APA PERLU APABILA JUMPA SEKATAN JALAN RAYA

Hai semua...

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Gong Xi Fa Cai pada kawan-kawan Chinese.
Semoga tahun ini dipenuhi dengan kejayaan, kemewahan dan penghargaan.

Kalau kawan-kawan semua perasan, setiap kali cuti musim perayaan, tak kiralah sambut raya puasa, deepavali atau raya tahun baru cina, pasti akan bertembung dengan sekatan jalan raya.
Ini salah satu untuk mengesan kesalahan lalulintas, membenteras jenayah dan mengurangkan kadar kemalangan.

Jadi, apa yang perlu dibuat sekiranya nampak sekatan jalan raya di hadapan oleh abang Polis ni :-


Yang pertamanya, dah nampak sekatan kat depan tu, jangan gatal-gatal nak pusing balik atau melarikan diri. Sebabnya setiap lorong, jalan akan ada angggota yang pantau dan jaga. Kalau diorang dapat tangkap yang cuba melarikan diri ni, lagi merumitkan keadaan.

Yang keduanya, standby lesen dan kad pengenalan awal-awal lagi. Jangan time abam Polis minta baru kelam kabut nak mencari. Kalau malam hari, pasang lampu dalam kereta, biar mudah abam-abam Polis nak tengok dalam kereta.

Yang ketiga ada sesetengah abam Polis ni dia akan suruh jalan ja. Tapi kalau dia suruh berhenti, kenalah berhenti. Berhenti, tutup enjin kereta dan keluar dari kereta.

Yang keempat, jangan menipu. Kalau takde lesen, bagitau je takdak. Jangan kata tertinggal kat rumahlah, kat rumah mak mertualah, kat rumah ketua kampunglah. Sebab abam-abam ni boleh semak. 

Yang kelima, jaga tingkah laku dan jawab soalan. Bila dah keluar dari kereta tu, abam-abam ni akan tanya beberapa soalan la. Jangan la berdiri cekak pinggang, peluk tubuh..tapi berdiri tegak ja. Tangan ditepi atau belakang. Jawab soalan yang abam-abam tu tanya dengan sopan. Jangan tengking-tengking.

Yang keenam. Minta maaf jika ada buat kesalahan. Diaorang ni ada yang lembut hati bila dengar ucapan maaf ni. Tak semua abam Polis ni bengkeng.

Yang ketujuh. Ucap terima kasih. Kena saman ke tak kena saman pun ucaplah terima kasih kepada abam-abam tu. Kadang-kadang tengah malam, orang lain sedap tidur, diaorang masih terpacak kat tengah jalan.

INGAT : Polis ada kuasa untuk memeriksa tubuh badan dan kenderaan. Dan jika anda tak puas hati, boleh buat aduan dengan mengambil nama dan nombor badan anggota tersebut. aduan tersebut boleh dibuat melalui Perkhidmatan Aduan PDRM.


BETUL KE ORANG PEREMPUAN MALAS NAK ISI MINYAK KERETA???

Assalamualaikum semua...

Seperti soalan di atas, betoika orang pompuan ni malas nak berhenti isi minyak kereta ???
Yess, jawapannya bagi cheq ni.
Kebanyakkan kawan pompuan cheq bagitau depa memang segan nak berhenti si stesen minyak untuk isi minyak.
Cheq ni bukan jenis yang cepat gabra. Walaupun lampu minyak tu menyala, boleh lagi ulang-alik pi ambik anak, pi pejabat. Punyalah malas nak berenti isi minyak.



Antara sebab yang buat cheq jadi malas sangat adalah :

1. Kena turun berjalan ke kaunter untuk buat pembayaran. Nak pulak kalau pam yang kita berhenti tu jauh kat hujung, jauh perjalanannya nak ke kaunter. Nak pulak lagi bawak anak kecik, kena bawak sekali, takkan nak tinggal diorang dalam kereta tanpa pengawasan kan..

2. Kalau dah bawak anak ke kaunter bayaran, depa nampak pulak kedai serbaneka kat situ. Mesti nak masuk. Larang ka, jengil mata ka.. depa tetap nak masuk. Dah rugi masa, perbelanjaan pun terlajak laris. hehehe...

3. Nak cepat ke destinasi. Contohnya nak cepat pergi ambik anak sekolah. Kalau berhenti isi minyak lambat pulak jadinya.

4. Orang pompuan dah sampai stesen minyak, sebelum turun kena betulkan tudung. Pakai kasut untuk orang yang jenis drive kena berkaki ayam (bukan cheq ye).  Perbetulkan lengan baju dan macam-macam lagi la.

5. Terlupa tangki minyak di sebelah mana. Dah parking tapi tersilap arah tangki. Nak cari pam lain dah malas. Kalau tarik paip minyak tu sampai, kira ok lah. Kalau tak sampai, forward reverse la kereta tu.

6. Lain-lain...

Jadi untuk mengatasinya, selalu jugaklah cheq tukar kereta dengan suami. Tinggalkan kereta cheq yang takdak minyak tu. Jadi kalau dia naik, nak taknak dia kena isi minyak. Heheheh....Tapi selalu jugak cheq bagi duit minyak kat dia.

So, nak taknak orang perempuan ni kena biasakan berhenti isi minyak. Takkanlah rela nak tersadai tepi jalan.

BILA NAK AKTIF BALIK NI...

Hai semua...

Masih ada yang kenal dengan diri ini ka?
Al maklumlah lama sangat tak buat coretan dan jenguk blog korang semua.

Harini curi masa rehat jenguk blog jap.
Omak aiiii, dah naik bersarang blog ni.
Last sekali coret kat sini, raya puasa tahun lepas.
Lepas tu senyapppp...

Sebenarnya banyak cerita nak dikongsikan kat sini.
Kena cari masa dan mood ja.
Tak tau pi lari mana tah depa berdua ni...

Azam tahun ni nak tulis dan jenguk blog kengkawan hari-hari tanpa gagal.
Haaa...ayat "tanpa gagal' tu memang ayat rasmi kat tempat kerja ni.
Maknanya kena buat jugak, tak boleh tak buat.
Moga-moga azam cheq tercapailah nooo..


Line tenet slow teruk kat opis ni. Nak download
gambar ni ja setengah jam.



p/s : dah masuk tengah bulan Februari, dia ni sorang baru duk kalut nak cerita pasai azam..