Giveaway Nurfuzie Dot Com #1



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Give Away yang ditunggu tunggu oleh cik en dan sponsar sponsar cik en akan bermula pada 1/10/2015 sehingga 30/10/2015
Hadiah bernilai lebih dari RM 1000 boleh dimenangi dengan penyertaan 18 sponsar untuk 28 orang peserta yang bertuah. Mungkin anda salah seorangnnya. Jadi apa tunggu lagi, mari mencuba dengan join Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 ini dengan syarat yang sangat mudah.
Kalau sertai Insyallah rezeki itu ada, Kalau tidak sertai sudah tentu rezekinya tiada
Ini syarat yang perlu untuk menjadikan rezeki itu jadi kenyataan


1. Buat satu entry bertajuk " Giveaway Nurfuzie Dot Com #1"

2. Follow  dan like semua sponsar dibawah ini  dan copy html dan paste di HTML entri korang :

Follow Blog
Nurfuzie , Julia Jamaludin , Lisa Hlovate , Along , MrsYatie , KhalidKyle , Shad , Nona , Farah , Athirah Diyana , Ejulz , Addin , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Emy Amelia , Irrayyan , Sporting Mummy , SayidahNapisah

Follow Instagram
Nurfuzie , Lisa Hlovate , Along , Shad , KhalidKyle , Athirah Diyana , Ejulz , Nik Ainaa , KawaidesuConcept , Nona , Emy Amelia , Marsha farprettybylh

Follow Twitter


Follow Google+


Masukkan Dalam Bloglist
Farah , MrsYatie , Addin , Irrayyan , SayidahNapisah

Fanpage

Nurfuzie.com
Along Maisuri
Shad
Ejulz
Farprettybylh
Kawaidesu Concept
Sayidah Napisah
Emy Amelia
Carehappytips
Jeragat LESS? Seronok
Follow
Cahaya Farah
Irrayan

3. Publish dan letakkan link entri tersebut di komen entri  Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 sahaja

Tarikh Give away ini bermula 1/10/2015 sehingga 30/10/2015.

GMBM 1st Anniversary Giveaway

Assalamualaikum

GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY



JOM MERIAHKAN SEGMEN 
KLIK BANNER SEGMEN UNTUK INFO LANJUT

DETAIL SEGMEN

** 19 PEMENANG DI CARI
** MULA : 21 OKTOBER 2015
** TAMAT : 31 OKTOBER 2015


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally,  Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.

Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com

Assalamualaikum

Tarikh tamat : 31 Oktober 2015

Klik banner untuk join


Hadiah :-

5 x tudung bawal Adijuma


HARI KELUARGA KB COPS DI PCB

Assalamualaikum...

Ini adalah entri tertunggak.

Setelah 5 tahun cheq bertugas di Kota Bharu, inilah pertama kali cheq join hari keluarga ni. Sebabnya inilah kali pertamanya jabatan cheq anjurkan hari keluarga ni. Sebab ketua ni cheq ni memang aktif, mesra dengan pekerja dan dia jugak nak seimbangkan antara kerja dan riadah.


Bertempat di PCB Resort, acara bermula pada jam 8.30 pagi iaitu aktiviti senamrobik. Anak-anak cheq langsung tak berminat nak join senamrobik sebabnya kat sebelahnya dah berdiri megah suppa duppa. Abah diaorang yang jaga sementara mama diaorang ni berjoget senamrobik. Semua aktiviti berlangsung di tepi pantai.



 

Macam-macam pertandingan yang ada termasuklah untuk anak-anak sekali. Ada permainan lari dalam guni, jalan atas bata, bola tampar pantai, tarik tali, bowling kelapa, belon air dan banyak lagi. Yang paling best adalah games ciptaan cheq and the geng iaitu Selfie Race. Disebabkan cheq salah seorang ajk untuk hari keluarga ni, jadi cheq tak dapat nak join apa-apa game pun. Jadi pom-pom girl ja.







Bila cuaca dah makin panas, anak-anak dah mula meragam, abah diaorang dah bawak balik diaorang dulu. Cheq kena tunggu majlis ni sampai selesai. Alhamdulillah, ada jugak rezeki untuk anak-anak, cheq dapat cabutan bertuah iaitu hamper.



Segala games dihentikan sementara untuk makan tengahari dan solat Zuhur. Selepas Zuhur, pertandingan akhir bola tampar pantai dan tarik tali berlangsung. Memang sengit. Walaupun cawangan cheq tewas awal-awal lagi, cheq tetap bagi support untuk kedua-dua team akhir ni.



 


Majlis ni selesai lebih kurang jam 4.30 petang. Hadiah yang paling hebat iaitu tv 32 inci dan basikal dah pun ada tuannya. Memang happening sampaikan muka cheq terbakar hangus gara-gara berjemur tepi pantai. Semoga tahun depan boleh buat lagi dan nak cipta games-games yang lagi gempak.

KUASA VIRAL

Assalamualaikum

Sekarang ni tengah rancak video klip tentang kumpulan wanita berloghatkan dialek Kelantan memukul seorang wanita dalam facebook. Kes ni berlaku dalam daerah cheq. Pada mulanya kes ni nampak biasa saja macam kes-kes yang sebelum ni tapi bila video mereka bertomoi ni keluar dah jadi luar biasa. Jadi perhatian semua. Mangsa dalam kes ni telah membuat repot polis mengatakan dia kena pukul dengan stereng lock sebelum tersebarnya video klip ni.



Sebenarnya cheq pun tak tengok video tu sehinggalah tertangkapnya saspek rambut perang tu. Pada mulanya, saspek tu mengaku dia hanya tampar-tampar mangsa saja, cheq pun jadi kesian sebab pikir dia ada anak. Lepas cheq tengok video dia sepak terajang pompuan tu, terus darah naik sampai kepala. Mati-mati cheq kena tipu. Sepanjang cheq soal-siasat dia, tapak tangan  cheq ni ringan ja nak kena muka dia.

Puncanya sebab cemburu. Mangsa tu ada hubungi bekas boyfriend dia yang mana lelaki tu sekarang ni adalah boyfriend si rambut perang tu. Semasa dalam tahanan, berbeza sangat perwatakan rambut perang tu. Lemah lembut, cakap pun macam berbisik ja. Dalam video tu bukan main lagi, angkat kaki sampai ke kepala. Bila ditanya ada tak adegan membogelkan mangsa. Sunguh- sungguh si rambut perang ni menafikan. Tup-tup semalam keluar video adegan mangsa dibogelkan. Memang takleh caya cakap si rambut perang ni.


Tangkapan telah dibuat ke atas 2 lagi wanita yang bertindak merakam kejadian ni. Semuanya atas arahan si rambut perang ni. Manakala 2 lagi saspek telah melarikan diri dipercayai bersembunyi di Golok. Tak mustahil, dengan kuasa viral ni, diaorang ni panas punggung sebab muka diorang dah dikenali. 

Insyallah, kes ini akan dibawa ke muka pengadilan dan sipelaku akan dikenakan tindakan seberat-beratnya. Itupun kalau cheq jadi Majistret.



Notajarihalus : sebelum melakukan apa-apa, pikir sedalam-dalamnya tentang baik dan buruknya. Jangan buat undang-undang sendiri. Ada mulut, mata, telinga, otak...boleh bawak berbincang dulu. Jangan malukan diri sendiri.


BIAR NAMPAK SAMA DENGAN ANAK

Assalamualaikum

Si ibu mencalit gincu merah dimuka setiap hari dengan harapan untuk membuatkan anaknya bangga dengan tanda lahirnya di muka yang berbentuk strawberry.



Jessica Sands, 24 tahun mula melukis strawberry pada wajahnya selepas.melihat haemangloma iaitu koleksi saluran darah di bawah kulit yang membentuk ketulan yang tumbuh pada wajah anak perempuannya yang berumur 7 bulan, Madison.

Pada mulanya Jessica menganggap itu hanyalah kesan calar semasa Madison berusia lima bulan tetapi ianya membesar menjadi 2 cm tumor. Jadi untuk tidak membuatkan anaknya berasa malu dengan tanda lahir tersebut, dia dengan rela hati meletakkan  tanda merah tersebut pada wajahnya setiap hari.

"Saya memilih untuk meletakkan tanda strawberry di muka untuk menunjukkan pada Madison apabila dia sudah tua nanti dia perlu berasa bangga dengan tanda lahir tersebut." kata Jessica


Sumber : DailyOnline

Notajarihalus : Seorang emak sanggup lakukan apa saja demi melihat kebahagiaan anak-anak. Demia anak-anak seorang emak akan hilang rasa takut, hilang rasa sunyi, hilang rasa malu.

BUKAN SENGAJA MENIMBULKAN KEKELIRUAN

Assalamualaikum...

Awal Ogos haritu, cheq ada tukar gambar profile cheq kat facebook.
Sebabnya dah boring tengok gambar yang sama untuk waktu masa yang lama. 
Cheq sendiri pun boring tengok gambar sendiri, apatah lagi orang lain yang tengok.
Belek punya belek, cheq berkenan dengan gambar di bawah ni.
Jadi cheq pun tukarlah....
Tak sangka plak dapat ucapan tahniah dari ramai kawan-kawan.
Diaorang ingatkan ni gambar terbaru cheq.
Ini adalah gambar semasa cheq mengandungkan Damia dan cheq pun pernah paparkan gambar ni dalam facebook.




Cheq dah pun memperbetulkan keadaan dengan meminta maaf di facebook. 
Tak sangka plak gambar ni boleh buat orang lain terkejut.
Orang-orang kat tempat kerja cheq pun mai ucap tahniah, padahal hari-hari nampak cheq berulang-alik, lompat-lompat naik tangga lagi.
Al-maklum la badan cheq ni cubby, tapi agak-agak la perut cheq taklah nampak sebesar dalam gambar ni.
Bila dah ceritakan hal sebenar, masing-masing tanya bila nak tambah lagi.


Ingatkan bila dah cheq dah terangkan dalam facebook, ada la orang alert.
Rupanya saudara sendiri yang tak ketahuan lagi.
Semalam berwasap dengan adik-adik ipar dan biras.
Boleh ditanyanya bila cheq nak bersalin.
Aduhhh....malas nak kata apa dah.
Biarlah mereka tertanya-tanya.

KERENAH BOS-BOS


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sejak cheq mula bertugas di sini pada tahun 2011 sehingga sekarang, cheq dah berkhidmat dengan 3 orang bos yang kesemuanya lelaki. Bermacam-macam perangai dioarang ni tau. 

Bos cheq yang pertama adalah non-muslim. Orangnya kecik molek ja. Selalu sangat buat spot check ke bilik-bilik anak buahnya. Kalau time dia marah, memang carut-barut keluar dari mulut dia, tapi bila dia dah cool, dia sendiri yang akan pergi cari orang yang dia maki hamun tu. Ajak keluar minum, jadi kitaorang memang tak pernah ambik hati pun dengan perangai dia tu. Walaupun dia non- muslim tapi bab hukum-hakam agama islam memang dia sangat terror. Takleh nak lawan, nak potong cakap dia bab agama ni. Bos cheq ni dulunya belajar di UIA. Cheq pernah tanya, kenapa tuan tak masuk Islam? Jawabnya, selagi emaknya tak meninggal, dia takkan masuk Islam. Semoga bos cheq ni cepat dapat hidayah.

Bos cheq yang kedua ni lapor diri pada tarikh yang sama cheq bersalin Damia. 3 bulan kemudiannya, barulah cheq berkenalan dengan dia. Inilah satu-satunya bos yang sangat kedekut bab cuti-cuti ni. Kalau kita mintak 10 hari, dipotongnya tinggal 5 hari. Nak balik Kota Tinggi dalam 5 hari, ingat cukup ke? Tapi kalau dia plak yang cuti, 2 minggu panggilan telefon kita tak berjawab. Sekarang ni bos cheq ni dah pindah ke daerah lain. Anak-anak buah dia sekarang ni plak jadi mangsa. Nasiblahhhh... Bos cheq ni lah yang pertahankan cheq daripada kena tukar ke daerah lain. Sanggup dia naik turun jumpa bos besar tak bagi cheq berpindah.


Gambar tiada kena-mengena dengan tajuk.


Bos yang sekarang ni plak tersangatlah pemurah. Kalau pergi mana-mana ja mesti ada buah tangan untuk kitaorang. Bab cuti plak memang tak kedekut. Kalau mintak 14 hari, kompom dapat. Bab kerja, memang dia akan sentiasa mintak pendapat dan tak pernah tekan anak-anak buah kat bawah dia ni. Selalunya dia akan turun padang bersama kami. Kat Kota Bharu ni dia bujang, family dia masih kat Penang. Jadi kalau nak makan, dia dah war-warkan dalam group watsap join dengan dia. Sapa-sapa yang sengkek bulan tu, bolehlah ikut dia hari-hari. Jimat beb... Cheq yang pompuan ni takde lah nak join selalu bos cheq ni, kecuali lah sarapan pagi ramai-ramai kat kantin. Semoga makin murah rezeki bos cheq ni dan permudahkanlah urusan dia untuk pindahkan keluarganya ke Kota Bharu ni.

notajarihalus : bila dah jadi bos ni, kenalah selalu jugak tengok-tengok ke bawah anak buah tu. Kenalah ambik tahu jugak masalah diaorang. Jangan lepas tangan dalam bagi arahan. Kalau anak buah tu tak boleh nak buat, jawabnya sendiri tanggunglah nak buah oii..mana boleh gitu. Anak buah ni kalau ke mana pun pergi, tetap akan bawak nama bosnya. Kalau anak buah gagal, maknanya bos pun gagal dalam memberi tunjuk ajar.

DIA DAH DATANG SEMULA

Dalam 2,3 harini kecoh orang-orang kat tempat kerja cheq kena ganggu oleh 'something'. Dah lama tak dengar cerita, tup-tup kebabomm dia datang mengusik balik. Tapak bangunan ni dulunya hutan. Dari cerita orang-orang lama, mula masuk sini tahun 2009 dulu teruk gangguannya. Setelah buat solat hajat, panggil ustaz apanya...dah berkurang gangguan tu.

Kisah yang terbaru ni bermula apabila seorang pegawai perempuan ni nak ke tingkat atas naik lif selepas selesai ronda malam. Kat depan pintu lif ada satu cermin panjang. Jadinya bila pegawai ni keluar lif, terpandang kat cermin tu ada sorang budak berdiri sebelah dia. Bila dia menoleh tengok budak tu takdak. Terus lari dengan muka pucatnya masuk bilik kawalan.


Yang keduanya, pun pegawai perempuan jugak yang kena. Kerja 24 jam, memang tidur kat opis. Dia kata tengah duk tidur atas kerusi, dengar bunyi riuh sangat. Bukak mata ja, nampak budak-budak duk berlari-lari keliling kerusi dia. Nak bangun tak boleh, rasa macam berat sangat katanya. Tak tahulah berapa lama dia berjaga tengok budak-budak tu berlari. Dia tutup mata, bila bukak mata semula, budak-budak tu dah hilang. Terus dapat bangun lari keluar opis.

Yang ketiganya kena kat PA bos. Dia memang dah cuak dah bila tinggal sorang-sorang kat atas. Time tu jugaklah tiba-tiba ja telefon berbunyi. Dia tengok panggilan tu dari bilik bos sendiri. Padahal bos dah keluar. Jenguk bilik bos memang dah gelap. Terus dia angkat beg cabut balik.

Yang terbaru ni jadi kat bilik pejabat cheq sendiri. Pejabat kami ni ada tv, jadi tengah-tengah malam ramai akan lepak untuk tengok tv. Pukul 3,4 pagi dengar bunyi orang tarik kerusi meja kat pejabat atas, memang la cuak. Pejabat pentadbiran tu kerjanya opis hour ja, mana la ada orang datang buat kerja. Serammm...

Minggu depan turn cheq plak kena kerja 24 jam. Sebelum ni memang cheq tidur di opis dengan adanya bantal, toto, aircond...nampaknya kali ni tumpang tidur kat lokap la. Memang kompon sentiasa ada orang.

KAKAKKU BEKAS PESAKIT KANSER

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Perbezaan umur cheq dengan kakak sulung cheq adalah 10 tahun. 
Masa kakak cheq ni berusia 20 tahun, dia telah pun bernikah dengan pilihan keluarga sendiri.
Alhamdulillah, mereka bahagia dan dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata.

Kakak cheq disahkan mengidap kanser payudara pada hujung bulan April 2013.
Kakak cheq menyedari ketumbuhan tu sejak permulaan lagi dan menganggap perkara biasa.
Kerana terlalu sibuk menjaga emak mertuanya yang lumpuh dan nyanyuk hingga terlupa nak membuat pemeriksaan.
Atas nasihat suami dan keluarga, kakak cheq pergi jugak buat pemeriksaan.



Sebulan selepas itu kakak cheq menjalani pembedahan.
Setelah beberapa jam berada di dalam dewan bedah, akhirnya ketumbuhan sebesar bola pingpong berjaya dikeluarkan.
Dan kakak cheq juga turut kehilangan sebelah payudaranya.
Selepas luka-luka pembedahan sembuh, bermulalah rawatan kimioterapi.
Setiap kali selesai rawatan kimioterapi, kakak cheq akan jadi selemah-lemahnya.
Nak bangun berdiri pun tak bermaya. Makanan yang dimakan semuanya keluar balik.
Dan setiap kali rawatan kimioterapi selesai, emak ayah akan bawak kakak cheq balik ke rumah emak ayah kat kampung.
Biar kakak cheq berehat. Anak-anak ditinggalkan untuk abah diaorang uruskan.

Cheq pun tak pasti berapa banyak sesi rawatan kimioterapi yang kakak cheq kena buat.
Habis rambut dan bulu kening kakak cheq gugur.
Selesai rawatan kimioterapi, kakak cheq kena ikut rawatan radioterapi plak di Pulau Pinang selama sebulan.
Sekali lagi anak-anak ditinggalkan dengan abah diaorang.

Sehingga sekarang kakak cheq masih lagi membuat pemeriksaan susulan di hospital.
Dan sampai sekarang juga cheq memang tak berani nak bekas payudara kakak cgeq yang dipotong tu.
Masa awal-awal pembedahan dulu, setiap kali diselaknya baju kakak tu, cheq akan lari dulu. Seriauuuu....

Notajarihalus : katanya kalau menyusukan anak dengan susu badan sendiri, risiko untuk dapat kanser payudara tu susah. Kakak cheq menyusukan sendiri 5 orang anaknya. Dan itulah ketentuan Ilahi, takde sapa dapat mengelaknya

BELUM TIBA MASANYA LAGI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Awal bulan Oktober ni, kami kat Kelantan ni digemparkan dengan limpahan air sungai di Gua Musang. Time tu, cheq dah terimbas nostalgia hadapi banjir hujung 2014 dulu. Betapa peritnya hadapi bencana alam tu tanpa persediaan awal. Kerana kami menjangkakan banjir 2014 tu seperti tahun-tahun sebelumnya, dimana air langsung tak jejak bandar Kota Bharu.

Rupa-rupanya sangkaan kami meleset. Dengan kekurangan tenaga manusia yang berpengalaman. Peralatan menyelamat yang tak lengkap. Kami tetap bersemangat untuk menyelamat nyawa dan harta benda orang awam.

Insyaallah, tahun ni kami pasukan keselamatan dah bersedia untuk hadapi bencana alam ini. Bukannya meminta bencana alam ini berulang lagi, sekurang-kurangnya terbuka pihak atasan tentang kekurangan kami dalam usaha menyelamatkan nyawa orang ni.



Kami telah dibekalkan dengan bot dengan kuasa kudanya yang gagah berlari. Insyallah dapat memintas aliran air yang laju. Para-para penyelamat pun dah pun pergi kursus untuk mengemudi bot, berenang, menyelam dan segalanya berkaitan dengan air ni.

notajarihalus : yang pastinya bulan Disember ni cuti ahli-ahli pasukan keselamatan ni akan dibekukan.

WORDLESS WEDNESDAY : OH MY PHONE !!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Betapanya powernya telefon cheq sekarang ni.
Hanya perlu cas 15 minit saja, bateri telefon cheq akan penuh-sepenuhnya.
Tapi baru guna 5 minit dah ploppp..bateri kong.
Ni gara-gara telefon cheq terendam dalam air vitagen Damia.




notajarihalus : masih mencari-cari calon telefon baru.

TAPAK TANGAN MUDAH BERPELUH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dari dulu lagi cheq mempunyai masalah cepat berpeluh di tapak tangan.
Malahan makin kerap dan banyak peluh pada masa sekarang ni.
Memang sangat-sangat menganggu tugas harian cheq.

Di pejabat, cheq selalu menulis menggunakan pen.
Baru setengah jam menulis, tangan dah berpeluh.
Jadi nak pegang pen dah tak lekat.
Nak kata cuaca panas, rasanya bukan sebabnya dalam pejabat cheq tu aircondnya dah berada di bawah tahap beku sejuknya.

Kalau guna laptop lagi sakit jiwa, tambahnya kalau tak guna mouse tu.
Habis papan sensor tu cheq tonyoh-tonyoh tapi anak panah kat desktop tu tak gerak-gerak pun.
Setiap kali nak guna kena lap dulu papan sensor dan jugak tapak tangan.

Macam-macam lagi kesulitan kalau tapak tangan ni berpeluh.
Kalau memandu, setereng kereta tu kena lap selalu.
Sama juga kalau menjahit manual, payah sangat cheq nak tekan jarum tu masuk ke dalam kain.
Licin macam kena minyak.

... adalah kumpulan mulai dari gambar tangan bersalaman gambar tangan
sekadar gambar hiasan

Dalam pejabat cheq memang cheq dah sediakan tuala dan tisu.
Agak-agak tapak tangan tu dah dilap tapi masih berpeluh, cheq balut ja pen cheq dengan tisu.
Dalam beg tangan cheq pun sentiasa ada sapu tangan.
Kalau tak guna untuk lap peluh, boleh buat lap hingus.
hehehehe..

Rasanya cheq macam tahu ja puncanya.
Stress...
Sekarang ni cheq rasa stress sangat.
Kalau boleh tu dalam satu masa cheq nak buat 2,3 kerja sekaligus.
   Kiri, kanan, depan, belakang semua kerja nak kena siapkan segera.
Dah terkejar-kejar. Takut terlepas due date..itu yang berpeluhnya.