya kad-kad raya ni bukan lah cheq dapat semuanya sekali gus.
Dapat harini, cheq simpan dulu kononnya nak ambik mood dulu nak buat entri.
Esoknya cheq dapat lagi kad raya.
Alang-alang tiap-tiap hari cheq dapat kad raya, maka cheq kumpul semua buat entri sekaligus.

Terima kasih kepada Ruqaiyah AmaninaJari Manis (JM)Fuza MusaDunia ZumalSURIA AMANDA dan Aida Adianiez kerana sudi hantar kad raya kat cheq. Jugak sudi menjadi kawan cheq walaupun kita tak pernah bersua muka. Terharu baca kata-kata yang korang tulis dalam kad tu. Harapnya persahabatan kita ni akan berkekalan. Cheq juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya ada yang terguris perasaan bila ada tulisan-tulisan cheq yang menyentuh hati dan sanubari korang. Kita KOSONG-KOSONG yer...

Notajarihalus : Untuk JM, nanti cheq jawab semua persoalan JM di entri yang akan datang.

TAK SEMPAT JADI BAJU

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Raya dah tak lama lagi dah. Alhamdulillah, persiapan untuk anak-anak dah 100% siap walaupun sekadar bersederhana ja. Untuk cheq dan cik husband, sekadar pakai apa yang ada ja. Mana taknya, baju tak sempat nak hantar upah. Lagipun dah lewat, banyak tukang jahit baju dah tak terima tempahan dah.

Nampaknya kain pasang yang ada tu nanti bolehlah tempah untuk dipakai hari raya haji nanti.
Masing-masing cheq dan cik husband ada 2 pasang kain yang tak berjahit. Semuanya kitaorang dapat hadiah, memang tak beli. Kat kampung pun cheq ada lagi sepasang kain yang kakak cheq belikan. Itupun tak jadi baju jugak.




Nampaknya tahun ni kami tengok anak-anak ja la yang melaram. Bila dah jadi emak ayah ni dah tak berapa nak kisah dah pasal baju raya ni, yang penting sekali adalah untuk anak-anak ja. Bila anak-anak happy, emak ayah pun turut happy kann




Segmen : Duit Raya Seindah Syawal by Nieyl

Tarikh tamat penyertaan :
15 Julai 2015

klik banner untuk join

Selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
Tangan dihulur tanda maaf dipinta. Semoga aidilfitri disambut dengan bersederhana.
Kosong - kosong

GIVEAWAY RAYA BY Bella

Tarikh tamat penyertaan :
27 Julai 2015



klik banner untuk join

Mencari 15 orang Pemenang Untuk 

Pemenang 1 : RM 10 + Satu Tudung Bawal Satin + Satu Korean Face mask
Pemenang 2 : RM 10 + Satu Tudung Bawal 
Pemenang 3 : Rm 10 + Satu Korean Face
Pemenang 4 & 5 : Satu Tudung Bawal
Pemenang 6 & 7 & 8 & 9 &10 & 11:  Top up Rm5 
Pemenang 12 & 13 & 14 &15 : Satu Kerongsang 


BISKUT RAYA YANG MUDAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tiap-tiap tahun cheq punya azam yang sama bila menjelangnya Aidilfitri iaitu teringin nak buat biskut raya. Tapi selalunya sampai ke raya ketiga memang tak jumpa biskut raya yang cheq buat tu. Azam tinggal azam ja.

Sebenarnya ada biskut raya yang sangat mudah untuk kita buat. Tambah-tambah lagi untuk orang yang busy sangat macam cheq ni.

Boleh lihat resepi dan cara nak buatnya di gambar bawah ni.
|
|
|
|
|
\/






Nampaknya macam mudah ja dan bahan-bahannya pun senang nak cari.
Yakin boleh buat tapi yang susahnya bila ada penyakit M ni.






DALAM DILEMA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Insyaallah, dalam seminggu lagi kita akan bertemu dengan Syawal. Pasti kita akan merindui Ramadhan yang kita tinggalkan. Seperti yang diketahui, tahun ni memang bukan giliran cheq untuk bercuti begitu jugaklah dengan cik husband cheq. Yang paling sedihnya, cik husband cheq kena bekerja di pagi raya. Nampaknya cheq dengan anak-anak ja kat rumah. Waaaaa... nak menangis rasanya.

Cik husband dah benarkan cheq balik beraya di kampung sebab dia tahu mesti cheq sedih beraya tanpa dia di sisi tetapi yang menjadi masalahnya dia tak bagi cheq balik memandu sendiri ataupun naik bas dengan anak-anak. Dengan syarat, dia yang akan hantar balik ke Perlis.

Dari Kota Bharu nak balik ke Perlis mengambil masa lebih kurang 6 hingga 7 jam. Lepas hantar kami anak-beranak, cik husband akan balik semula ke Kota Bharu. Itu yang merunsingkan cheq. Dan akan patah balik ke Perlis untuk ambik kami pada hari raya ke tiga. Bila cheq bagitau taknak balik kampung, dia plak tak sanggup tengok kami anak-beranak tak beraya. 

Cheq dah keliru ni antara nak balik beraya di kampung ataupun beraya sorang-sorang kat Kota Bharu ni. Tak pernah lagi cheq sambut raya tanpa suami di sisi.


MAJALAH YANG DAH LAMA TAK DIBACA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Zaman remaja cheq dulu ditemani dengan majalah-majalah retis seperti URTV, Mangga, Media Hiburan, lagi apatah. Yang tu ja cheq ingat pun. Dulu tiap-tiap bulan mesti tak pernah miss untuk beli majalah-majalah ni. Walaupun dah beranak sorang cheq masih beli majalah ni. Kalau tak pun cik husband yang belikan. Dia memang tau minat cheq.

Tapi bila dah masuk anak kedua ni, cheq dah jadi semakin sibuk dengan tugas-tugas harian. Dah tak sempat nak membeli apatah lagi nak baca. Lagipun time ni dah senang dapat informasi terkini melalui internet.


Petang tadi, cheq singgah kedai 7-Eleven. Sementara nak tunggu giliran bayar tu, cheq sempat la belek kat bahagian bacaan ni. Ternampak Kak Iti jadi cover kat majalah URTV. Terus cheq sambar. Cheq peminat nombor satu Kak Iti ni. Dah naik harga rupanya, dah RM5. DDulu baru RM3.50. Ooooo...gst rupanya.






Takdak banyak perubahan dari konsep dan susun atur cerita kat dalamnya. Cuma kertasnya dah advance. Tak mudah koyak. Disebabkan urtv kali ni edisi raya, maka banyak lah baju fesyen raya yang digayakan oleh retis-retis ni. Rasanya ni lah kali terakhir cheq beli majalah ni.

PENANGAN SI CHARLIE


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Cheq mula kenal dengan si charlie ni semasa cheq menuntut di Uitm Merbok. Sebelum cheq masuk situ, si charlie ni dah memang menetap kat situ. Siapa si charlie ni? Hensem ke dia? Sado sangat ke dia ni?

Sebenarnya charlie ni adalah serangga yang berbisa. Kecik je badan dia dan berwana belang merah hitam. Si charlie ni sukakan tempat yang lembap dan bercahaya. Kat rumah cheq ni, memang cheq pernah jumpa kat dapur tapi cheq tak hiraukan sangat, sampailah si charlie ni dah mengigit Damia. Cheq bagi madu, depa balas tuba kat cheq nooo..


Kejadiannya berlaku hari khamis minggu lepas. Cheq ambik damia kat taska, lepas tu kitaorang singgah bazar ramadhan. Sepanjang berjalan di bazar tu, damia asyik menangis ja. Sudahnya cheq dan damia tunggu abah dan kakak-kakaknya bershopping kat bazar dalam kereta ja.

Sampai kat rumah, cheq tengok lutut damia merah. Cheq ingatkan mungkin damia terjatuh kat taska, jadi cheq sapukan minyak gamat. Tapi cheq musykil juga sebab pengasuh damia takdak bagitau apapun. Malamnya damia demam, tidor dia pun tak lena. Kejap-kejap meregek.

Esoknya, demam damia masih tak kebah. Di lututnya plak timbul bintik-bintik nanah dan membengkak. Damia terus di bawa ke klinik. Pada masa ni cheq pun tak tahu lagi damia digigit charlie.

Hari kedua, bintik nanah semakin membesar. Demam damia pun on off ja. Memang asyik merengek sambil mulut duk sebut "sakit kaki". Nak jalan pun memang dah tak boleh. Asyik nak baring sambil menyusu badan. Cheq rasa habis air dalam badan cheq disedut damia.

Hari kedua
Pada malam tu cheq upload gambar lutut damia kat facebook. Rata-rata kawan cheq komen bagitau kena gigit charlie. Pada masa tu baru cheq terpikir ada betulnya. Kawan cheq siap telefon cheq bagitau cara nak merawat bisa ni dari merebak iaitu guna kapur makan dan madu.

Esoknya hari ketiga barulah cbeq dapat beli kapur makan tu. Caranya mudah ja just campurkan kapur makan dan madu tu. Kemudian sapukan keliling bengkak tu, jangan plak sapu atas bengkak tu. Kalau sapu jugak, tak tahulah jadi apa, sebab kawan cheq pun bagi petua setakat tu ja.

Kapur makan dan madu digaul bersama.

Hari ketiga : nanah dan bengkak semakin
membesar. Memang damia dah tak boleh
jalan time ni. 

Alhamdulillah, masuk hari keempat cheq tengok nanah dan bengkak di lutut damia dan mengecut. Hari tu Damia seakan lupa dia sakit kaki, dah bangun berjalan bermain dengan kakak-kakaknya walaupun jalan berencut-encut. Menjadi jugak petua kawan cheq ni.

Hari keempat
Cheq memang tak tahu cara nak hapuskan binatang berbisa charlie ni. Jangan sesekali picit binatang ni dengan menggunakan tangan. Dan cheq pun takkan bertolak ansur lagi dengan charlie ni. Nasib baik la damia ni cepat saya ubatkan, tengok gambar-gambar orang yang kena bisa si charlie ni dalam google lagilah gerun.



MENU BERBUKA YANG SANGAT JIMAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Diam tak diam dah masuk ke 20 hari dah kita berpuasa. Semakin hari semakin takdak idea nak masak apa untuk berbuka. Semalam, hanya cheq dan anak-anak yang berbuka di rumah. Manakala husband cheq keluar bekerja. Bila dah cheq dengan anak-anak ja yang kar rumah, jadi masak ja apa yang ada. Sebabnya cheq dengan anak-anak tak berapa cerewet bab-bab makan ni. Nak pergi bazar ramadhan memang tak lah...dengan 3 orang heroin ni yang suka buat huru-hara ni.

Balik rumah, cheq bukak peti ais ambil ja apa yang ada dalam kat dalamnya. Campak-campak dalam kuali, jadilah nasi goreng. Nasi goreng pun sekadar campur dengan telur ayam ja. Untuk air pada mulanya cheq nak buat air laici, tengoknya botol laici dah kosong plak. Yang ada sirap ja. Jadilah campur dengan susu jadilah sirap bandung. Cincau yang lebih minggu depan ada lagi, masukkan sekali dalam sirap bandung.




Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk kami sekeluarga.
Yang penting semalam tak keluar duit sesen pun.
Memang jimat.

GA Kawaidesu Concept Raya 2015 Bernilai RM395

Tarikh tamat penyertaan :
7 Julai  2015


klik banner untuk join

Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services



Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi Priting Services | Salam. Giveaway uzu kali ni dibawakan khas untuk Sufi Printing Servives . So sesiapa yang menang wang tunai RM1000 cash, bolehlah join GA uzu ni ye..

Hadiah :
Top Referral : RM100 x 1
Random : RM 50 x 18 Pemenang

Mula : 06 Julai 2015 | Tamat : 15 Julai 2015
Pengumuman Pemenang : 16 Julai 2015 (Khamis)

Sufi Printing Services merupakan kedai cetak baju murah yang menawarkan perkhidmatan print baju murah yang mana telahpun beroperasi sejak tahun 2010 lagi.
Sufi Printing Services merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk badan-badan kerajaan, pelajar kolej dan universiti, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat cetak baju murah dengan harga yang MURAH, CEPAT dan BERKUALITI. Sufi Printing Services memberi maklumbalas yang yang cepat melalui email, SMS ataupun whatsapp.

Terdapat banyak kedai cetak baju murah di Malaysia tapi kena anda perlu cetak baju murah di Sufi Printing Services? Dengan pengalaman dalam bidang design and print cetak baju murah selama 5 tahun merupakan tempoh yang cukup lama dan sangat berpengalaman dalam bidang ini dan semestinya cetak baju murah di Sufi Printing Services adalah sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang cepat tapi berkualiti serta harga yang murah membuatkan cetak baju murah di Sufi Printing Services memikat hati pelanggan dan tidak lupa juga Sufi Printing Services mengutamakan misi dan visi agar kepuasan pelanggan amatlah diutamakan.

Sufi Printing Services adalah syarikat Bumiputra yang telah menjalankan perniagaan mencetak baju sejak tahun 2010. Sufi Printing Services juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran SA0171741-M . Sufi Printing Services mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan di kedai kami beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.
[ Gambar Di Luar Kedai ]
 [ Gambar Di Dalam Kedai ]

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan di Sufi Printing Services :

Uniform F1 

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Dengan Sufi Printing Services :

1. Mempunyai Premis Perniagaan
Kebanyakkan orang akan meragui sama ada betul atau tidak bisnes yang kami lakukan. Sebabnya order kami tawarkan melalui online. Muka tak nampak ape pun tak nampak.. nak transfer duit pun takut kene tipu.. Perkara ni normal dalam dunia Online. Apa bisnes pun akan merasai perkara yang sama. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berasa yakin dengan kami kerana kami mempunyai premis perniagaan yang sah yang terletak di Ampang Water Front. Gambar premis kami dari luar yang beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda yang berada di sekitar lembah klang untuk melawat pejabat operasi kami untuk melihat sendiri kualiti cetakkan dan juga jenis-jenis baju yang anda mahukan. 

2. Cara Dan Masa Untuk Deal Tempahan Lebih Mudah 
Bagi yang tak sempat nak datang ke kedai kami atau berada di luar selangor, anda boleh deal melalui email, Facebook, Sms ataupun Whatsapp. 24jam on. Insyaallah kami akan balas semua pertanyaan anda dengan cepat. 

3. Penghantaran Yang Fleksible 
Maksud penghantaran yang fleksible ni adalah, anda boleh pilih sama ada nak COD kat kedai kami ataupun hantar melalui PosLaju. Kalau poslaju tu ada caj la kan.. caj tu poslaju yang tentukan. Kami juga boleh hantar ke tempat anda jika menepati syarat-syarat yang kami kenakan. 

4. Tiada Design? Kami Boleh Designkan :) 
Ramai juga pelanggan kami yang tidak mempunyai design. Dengan kami xde masalah. Kami boleh designkan ikut design yang anda mahukan. Cuma berikan kami idea dan kami akan designkan ikut idea anda. Caj minimum untuk design adalah RM50. 

5. Kami Print Sendiri. Bukan Sub Kilang 100% s
Semua baju yang ditempah kami cetak sendiri. Kami tak sub ke mana2 kilang. Jom kita tgk tempat operasi kami.
6. Harga Boleh Runding Sampai Jadi
Cerita pasal harga anda jangan takut. Insyaallah harga boleh nego sampai jadi. Tapi janganlah sampai mintak harga yang tak logik huhu.. Kalau mahal atau lari dengan bajet anda, sila beritahu kami untuk kami semak semula harga supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati :) Ok cukup 6 sebab mengapa anda perlu tempah dengan kami. Insyaallah lain hari kami akan update lagi beberapa sebab untuk menguatkan lagi keyakinan anda terhadap kami.

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 012-296 1085. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.

Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi PritingrServices dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Sufi Printing Services , Emas Putih , Lan Careno , Mek Zumbie , Mawar Biru , Ejulz , Nina Mirza , Nizam , Ida Baharum , Inani Hazwani , Yanie Yusuf , Syira Lokman , Faziera , Boni Kacak dan Nadiah Hanum :)