TAUHU TELUR MASAK SOS TIRAM


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Hujung-hujung bulan puasa ni, memang dah tak berapa lalu nak makan. Apatah lagi nak masak. Kalau nak beli kat pasar Ramadhan pun memang tak tahu dah nak makan apa.

Jadi, cheq masak ikut selera anak-anak ja. Anak-anak cheq memang suka masakan ni. Ringkas dan mudah ja nak cari bahan dan masaknya.

Bahan-bahannya :-
1. Tauhu telur (tak kisah jenama apa, tapi pastikan ada cop halal)
2. Sos tiram
3. Bawang merah dan bawang putih (untuk ditumis)
4. Minyak masak
5. Garam secukupnya.



Cara memasaknya :-
1. Potong tauhu telur (hati-hati potong sebab tauhu ni lembut, takut hancur) dan kemudian goreng. Angkat dan toskan setelah tauhu tu nampak keemasan warnanya. Asingkan dulu.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dipotong.
3. Setelah tumisan bawang naik baunya, masukkan sos tiram dan masak kuahnya. Masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah kuah sos tiram masak, masukkan tauhu telur yang telah digoreng tadi dan gaul perlahan-lahan sehingga sebati kuahnya.
5. Dah siap dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba !!


🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

Pencarian Bloglist Bulan Julai


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Jom beramai-ramai meriahkan segment ni 😊😊

Klik BANNER untuk join

🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹




TAZKIRAH JUMAAT : AMALAN SUNNAH RASULULLAH SAW DI RAMADHAN KAREEM

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Tazkirah Jumaat : Nabi Muhammad SAW telah mencontohkan kepada umat baginda amalan-amalan sunah yang dapat dilakukan pada bulan suci Ramadhan. Berikut ini beberapa sunah ibadah sesuai sunah Rasulullah SAW :

✅ Bersahur
✅ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
✅ Solat sunat Terawih
✅ Memperbanyakkan I'tikaf di Masjid
✅ Beri makan kepada fakir miskin
✅ Menunaikan zakat fitrah
✅ Banyakkan bersedekah
✅ Segera  terbuka puasa


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana orang-orang  sebelum kamu agar kamu  bertakwa". (Surah Al-Baqarah (2) : 183).

🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹


SHEILA RUSLI PUNYA PASAL NI


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Dah kerap kali dah masa tengok televisyen ja mesti keluar iklan Sheila Rusli pasai secukup rasa dia tu. Setiap kali tu jugak la terliur tengok sayur goreng dia tu.

Jadi, menu buka puasa harini cheq cheq goreng sayur untuk husband cheq ala-ala Sheila Rusli gitu. Tapi cheq tak guna perisa secukup rasa tu. Cheq hanya guna perisa secukup kasih sayang ja. Cia cia cia ...

Ni yang Sheila Rusli masak tu.

Ni sayur yang cheq goreng dengan secukup
kasih sayang.


Walaupun sayur cheq ni tak sama rupanya macam Sheila Rusli punya tapi rasanya memang ada umphh. Maklumlah masak dengan kasih sayang. Lepas ni tunggu iklan cheq pulak, goreng sayur dengan secukup kasih sayang.


🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

PEN DRIVE MASUK MESIN BASUH



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Pagi tadi lepas sahur, cheq nak seterika la seluar kerja, rasa macam ada sesuatu ja dalam poket seluar tu. Mulanya takut jugak nak seluk poket tu, takutnya lipas dah keras mati kejung ka. Raba-raba dulu dari luar, bila dah macam dapat dikenalpasti objek tu, baru cheq seluk.

Rupanya pen drive cheq. Macamana la boleh terlupa nak keluarkan dari poket seluar sebelum dibasuh. Maknanya pen drive cheq tu dah dibasuh sekali dengan segala kain baju dalam mesin basuh.  Dan akhirnya dibilas dengan pewangi pakaian. Hmmmm...bila dicium, memang wangi pen drive cheq tu. 😭😭😭


Yang merisaukan cheq ni, dokumen- dokumen yang ada dalam tu semuanya penting. Kalau hilang jenuh nak cari dan taip balik. Dahla cheq ni, bab menaip masuk dalam kategori F. Sampai ofis pagi tadi, terus cheq try buka pen drive tu. Alhamdulillah, masih boleh dibuka dan semua dokumen masih ada. Cepat ja send semua dokumen tu ke email cheq, kompom tak hilang dah.

Pengajarannya, rajin-rajin la basuh kain baju yang tak berapa kotor tu dengan tangan ja. Dah kompom kita akan pegang dan dapat rasa kalau ada sesuatu dalam poket tu.

🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

BIRTHDAY GIVEAWAY BY IZZEYDA


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Klik BANNER untuk join


JAWAPAN KEPADA SOALAN TAMBAHAN 


1. Berapakah umur Eyda pada tahun 2016?
35 tahun 💕

2. Bilakah Eyda mula berblogging? (Nyatakan bulan dan tahun)
Bulan Jun 2010

3. Ucapan buat Eyda sempena hari lahir Eyda
Selamat Hari Lahir Kak Eyda !! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, berbahagia bersama yang tersayang dan hidup di bawah lindunganNYA sentiasa.


🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

DUIT ROSAK. APA YANG BOLEH DIBUAT?


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Jadi viral baru-baru ni dalam Facebook mengenai wang kertas yang disimpan oleh seorang pakcik di makan anai-anai. Al-kisahnya, cheq pernah lihat kejadian seperti ni. Masa tu cheq kecik lagi, dalam sekolah rendah lagi. Masa tu tokwan cheq kat kampung nak buat rumah batu baru. Sebelum ni duk rumah kayu ja. Bila dah punggah rumah lama, jumpa duit kertas selonggok terselit kat alang rumah. Dan kena makan dengan anai-anai. Tokwan cheq terlupa yang dia simpan duit kat alang rumah. Lepas tu cheq dah taktau apa depa buat dengan duit tu.

Gambar yang menjadi viral sebelum ini

Sekadar gambar hiasan


Kalau terjadi macam ni, samada duit dimakan anai-anai, terkoyak atau terbakar jangan dibuang. Sebaliknya bawa duit-duit tersebut ke Bank Negara Malaysia. Diaorang akan nilaikan duit-duit tersebut dulu dan kemudian akan ditukarkan kepada duit yang baru.

Jika duit tersebut terkoyak atau rosak tidak melebihi 2/3 dari saiz asal, pemilik duit tersebut akan menerima duit baru dengan jumlah yang sama dengan duit yang rosak tu. Tak akan terkurang sikit pun.

Malah, jika duit tersebut rosak atau terkoyak kurang dari 2/3 tetapi melebihi 1/2 daripada saiz asal, pemiliknya akan menerima separuh daripada jumlah wang rosak tu. Oklah tu, dapatlah jugak daripada buntang mata tengok duit rosak kannn.

Jadinya, kalau ada duit banyak-banyak tu, silalah simpan di tempat yang selamat macam di institusi kewangan. Jangan simpan di tempat sebarangan yang tak dijamin keselamatannya macam berlaku kebakaran, banjir, rompakan dan macam-macam lagi. Kejadian camni banyak berlaku dikalangan orang-orang lama yang tak berapa nak percaya dengan institusi kewangan ni.

Lagi satu, kalau terjadi apa-apa kepada duit tu, jangan terus dibuang. Sebab duit yang rosak tu bukan bermakna tak boleh guna terus malah ianya masih ada nilai.

🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹



WORDLESS WEDNESDAY : SIGNAL


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Masalah besar pemandu-pemandu sekarang ni. Tak kira pemandu pompuan ka, pemandu laki ka...semuanya sama 2X5. 

Ingat ni ⏩ ⏩ People can't read your mind. Therefore give signal before changing the lane.



🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

Segment Blogwalking #1 by www.syahidahfadilah.com




السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Klik BANNER untuk join

🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹


RAMADHAN / SYAWAL GIVEAWAY BY NADIA REZA


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Klik banner untuk join

Tarikh Bermula Giveaway :
15 Jun 2016 (10 Ramadhan 1437)

Tarikh Tamat Giveaway :
11.59 malam 15 Julai 2016 (10 Syawal 1437)

Tarikh keputusan pemenang akan diumumkan pada :
Isnin / 18 Julai 2016 ( 13 Syawal 1437)


🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

PENIPUAN TANAH


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


SCAM ALERT : Elakkan dari menjadi mangsa!

Pihak polis mengingatkan masyarakat supaya berhati-hati ketika berurusan dalam bidang hartanah. Kes penipuan tanah pada kebiasaannya didalangi oleh orang perseorang ataupun sindiket. Saspek kes tipu tanah ini akan memperdaya wang mangsa dengan cara menjual atau membeli tanah atau dokumen tanah yang tidak wujud dan bukan miliknya.

📌  Saspek biasanya akan datang ke rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri kononnya wakil dari syarikat besar yang mahu menyewakan tanah untuk projek pembinaan.

📌  Bagi menyakinkan lagi mangsa, saspek kemudian akan memberitahu tempoh sewaan dan bagaimana bayaran lumayan akan dibuat terhadap mangsa.

📌  Untuk mengelakkan cukai, saspek akan meminta mangsa mengeluarkan semua wang simpanan di dalam bank dan serahkan kepada saspek sebelum saspek akan membayar  bersama wang sewaan tanah.

📌  Setelah beberapa hari, wang tersebut masih lagi tidak dimasukkan ke dalam bank dan saspek gagal dihubungi.




🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

7 KUNCI KEBAHAGIAN HIDUP


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


7 kunci kebahagiaan hidup menurut Saidina Ali Bin Abi Thalib RA.

💟  JANGAN MEMBENCI sesiapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.
💟  Jangan memutus DOA untuk saudara mukmin.
💟  Jangan pernah BERSEDIH secara berlebihan sekalipun masalah kemuncak.
💟  Perbanyaklah MEMBERI walaupun anda sedang susah.
💟  Hiduplah dalam KESEDERHANAAN sekalipun serba ada
💟  TRRSENYUMLAH walaupun hatimu sedang menangis.
💟  Berbuatlah KEBAIKAN sekalipun banyak musibah.

 

🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

IBU YANG BAIK


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Ibu yang baik bukanlah ibu yang melahirkan anak secara normal, dan bukan juga yang melahirkan secara caesarean.

Ibu yang baik bukan yang beri susu badan, bukan juga yang campur susu badan dan susu formula, bukan juga yang hanya beri susu formula saja.

Ibu yang baik bukan yang letak anak di bawah jagaan bibik, bukan juga yang mengasuh anaknya sendiri.


Ibu yang baik bukan ibu yang 'stay at home mother', bukan juga 'work from home mother', bukan juga yang bekerja di ofis.

Tapi ibu yang baik adalah ibu yang terima diri dan takdirnya seadanya, menjadi versi ibu terbaik untuk anak-anaknya, yang membesarkan anak-anaknya tanpa menjadi hakim dan ego bahawa dialah ibu yang paling betul dalam segala hal dan paling bijak menjaga keluarga.

🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

KERETA KENA SONDOL DARI BELAKANG. APA NAK BUAT?


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kejadian kereta kena sondol dari belakang, memang cheq dah pernah beberapa kali dah alaminya. Kes yang paling teruk bila kereta cheq kena sondol dengan bas yang dipandu oleh orang tak siuman.

Selalunya kemalangan sondol belakang ni berlaku di jalan yang sesak ataupun kat trafik light. Kalau pemandu yang sondol belakang tu sedar kesalahannya, tak jadi masalah untuk kita selesaikan kes ni. Kalau pemandu yang duk keras kata kita yang salah, tu yang payah nak kita nak settlekan. Jadi, di sini cheq nak bagitau perkara yang penting sekiranya kes  macamni berlaku ke atas diri anda.

Sekadar gambar hiasan

✔ Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.
✔ Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.
✔ Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar dari kereta anda.
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.
✔ Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.
✔ Apabila pemandu kenderaan yang langgar kereta anda tadi keluar dari kenderaannya, sapalah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.
✔ Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu, masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.
Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalulintas dan menganggu pengguna jalan raya yang lain.
✔ Kalau boleh minta tengok daripada pemandu kereta yang langgar anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.
✔ Jika dia tidak mengaku salah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Hanya bagitaunya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan dari belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.
✔ Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi diingatkan, tak perlu meminta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda. Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.
✔ Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.
✔ Jika dia berkeras tidak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.
✔ Terus pergi buat repot polis di balai polis berhampiran.
✔ Dengan repot polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.
✔ Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurance tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd party claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boles mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah.


🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

SELAMAT HARI AYAH

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Selamat hari Ayah untuk abah kepada anak-anak cheq. 9 tahun melayari bahtera dengan dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata. Terima kasih kerana menjadi suami dan Abah yang baik kepada cheq  dan anak-anak. 

Selamat hari Ayah juga buat ayah cheq yang tersayang dan abah yang dihormati yang berada di kampung. 

Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat dan dapat berbakti kepada keluarga.



🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

HATI-HATI DENGAN PENIPUAN KEWANGAN


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


SCAM ALERT : JANGAN JADI MANGSA

Berhati-hati dengan penipuan kewangan melalui panggilan telefon, e-mel dan SMS. Anda dinasihatkan agar tidak mendedahkan maklumat keselamatan kewangan Anda kepada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan pun. Sekiranya anda menerima panggilan telefon, SMS atau e-mel yang tidak diundang.

Lindungi diri anda dengan tidak melayan mana-mana pihak yang tidak dikenali menghubungi anda.  Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan, jika anda telah menerima permintaan seperti itu, ABAIKAN!

Sumber : Bank Negara Malaysia



🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

MENGENANG TRAGEDI HIROSHIMA SUNGAI BULOH TAHUN 1991


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Letupan paling kuat dan dahsyat dalam sejarah Malaysia berlaku pada petang Selasa, 7 Mei 1991 di Sungai Buloh, Selangor. Anggaran masa letupan ialah pada pukul 3.45 petang yang mengorbankan 26 orang di samping 83 orang yang cedera. Jumlah kutipan derma tabung bencana dianggarkan RM935,688.18.

Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi ini turut digelar 'Hiroshima Sungai Buloh' berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu semasa Perang Dunia kedua.

Begitulah andaian kesan letupan 200 tan belerang yang berpunca dari sebuah kilang mercun di kawasan itu sehinggakan percikan bunga api dan serpihan berterbangan jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga  7 kilometer dari lokasi tragedi.

Bunyinya yang kuat bagaikan letupan bom berkuasa tinggi  dan kesan gegarannya memecahkan cermin tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan Selayang, yang yang terletak kira-kira 7 kilometer jauhnya dari kilang itu.

Jika kawasan sejauh itu mampu musnah dan rosak, dapatkah anda bayangkan keadaan mangsa yang berada hanya beberapa kaki dari bahan letupan itu ketika ia meletup? 

Tragedi kilang mercun itu meninggalkan kesan sejarah besar kepada negara, sekali gus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena perayaan walaupun sebelum ini dibenarkan malah dihasilkan kilang di negara ini.

Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja SATU LETUPAN BESAR termasuk dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, LETUPAN KEDUA seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.

Sengsara itu masih belum berakhir apabila LETUPAN KETIGA dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih 4 kilometer. LEBIH 20 LETUPAN kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang di percayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak 8 kilometer.

Berpuluh-puluh pekerja yang kebanyakkannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi  menyelamatkan diri daripada  dibakar rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan.

Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar.

Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motorsikal musnah. Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buloh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan.

Keadaan kelam-kabut terus berlaku apabila penduduk dan beberapa pihak yang berada berhampiran kilang melarikan diri bagi mengelak terkena serpihan batu, batang kayu dan besi yang berterbangan akibat letupan itu selain bahang api.

Beberapa pihak yang gagal menyelamatkan diri akhirnya cedera terkena serpihan dan api itu. Kemalangan jalanraya turut berlaku sewaktu pemandu bergegas menyelamatkan diri ketika kebakaran ini. Seorang wanita cedera di kepala apabila terlanggar sebuah kereta di jalan raya dalam cubaan menyelamatkan diri itu.


Bagaikan kawasan peperangan. Begitulah keadaan
kawasan letupan mercun di Sungai Buloh.


Selepas letupan demi letupan itu semakin berkurangan, kedengaran raungan kesakitan di mana-mana. Berpuluh-puluh mangsa berlumuran darah merah, manakala ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan kejadian untuk mencari sanak-saudara yang dikhuatiri menjadi mangsa tragedi.

Wajah cemas dan sugul mengiringi pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada sesiapa saja yang dijumpai untuk mengetahui nasib sanak-saudara masing-masing yang bekerja di kilang berkenaan. Bimbang mereka jika insan yang disayangi menjadi korban tragedi itu.

Tangisan dan raungan semakin kuat kedengaran tatkala melihat keadaan ngeri mangsa yang rentung dan sudah tidak lengkap anggota badan dibawa keluar dari bangunan kilang yang hangus terbakar.

Lapan jentera bomba termasuk dua dari Kem Tentera Sungai Buloh, Wilayah Persekutuan (2), Petaling Jaya (2) dan masing-masing sebuah dari Damansara Utama dan Shah Alam tiba seketika kemudian untuk memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa.

Lebih 50 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam kepayahan lantaran pelbagai masalah timbul. Tekanan air terlalu rendah, pili jauh, api merebak terlalu cepat, angin kencang serta beberapa letupan menghalang tugas memadam dengan lebih mudah.

Apabila pasukan bomba tiba, api sudah merebak ke tiga buah rumah berhampiran kilang. Akhirnya pasukan bomba terpaksa menggunakan air yang dibawa sendiri dan selepas bertungkus-lumus selama dua jam, mereka akhirnya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah lain di sekitar kawasan berhampiran.

Sembilan ambulan dari Hospital Kuala  Lumpur (HKL), lima dari Hospital Sungai Buloh berulang-alik mengangkut mangsa yang parah untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Keprihatinan orang ramai menyebabkan ada mangsa dibawa keluar hospital menggunakan lori dan van dalam keadaan berlumuran darah.

Walaupun kebakaran sudah dipadamkan, anggota bomba tidak dapat meneruskan operasi mencari mangsa dengan mudah kerana khuatir letupan akan kembali berulang berikutan masih ada tiga tempat simpanan letupan bawah tanah di kilang itu. Dua daripada stor simpanan itu sudah meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter!

Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa menyembur air bagi memadamkannya. Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku.

Sehari selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buloh itu. Satu daripada mayat itu ialah seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung.

Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa buah hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis juga menerima aduan mengenai kehilangan enam orang penduduk tempatan. Selain itu, 37 buah rumah dan kilang serta 7 buah motorsikal musnah dalam kejadian ngeri itu.

Polis bagaimanapun mengalami kesukaran mengesan jumlah sebenar pekerja yang hilang dalam letupan itu berikutan majikan tidak mempunyai daftar kehadiran tugas harian dan ada pekerja kilang berhampiran yang cedera atau belum melaporkan diri. Kemudian satu persatu kisah yang terselindung di sebalik tragedi itu mula terbongkar.

Kilang mercun dan bunga api itu disahkan beroperasi secara haram sejak 1978 malah ia juga bertindak menyalahi undang-undang apabila menggaji pekerja bawah umur!

Siasatan juga mendapati kebakaran di kilang mercun itu disahkan berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan. Ia berpunca daripada kelalaian pihak kilang yang menjalankan ujian bunga api di luar tempat khas sehingga terkena longgokan simpanan mercun dan bunga api yang terletak berhampiran seterusnya letupan semakin merebak.

Keadaan semakin sukar dikawal ketika kebakaran berlaku kerana tiada usaha awal memadamkan api dan juga peralatan pencegahan kebakaran tidak disediakan secukupnya di kilang itu.

Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun!


Sekitar pemandangan kawasan tragedi kilang
mercun Bright Sparkler yang meletup dan terbakar.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 orang anggota penyelamat diarahkan beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, penyebaran gas itu semakin buruk sehingga menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu.

Kemudian operasi diteruskan dengan anggota penyelamat terpaksa mengenakan topeng.gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua mengelak bagi membersihkan tapak kilang.

Pada 16 Mei, pihak berkuasa  melancarkan'  Operasi Api Buluh' untuk membersihkan dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan. Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam keadaan yang mengerikan, iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan dan Jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.

Walaupun sudah beberapa hari berlaku, gas toksik masih tidak menghilang, malah semakin merebak kepada penduduk berhampiran. Tujuh anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu. Keadaan semakin bahaya walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api  yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal oleh pihak berkuasa yang segera memadamkannya.


Gambar-gambar di sekitar tempat kejadian.




Pembawa maut. Antara mercun yang dijumpai
di tempat kejadian.


Mayat yang dijumpai terbenam dalam kejadian
tersebut.





🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

Giveaway By Shazwani Mazlan


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


 Jangan lepaskan peluang untuk sertai giveaway ini.

Klik banner untuk  join

🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹

JANGAN BELI MERCUN DALAM TALIAN


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membeli mercun yang dijual secara dalam talian kerana penjualannya tidak dibenarkan.


"Individu yang menjualnya lebih-lebih sempena hari raya ini boleh dikenakan tindakan undang-undang tegas." kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata penjualannya adalah haram dan  merupakan satu kesalahan.

"Namun setakat ini pihak polis masih belum menerima aduan mengenai penjualan mercun secara online, sekiranya ada kami akan mengambil tindakan undang-undang".

"Saya berharap pihak penghantaran seperti Pos Laju Dan syarikat penghantar barangan memberi kerjasama dengan polis dalam membanteras perbuatan ini termasuk penyeludupan mercun secara haram." katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penyimpanan dan penghantaran mercun-mercun itu juga boleh mendatangkan bahaya kepada pejabat dan petugas yang berkhidmat di syarikat penghantaran.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) ketika dihubungi berkata pihaknya akan memberi bantuan teknikal kepada pihak polis dalam kes penjualan mercun melalui dalam talian sekiranya perlu.

Menurutnya, antara bantuan yang boleh diberikan ialah mengenal pasti saspek, kepakaran forensik dan jika perlu menyekat laman sesawang berkenaan.

-BERNAMA


🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹





SEJARAH PENUBUHAN POLIS WANITA



 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Pasukan pertama anggota polis wanita telah rasmi ditubuhkan pada bulan Ogos 1955. Semasa era penentangan komunis, salah satu cara mematahkan perjuangan kumpulan itu adalah dengan menyekat bekalan makanan sampai ke tangan pengganas-pengganas tersebut. Operasi sekatan-sekatan jalan dan pintu keluar masuk di perkampungan baru giat dijalankan ketika itu untuk memastikan makanan tidak diseludup. Dalam operasi tersebut, khidmat isteri-isteri polis dan Polis Khas Wanita mula digunakan dan berperanan memeriksa wanita yang disyaki menjadi tali barut pengganas.

Selain itu juga, mereka menjalankan tugas mengawal lokap serta tugas eskot pesalah-pesalah wanita dan kanak-kanak. Walaupun tidak melakukan tugas kepolisan biasa, namun peranan dan tugas mereka menunjukkan bahawa cawangan polis wanita perlu diwujudkan.

Pada tahun 1956 seramai tujuh pelatih wanita pertama dalam sejarah Polis Diraja Malaysia telah menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Latihan ini dibawah pengawasan ASP B.D.R Wentworth iaitu seorang pegawai Inggeris yang dipinjamkan ke Tanah Melayu ketika itu, untuk menyelia dan melatih polis wanita. Kecemerlangan institut latihan tersebut berterusan apabila berjaya melahirkan pelatih Konstabel Wanita pertama seramai 54 orang.

Sehingga kini pegawai dan anggota polis wanita tidak sahaja membuat tugas mengawal pesalah-pesalah wanita dan kanak-kanak malah diberi kepercayaan dan mampu menjalankan tugas yang lebih mencabar dan berisiko tinggi setanding dengan keupayaan lelaki.

🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹



Segmen Sampul Duit Raya Seindahcerita


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Segmen Sampul Duit Raya  Seindahcerita | Alhamdulillah, tahun nie sampul duit raya DIY yang nieyl jual mendapat sambutan yang menggalakkan.. hari ini dengan berbesar hati dan rendah dirinya nieyl nak buat 1 segmen untuk semua follower blog seindahcerita. Suka tak? Nieyl menjadi 2 pemenang sampul duit raya..dengan menggunakan khidmat En.Random.org


Syarat-syaratnya..

1. Follow Blog Seindahcerita

2. Follow Instagram Nieylanadia

3.Like Fanpage Seindahcerita

4. Buat Entry bertajuk Segmen Sampul Duit Raya Seindahcerita

5.Letak banner dan link ke entry ini

6.Jangan lupa tinggalkan URL entry dalam entry ini okey!

~ terima kasih kerana sudi membaca ~

TAZKIRAH JUMAAT : JENIS MATA




السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Tazkirah Jumaat : Dari Ibnu Abbas RA katanya. Rasulullah SAW bersabar : 'Dua jenis mata yang tidak akan tersentuh dek api neraka iaitu : Mata orang yang menangis kerana takut kepada Allah SWT dan Mata orang yang tidak tidur kerana berjaga di jalan Allah SWT  (orang yang menjaga keselamatan negara di perbatasan).' (HR Al-Tirmidzi.


🌹🌹Terima kasih kerana sudi membaca 🌹🌹


PENIPUAN TAWARAN KERJA DI RUMAH


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Elakkan dari menjadi mangsa!!


PDRM menasihati orang ramai yang ingin mencari rezeki sampingan khususnya golongan suri rumah agar berwaspada dengan sindiket yang menawarkan peluang pekerjaan d rumah menerusi ruangan iklan di akhbar tempatan mahupun atas talian.

Antara modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini adalah memasukkan iklan kecil menggunakan alamat dan identiti palsu dalam akhbar harian bagi menjerat mangsa. Mangsa yang tertarik dengan tawaran iklan tersebut akan menghubungi / SMS nombor yang diberikan sebelum saspek mengarahkan mangsa memasukkan wang ke dalam satu nombor akaun kononnya bagi tujuan pemprosesan data di syarikat saspek. Bagi menyakinkan mangsa, saspek akan meminta mangsa menghantar maklumat diri / salinan kad pengenalan / slip bank pindahan wang tadi ke satu alamat pejabat kosong bagi mengaburi mata mangsa. Saspek kemudiannya akan menghilangkan diri bersama wang pendahuluan yang dikutip daripada mangsa-mangsanya.

 Nasihat PDRM :

- Jangan mudah percaya dengan iklan yang disiarkan terutamanya yang minta berhubung melalui telefon bimbit atau SMS.
- Dapatkan pengesahan perkhidmatan tawaran syarikat daripada Kementerian Sumber Manusia dahulu.
- Dapatkan juga khidmat nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan.
- Sentiasa waspada dengan taktik membuat bayaran dahulu, sebelum mendapat atau menerima sebarang perkhidmatan atau kerja yang ditawarkan.
- Jika curiga dengan tawaran yang diiklankan, lapor segera kepada pihak berkuasa.

PENIPUAN ONLINE CADAR MURAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Elakkan dari menjadi mangsa!!



PDRM menasihati orang ramai terutamanya golongan pelajar kolej / wanita / surirumah agar berhati-hati dengan sindiket yang menawarkan penjualan cadar murah atas talian menerusi aplikasi whatsapp / facebook dalam tempoh beberapa hari sebelum menghilangkan diri dan gagal dihubungi.

Antara modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini adalah menawarkan kerja dari rumah kepada dua wanita sebagai ejen untuk memindahkan wang daripada ejen dropship kepada dalang sindiket. Kemudiannya, sindiket tadi akan menawarkan cadar murah kepada ejen dropship melalui facebook yang mana ejen tadi akan membuka tempahan cadar kepada pelanggan tetap mereka. Dalang sindiket akan membuka pula 2 kumpulan whatsapp untuk semua dropship yang mengambil tempahan dari pelanggan masing-masing tadi sebelum semua ejen dropship tadi melakukan pembayaran melalui ATM atau perbankan internet. Selepas menerima duit, dalang sindiket tadi akan terus meninggalkan kumpulan whatsapp tadi dan gagal dihubungi.

Nasihat PDRM :

- sentiasa ada perasaan syak wasangka dan tidak mudah percaya terhadap tawaran-tawaran harga murah cadar yang diimport dari negara jiran oleh mana-mana individu yanng tidak dikenali.
- jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi dan perbankan kepada mana-mana individu yang tidak dikenali.
- jangan membuat transaksi wang kepada mana-mana individu yang tidak dikenali
- jangan sesekali menrhakan akaun peribadi kepada individu lain bagi tujuan menyalahi undang-undang.