D CEMPAKA IKAN BAKAR


Assalamualaikum 💕💕💕


Kalau terasa bosan dengan masakan sendiri kat rumah, pilihan kami sekeluarga untuk makan di luar adalah di kedai D' Cempaka Ikan Bakar. Kedai makan ni terletak di Jalan Dusun Raja menghala ke bulatan Kg Jambu. Kedai ni punya trademark adalah bumbungnya yang berwarna kuning.




Kedai makan ni menyediakan pelbagai jenis ikan yang segar-segar untuk dibakar menggunakan arang. Selain tu kepelbagaian ulam-ulaman yang boleh menaikkan selera makan. Kedai ni memang takde banyak menu, hanya ikan bakar, ulam-ulaman dan jugak air asam atau sambal belacan untuk cicahan. Tapi sekarang ni dah dinaik taraf dah. Ada masak tempoyak patin, ikan singgang dan sotong masak kuah hitam tu (tak tahu namanya). Setapak lagi taraf dinaikkan iaitu baru-baru ni cheq pi dah ada masakan panas. Kita boleh order ja.

Ikan-ikan yang segar

Kepelbagaian ulam-ulaman

Dapur bakar arang yang tersusun
Happy dapat keluar dan takyah masak, hehehehe

Tomyam favourite kami sekeluarga

kuyah ulam dulu

dah siap makan malam kami

Kami sekeluarga dah menjadi pelanggan tetap di kedai makan ni. Dalam sebulan paling kurang sekali kami akan singgah makan di sini. Sebelum perpindah ke lokasi ini, tauke kedai ni hanya menyewa di sebuah car wash. Tauke ni akan ambil alih selepas car wash tu ditutup pada petangnya. Kalau car wash tu banyak kereta nak dibasuh, maka lambatlah kedai makannya nak dibuka. Walaupun begitu, pelanggan tetap ramai. Dan disebabkan itu jugak kot, tauke dia cari tapak perniagaan yang baru ni.

Kenapa kedai makan ni menjadi pilihan kami sekeluarga. Selain daripada dapat merasa ikan yang segar-segar, harganya juga berpatutan. Lokasi kedai ni pun walaupun bersebelahan dengan jalan besar tapi tak rasa crowded, anak-anak cheq boleh berlari-lari kejar kucing lagi. Kedai ni juga menyediakan surau untuk para pelanggan menunaikan solat. Tauke dan para pekerja dia pun ramah. 

Sesiapa yang datang berkunjung ke Kota Bharu, bolehlah berkunjung ke D' Cempaka Ikan Bakar ni. Kedai makannya dibuka dari jam 5.30 petang sehingga tengah malam. 






9 comments:

  1. Mesti makanan dia sedap ni kan..pilihan ikan pun banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap SA. Kitaorang dah jadi pelanggan tetap kedai ni.

      Delete
  2. Replies
    1. Ada macam-macam lagi menunya. Tapi selalunya menu nilah favorite kami sekeluarga.

      Delete
  3. Ikan bakar memang sedap. Jarang dapat makan sebab selalu main goreng jer.

    Jom masuk bloglist saya, http://lynk.my/w1cm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, kalau kat rumah pun asyik goreng ja. Kalau teringin nak makan ikan bakaq, baru makan sini.

      Delete
  4. seafood... tomyam...
    memang syok ler dinner dgn barisan lauk yg ngancam tu, ann.

    ReplyDelete
  5. Nampak macam sedap boleh g nanti balik kelantan ni

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.