MAKAN MALAM AIR TANGAN SUAMI


Assalamualaikum 💕💕💕

Macam biasa, balik kerja mesti penat kannn.. 
Gitulah jadinya pada cheq.
Jadi semalam husband cheq volunteer untuk masak makan malam.
Cheq plak handle anak-anak dari A to Z

Husband cheq ni peel dia, kalau dah masuk dapur jangan kacau dia
Biar dia mula dan dia sendiri habiskan (peel dia sama dengan cheq)
Dari ruang tanu dah boleh bau tumis, sedap
Cheq cuma masuk untuk jadi tukang rasa ja
Time tu dah boleh komplain macam-macam

Masak asam pedas ikan campur-campur
Ada ikan selar kuning, ada ikan tongkol. Yang penting mesti
ada daun kesum dan nanas

Menu untuk malam ini adalah asam pedas versi Johor
Semua ikan yang ada dalam peti sejuk tu, dimasukkan dalam kuah asam pedas 
(dalam proses menghabiskan stok ikan dalam peti sejuk)


nampak dak orang diet makan. Pinggan penuh
dengan daun kesum

Orang Johor ni suka makan masakan yang pedas
Husband cheq kalau mesti dia ingat kat anak-anak
Jadi dia akan buatkan kuah asing untuk anak-anak cheq yang tak boleh makan pedas tu.
Sup kaki ayam

Sup kaki ayam untuk anak-anak

Licin pinggan, sedap tak terkata


Alhamdulillah, semalam kami sekeluarga kenyang dengan hasil air tangan suami dan abah kepada anak-anak cheq.
Walaupun mukanya nampak bengis dan ganas tapi selalu masuk dapur dan uruskan rumahtangga.
Bukannya takut isteri tapi tolenrasi dalam rumahtangga.
Insyaallah akan bahagia.

Giveaway Topup Percuma by Cik Candy

Assalamualaikum 💕💕💕

klik banner untuk join


Jom memeriahkan giveaway ni 

20 FEBRUARI 2017 - 11 MARCH 2017

PEMBEDAHAN BREAST CANCER

Assalamualaikum 💕💕💕


Bersiaran kembali setelah beberapa hari menyepi. Menenangkan hati yang tengah gundah-gulana. Awal tahun ni, emak cheq disahkan menghidap breast cancer. Itu pun setelah emak perasan ada ketul kat pangkal ketiak dia.


Hasil carian imej untuk tulisan breast

Semalam emak cheq telah menjalani pembedahan untuk membuang ketulan tu. Alhamdulillah selepas duk berjam-jam dalam wad pembedahan ( 1230hrs - 1630hrs ), emak cheq telah disorong masuk ke wad biasa untuk pemulihan.




Sepatutnya selepas pembedahan, pesakit akan melalui proses kimioterapi. Tetapi emak cheq menolak untuk membuat kimioterapi, disebabkan pengalaman emak cheq melihat betapa sengsaranya kakak cheq selepas buat kimioterapi. Kami anak-beranak memang tak memaksa, biar emak cheq sendiri membuat pilihan sendiri.

Doakan emak cheq bebas dari kanser dan sihat seperti biasa.

D CEMPAKA IKAN BAKAR


Assalamualaikum 💕💕💕


Kalau terasa bosan dengan masakan sendiri kat rumah, pilihan kami sekeluarga untuk makan di luar adalah di kedai D' Cempaka Ikan Bakar. Kedai makan ni terletak di Jalan Dusun Raja menghala ke bulatan Kg Jambu. Kedai ni punya trademark adalah bumbungnya yang berwarna kuning.




Kedai makan ni menyediakan pelbagai jenis ikan yang segar-segar untuk dibakar menggunakan arang. Selain tu kepelbagaian ulam-ulaman yang boleh menaikkan selera makan. Kedai ni memang takde banyak menu, hanya ikan bakar, ulam-ulaman dan jugak air asam atau sambal belacan untuk cicahan. Tapi sekarang ni dah dinaik taraf dah. Ada masak tempoyak patin, ikan singgang dan sotong masak kuah hitam tu (tak tahu namanya). Setapak lagi taraf dinaikkan iaitu baru-baru ni cheq pi dah ada masakan panas. Kita boleh order ja.

Ikan-ikan yang segar

Kepelbagaian ulam-ulaman

Dapur bakar arang yang tersusun
Happy dapat keluar dan takyah masak, hehehehe

Tomyam favourite kami sekeluarga

kuyah ulam dulu

dah siap makan malam kami

Kami sekeluarga dah menjadi pelanggan tetap di kedai makan ni. Dalam sebulan paling kurang sekali kami akan singgah makan di sini. Sebelum perpindah ke lokasi ini, tauke kedai ni hanya menyewa di sebuah car wash. Tauke ni akan ambil alih selepas car wash tu ditutup pada petangnya. Kalau car wash tu banyak kereta nak dibasuh, maka lambatlah kedai makannya nak dibuka. Walaupun begitu, pelanggan tetap ramai. Dan disebabkan itu jugak kot, tauke dia cari tapak perniagaan yang baru ni.

Kenapa kedai makan ni menjadi pilihan kami sekeluarga. Selain daripada dapat merasa ikan yang segar-segar, harganya juga berpatutan. Lokasi kedai ni pun walaupun bersebelahan dengan jalan besar tapi tak rasa crowded, anak-anak cheq boleh berlari-lari kejar kucing lagi. Kedai ni juga menyediakan surau untuk para pelanggan menunaikan solat. Tauke dan para pekerja dia pun ramah. 

Sesiapa yang datang berkunjung ke Kota Bharu, bolehlah berkunjung ke D' Cempaka Ikan Bakar ni. Kedai makannya dibuka dari jam 5.30 petang sehingga tengah malam. 






Giveaway by FatinDiana

Assalamualaikum 💕💕💕

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 10th March 2017, 10pm

SUKA BERSELIPAR

Assalamualaikum 💕💕💕

Dalam kereta memang akan tersedia dah selipar untuk cheq. Kalau balik kerja, secara automatiknya masuk kereta ja cheq akan tukar pakai selipar. Sama juga kalau datang kerja, dah sampai tempat kerja baru pakai kasut. 


selipar dalam kereta


Bukannya tak boleh bawak kereta kalau pakai kasut. Sebelum ni, cheq pernah bawak kereta pakai heel, kasut operasi yang tapaknya tebal tapi tak berapa nak selesa.


selipar dalam ofis

Bukan dalam kereta cheq ja, dalam kereta cik suami pun akan tetap ada selipar cheq tu. Dalam ofis pun mesti ada. Pendek kata kat mana saja mesti ada selipar cheq. Ala selipar 2 hinggit ja pun, bukan pakai selipar yang mahal.

GUNA SEMULA KERTAS TERPAKAI

Assalamualaikum 💕💕💕

Harini masuk ofis semula setelah 3 hari bercuti. Tengok dalam ofis tu banyak sangat kertas yang dah terpakai. Kadang-kadang bila buat laporan, dah siap print pun baru perasan ada yang tak betul. Jadi print semula. Jadinya, laporan yang print awal tu dah tak guna. Semua kertas-kertas ni tergolong dalam kategori SULIT jadi tak boleh buang gitu saja. Kena lupus dalam mesin shredder (pencincang).

Bila tengok sehelai-helai masuk dalam mesin tu, rasa sayang sangat kertas tu. Hanya sebelah bahagian ja yang bertulis, bahagian belakangnya masih kosong. Jadi cheq punya idea, guna kertas terpakai tu selagi boleh guna.


Kertas yang dah digunakan dan tunggu masa
nak buang ja

Gunting / potong kepada 2 bahagian

Buatkan lubang dengan menggunakan punch

Masukkan tali dan kemaskan. Siap, dah boleh
conteng-conteng


Mula-mula cheq kumpulkan kertas yang mana bahagian belakangnya masih kosong. Potong kepada 2 bahagian. Guna punch untuk buat lubang dan ikat dengan tali. Maka bolehlah, cheq catit apa-apa yang patut nanti. Takdaklah nampak membazir sangat kan.


GIVEAWAY #1 BY AISYAH


Assalamualaikum 💕💕💕

 https://impianvskhayalan.blogspot.my/2017/01/giveaway-1-by-aisyah.html


kenapa nak menjadi peserta bertuah ?
kerana saya nak menang hadiah

MELETUP-LETUP DALAM MULUT

Assalamualaikum 💕💕💕

Bila dah demam, tekak pun rasa tak selesa. Telan apapun tak ada rasa apa kan. Mulut ni teringin sangat nak makan coklat. Pesan kat cik suami belikan untuk cheq. Dia belikan cheq coklat cadbury. Boleh lah dari takdak apa.




Bila dah makan tu, terasa macam ada benda letup-letup dalam mulut tu. Cheq ingatkan demam cheq makin teruk, sampaikan makan pun rasa benda lain.

Belek semula plastik coklat tu, baru ternampak ada tulis Jelly Popping Candy. Rupanya benda ni la yang meletup-letup dalam mulut ni. Walaupun dalam duk meletup-letup tu, habis jugak sepaket coklat ni cheq makan.

JADI PENONTON PERLAWANAN BOLA SEPAK DI STADIUM

Assalamualaikum 🌺

Walaupun demam, tugas tetap tugas. Semalam (sabtu), cheq ditugaskan untuk buat pemantauan semasa perlawanan bola sepak antara Kelantan melawan Kedah. Alang-alang dah kat stadium, bolehlah cheq tengok sekali perlawanan tu. Dalam dilema jugak cheq nak sokong team mana satu. Kedah negeri kelahiran, Kelantan tempat cari rezeki. 


Puas hati dapat tengok live.


Penonton dalam stadium dah 20 ribu lebih orang. Yang pasti tempat duduk semua dah penuh. Jadinya sepanjang masa cheq hanya berdiri sambil tengok depa bermain. (Padanlah masuk tak pakai tiket). Dalam ramai-ramai penonton tu cheq sesorang ja duk sokong Kedah. Bila bola dapat kat team Kedah ja, cheq bersorak. Yang lain pandang cheq ja. Ada cheq kisah, hehehe

Sampai habis perlawanan, cheq berdiri.

Alhamdulillah, Kedah berjaya jugak buh 1 gol. Abang Taq (Badrul Bakhtiar) yang jadi hero. Seronok dapat tengok live gini. Debar dia lain macam daripada tengok dalam TV. Walaupun sekejap-sekejap hujan, peminat bola sepak langsung tak bergerak.

Taklimat selesai tugas. Masa ni hujan turun renyai-renyai

Yang pastinya, pagi tadi demam cheq bertambah teruk. Dah la kena hujan, kiri kanan pulak orang duk hisap rokok. Sampai rumah pukul 12 malam lebih. Selagi penonton tak habis balik, kami pun tak boleh balik. Esok dah start keja, rasa macam nak MC jadi.

DEMAM

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Salam Jumaat semua.



Bangun pagini, cheq dah rasa tak sedap badan. Hidung tersumbat, bersin berderu-deru, mata berair, pening kepala dengan badan berbahang. Tu tandanya cheq dah demam la.

Mungkin sebab semalam cheq ikut program bermotosikal kut. Tengahari buta, panas lit-lit keluar ronda-ronda kemasyarakatan dengan motorsikal.



Disebabkan layan pening kepala ni la, pizza yang cheq panaskan dah hangus. Sedap lagi, rasa rangup-rangup dan pahit sikit. Buat ubat demam. 

IBU MEROYAN DITUDUH HARINI



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Masih ingat lagi dengan kes dimana seorang ibu telah kelar leher bayinya sehingga maut. Harini ibu tersebut telah di bawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu dan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Ehsan : Metro
Kiri dan kanan tu anak buah cheq. Depa ni dah
glamor, kerap masuk TV ngan paper.

Tertuduh berusia 32 tahun yang masih lagi mendapat rawatan di wad psikiatrik, HRPZ II kelihatan murung ketika di bawa ke mahkamah. Pertuduhan dibaca dan tertuduh dapati faham dengan pertuduhan tersebut tetapi tiada sebarang pengakuan dari tertuduh.

Perbicaraan akan disambung semula pada tarikh yang telah ditetapkan untuk mendapatkan laporan perubatan dan psikiatrik tertuduh.

Doa cheq supaya ibu dan keluarganya tabah hadapi dugaan ini. Insyaallah, akan mendapat pengakhiran yang baik.

BENTO SEPARUH JALAN


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Bila anak-anak dah masuk sekolah, cheq  sebagai seorang mama dah berazam nak siapkan bekal makanan setiap hari untuk anak-anak.

Tiap-tiap hari memikir juadah untuk esok harinya. Petangnya kelam kabut singgah kedai beli bahan masak.



Minggu pertama dan minggu kedua persekolahan berjalan lancar. Adik suka bawak bento walaupun cheq tak berapa nak reti nak pelbagaikan juadah. Masuk minggu ketiga, adik dah takmau bawak. Katanya kawan-kawan dia tak bawak bekal. Pujuk jugak bawak tapi tengahari balik tengok bento tak terusik pun.




Kakak pula dari awal-awal lagi memang dah takmau bawak. Malu dah besar kut.  Mama depa ni siap sekodeng resepi-resepi bento untuk depa lagi. Nampaknya azam mama depa ni sekerat jalan ja la.

19 FEBRUARI CUTI PERISTIWA DI KELANTAN



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



KOTA BHARU (15 Februari 2017) - Kerajaan Negeri mengisytiharkan 19 Februari  ini sebagai cuti peristiwa  bagi memberi peluang kepada semua  rakyat Kelantan yang mahu menyertai Himpunan Mega RUU355 di Kuala Lumpur.

Perkara tersebut diumumkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim, di sini.

" Ia sebagai sokongan moral kerajaan negeri kepada usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah melalui pindaan kepada Akta 355 ( Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016). 

" Ia juga bagi membolehkan seberapa ramai rakyat Kelantan untuk menyertai himpunan itu nanti, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco kerajaan NEGERI do Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Pads 24 November lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian  iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Sumber : Sinar Harian



WORDLESS WEDNESDAY : CENDERAHATI


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kawan-kawan cheq ni pergi bercuti pun ingat jugak kat cheq. Ada jugak beli cenderahati untuk cheq. Padahal awal-awal lagi dah pesan suruh beli apa-apa ja kat cheq, hehehe (taktau malunya dia)



Ni keychain daripada Bandung, Indonesia. Sayang nak guna,cheq duk simpan dalam laci ja, hampir-hampir terlupa kewujudan keychain ni dah.




Ni pulak fridge magnet yang datang dari jauh iaitu Kota London. Ni pun duk dalam laci jugak. Selalu lupa nak bawak balik, tambah koleksi kat peti ais tu.

Kedua-dua kawan cheq ni bujang. Sorang tu belum berkahwin, yang sorang lagi tu single parents dengan anak-anak dah besaq jadi nak berjalan-jalan takde halangan sangat macam cheq yang anak berderet ni.




JENIS-JENIS FOBIA YANG TAK PERNAH DENGAR


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Ada kawan sorang kawan cheq ni dia fobia dengan lubang-lubang kecik. Contohnya lubang kat sinki, kat bilik air. Sebabnya dulu dia nampak ulat-ulat kecik keluar ikut lubang-lubang macam tu, jadinya sampai sekarang ni dia takut. Kawan cheq ni jugak fobia dengan ulat-ulat dan serangga. Jadinya, lubang-lubang kat rumah dia tu dia lindung atau tutup guna baldi ke, apa-apa benda pun, asalkan dia tak nampak lubang tu.

Ikutkan fobia kawan cheq tu kiranya normal lagi. Sebab ada lagi fobia yang pelik-pelik dan tak masuk akal. 
Jom, check it out..

Ehsan : Google

1. Pediophobia (Fobia terhadap patung)
Takut dengan semua jenis patung termasuklah robot dan mannequin. Ketakutan yang terlampau membuatkan orang camni susah untuk ke pusat membeli-belah.

2. Eisoptrophobia (Fobia terhadap cermin)
Penghidap fobia ini sangat takut terhadap cermin. Selalunya ia dikaitkan dengan kepercayaan karut seperti cermin boleh membawa nasib buruk dan lain-lain.

3. Agyrophobia (Fobia melintas jalan)
Golongan ini amat takut untuk melintas jalanraya. Tak kiralah jalan besar ataupun kecil, dia akan mengigil ketakutan.

4. Mageirocophobia (Fobia memasak)
Nama ini diambil daripada perkataan Greek iaitu "Mageirokos" yang membawa maksud seseorang yang tidak boleh memasak. Nampak kuali dan periuk terus fobia.

5. Pogonophobia (Fobia janggut)
Perkataan ini berasal dari bahasa Yunani iaitu "Pogono" yang bermaksud ada kaitan dengan janggut. Golongan ini fobia dengan janggut kerana menganggapnya sesuatu yang menyeramkan dan kotor.

6. Euphobia (Fobia mendengar berita baik)
Fobia yang pelik. Golongan ini sangat takut jika berita baik itu adalah berita palsu. Fikirannya sentiasa negatif menerima sesuatu perkara.

7. Pentheraphobia (Fobia terhadap ibu mertua)
Dalam banyak-banyak fobia yang wujud, fobia terhadap ibu mertua dikatakan paling banyak berlaku. Jika tak ditangani dengan bijak, fobia ini boleh membawa kepada penceraian.

8. Vestophobia ( Fobia memakai baju)
Golongan yang fobia untuk memakai baju yang mungkin didorong rasa trauma, misalnya pernah digigit senjata berbisa yang menyorok dalam lipatan pakaian. Kalau memakai pakaian pun, hanya pakaian longgar malah kalau boleh tidak mahu berpakaian langsung.

9. Venustraphobia atau Caligynephobia ( Fobia kepada wanita cantik)
Segelintir golongan lelaki menghidap penyakit ini. Mereka takut, cemas, gelisah malah tertekan bila berdepan wanita cantik. Seboleh-bolehnya dia akan mengelak daripada bertemu wanita cantik.

10. Panphobia (Fobia akan semua benda)
Fobia jenis ini paling jarang berlaku. Semua benda pun dia takut, payah sungguh.

Sumber : SP



BARBER TAK BERTAULIAH



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Bila dah naik darjah satu ni, semua peralatan sekolah serba baru. Benda yang sebelum ni tak pernah guna pun kena beli sebab keperluan untuk darjah satu. 

Salah satunya adalah gunting. Adik Diyanah memang tak pernah ada gunting sebelum ni. Kalau kat tadika memang dia ada guna, tu pun hak tadika punya. Kakak punya gunting pun memang dilarang sama sekali guna kat rumah kecuali ada pemantauan dari cheq atau husband.

Gambar barang kes. Dah habis safety kita cari
gunting untuk depa. Rupanya lepas kejadian
kakak dah buat harta untuk dia sendiri

Tapi si adik ni dah buat eksperimen gunting dia tu ke atas rambut Baby Damia. Masa tu cheq pun ntah sibuk apa ntah, taktau pulak dia guna gunting. Habis copang-caping rambut Baby. Lepas tu mungkin dia takut, adik ni berkurung dalam bilik dengan baby ni.

Mangsa. Hasil tangan barber yang tak bertauliah

Selepas dimakeover. Confuse, boy or girl !!

Bila dah dapat tangkap, tengok rambut Baby dah serupa apa ntah, nak marah pun tak jadi. Boleh gelak ja. Pastu operasi pergi kedai gunting dan repair semula rambut baby.

Ni lah saspeknya yang comel sangat tu.

Nasib gunting rambut Baby takde kena kulit ke, mata ke. Bermulalah pemerintahan kuku besi, gunting dirampas semula. Nak pi sekolah baru ambik. Kalau tak apa lagi nak kena gunting.

SATAY BAUNG

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Baung adalah nama kampung dalam kawasan Kota Bharu ni. Dalam Kelantan ni, kampung Baung terkenal dengan keenakan sataynya.
Mungkin satay ni dinamakan sempena kampung ni iaitu "Satay Baung". Dengar kata perniagaan satay ni adalah perniagaan turun-temurun.

Ni lah gerai sataynya.

Ada satay ayam dan satay daging. Satay pelik-
pelik takdak kat sini.

Harganya boleh tahan. Berbaloi
dengan rasanya

Kami sekeluarga pun suka dengan keenakan satay Baung ni. Kalau malas nak masak malam-malam, kerapkali kami jamah satay ni. Anak-anak cheq makan satay tanpa kuah pun boleh habis bercucuk-cucuk.



Di sekitar Kampung Baung tu, banyak gerai yang jual satay ni. Jadi takdak masalah nak risau habis tak sempat nak beli. Pada musim perayaan, boleh jugak buat tempahan untuk satay ni.

Kalau datang Kota Bharu ni bolehlah datang rasa satay Baung ni. Mungkin boleh lawan dengan satay Kajang kan.

LIF OH LIF



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Alahai lif... Minggu ni dah berapa Kali buat perangai. Keluar pintu rumah, tengok lif tak berfungsi, mula lah hilang mood nak berjalan.



Cheq yang duk kat tingkat 4 pun dan tercunggap-cunggap, kesian orang yang duk tingkat 7, 8 nun.

Sayup nak turun ke bawah

Pengurusan yang jaga hal ni pun fail. Kadang-kadang telefon sekali dua pun takdak action lagi. 

Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Cheq pernah terlekat dalam lif tu lebih kurang 15 minit. Dengan gelap dan panas. Nasib baik ada line telefon, bolehlah telefon minta bantuan.

TAK SUKA BOMOHKAN JA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Rabu 2 minggu lepas, lebih kurang 9 malam kerani cheq (pompuan) hantar wassap dalam group mintak maaf, mintak halal segalanya. Kitaorang yang baca ni dah naik risau. Kerani cheq ni memang tengah skit.

Malam tu jugak, 3 biji kereta rakan sekerja cheq pergi melawat dia. Disebabkan malam, cheq tak dapat nak ikut. Keesokan paginya, lepas taklimat cheq serombongan pergi melawat dia. Sampai rumah dia memang rasa lain, rasa seram. Sedih tengok kerani cheq duk terbaring camtu, sebab sebelum ni dia ligat sangat. Yang lagi sedih, doktor pun tak dapat nak kesan sakit apa, hanya bergantung pada morfin untuk tahan sakit.

Seminggu dah berlalu, barulah keluar cerita yang pada malam tu kawan-kawan cheq kena kacau lepas melawat kerani cheq tu. Ada sorang anak buah ni, dia memang boleh nampak benda-benda ghaib ni. Malam depa sampai rumah tu, benda tu dah tercongok kat bumbung. Time balik pulak, benda tu muncul kat setiap selekoh. Nasib baik tak jadi apa-apa kat depa. Patutlah cheq rasa seram masa duk kat rumah dia.

Ehsan : Google

Sekarang ni kerani cheq tu ada kat ICU. Doktor terpaksa tidurkan dia. Rupa-rupanya kena buatan orang. Nasib baik jugak doktor tu benarkan ustaz masuk ubatkan kerani cheq ni. Orang yang buatkan dia pun dah dikenalpasti, cuma tak disangka orangnya. Mudahnya caranya, tak suka kat seseorang tu, bomohkan ja. Tak ingat dosa dah. Biar Tuhan ja yang balas perbuatan dia tu. Semoga kerani cheq ni sihat seperti sediakala. Amin.