SAMA TAPI TAK SERUPA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kisah ni tentang cheq dan adik perempuan cheq nama Siti.
Selalu sangat orang konpius antara cheq dan dia.
Katanya kami ni sama ja rupa tapi cheq tengok dan belek-belek, rasanya cheq lawa lagi (tettttt....ayat perasan tu)

Dulu, kalau cheq balik kampung, cheq selalu ikut mak pergi mengaji ataupun baca Yasin.
Kiranya merangkap driver mak.
Kat situ la cheq akan jumpa dan bersembang-sembang dengan kawan-kawan mak.
Dah bersembang macam-macam cerita sampai berbuih mulut..
Lastnya depa akan tanya " Kak An tak balik ka ?"
Glup, rupanya depa ingat cheq ni Siti iaitu adik cheq.
Cheq pun taknak depa terasa hati dan malu maka cheq pun ngaku yang cheq ni Siti.
Rupanya adik cheq Siti pun alami yang sama. Dia kata selalu sangat dah dia ngaku sebagai cheq.
Kalau geng-geng muda dalam kampung tu depa ada cara lain nak kenal kami berdua.
Selalunya depa akan tengok warna kulit.
Kalau putih gebu tu cheq.
Kalau yang hitam manis tu Siti.

Bukan setakat orang kampung ja konpius, geng kerja cheq kat Bahau dulu pun selalu konpius.
Adik cheq dulu rajin pi lepak dengan cheq.
Kadang-kadang dia ke kedai naik motor, ada ja orang tegur dia..jerit panggil nama cheq.
Tapi bila balik opis, terkejut plak nampak cheq.




Sekarang ni turun ke anak-anak kami plak muka nak iras-iras sama.
Balik kampung, kalau ada budak pompuan kecik-kecik ni depa akan teka samada anak cheq atau anak Siti.
Sebabnya kami berdua ja ada anak pompuan pun.
Kalau dengar anak yang kecek klate tu kompom anak cheq.





Adalah iras sikit-sikit kan.
Dah nama pun adik-beradik.
Mungkin bagi orang lain kami ni nampak sama tapi apa yang kami rasa, kami memang tak serupa pun.


KHASIAT LIMAU NIPIS

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ





Kesian limau nipis, sejak lemon popular, jarang dah orang sebut-sebut pasal limau nispis. Padahal orang-orang zaman dulu lebih kerap gunakan limau nipis dari lemon. Banyak khasiat limau nipis ni. Bila google berderet. Antaranya :-

1. Merawat penyakit darah tinggi
Caranya : ambil sebiji limau nipis dan perah airnya dicampurkan dengan segelas air dan gula secukup rasa.

2. Suara menjadi merdu
Ambil sari air limau nipis dicampurkan dengan sedikit kapur sirih, madu satu sudu teh dan sebuku garam kasar, campurkan semuanya dan minumlah seminggu sekali. Insyaallah suara anda bertambah sedap di kala bercakap, membaca Al-Quran, berazan, berzanji dan menyanyi.

3. Mengatasi kurang darah
Sediakan sebiji kuning telur, sesudu madu, air limau nipis sebiji, segengam daun bayam merah yang terlebih dahulu ditumbuk dan diperah airnya, campurkan semua dan minumlah setiap pagi dan petang. Insyaallah dalam masa 3 hari, akan nampak lebih sihat dengan wajah kemerahan.

4. Mengempiskan perut
Digunakan masa pantang atau perut itu sedia lama buncit, maka bolehlah guna petua ini. Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dengan air kapur sirih dan minyak kayu putih. Campurkan semuanya dan disapu di bahagian perut dan pinggang, belakang serta paha. boleh juga digantikan dengan campuran kapur sirih dengan asam jawa.

5. Melembutkan tangan dan muka. 
Ambil air perahan limau bersama-sama keratan buah limau nipis itu dan tenyehkan atau sapu pada bahagian muka terutamanya wajah yang berminyak dan pada tangan anda. Biarkan sepuluh minit, cucilah dengan air bersih. Tangan bertambah lembut dan wajah pun tidak berminyak lagi.

6. Kalau batuk kuat.
Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dalam air suam dengan sebuku garam kasar serta secamca madu asli, minumlah setiap kali rasa hendak batuk. Bila lepas makan pulak kumurlah dengan air yang bercampur air limau nipis.

7. Ramuan memulihkan syawat
Air limau nipis campur dengan sebiji telur ayam kampung yang dimasak tiga suku masak, masukkan serbuk lada dan makanlah pada waktu pagi selang sehari selama seminggu.

8. Ramuan Mandi
Untuk ramuan mandi bunga atau mandi biasa boleh gunakan perahan air limau nipis sementara buahnya dibelah dua dan digosok pada badan yang berdaki atau gatal. Badan akan berbau harum, bersih dan segar.


Sharing is caring. 
Pepandai ja cheq share petua ni tapi cheq pun tak ikut. Padahal semua bahan-bahan mudah didapati dan murah ja. Selamat mencuba.



























REMEHNYA NAK BUAT CUKAI JALAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selama ni cheq hanya tahu bawak kereta ja.  Kalau disuruh bubuh angin tayar kereta pun cheq tak tau. Dua hari lepas cukai jalan kereta cheq dah tamat tempoh. Jadi, memanglah kena perbaharuinya. Cheq serahkan kepada husband cheq uruskan hal ni.

Kalau boleh memang nak cari tempat yang boleh dapat lagi murah. Husband cheq pun banyak bertanya rakan-rakannya. Rakannya telah suggest satu tempat yang lebih murah dan cepat. Petang semalam husband cheq dah ke tempat dengan bawak semua dokumen yang diperlukan. Alih-alih orang yang urus kat situ nak tengok kereta dan ambik gambar kereta. Confius sekejap husband cheq. Disebabkan dah petang jadi husband cheq janji nak bawak esoknya, thats mean harini.

Gambar Hiasan

Harini cheq bawak kereta tanpa cukai jalan tu ke ofis ( tolong jangan ikut perangai samseng cheq ni). Tengaharinya cheq bawak kereta ni ke tempat tersebut untuk sessi fotografi. Bila dah selesai cheq balik ke ofis, tinggalkan husband cheq bereskan. Tapi husband cheq bagitau diaorang ni takmau keluarkan cukai jalan dan insuran atas kereta cheq dengan alasan bumper belakang kereta kemek. Hok alohhh...memang la kemek dan rabak sebab kena langgar dengan bas aritu. Cheq tak perbetulkan lagi sebab akan patah kaki kalau tinggalkan kat bengkel kereta ni. Lagipun cheq dah buat repot polis untuk claim insuran. Takut sangat cheq tipu duit dioarang la tu..

Malas nak bertekak, husband cheq pergi cari tempat lain. Alih-alih dia perbaharui cukai jalan dan insuran kereta kat pejabat pos ja. Takdak prosedur yang pelik-pelik dan cepat sangat prosesnya. Harga pun kurang ja dengan tempat yang pertama tu.

Punyalah cari memusing satu Kota Bharu, rupa-rupanya ada depan mata ja.




NUFFNANG - FROZEN CPUV

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sejak-sejak cheq tak konsisten dalam berblog ni, memang cheq tak pernah jenguk nuffnang langsung.
Dah agak memang takkan ada CPUV yang akan melekat pun.

Last sekali iklan CPUV adalah pada 1 September.
Semua iklan dan dikreditkan.
Hehehe...semuanya sen-sen ja.
Sapa nak bagi lebih kannn..

Lepas ni cheq nak aktif balik dalam dunia blog ni. 
Nak tengok CPUV melekat banyak-banyak macam dulu.

DIPAKSA CUTI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Cheq masih lagi bercuti sempena hari raya haji ni. Tapi masa dihabiskan dalam rumah ja. Memang tahun ni giliran cheq bercuti, tapi diatas sebab tertentu cheq taknak ambik cuti. Nak cuti habis-habisan bulan 11 nanti, cuti sekolah. 

Salah satu sebabnya cheq taknak cuti raya ni adalah kerana husband cheq tak bercuti. Tak kemana jugak kalau cheq ja yang cuti. Jadi baiknya, dua-dua sekali tak cuti. 

Sebab musabab yang keduanya, cheq punya penganti cuti telah dicantas oleh kawan sekerja sendiri. Yang tu paling sakit hati. Sejak turun-temurun lagi, cheq dan penganti cheq tu bekerjasama dalam bab cuti-cuti ni. Yang penganti cheq tu ingatkan si dia ni cuti sebelum raya sebabnya sebulan awal si dia ni dah isi borang cuti. Dah tu bila cheq canang nak cuti, si dia ni boleh buat derkkk ja. Ok, takpe. Walaupun nampak I tak kisah tapi sebenarnya I kisah sangattt...

Disebabkan cheq dah sakit hati, cheq batalkan cuti walaupun ada member lain nak tolong gantikan. Tiba-tiba cheq punya kerani bagitau, kalau cheq tak cuti cheq kena keluar kerja menyiasat di hari raya ganti pegawai lain. Ohhh no..., itu bukan bidang cheq lagi. Dah lama tinggal pun dari tahun 2007 lagi. Maunya teraba-raba balik. Terus cheq isi borang cut balik. Nampak tak betapa selfishnya cheq ni. Huhuhu..

Akhirnya dapat la cuti 5 hari. Dah ditolak cuti umum raya haji campur hari minggu, cuti berekod hanya 2 hari. Halamakkk...banyak lagi cuti cheq ni. Tahun ni semua plan cuti-cuti Malaysia tak menjadi disebabkan komitmen husband cheq sebagai seorang guru kembali semula. Husband cheq lagi dasyhat cutinya, langsung tak terusik.



Moga-moga bulan November ni dapat la bercuti. Kalau tak pergi tempat-tempat peranginan pun balik jumpa emak ayah. Bulan Disember cuti dah beku, sebab standby untuk banjir. 

MALANG TIDAK BERBAU

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Peristiwa ni berlaku pada hari raya haji yang pertama. Memang tak pergi kemana pun pagi raya tu. Takdak rumah nak dituju. Sedara terdekat yang rumahnya wajib pergi di hari raya pun takde, diaorang dah bergerak ke Johor untuk kenduri sambut menantu. Bila dah masuk petang jadi boring duk rumah, jadi plannya nak ambil angin kat Pantai Cahaya Bulan dengan anak-anak.

Baru ja lepas lampu isyarat pertama, cheq dah bertembung dengan sebuah bas. Pada mulanya cheq ikut belakang ja bas tu, memang takdak syak apa-apa pun. Bila bas tu dah makin slow dan bergerak ke kiri (cheq ingatkan bas tu nak berhenti untuk turunkan penumpang), cheq terus potong ke depan bas. Sampai di lampu isyarat kedua, kereta dah banyak. Rasanya keta cheq berhenti di antara nombor 7 atau 8 dari lampu isyarat tu. Tiba-tiba rasa kereta cheq bergegar dengan bunyi kuat. Cheq terus pegang baby Damia kat sebelah tu. Dalam pada masa tu, nampak bas tu lalu sebelah kanan kereta cheq, terus langgar dan seret plak kereta depan cheq.

Berderau darah cheq. Rasa ketar kepala lutut. Terus cheq berhentikan kereta kat tepi, keluar tengok belakang kereta, sportrim dan tayar dah musnah. Terus naik darah, tengok bas tu dah sayup jauh ke depan. Cheq terus masuk kereta, tekan minyak nak kejar bas tu. Sebabnya lupa nak tengok nombor plat bas tu. Semua orang jadi panik jadi masing-masing macam terlupa nak tengok nombor plat bas tu.



Sepanjang jalan cheq ikut jejak bas tu, macam ada perayaan. Orang ramai di kiri kanan jalanraya. Rupanya, bas tu dah sondol banyak kereta kat tepi jalan. Paling teruk bas ekspress, remuk habis.

Bas tu dah tersekat kat PCB sebabnya memang jalan mati dan orang pulak ramai. Masa cheq sampai tu, orang ramai dah kerumun bas tu. Pemandu bas tu pulak dah lari sembunyi di kerusi belakang atas bas tu. Bila dah dapat orangnya, memang dia kena pukul. Tak sampai hati pulak cheq nak tambah sekeh kepala dia. Polis datang bawak pemandu bas tu ke hospital sebab habis bengkak muka dia kena pukul.



Dengan tayar kereta yang dah takdak angin tu, cheq balik ke Kota Bharu. Dalam perjalanan balik tu, member telefon bagitau bas tu dicuri dari stesen bas Kota Bharu dan lelaki tu ada masalah mental. Perghhhh....memang tak dapat nak tuduh dia kat mahkamah la.kalau betul dia ni ada surat mental. Patut charge syarikat bas tu sebab cuai menjaga harta sendiri.

Alhamdulillah, nasib baik tak jadi apa-apa kat anak-anak cheq. Kakak ngan adik memang nampak dah bas tu sondol kereta di belakang cheq. Diaorang pun macam tergamam ja. Takdelah sampai trauma. Sekarang ni, cheq patah kaki la. Kota bharu masih cuti, bengkel kereta masih tutup lagi. Duk la terperap dalam rumah.

MASALAH RUMAH TINGGI-TINGGI

Assalamualaikum..

Saya kembali lagi..
Lama jugak la cheq menyepikan diri.
Sebelum terlambat cheq nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Raya tahun ni kami sekeluarga menyambutnya di Kelantan secara sederhana ja.
Masak pun ala kadar ja, sekadar untuk kami anak-beranak.
Memang cheq takdak jemput sapa-sapa pun datang ke rumah.
Ada sebabnya....

Untuk pengetahuan semua, cheq sekeluarga tinggal di rumah yang disediakan oleh majikan di Kota Bharu.
Rumahnya jenis rumah pangsa dan mempunyai 8 tingkat. 
Of course la ada lif.
Tapi sejak seminggu yang lepas, penghuni blok cheq ni kena exercise naik tangga untuk kerumah masing-masing sebabnya kedua-dua lif dah tak berfungsi.
Bayangkan jiran cheq yang duk kat tingkat 8 tu naik turun setiap hari. Fuhhhh, cheq yang duk kat tingkat 4 ni pun dah rasa lelah sangat.
Aduan dah dibuat tapi sampai sekarang takde tindakan.

Pernah jugak husband cheq terperangkap dalam lif. Tunggu 40 minit baru bantuan tiba. Itupun husband cheq telefon kontraktor lif yang sebelum ni. 
Walaupun dia dah takdak kontrak lagi dengan bangunan ni tapi dia tetap datang tolong disebabkan kenal rapat dengan husband cheq.

Keadaan tangga pun kotor sebab memang jarang guna sebelum ni.
Apa yang cheq bimbang sangat kondisi pemegang tangga yang diperbuat dari besi tu.
Dah la ruang jaring antara satu sama lain tu besar jaraknya, boleh muat badan budak usia 2 tahun. Lagi satu takut besi tu dah mereput sebab bangunan ni dah lama sangat.

Inilah sebabnya kawan-kawan cheq taknak datang ke rumah. Tak larat nak memanjat tangga. Cheq pun kalau dah masuk rumah, memang tak keluar dah. 
Terperap dalam rumah. Esok paginya baru keluar semula.

Gambar hiasan

Niat di hati nak pindah keluar dari rumah ni. Nak cari rumah yang ada laman untuk anak-anak.bermain. Dah jumpa pun rumahnya tapi tak sesuai plak. Selalu sangat dilanda banjir kawasan tu.
Kena usaha cari yang lain.

ANAK-ANAK DAH MULA MERUNGUT

Salam sejahtera.

Dah naik bersawang blog cheq ni. Lamanya tak jenguk. Nampaknya kesibukan cheq ni tak tahu sampai bila akan berakhir. Tapi, sekarang ni dapat juga cheq tarik nafas lega sikit lepas kerja-kerja kami diaudit oleh Bukit Aman. Walaupun gitu, arahan-arahan pelik pulak yang kami dapat. 

Anak-anak cheq pun dah mula merungut. Hari minggu pun tak dapat pergi mana. Kadang-kadang cheq akan bawak anak-anak ke ofis di hari minggu. Cuti sekolah dan raya haji pun dah dekat. Perancangan untuk bercuti pun belum ada lagi.