AL-FATIHAH UNTUK ARWAH ADIKKU


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Harini Allah jentik perasaan rindu cheq pada arwah adik sehingga menangis teresak-esak.
Tak pernah pun sehari tak rindu kat arwah tapi harini tersangat rindu yang tak boleh terucap.
Kenangan hidup dengan arwah sejak kecik sampai hujung hayat dia menjelma.
Satu-satu kenangan ditayangkan diminda cheq ni.


Mungkin sebab, tarikh harini sepatutnya adalah tarikh ulangtahun kelahirannya.
Jika hayat dia masih ada, umur sekarang baru 24 tahun. 
Meninggal pada usia yang muda, 19  tahun.
Semoga engkau tenang disana bersama dengan kekasih Allah.

Al-fatihah
Dalam kenangan 
~ Mohd Faez b Yusuf~
17/11/1992 - 27/04/2011

MUSIM TENGKUJUH DAH TIBA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Setiap hujung tahun, negeri-negeri di Pantai Timur mengalami musim tengkujuh.
Di Kota Bharu ni, hujan dan mula turun sejak hari Jumaat lalu.
Tapi harini hujan turun dari pagi sampai sekarang ni, (8.15 malam) walaupun masih renyai-renyai.

Pemandangan hujan dari tingkap ofis

Mata pun layu ja bila nak buat kerja time sejuk-sejuk ni.
Mula lah timbul penyakit 'M' tu.
Paling ketara, jalanraya kat mana-mana ja dah mula sesak.
Orang ramai pakat guna kereta.

Masih lagi hujan waktu nak ambil kakak
 kat sekolah

Hujan-hujan ni jugaklah teringat hari Krisma tahun 2014.
Bila mana Kelantan dilanda bah besar.
Tahun ni plak, baru ja hujan start cuti dah beku. 😭😭

Hujan adalah rahmat, jangan anggap ianya satu kesulitan.
Berdoalah pada waktu hujan, insyallah dimakbulkan oleh Allah swt.

SEKEJAP TIMBUL SEKEJAP TENGGELAM

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Macam tak betul ja tajuk kat atas tu.
Yang sebetulnya timbul sekejap ja, tapi tenggelam lama 😃
Itulah ceritanya blog cheq ni.



Sekarang ni cheq dah tak berapa boleh nak fokus untuk blog ni sangat.
Bukan setakat blog ja, facebook dan instagram pun dah jarang sangat bertemu muka.
Salah satu puncanya adalah komitmen pada tugas ofis yang rasanya macam tak pernah nak habis. 
Tugas dirumah sebagai isteri dan anak-anak juga tak pernah ada penamatnya.
Laptop pun buat perangai juga.
Tak pasal-pasal nak terbakor.

Rasa rindu juga nak bagi komen-komen kat blog kengkawan lain.
Rindu nak rasai percutian ke oversea, hanya dengan baca blog kawan-kawan.
Rindu nak join blogwalking dan join giveaway