MALAM NI BERPERANG LAGI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Minggu lepas dah berperang. Malam ni kami suami isteri sambung lagi berperang. Bukannya perang pakai kayu ka, parang ka..tapi perang mulut. Ni semua pasai bola sepak la. JDT lawan Kedah.



Al maklumlah, husband cheq ni orang Johor, jadi dia punya fanatic dengan team JDT tu tinggi melangut. Kannn semua pemain JDT tu orang tersohor dan ternama. Cheq pun takmau kalah, nak jugak berperang dengan husband cheq, padahal sorang pemain Kedah pun cheq tak kenai.

Minggu lepas Kedah dah menang, berbaloi la cheq berperang pun. Bangga jugak sebab Kedah dah pecahkan rekod JDT yang tak pernah kalah. Malam ni taktau lagi keputusannya. Kita tunggu dan lihat.

UJIAN KEHAMILAN BUKAN TUJUAN MENGHINA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Baru-baru ni viral di Facebook cerita ketidakpuasan hati seorang perempuan apabila diminta untuk menjalani urine test. Kononnya doktor telah menjatuhkan maruahnya. Nama doktor tu pun dah terpampang di Facebook.

Inilah yang menjadi viral di facebook

JAWAPAN DARIPADA SEORANG DOKTOR

Apabila seorang wanita yang berada pada lingkungan umur produktif (sudah baligh dan belum menopos) datang ke hospital atau klinik mengadu sakit perut, perkara paling bahaya yang perlu diperiksa oleh doktor adalah kemungkinan mengandung di luar rahim atau ectopic pregnancy.

Ectopic pregnancy ini adalah merupakan satu kejadian di mana kandungan tidak tertanam di dalam rahim seperti biasa, sebaliknya ia tertanam di luar rahim kebiasaannya pada tube fallopio. Perkara ini adalah merupakan satu kecemasan ginekologi kerana berpotensi meragut nyawa pesakit dek pendarahan yang melampau dan cepat. Baru saja saya kehilangan seorang pesakit yang meninggal dunia kerana tidak menghiraukan diagnosis awal doktor di klinik dan tidak pergi ke hospital. Pesakit meninggal dunia di rumah dan ini merupakan tragedi bagi semua.

Cara paling mudah untuk kami suspect pesakit mempunyai masalah ectopic pregnancy ini adalah dengan melakukan ujian air kencing atau UPT (urine pregnancy test). Jika positif, ia menjadikan kebarangkalian diagnosis ini adalah tinggi. Jika negatif, kita berasa lega kerana kebarangkalian adanya penyakit ini adalah rendah atau hampir tiada.

Anda mungkin akan tertanya2:

1. Kenapa tak tanya saja pesakit apakah ada kemungkinan mereka mengandung.

2. Tak kawin takkanlah boleh kena ectopic pregnancy.

3. Budak sekolah lagi anak tu, takkanlah nak check mengandung etc.

4. Anak dara lagi tu, alim ala2 ostajah lagi. Takkan la mengandung.

Sepanjang pengalaman kami, kami sudah melihat terlalu banyak kes.

1. Bersumpah dengan nama Allah dan atas Quran mustahil mengandung, tapi bila kita scan, baby senyum kat kami. 😊

2. Budak alim bertudung labuh bagai, tapi bila kami scan, baby siap lambai babai kat atuk dia. 😊

3. Bersumpah tak pernah ada boyfriend atau teman lelaki, tetapi bila kami scan siap nampak baby lelaki tunjuk tote. 😊

4. Bersumpah bahawa mustahil utk mengandung kerana suami adalah tentera yang bertugas dan dah berbulan tak balik rumah. Bila kami scan, nampak baby tunjuk middle finger. 😊

Kisah2 di atas at least adalah kisah2 'gembira' kerana tiada ancaman pada nyawa. Kisah2 yg sedih adalah bila mana ujian UPT menyatakan positif mengandung, namun apabila kami scan tidak dijumpai kandungan dalam rahim atau hanya darah dalam abdomen. Lebih menyedihkan jika diagnosis dibuat setelah pesakit mati di atas meja post mortem! Itulah ectopic pregnancy.

Jadi, bila mana kami mahu melakukan ujian UPT pada anda atau anak2 perempuan anda, kami bukan melakukannya untuk memberi perkhabaran gembira bahawa anda bakal menjadi ibu, ayah, datuk atau nenek. Kami lakukannya kerana hendak menyelamatkan nyawa anda/anak anda!

Jadi tak perlu marah2 atau nak viral sana sini. Kalau kami buat ujian ni pada nenek anda berusia 80 tahun yg dah menopos then boleh lah anda nak marah dan virulkan.

Jika anda mustahil mengandung, jalani saja ujian ini. Apa nak takut? Ia ibarat polis menahan kita dan minta utk tengok IC. Kalau bukan pendatang haram, tak payah la nak marah dan ngelat tak mau kasi IC kan? Gitulah analoginya. 😏

Kami dah puas kena kencing dgn pesakit2 yg menipu, tak mau berterus terang dan 'suci' tapi mengandung secara 'ajaib' ala2 kisah mukjizat zaman silam.

Kami telah diajar sejak di medical school lagi bahawasanya, "All female within reproductive age group with acute abdomen is pregnant until proven otherwise."
Guru yang mengajar saya akan doktrin ini adalah juga seorang wanita.

Tidak ada elemen sexism, pilih bulu :atau memandang serong pada pesakit dalam soal ini. We are just doing our job. That job is to save lives.

..................................................................................

Hormatilah pekerjaan orang. Itukan prosedur kerja masing-masing. Tak payah buat-buat pandai sendiri, kalau taknak nampak bodoh. 

RATUSAN BIJI GULI PUNCA HISTERIA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta UMNO Pengkalan Chepa, malam tadi mengadakan solat hajat bagi ‘membersihkan’ kawasan itu daripada gangguan yang melanda sejak kelmarin.
Guli dipercayai punca pelajar diserang histeria
Guli dipercayai punca pelajar diserang histeria
Sehingga semalam, lebih 30 pelajar dan guru diserang histeria menyebabkan sesi persekolahan semalam tamat lebih awal bagi mengelak keadaan menjadi lebih teruk.
Kejadian jam 10 pagi kelmarin dikatakan bermula apabila tiga pelajar yang berada dalam bilik kokurikulum melihat ratusan biji guli bertaburan, seolah-olah dibaling.
Pelajar terbabit mengutip dan menyimpannya dalam almari sebelum kejadian sama berulang.
Tidak lama kemudian, ketiga-tiga pelajar berkenaan diserang histeria sebelum berjangkit kepada 17 rakan lain.
Kejadian berkenaan berlarutan sehingga waktu petang apabila 18 lagi diserang histeria termasuk guru.
Semalam, lapan lagi pelajar diserang termasuk beberapa mangsa berulang.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Kemumin, Azmi Abdullah, berkata pihaknya mengambil inisiatif mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi membersihkan kawasan itu daripada gangguan.
“Seorang guru agama yang menyertai solat hajat malam tadi mengambil keputusan membuang guli yang dikatakan menjadi punca histeria itu ke laut di Pantai Cahaya Bulan (PCB),” katanya.
Sebelum ini, SMK Pengkalan Chepa 2 menjadi tumpuan sejak 11 April lalu apabila lebih 50 pelajar dan guru sekolah itu diserang histeria.


Sumber: BH Onlines
.....................................................................................

Semakin menjadi-jadi plak kejadian histeria di sekolah. Kedua-dua buah sekolah ni berada berdekatan dengan tempat kerja cheq. Adakah ini hanya kebetulan atau disebabkan El Nino yang sedang melanda. Semoga kejadian ini dapat diselesaikan dengan cepat supaya adik-adik dan anak- anak ini dapat belakang dengan aman dan tenang.

JAWAPAN YANG FAILED



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Gelak besar cheq baca jawapan-jawapan bebudak ni. Mesti berapi ja cikgu-cikgi dapat budak-budak gini. Masalah  plak bila budak-budak sekarang terlampau terdedah kepada benda yang tak sepatutnya.

Ringkas betul resepinya

Terlalu berterus-terang

Oitttt..sapa neraka tu

Cikgu pun dah bagi dorongan masuk AF

Terus dapat sembelit

Aaron Aziz tu boyren saya. Senang-senang
awak nak rampas.

Lemas burung tu

Pantun kentut

Gangster mana ni??

Saya pun setuju

Semua ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata. Tiada kaitan antara hidup dan mati seseorang.  Jika ada persamaan, sekadar kebetulan sahaja.

SEGERA LAKUKAN INI JIKA DIGIGIT ULAR ATAU TERTUSUK PAKU


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Penting, anda wajib tahu !!! kita sering mendengar bahawa ada orang yang meninggal dunia kerana dipatuk ular, kala jengking, lipan, atau bahkan hanya kerana terkena paku berkarat. Kejadian seperti sebenarnya bisa dielakkan jika kita dapat melakukan pertolongan pertama jika terkena paku berkarat, atau digigit haiwan berbisa seperti ular, lipan, ataupun disengat kala jengking. Hal yang paling berbahaya dari kejadian seperti itu adalah bisa atau racun yang akan merebak ke seluruh tubuh sehingga bisa menyebabkan kematian. Racun atau bisa tersebut memang dapat segera menyebar mengikuti pembuluh darah. Oleh sebab itu penting bagi kita untuk mengetahui cara pertolongan pertama pada peristiwa dipatuk ular. Pertolongan atau pengendalian yang tepat dapat menghindarkan kematian.


Berikut ini hal hal yang harus dilakukan ketika terkena paku atau digigit haiwan berbisa
  1. Terus ambil minyak goreng satu sudu makan
  2. Sediakan kapas atau kain kasa steril
  3. Muat korek api / mancis
  4. Gulung kasa / kapas kemudian celupkan sebahagian ujung kasa / kapas tersebut ke dalam minyak goreng
  5. Bakar dengan menggunakan korek api dan biarkan sejenak samapi kasa terbakar.
  6. Cambukkan kasa yang terbakar tersebut ke bahagian tubuh yang terkena paku berkarat atau tergigit ular
  7. Cambukkan 80-10 kali
  8. Hal ini akan memberikan kesan melecur pada bahagian tersebut.

Cara ini adalah untuk menghentikan atau menghalang racun akan merebak, sebab beberapa bisa ular bisa merebak dengan cepat. Jika tidak segera dilakukan pertolongan pertama maka bisa jadi nyawa tak terselamatkan. Setelah melakukan cara di atas langsung bawa mangsa ke rumah sakit terdekat untuk mendapatkan pengendalian perubatan. - [bersumber dari beritafresh.com]

Tolong sebarkan agar semua tahu.

SAMBUTAN BESDAY DAMIA DI TASKA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dari tengahari semalam lagi cheq sibuk dengan sambutan besday Damia ni. Walaupun pihak taska yang anjurkan sambutan ni, ibubapa kena sediakan kek dan juga pakaian berwarna ungu. Tengahari semalam cheq keluar ofis carikan kek yang belum dihias, maknanya nak kek kosong. Baju Damia pun petang tu juga cheq pergi beli. Pagini Damia terlebih excited nak ke taska, dengan berpakaian baru.

Pukul 10 pagi, cheq ke taska Damia untuk sambut besday Damia dan kawan-kawan dia. Sambutan besday ni adalah marahkan besday girl dan besday boy yang lahir bulan Januari hingga April. Rupanya cheq terlambat sikit, tak sempat nak tengok acara tiup lilin dah potong kek. Cheq sampai semua orang dah makan.

Besday girl comot makan kek

Besday girl bersama harganya.

Cheq pun turut dijamu dengan kek besday. Rupanya kek yang ibubapa bawak tu, diaorang cantumkan dan hiaskan sendiri. Patutlah diaorang nak kek kosong ja. Diaorang boleh hias kek tu ikut kreativiti diaorang sendiri.

Kek yang telah cantik dihias.

Selesai makan sambil beramah-mesra dengan guru-guru dan ibubapa yang lain, Damia dibawa untuk sesi fotograpi. Cheq pun diminta bergambar jugak di booth "seiras wajah bonda" bersama Damia.

Posing ntah apa gayanya.

Sama tak muka kami berdua.

Damia dengan kawan-kawan dah
cikgunya.

Selesai sesi bergambar, cheq masuk balik ofis dan Damia sambung belajar. Maknanya  tahun ni Damia sambut 2 kali besday dia. Suka la dia dapat tiup lilin tu.








BUDAK MAUT DIPATUK ULAR

Assalamualaikum...

Kota Bharu: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dipercayai dipatuk seekor ular di betis kiri di perkarangan Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, Pengkalan Chepa, jam 10.30 pagi tadi.

Mangsa, Nuri Nadirah Ruslan menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.



Ketika waktu rehat, mangsa bermain dengan rakannya di kawasan sekolah dan di percayai di patuk ular.

Ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata, ketika kejadian dia berkata di tempat kerja sebelum dimaklumkan pihak sekolah anak sulungnya pengsan di dalam kelas.

"Saya bergegas ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa dan melihat anak sudah tidak sedarkan diri", katanya di sini, hari ini.

...........................................................................................

Sekolah ni berdekatan dengan tempat kerja cheq. Kalau ada kematian mengejut begini, pihak klinik wajib memaklumkan kes ini kepada pihak polis. Pihak bomba dan perhilitan jugak dimaklumkan dan usaha mencari binatang bisa tersebut masih dijalankan.

Sayu dan sedih hati cheq bila terima berita ni tadi. Terus terbayang-bayang wajah anak-anak cheq. Macamana perasaan ibubapa mangsa ni? Pagi tadi dihantar ke sekolah dalam keadaan sihat dan ceria tapi tengaharinya hanya tubuh kaku dan pucat menanti mereka. Semoga ibubapa mangsa tabah hadapi dugaan ini. 

Cheq pun selalu dan berulang-kali pesan kat Dinah, jangan main di kawasan belakang sekolah atau kat padang. Duduk ja la kantin waktu rehat tu. Sekarang ni musim panas, segala binatang keluar cari tempat yang sejuk. Kalau tak terserempak dengan binatang berbisa pun, kutnya ada bahaya yang lain. 

DAH LAMA TAK KENA SERANG GINI

Assalamualaikum...

Semalam seharian cheq tak buka dan intai-intai blog. Pagini bukan nampak brrderet komen tunggu untuk dipublishkan. Dah lama takdak kawan-kawan blogger senang blog cheq dengan komen yang banyak gini. Camna nak serang kan, kalau dah tuan punya blog ni malas nak menulis.


Mesti ramai yang dah kenai dengan blogger peramah dari utara ni. Nama glamournya adalah Izzeyda dari blog yang diberi nama Emi Izzeyda Diary's .Terima kasih untuk sis Izzeyda kerana sudi singgah dah tinggalkan komen kat cerita-cerita cheq tak seberapa ni.



GIVEAWAY APRIL 2016 By Mezquitalifestyle

Assalamualaikum...

Dah lama tak join mana-mana giveaway. Semoga ada rezeki di sini.

 Klik BANNER untuk join



OH DURIAN

Assalamualaikum...

Rasanya dah lebih seminggu cheq mengadu kat husband, teringin nak makan durian. Baru malam ni dia bawak balik durian. Tu pun bawak balik sebiji durian yang kecik. Bila ditanya katanya durian mahal lagi. Sebiji kecik tu pun harganya 15 rial.

Setelah dikopek dapatlah beberapa ulas ja isinya. Memang manis sangat rasanya. Patut mahal harganya, durian gred A ni. Nama durian ni adalah durian kunyit.



Dengan isinya yang tak berapa nak banyak tu kat, cheq berebut makan dengan Diyanah dan Damia. Kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai hantu durian jugak. Husband cheq dan si kakak Dinah tak berapa nak layan sangat durian ni.




Tak puas wei makan durian kali ni. Kalau dulu masa duk kat Mantin, Negeri Sembilan, sampai tak termakan durian. Orang kampung asyik duk bagi ja. Sampaikan rumah pun berbau durian. Sekarang ni baru rasa susah, nak makan kena cari sendiri.

REZEKI DI TENGAHARI

Assalamualaikum..

Hari minggu adalah hari untuk cheq jadi surirumah. Bestnya dapat luangkan masa dengan anak-anak dirumah, walaupun  penatnya melebihi orang kerja di ofis. Pagi tadi husband cheq balik kerja ada belikan kuih-muih, jadi cheq dah tak buatkan sarapan.

Tengahari ni pun takdak lah keluar cari lauk lagi. Masak ja apa yang ada. Cheq memang masak awal sebab anak-anak cheq ni tak terjangka. Tiba-tiba ja boleh minta nak makan nasi. Satu hal plak nak masak dalam keadaan tergesa-gesa ni. 

Cheq ni takdak lah pandai sangat bab masak-masak ni. Masak pun main campak-campak ja. Tanpa gangguan daripada anak-anak, maka siaplah hidangan tengahari kami sekeluarga.

Sotong goreng favourite anak-anak

Cendawan shitake masak bersama sos tiram

Ikan bakar dan cili potong

Seronok tengok husband dan anak-anak makan dengan seleranya. Hilang penat lelah cheq memasak. Cheq plak yang dah kenyang. =)

TAK PULAK TAKUT

Assalamualaikum...

Malam tadi emosi cheq tak berapa stabil. Habis semua orang kena marah termasuklah anak-anak dan husband, walhal bukan salah depa pun. Untuk elakkan daripada terus marahkan depa, cheq duk buat sibuk dalam bilik. Lepas husband cheq keluar pergi kerja, baru cheq keluar bilik sebab takdak sapa nak tengokkan anak-anak.

Cheq ke dapur nak buatkan air kopi. Tengah pegang gelas kaca, tiba-tiba boleh jatuh pecah berderai. Secara tiba-tiba jugak hati berdebar-debar teringatkan husband. Teringat cerita filem, kalau benda kaca jatuh pecah tanpa sebab maknanya ada petanda buruk.

Cheq terus telefon husband. Lama jugak telefon dia berdering. Hati dah cuak =( . Mujur husband angkat telefon.awe

Wife : Dah sampai ka?
Husband : Baru ja sampai.
Wife : Awat lambat angkat tepon?
Husband : Tengah pakai kasut tadi. Nape tepon?
Wife : Saja ja.
Husband : Ni mesti ada sebab. Nape?
Wife : Nak bagitau gelas abang baru beli tadi dah pecah.
Husband : Macamana boleh pecah?
Wife : Orang bagi pecah. Tengah pegang tiba-tiba jatuh. Dalam cerita melayu, kalau ada benda kaca jatuh pecah, ada benda buruk berlaku.
Husband : Oooo..tepon nak bagitau tu je ka?  Tak plak takut ye...
Wife : Hehehehe....=)

Seterusnya adalah perbualan kami suami isteri. Sebenarnya memang cheq takut sangat malam tadi sebab cheq terlalu ikutkan emosi cheq sehingga menyebabkan cheq lupa perkara wajib yang sentiasa cheq niat. Memang jadi rutin wajib cheq akan sediakan air panas untuk husband minum sebelum keluar kerja. Tapi malam tadi husband cheq bancuh sendiri air dia. Cheq pun tak keluar salam dan cium tangan husband macam selalunya. Husband cheq ada panggil cheq sebelum dia nak keluar tu, tapi cheq tak ambil peduli pun. Akhirnya husband cheq pi camtu ja. Rasa bersalah sangat bila buat kat husband cheq camtu. =( Cheq dah mints maaf pun kat husband cheq.



Agaknya cheq pun dah terpengaruh dengan cerita melayu ni. Tapi takdak salahnya kita sentiasa beringat. Sebolehnya sebelum keluar kerja tu, kita bermaafan dulu. Mana tau kut-kut itulah pertemuan terakhir kita dengan dia. 


TELEFON PINTAR, SATU KEPERLUAN

Assalamualaikum...

Dah lama cheq tak update apa-apa cerita. Selalunya cheq akan update guna telefon ja. Disebabkan telefon cheq dah masuk ICU, tu yang tak dapat nak update. Nak guna laptop, kutnya duk berebut dengan anak-anak.

Dah nak masuk seminggu telefon cheq duk kat klinik tu. Kita telefon tanya, asyik dapat jawapan " masih duk dalam bengkel". Susah jugak bila takdak telefon ni. Memang la ada telefon backup tapi duk nazak jugak. Asyik nak berkepit dengan charger ja. Baru guna 10 minit, nak kena charge balik. Dah la semua urusan kerja guna wassap. Mulalah orang marah kita sebab tak ambik action arahan yang diberi.

Kemuncaknya 3 hari lepas, apabila husband cheq call tak dapat. Lost comunication. Cheq ada kerja, balik lambat dan tak boleh nak bagitau husband, hinggakan dia keluar pergi cari cheq. Sayang jugak kat bini dia ni.

Malam tu jugak, husband cheq keluar pi beli telefon baru kat cheq. Surprise kononnya. Walaupun cheq ada niat nak beli telefon jenama lain, cheq berbesar hati terima pemberian husband cheq ni. Kalau boleh memang takmau menyusahkan husband cheq tu, tapi dah dia beria-ia belikan, cheq terima dengan rela hati.b




SYAITAN.. KAU DAH LANGGAR MAK AYAH AKU.

Assalamualaikum..

2,3 hari lepas ayah cheq ada upload gambar keretanya kemek - kemek dan calar- balar kat bahagian bawah kereta. Bila ditanya dia kata eksiden. Tanya lagi eksiden dengan apa? Ayah cheq jawab eksiden dengan hantu. Dua, tiga kali jugak cheq tanya, ayah tetap jawab eksiden dengan hantu. 

Lepas tu kakak cheq mencelah marahkan ayah sebab balik rumah tengah malam. Sebenarnya malam kejadian tu emak dan ayah pergi rumah kakak. Kakak dah suruh emak ayah tidur ja kat rumah dia sebab dah tengah malam, ayah sibuk nak balik. Bimbang la sebab ayah tu mata dia dah tak berapa nampak. Lepas tau depa eksiden, kami adik-beradik marah la. Ingatkan eksiden tu memang sebab mata ayah tak nampak.

Rupa-rupanya memang betul hantu setan yang langgar kereta ayah cheq. On the way nak balik rumah tu, (lebih kurang 1 kilometer dari rumah) semasa nak lepas jambatan tandop yang pertama, tiba- tiba sebijik moto datang langgar kereta ayah di sebelah penumpang depan iaitu tempat emak cheq duduk. Langgar kuat sampai tertolak kereta ayah cheq ke tengah jalan dan berpusing kereta ayah cheq tu. Nasib baik ayah cheq tak panik sangat, dia dapat control kereta tu, walaupun dah terlanggar birai jalan tar. Kalau tak jatuh ke sungai la jawabnya. Ayah cheq jugak yakin yang dah terseret sekali moto tu. Mengucap panjang emak ngan ayah cheq.

Selepas berhenti kereta, ayah cheq turun check. Masa tu jalan memang sunyi sepi. Sebijik kereta pun takdak lalu. Yang seramnya, memang langsung takdak kesan pelanggaran pun atas jalan tu. Darah ka, kaca ka, moto pun takdak. Ayah periksa bawah kereta dia pun memang takdak apa, sedangkan ayah cheq yakin memang dia ada heret motor tu sekali. Kereta ayah pun takde kemek, walhal kalau ikutkan moto tu langgar kuat keta ayah cheq. Cuma calar dan kemek bahagian bawah kereta itupun sebab terseret birai jalan tar. Emak ngan ayah dah meremang bulu roma. Terus pusing kereta balik rumah.

Sampai kat rumah, ayah cheq masih tak puas hati. Disebabkan sifat kemanusiaan yang tinggi, ayah ajak mak pergi sekali lagi kat tempat tu. Masa tu dah pukul 1 pagi lebih. Emak memang takmau pergi dah sebab memang dah rasa lain tapi takkan nak biarkan ayah pergi sorang. Jadi emak ikut sekali.

Sampai kat tempat tu, nampak sebijik moto parking tepi sungai. Tak jauh dari moto tu, ada sorang laki sedang memancing. Sambil duk suluh tengah jalan, ayah pergi ke laki tu. Emak tunggu dalam keta ja, sambil mulut kumat kamit baca yasin. Sampai kat laki tu, ayah tanya "lama dah ka duk mengail kat sini?" Laki tu jawab, "baru sat ja". Jawab pun tak toleh arah ayah. Ayah tanya lagi " ada nampak ka dengaq apa- apa dak tadi?". Laki tu jawab sepatah ja "dak". Masa tu ayah kata, kat tempat tu bau busuk macam bangkai. Emak dalam kereta dah melambai-lambai ajak ayah balik.

Esok paginya, emak ngan ayah lalu jalan tu sekali lagi. Memang takdak kesan apapun. Ayah cheq ada cerita dan tanya orang-orang kat situ pasal hal ni. Rupanya kat situ memang keras tempatnya. Dulu ada sebuah kereta jatuh dalam sungai kat situ. Semua dalam kereta tu meninggal dunia. Ada orang budak muda nak balik rumah lalu situ. Masa tu dah nak Maghrib, hujan renyai-renyai. Balik rumah rasa sakit kat bahu berhari-hari. Pergi jumpa ustaz rupanya ada 'sesuatu' duk bertenggek atas bahu dia. 

Alhamdulillah, nasib baik la tak jadi perkara buruk kat mak ayah cheq. Masih panjang lagi umur depa. Macam mak kata, belum sampai lagi masa depa nak tinggalkan dunia ni.  Nanti dah sampai masanya, sesaat pun tak lambat. Sayu hati cheq dengar mak kat gitu.

Di alam dunia ni, bukan kita ja yang hidup. Hantu syaitan ni tunggu masa nak menganggu dan menyesatkan kita ja. Kita sebagai orang Islam ni kena sentiasa beringat. Jangan terlalu leka dengan dunia ni.

#cerita benar ini dicerita oleh emak cheq melalui perbualan telefon. Walaupun bersembang dalam telefon, memang rasa seram dengan bulu roma meremang. Duk tengah mengarang ni pun masih duk rasa seram sejuk lagi.
Kejadian tu berlaku di jalan Simpang Empat - Tambun Tulang, Perlis.




ASYIK BELI TUDUNG JA.

Assalamualaikum..

Ni la masalah cheq sekarang ni. Pantang ada orang datang jual apa-apa pun kat cheq, mesti cheq akan beli. Mudah kesian dan tak reti menolak.

Tengah minum kat kantin pagi semalam. Tauke kantin, Kak Ani datang promote tudung la plak. Nak lari dah tak boleh. Dalam hati berbelah bagi tu, cheq duk memilih-milih jugak. Dah terberkenan plak dengan 2 helai tudung ni. Tak pasai-pasai melayang plak duit cheq.



Rasanya dah banyak helai cheq ada shawl warna hijau. Tapi hijau pun macam-macam jenis hijau. Ada hijau tuan, hijau muda, emerald hijau, hijau mint dan macam-macam hijau lagi. Rupanya cheq memang minat hijau.

Sehelai lagi cheq beli tudung bawal. Nak beralih balik ke zaman dulu plak. Yang malasnya tudung bawal ni nak kena seterika ja. 

Kat rumah pun dah takdak tempat nak simpan tudung lagi. Dengan bersangkut, berlipat penuh dalam almari. Husband cheq pun dah takleh kata apa lagi dah. Minat cheq punya pasal.




NIKMATI CONEPIZZA

Assalamualaikum..

Hari minggu yang lepas, kami suami isteri bawak anak-anak jalan-jalan dan pusing-pusing di KB Mall. Sebelum keluar tu, kali dah siap-siap makan tengahari kat rumah. Punyalah nak save budget. 

Dah jalan-jalan, pusing-pusing dalam KB Mall tu, perut rasa lapar balik. Mulanya masuk food court, orang punyalah ramai. Pasti banyak plak makanan dah habis.

Idea lain datang iaitu nak makan conepizza. Booth ni terletak di tingkat 2. Masa kami sampai tu orang tak ramai, jadi cepat boleh order. Pizza ni ada macam-macam perisa. Cheq memang gemar tropical loaded sebab dalam tu ada macam-macam rencah. Untuk anak-anak cheq order creamy chicken ja. Dan lebih murah cheq ambil set combo. Sambil duduk, kami boleh tengok cara pekerjanya buat pizza ni. 

Boleh jumpa booth ni di tingkat 2 KB Mall.

Sambil duduk boleh tengok cara diaorang buat pizza.

Tak sabar anak-anak cheq tunggu order
diaorang siap

Set kombo

Dah nama pun conepizza, of course la pizza ni dalam bentuk kon. Doh pizza tu digulung jadikan bentuk kon manakala isi dalamnya diselang selikan dengan cheese dan perisa yang kita minta. Proses membakar pizza ni pun kejap ja, rasanya dalam 10 minit kut. Tak perasan plak cheq.

Dah siap pesanan kami

Kalau beli set kombo, selalunya akan dimasukkan kedalam kotak. Walaupun berkotak, kena hati-hati sebab panas.

Bersungguh-sungguh kita beradik ni makan.

Suka anak-anak cheq dapat makan. Memang kenyang perut sampai ke malam kalau dapat habiskan satu kon ni.







PELAM HARUM MANIS TAKDE DI KELANTAN


Assalamualaikum..

Semalam telefon mak ayah kat kampung. Selepas tanya khabar mak ayah, cepat ja cheq tanya pasal pokok pelam harum manis yang ayah tanam tepi rumah. Tanya samada berbuah ka dakgi? Dengar cerita sekarang ni musim buah pelam harum manis kat Perlis. Tak berbuah lagi pokok ayah cheq tu. Hehehe... masih belia remaja lagi kut, takpun terbantut pasal cuaca panas ni. Bukan setakat pokok buah pelam harum manis ja yang tak berbuah, segala jenis buah pelam tepi rumah ayah tak berapa nak menjadi tahun ni.

Masih tak banyak lagi buahnya sekarang ni. Sekilo buah pelam harum manis adalah RM 35. Macam sayang plak duit nak order buah tu. Dah nak order balik Kelantan, takkan nak beli sekilo kot. Alang-alang kena beli 4,5 kilo ni. 

Disebabkan cheq teringin nak makan buah pelam, husband cheq pun belilah buah pelam yang tak berapa harum tapi manis. Sekilo baru RM 7 dapatlah 4 biji buahnya. Cheq sorang ja habis 2 biji buah pelam. 






Alhamdulillah, takdelah kempunan lepas ni. Dulu kalau kat kampung, teringin nak makan buah pelam ja, ambil galah kait. Takpun panjat ja pokok pelam tu. Sekarang ni nak makan, kena keluar cari dan beli. Bak mata orang, berbakti kepada tanah akan dapat hasilnya.



RUNNING MAN PUNYA PASAL

Assalamualaikum..




Kalau sapa-sapa yang  selalu tengok Running Man mesti tahu alat permainan ni. Nak main permainan ni, tak perlu gunakan kekuatan atau kepandaian. Ianya hanyalah nasib semata-mata. Kalau dalam Running Man tu yang selalu bernasib baik tentulah Hi Hyo manakala nasib malang plak, Easy Brother.

Alkisahnya, semalam pergi pasaraya. Kakak Dinah yang jumpa permainan ni. Ingat plak dia dengan Running Man. Bersungguh-sungguh mintak cheq belikan. Apa salahnya belikan mainan untuk diaorang adik-beradik sekali-sekala. Bukan setakat diaorang ja, mama dengan abah pun boleh main sekali. Harganya pun tak mahal sangat. Hanya RM12.90 ja.

Sampai rumah, tak sabar nak mainnya. Seronok jugak bila semua dapat join main sekali. Siap ada denda lagi untuk siapa yang kalah. Tak rugi rasanya beli mainan ni bila semua ahli keluarga dapat berkumpul dan bermain sama-sama. 






SAMBUT ALA KADAR SAJA

Assalamualaikum..

Semalam birthday si Damia. Kalau jatuh hari persekolahan, selalunya akan sambut dan potong kek dengan kawan-kawan kat taska. Disebabkan jatuh pada hari Jumaat, makanya sambutlah dengan keluarga kat rumah ja.

Awal-awal lagi Damia dan request nak kek. Mulanya nak kek frozen, kejap lagi nak kek hello kitty. Tak sampai 5 minit kemudiannya nak kek barbie plak. Takut tersalah beli, merajuk pulak besday girl ni. Jadi, abahnya bawa Damia pergi kek birthday sendiri.

Dah sampai kedai kek, rambang mata plak Damia memilih. Alih-alih pilih kek sponge biasa ja. Yang ada gambar kartun-kartun tak nak plak.





Sempurna sudah acara tiup lilin dan potong kek. Hadiah pun dah dapat. Semoga Damia membesar menjadi orang yang berguna untuk keluarga dan masyarakat. Semoga panjang umur, murah rezeki dan mudah terima ilmu. Aminnn