BILA ADA ANAK PEREMPUAN BERDERET-DERET

Aku tanya apa khabar?
Aku tanya apa khabar semua?

Harini hari minggu kat negeri kelantan ni.
Memang jadi rutin la mengemas rumah. 
Seminggu sekali nak sapu sawang pun, nak mengemop lantai.
Nak basuh bilik air, basuh kasut sekolah.
Termasuk la mengemas baju anak-anak dara cheq yang dalam almari tu.

Rasanya macam dah lama tak beli baju baru kat depa.
Tapi almari baju depa ni dah tak muat dah.
Muskhil jugak ni, mai mana baju banyak-banyak ni.

Selongkar almari baju baby, mana baju yang dah tak muat tu masukkan dalam kotak. 
 Cepatnya kamu membesar, banyak baju dah tak muat.
Baju-baju tu nanti boleh hantar ke kampung.
Adik bakal bersalin bulan enam ni, mudah-mudahan dapat baby girl.
Lagipun baju ni cantik-cantik lagi, pakai pun 2, 3 kali ja.

Dah siap susun dalam kotak baju baby ni.
Sayang tengok baju-baju ni. Nak tunggu
baby sendiri lambat lagi. 

Bukak almari baju adik pun sama, berlambak baju.
Asingkan baju yang boleh pakai dengan yang tak boleh pakai.
Yang boleh pakai, susun balik molek-molek dalam almari 
Baju yang dah sendat masuk dalam almari baby 

Next, kemas almari baju kakak plak.
Bersepah baju, bercampur-aduk.
Al-maklum la dah besar, baju ambik sendiri.
Pakai tarik-tarik ja, dah tak tersusun.
Sama jugak, baju yang dah kecik masuk dalam almari adik.
Kurang lah sikit semak almari baju kakak ni.

Untung ada anak dara berderet-deret ni.
Baju boleh buat warisan turun-temurun.
Macam ni jugak zaman cheq kecik-kecik dulu.
Kakak cheq, cheq sendiri dengan adik cheq memang macam ni emak buat dulu.
Sekali beli boleh pakai sampai 3 beradik.
Jimat..

Giveaway Segment with Rina Pretty Healthy









Assalamualaikum





Ada yang nak join segment Giveaway Segment with www.rinaprettyhealthy.com?


http://www.rinaprettyhealthy.com/2015/02/giveaway-segment-with-rina-pretty.html






Syarat-syaratnya:



  1. Follow blog Rina Pretty Healthy, Add To Circle Google+ Rina Pretty Healthy dan Like Fanpage Rina Pretty Healthy & Add friend FB Rina RPH
  2. Buat satu entry bertajuk Giveaway Segment with Rina Pretty Healthy
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. 2 orang pemenang bertuah akan memenangi 1 botol Herb-Lax Shaklee yang bernilai RM 52.50.
  6. Segmen ini akan berlangsung mulai 25 February - 28 February 2015 (11.59 pm waktu Malaysia)


Copy Coding Entry:















SEMOGA BERTAMBAH MURAH REZEKI KALIAN

Assalamualaikum semua.


Sebenarnya cheq nak tayang buah tangan yang cheq dapat ni.
Alhamdulillah, depa ingat jugak kat cheq ni.
Buah tangan ni cheq dapat dari 2 orang yang berbeza.

First tu, cheq dapat sebungkus coklat Daim.
Tapi, dalam gambar kat atas dah tinggal 5 biji.
Heheheh, makan tak ingat dunia, punyalah sedap.
Dah nak habis baru teringat nak snap gambar.
Ceklat Daim ni bos cheq yang bagi.
Dia pergi kursus kat Langkawi.
Thank you Boss.

Yang second tu, anak buah yang kasi.
Dia pergi tournament bowling kat Kluang.
Kat Kluang kan terkenal dengan kopinya.
Dia pun tahu cheq peminat tegar (ku yang dulu, bukanlah yang sekarang) kopi.
Sampai 2 bungkus dia kasi. 
Elok sangat la, kopi kat rumah pun dah tinggal sisa-sisa ja..

Semoga bertambah murahlah rezeki semua kawan-kawan cheq ni, termasuk la yang tengah baca ni..
Yerrr, awak semua la....hehehe
Adios, wassalam..

Noted : minta maap pada kengkawan semua, tak sempat nak berblogwalking. Tak sempat nak membalas kunjungan  dan terima kasih jugak pada kawan-kawan yang sudi singgah sini walaupun takde cerita menarik. Insyaallah, ada masa terluang nanti cheq akan berblogwalking singgah blog kengkawan semua.

Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman

Salam Buku!

Eh, ada ke Salam Buku..? Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman ni Sally adakan sempena dengan kehadiran entri Vintage Book Marker yang Sally pernah tulis beberapa minggu yang lepas dan sebagai pendorong supaya anda semua rajin membaca macam Sally (ihikkss), Sally nak bagi Vintage Book Marker ni kepada mereka yang bertuah.

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/02/vintage-book-marker-giveaway-by-sally.html


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Tangan Ajaib Sally (manual) untuk pilih 6 orang blogger (3 Vintage Book Mark + 3 Regular Book Mark)...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 23rd February - 28th February 2015 (11.59 pm waktu Malaysia) 
(Jika anda tiada mana-mana medium sosial media diatas, anda masih lagi boleh menyertainya)

Vintage Book Mark
Regular Book Mark

HADIAH DARI DR. SHIKIN

Alhamdulillah, dah sampai ke tangan cheq pun hadiah dari Dr Shikin ni. 
Sebenarnya dari minggu lepas lagi hadiah ni sampai.
Baru hari ni sempat nak buat entri khas ni.
Cheq dapat hadiah ni sempena cheq menang untuk My Birthday Giveaway By Dr Syikin
Hadiahnya adalah washing bag.


Terima kasih Dr Shikin.
Semoga bertambah murah rezeki dan anjur giveaway lagi.

KASUTKACA15 GA: CHIFFON SHAWL


Due date : 28 Februari 2015

Klik banner untuk join

Saya adalah seorang yang :-
● peramah
● penyayang
● penyabar

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada  jam 12.30 tengah hari 22 Februari 2015 sehingga 12.30 tengah malam 15 Mac 2015. Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. 

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
DiariJejakaHangat |  Suhailah | Syafiqah | Fadzi | Wanrus | Solehah | Nazirah | Fara | Zuhaira | Isra | Kathy | Rbain
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

 3. Wajib Follow Instagram Sponsor
DiariJejakaHangat | Suhailah | Wanrus
4. Tambah Google Plus Sponsor
+Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
 Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :


Kredit utk Mialiana

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
20 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2015.
 Good Luck!!

NO HOLIDAY FOR US !!!



Apa habaq semua ?
Lama rasanya tak bersiaran kat sini. Dah naik sawang blog cheq.
Selama cheq tak munculkan diri ni pun, cheq jenguk jugak blog. 
Sekadar jadi silent reader, tak sempat nak menyampuk.
Apa lagi nak menulis cerita.
Begitu jugak lah dengan wassap, just baca ja.
Jangan mare yer..

Sepanjang perayaan Tahun Baru Cina ni, memang cheq sekeluarga tak pergi mana-mana pun.
Cuti memang la tak dapat, keutamaan kepada kaum cina.
Dah tu kena Ops Limau plak. Malam-malam keluar cari limau. Opsss cari orang main mercun.

Minggu ni pun sibuk. Cuti dah kena beku gara-gara ASEM.
Negara-negara Asean dan Eropah akan bertumpu di Kota Bharu.
Pengawalan kena ketat, takmau apa-apa terjadi.
Dikerah seluruh tenaga yang ada demi memastikan segalanya berjalan lancar. 
Kerana mata dunia akan memerhati.

Masuk bulan Mac, sekali lagi Pengkalan Chepa akan jadi tumpuan.
Pilihanraya Dun Cempaka selepas adunnya arwah TGNA wafat.
Cuti sekolah pulak time tu. Memang tak bercuti la.

Betapa busynya 2, 3 bulan ni.
Kerana tugas terpaksa relakan.
Effectnya kepada anak-anak jugak.
Kesian diaorang tak dapat bercuti balik kampung macam orang lain.

Kannnn...sapa suruh cari kerja ni.
Alhamdulillah, rezeki Allah dah tentukan.

DAMIA PUNYA KERJA LA NI !!!


Dalam senyap-senyap, si Damia ni amik mama punya purse.
Habis diselongkar dan digodek-godek hambur keluar semua sekali.
Habis duit mama selit-selit pun dia boleh jumpa.
Jangan bagitau abah, nanti dia tak kasi duit banyak kat mama.

Tengok tu, punya kasar budak kecik ni main.
Habis terkoyak duit.
Nasib baik sehinggit jer yang koyak.
Kalau duit note RRM50, memang Damia kena babab la.

Bertuahnya budak kecik ni.

1st Giveaway myhoneyy.blogspot.com 

Due date : 28 Februari 2015

Klik banner untuk join

Hadiah :

KINETIC SAND

SEGMEN PROJEK SYUKUR

Assalamualaikum semua.
Ambil kesempatan last minit ni untuk join.

Klik banner untuk join 


1. Saya bersyukur sangat dilahirkan oleh seorang perempuan yang bergelar emak dan diasuk oleh lelaki yang dipanggil ayah. (Sayang sangat emak dan ayah)

2. Saya bersyukur dilahirkan dalam Islam dan mendapat dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan islam.

3. Saya bersyukur dapat memiliki suami yang penyayang, ringan tulang dan bertimbang rasa.

4. Saya bersyukur dikurniakan 3 orang puteri yang comel, cute-mute menjadi penghibur dan juga pengawal kesabaran saya. 

5. Saya bersyukur mempunyai pekerjaan dan dapat menyedikan keperluan anak-anak dengan duit yang halal. Selain membantu suami dalam kewangan keluarga.

6. Saya bersyukur berada di dalam keluarga yang begitu menitikberatkan pertalian keluarga. Cubit paha kanan, paha kiri terasa.

7. Saya bersyukur mempunyai badan yang sihat supaya dapat nelakukan kebaikan dan ibadat dengan baik.

8. Saya bersyukur mempunyai tempat tinggal yang selesa, pakaian yang berganti dan makanan secukupnya.

9. Saya bersyukur dapat hidup dalam negara yang aman damai.

10. Saya sangat bersyukur dapat berbakti kepada agama dan negara ;-)

Hadiah Dari Miss Yana

Entri pasal hadiah lagi ni.
Dapatnya hari Khamis tapi tertangguh nak buat entri.
Dapat hadiah ni sempena join GA yang Miss Yana anjurkan dulu.
Hadiah dari oberse, Pulau Langkawi.




Fridge magnet bertrademarkan burung helang.
Bertambah koleksi fm cheq.
Tapi semuanya tinggal kat opis.
Kat rumah dah habis anak-anak buat main.

Terima kasih Miss Yana, semoga murah rezeki.
Dapat jalan-jalan makan angin lagi nanti.

FIRST MINI CONTEST BLOGYANG KOSONG..

Tarikh tutup :
17 Februari 2015

Klik banner untuk join
HADIAH-HADIAH :-
1ST : TOPUP RM10 + RUANGAN IKLAN FREE SELAMA SETAHUN
2ND : TOPUP RM
103RD : TOPUP RM5
HANYA 3 ORANG PEMENANG SAHAJA DAN PEMILIHAN ADALAH BERDASARKAN SI KOSONG DAN MUKTAMAD..THANKS!!



Jangan Sampai Terkena

Semalam cheq pergi ke Tesco dengan anak-anak jer. Cik husband tak ikut sekali sebab ada kerja lain. Sebenarnya dah 2, 3 kali cheq pergi sendiri dengan anak-anak. Mudah ja nak control diaorang ni, baby dan adik masukkan dalam troli. Si kakak pulak mengekor la cheq.

Tujuan sebenarnya nak cari pampers untuk si baby ni. Tengahari tu cheq dah pergi ke mini market, tapi takde yang dalam kuantiti banyak. Ada yang 12 keping, bape hari ja boleh pakai. Nak pusing ke supermarket, tengok jam dah dekat pukul 2..masuk opis dulu.

Ceritanya bermula bila cheq dah pilih pampers baby. Memang cheq pilih yang paling murah. Dah settle beli, masuk bab nak membayar. Cheq tengok satu-satu harga cashier tu scan. Tapi sampai kat pampers tu harganya dah lain. Bertambah mahal. Tak puas hati dah ni. Cheq tanya si cashier tu, dia tak boleh nak jawab. Dia panggil pulak supervisor dia la kot. Dari jauh muka masam mencuka dah. Bermula lah perbualan cheq dengan si supervisor tu.

C : kenapa harga lain ni? Dekat tanda harga sana harga lain
S : memang inilah harganya. Tak update lagi kat tag.

Wahhhh...senangnya dia menjawab.

C : saya dah pilih barang ni sebab harga dia. Jadi saya nak harga ini jugak. Awak pergi check tanda harga kat sana. Jangan nak menipu orang camni. Kat tanda harga tulis lain, nak bayar harga lain pulak.

Ada banyak lagi ayat cheq cakap dekat supervisor tu, dah lupa. Hati tengah marah. Si supervisor tu tak cakap apa. Terus dia kensel cheq punya pampers tu dalam bil. Dengan muka masam mencuka tu dia bawak pampers tu pergi check. Tak lama lepas tu dia datang balik pampers tu sekali dengan tanda harganya. 

Cheq pun malas nak tanya dia dengan muka masam dia tu, cheq just angkat kening ja kat dia. Dia pun angguk kepala. Ternyata cheq yang betul. Akhirnya cheq dapat jugak pampers tu dengan harga murahnya.

1. scan kali pertama, cheq sedar harga lain.
Sebelum kekecohan berlaku.

2. Kekecohan dah berlaku. Si supervisor tu
cancel pampers cheq nak beli tu.

3. Setelah bertikam lidah, akhirnya cheq
dapat harga murah tu. Tengoklah betapa
banyak beza harganya.
Para pembeli semua, perhatilah harga semasa nak membayar tu. Banyak kali dah dengar pasal ni, semalam kena kat cheq. Nasib baik cheq nak tengok dia scan tu. Kalau dah balik rumah, kira sedekah ja la duit kat tesco tu. Tak kuasa dah nak patah balik. Jadilah pembeli yang bija.




TAK PAYAH MASAK MALAM NI.

Yeayyy, malam ni tak payah nak masak.
Makan luar ke ????
Puasa malam ke ???
Kalau tak masak, anak-anak nak makan apa.

Sebenarnya, cheq dah tapau makanan bawak balik rumah.
Petang tadi, jabatan cheq ada buat jamuan sempena pertukaran anggota.
So, adalah makan-makan.
Cheq antara orang terakhir yang pergi makan.
Siapkan kerja dulu, baru boleh makan.
Bila dah jadi orang akhir tu, tengok makanan banyak lagi.
Dengan muka tak malunya mintak nak tapau..hehehe
Dah la makan, bawak balik lagi..


Sebenarnya ada banyak jenis lagi lauk-pauk tapi cheq ambil yang anak-anak boleh makan jer.
Kang bawak balik tak habis makan, membazir jer.
Padahal orang lain boleh makan lagi.

Balik rumah badan dah penat, memang tak larat nak masuk dapur.
Bila dah tapau makanan ni, balik panaskan jer.
Ops...jangan lupa masak.
Kalau tak makan lauk jer la malam ni.

Pen Oh Pen !!

Assalamualaikum semua...

Baru berkesempatan nak menulis entri. Busy bebenor mengalahkan menteri. Tengah busy menulis, pen kegemaran cheq pulak habis dakwat. Bukannya sebatang tapi 2 batang sekali habis dakwat. Pen tu banyak sebenarnya tapi ada yang duk dalam kereta, dalam beg tangan dan ntah mana-mana lagi. 

Bukannya tak boleh guna pen lain, tapi tangan ni akan gatal-gatal nanti.... (hehehe..mengada-ngada tau Ann ni). Start masuk kerja dulu, cheq dah guna pen ni. Beli dengan duit sendiri. Kiranya dah sebati dengan tangan cheq ni. Time belajar dulu beli pen kilometriko tu jer, berkilo-kilo meter menulis baru habis dakwat. Kuikuikui...

Inilah dia pen kegemaran cheq, PILOT.
Bila guna pen ni rasanya macam bawak
kapal.

Dah la semua kerja nak segera. Bagi last minit tapi nak segera. Ingat cheq ni robot kot. Nasib baik la extra ink ada lagi satu ja. Lancar kembali menulis. Cheq lebih prefer menulis lagi daripada menaip. Lagi laju cheq menulis dari menaip.

Inilah semua fail yang nak segera tu. Nasib baik la
tak terlucut tangan.
Alhamdulillah selesai jugak kerja harini. Kalau macam ni hari-hari, memang jenuh la cheq nak beli refill ink selalu. Maju jaya la kilang ink tu, cheq pulak yang bangkrap. Kena ubah strategi la gitu. Guna pen hak kerajaan punyalah..

SUPRISE : Hadiah Dah Sampai

Mintak mahap, minta mahap..
Tak sempat nak menulis ceritanya tapi dah tekan publish.
Kenapa kau ni Ann oiiii??? Dah ada orang tanya dah dapat hadiah dari mana.
Meh nak bercerita.

Pagi ni masuk ofis... Mak aiiii, suprise.
Atas meja penuh dengan fail...huhuhuhu ( macam nak pengsan sat )
Penangan 2 hari setengah tak masuk opis.
Di sebalik fail-fail yang banyak tu, ada parcel.
Senyuman terukir, semangat nak buka parcel okk.
Bukannya semangat nak buat kerja.


Bungkusan pertama ni cheq dapat dari sis Fuza Musa
Dapat shawl cantik ni sempena cheq join dan menang GA yang sis Fuza anjurkan.
Comel shawl ni, tak sabar nak pakai.
Nanti dah pakai cheq selfie yer. Tapi tak boleh lawan ratu selfie kita ni..hehehe



Ok, ini lagi suprise hadiahnya.
Cheq dapat dari blogger Invisiblenote sebab tergolong dalam  top komentarnya.
Comel tote bag tu, ada 3 kalendar yang bakal hiasi dinding ofis cheq.
Dah RM 10 tu cheq dah dah beli soto untuk brekpes tadi.
Terima kasih IM. Heheheh...dah tahu pun nama betul IM ni



Ini poskad datang dari jauh tau. 
Dari republic Chezh.
Walaupun cheq tak menang GA tu, tapi cheq dengan rela hati terima poskad yang orang tak tuntut ni.
Kihkihkih...gigih hantar alamat semata-mata nak poskad ni.
Terima kasih Hanis

Kan Senang Camni

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Bersiaran lagi harini tapi by phone jer. Sementara nak tunggu court bersidang sempatlah nak tulis cerita sikit. Sementara idea tengah berlegar kat otak ni.

Nak cerita pasal anak sulung cheq, kakak Dinah. Dalam seminggu, ada 2 hari matapelajaran pendidikan jasmani kat sekolah dia. Cheq memang dengan senang hati kalau ada PJ ni sebabnya kakak akan pakai baju senaman ja sepanjang hari. Tak payah nak pakai baju kurung sekolah. Risiko kecomotan baju sekolah pun berkurangan. Lagi satu diaorang budak-budak pun jadi selesa, nak melangkah naik tangga pun senang. Apatah berlari-lari...budak-budak zaman sekarang semuanya nak laju.

Hari kedua PJ.Sepatutnya pakai baju sukan
warna biru tapi tak sempat kering.

Tak macam zaman mama dia dulu. Walaupun PJ, waktu matapelajaran lain tetap kena pakai baju sekolah. Kalau PJ awal waktu, dari rumah dah pakai baju senaman, pastu saruk baju kurung sekolah plak. Panasnya.. sampai sekolah awal baru buka baju kurung tu. Pastu sidai la kat kerusi. Takut kedut.

Itu kalau PJ awal, kalau PJ masa kedua atau ketiga, memang bertambah panas la nak tunggu masanya. Kadang-kadang bawak baju senaman tu, salin kat toilet. Salin baju ja dah 10 minit, waktu senamannya  tinggal tak seberapa dah. Lepas senaman kena tukar baju sekolah balik. Memang tak selesa dengan peluhnya.

Memang sesuai la pihak sekolah buat gini. Tak payah nak bawak 2, 3 beg untuk baju salin.
Memudahkan pelajar.

#cheq pun tak tahu dah berapa lama dah pihak sekolah buat camni. Al maklumla tinggalkan sekolah dah berbelas tahun. Anak pun baru masuk sekolah...kihkihkih


1st GiveAway WanitaBesiBerbicara

Tamat : 22 Februari 2015

Klik banner untuk join

Ucapan khas buatmu :

Selamat Ulang Tahun.
Semoga diberikan usia yang panjang dan penuh kebahagiaan.
Waktu berjalan tiada henti mengiringi rembulan dan mentari yang terbit nan tenggelam setiap hari mengiringi usiamu yang terus bertambah dari hari ke hari hingga saat ini..selamat ulang tahun.


Giveaway 7 HARI by Syira Lokman

Klik banner untuk join
Hadiah hadiah menarik menanti pemenang yang bertuah :
Wang tunai RM50 [Ayuni]
Wang tunai RM10 [Fadzi]
Wang tunai RM10 [Khaty]
Topup RM10 x1 [Inani]
Topup RM10 x1[Azharan]
Topup RM10 x2 [Along]
Topup RM5 x2 [Diee]
Sapu tangan vintage x4  [Diee]
Basic H Shaklee RM46 [N.Aqidah Azahar]
Belvya 1 jar (nilai : 85 WM, 95 EM) 
[Fina]Review Blog [Nurin]
Tapak Iklan free selama sebulan [Syira]

Tamat : 16 Februari 2015


AisKrim Pasu VS AisKrim Kelapa

Selalu sangat baca pasal aiskrim pasu ni. Jadi terliur la pulak nak cuba rasa tapi taklah sampai keluar mencari. Nasib baik la bukan mengidam, jadi boleh la tangguh-tangguh cari aiskrim ni. Hari Jumaat haritu sesaja keluar makan angin terjumpa la orang jual aiskrim pasu ni. Dah nampak kannn, ada depan mata. Belilah nak cuba rasanya.


Not bad lah rasanya. Aiskrim tu biasa saja, cuma uniknya dihidangkan dalam pasu yang kecik comel. Dalamnya diletakkan jeli, atasnya ditaburkan dengan biskut oreo yang dihancurkan. Last sekali dicucukkan sehelai daun. Dah makan dah, nanti kalau orang bercerita pasal aiskrim pasu ni, boleh lah cheq menyampuk.

Ni pulak nak cerita pasal aiskrim kegemaran cheq dan cik husband. Kalau keluar makan di kedai ikan bakar MIB, pasti kitaorang akan order aiskrim ni sorang satu. Namanya aiskrim kelapa. Aiskrim ni kat kelantan jer cheq jumpa, tak tahu lah kat negeri lain ada ke idak.



Kalau aiskrim pasu dihidangkan dalam pasu, aiskrim kelapa ni tentulah dihidangkan dalam buah kelapa. Of course la diaorang cuci dulu, buang kulitnya. Isi kelapa muda akan disagat atau dikikis dan diletakkan bersama aiskrim. Atasnya diaorang akan tabur jeli, coklat rice warna-warni dan kacang. Memang menarik perhatian anak-anak cheq. Diaorang akan kutip jeli dan coklat tu ja. Yang paling bestnya kat bahagian dalam bawah ada pulut. Jadi jangan makan aiskrim ni dulu sebelum makan nasi. Kang nasi memang tak makan dah sebab memang kenyang makan aiskrim ni.

Jadinya, kalau diberi pilihan memang cheq akan pilih aiskrim kelapa ni. Rasanya macam nak kena makan aiskrim kelapa ja malam ni ;-)


CUTI SAKIT

Dah tak tertahan lagi, terpaksa jugak pergi klinik.
Dari semalam lagi sakitnya.
Malam tadi pun tak boleh lena.
Dah lama benar tak kena gastrik ni.

Dapatlah cuti sakit untuk hari ni.
Dapat rehat kat rumah.
Padahal pagi tadi dah masuk ofis pun.
Langsung tak boleh buat kerja, tu yang pergi klinik jugak.




Ubat ni lah yang malas sangat cheq nak makan.
Tapi nak baik kena telan jugak la.
Kawan-kawan semua, doakan cheq cepat sembuh naaa

First Giveaway 2015



Assalamualaikum and peace upon you. ^^


First Giveaway 2015

Senarai Hadiah.

Top Refferal.
  • 1 set Beauty Product x1 by Merlyn
  • Topup RM5 x1 by Sheila
Random.
Good luck! ^_^

Adam Isyraf Turns 2 Giveaway!

Klik banner untuk join

Tarikh tamat : 28 Februari 2015

Segmen Jom Blogwalking dan Menang Hadiah by dyan zakhi

Klik banner untuk join.

Currently followers : 492

Nuffnangers Who Recently View My Blog


Assalamualaikum dan salam jumaat semua.
Harini rajin  pulak nak check nuffnang.
Alhamdulillah ada CPUV baru muncul.

Kat bawah ni senarai blogger-blogger yang rajin singgah dan klik-klik kat blog cheq.
Boleh tahan jugak ramainya.
Ada jugak blogger yang baru ni.
Selamat berkenalan dari cheq naaa..


















Terima kasih sudi singgah blog cheq ni.
Walaupun takde cerita menarik, cerita merapu ja yang banyak.
Insyaallah, cheq akan membalas kunjungan anda.
Jom terjah ....


Macam Biasa Kena Jer

Korang pernah kena camni ???
Biasa tak kena camni ???
Selalu tak kena camni ???


Kalau korang kena camni, apa perkataan pertama yang keluar dari mulut korang ???

Ayat cheq ???
|
|
|
|
\/

Lu pesal brader / cik kak, signal rosak ke?? - versi key ell
Awatnya bawak qeta camni, ambik lesen kopi ka?? - versi utaqha bag hang
Hokaloh, mu ni.. - hok ni, kelate maqhi

Cari Sampai Ke Lubang Cacing

Cheq tengah sibuk-sibuk kat dapur, 
rupa-rupanya ada kejutan untuk cheq kat ruang tamu.
|
|
|
|
|
|
|
\/

Inilah suprisenya..
Nasib baik la cheq ni takdak darah tinggi, kalau tak dah meletup.
Masalahnya hanya tinggal bahan bukti ja, saspek sorang pun takdak.
Kena siasat dan kesan saspek.



|
|
|
|
|
|
|
\/


Inilah saspeknya, bersembunyi di celah kusyen.
Kununnya cheq tak tau la dia kat situ.
Dengar dia gelak mengekek-gekek.
Bukti yang dia buat ni memang dah nampak.
Tapak kaki dengan betis tu dah penuh bedak.


Angkat tangan, awak dah ditangkap.
Sempat lagi dia sengih.
Memang la awak jadi tersangat wangi.
Tak larat nak beli bedak la baby oiiii..


GiveAway L'Oreal Paris by Ayue Idris


Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : Norihan Yusuf
instagram id : Norihan Yusuf


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




GIVEAWAY BY EKINRAZALLI WORTH RM500 TO WIN!

Klik banner untuk join

Tarikh tamat : 28 Februari 2015

Mini Giveaway #33


Klik banner untuk join

Sakitnya Tu Di Sini

Sakitnya tu disini, disini, disini.... disini
Sakit jiwa, hati, kepala otak, mata semuanya la
Ni gara-gara minit mesyuarat yang cheq buat dah hilang
Tak tahu lah terdelete ke hape ke..
Arghhhh...sampai sekarang masih sakit hati lagi ni.

Dah la jadi bidan terjun ambil minit mesyuarat.
Pengerusi cakap berjela-jela sampai berbuih mulut
Cheq dapat salin dua baris ayat ja..
Haaaaaa... nak hantuk kepala ni jap.

Stress sepanjang hari.
Lepas ni kalau jadi pencatit minit lagi, cheq bawak tape recorder.
Tak pun ambil video, buat macam video conference.

Nak tidur dulu, baru buat semula dah siap 30% ja. 
Nasib baik la bos cheq ni jenis pelupa sikit.
Mintak-mintak la dia tak minta nak tengok esok..


BERAT MULUT

Assalamualaikum semua.

Dah acap kali dengar pengasuh Diyanah ni duk mengadu kat cheq. Diyanah ni kat taska payah sangat nak bersuara. Kalau dia nak apa-apa dia akan tarik tangan pengasuhnya dan tunjuk benda tu. Tapi dengan kawan-kawan dia, boleh bersembang. Itupun suara antara dengar tak dengar ja. Kalau dia perasan siapa-siapa perhatikan dia, terus dia tutup mulut. Jangankan nak cakap, senyum pun cukup payah...alahaiiii, adik ni ikut perangai siapa tah. Mama ngan abah ni bukan main peramah lagi.

Macam-macam la pengasuh dia buat semata-mata nak bagi Diyanah ni bercakap. Siap offer nak belanja makan lagi....(bagi mama la tolong cakap untuk adik, dapat makan free). Bila cheq hantar video Diyanah ni menyanyi, bersembang ke pengasuhnya, diaorang terkejut. Lain benar bila dia kat taska.


Bila dengan cheq lain pulak perangai dia. Ambil dia kat taska, masuk kereta ja..mulut diia dah potpetpotpet bercerita. Macam-macam la dia cerita. Pasal kawan dia nama Ira, Anis, Ikram la. Makan macam-macam la kat taska. Sampaikan cheq suruh dia diam la. Kalau bergelak, meraung..memang bingit telinga dengar suaranya.

Walaupun tak bersuara kat taska, alhamdulillah apa yang pengasuhnya ajar dia boleh ikut. Kadang-kadang dengar mulut dia terkumat-kamit baca doa. ABC dah lancar... menyanyi tu jangan kira la. Kadang-kadang buat lirik sendiri.

Agaknya dalam mulut Diyanah ni ada emas kut. Hishhh, jangan buka mulut luas-luas bila ada dengan orang lain, nanti diaorang ambil emas tu pergi jual..heheheh



Mini GA 2015 by LOLLISTA

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Senarai hadiah:

1 x Korean Baggy Blouse | 1 x Instant butterfly pearl Shawl + Inner | 5 x RM10 (Topup/Cash)


Mini GA 2015 dianjurkan oleh SimanisLollista

dan disponsor oleh

HY Emporium | Azalyne's Online Shop | Maira Collection