MINUM PETANG : SAGU GULA MELAKA

Hai semua....

Hujung minggu ni takdak pergi manapun. Lepak dengan anak-anak kat rumah. Dah duk saja kat rumah, kerap sangat laparnya. Selongkar peti ais, jumpalah bahan-bahan ni. Dah lama beli, asyik tertangguh nak buatnya. So, untuk minum petang harini, kita makan sagu gula melaka.



Bahan-bahannya mudah saja. Sagu, gula melaka, sirap merah dan susu cair. Cheq dah beli sagu yang berwarna jadi cheq tak perlukan sirap lagi.



Pertama sekali, basuh sagu sampai hilang kanjinya. Pastu panaskan air dalam periuk. Apabila air dah mendidih, masukkan sagu yang dibersihkan tadi ke dalam periuk tu dan kacau sehingga betul-betul kembang. Setelah sagu kembang, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.



Keduanya, masak gula melaka sampai betul-betul cair dan sejukkan jugak. 



Time nak makan masukkan sagu, gula melaka yang dah dicairkan dan akhir sekali tuangkan susu cair. Ikut citarasa korang kalau nak manis tambah gula melaka tu, kalau nak rasa berlemak, lebihkan susu cair. Siap...dah boleh makan.



Ni pandangam dari bawah mangkuk. Air gula tu pastikan pekat yer...

......abaikan gambar yang tak berapa nak menjadi, tapi rasanya memang sedap. Makan time panas-panas ni memang awesome...

2019 Comeback GiveAway by Cik Roxa

Hai korang semua...

Syarat mudah, hadiah menarik..
Jom join..



 Jom join


Tak lama dah nak berakhir giveway ni.
Cepat...cepat...
jangan sampai terlambat

TAK MAHU MAKAN NASI, NAK DIET TAPI....

Assalamualaikum semua...

Harini balik kerja, rasa letih sangat. Dalam kepala otak ni pikir sampai rumah nak mandi, pastu nak baring atas katil ja. Bila dah letih gini, nak masak untuk makan malam pun dah malas. Nasib baik husband offer diri nak pi cari makanan kat pasar malam.

Jadinya, anak-anak cheq pun sibuk order nak makan macam-macam. Nak nasi goreng la, ayam goreng la, kebab, keropok lekor dan macam-macam lagi la. Cheq pulak bagitau "belilah apa pun, tapi tak mau nasi". Demand takmau makan nasi, kononnya nak diet.

Jadi, apa yang husband cheq belikan untuk cheq. Punya banyak gini, makanan manis, makanan guna tepung, serupa macam makan nasi jugak la kan.


Kuih meneram @ telinga keling.

Putu manyam. Betul ke ejaan tu??
Nyam, nyam...


Yang ni paling win husband beli
kat cheq. Etok salai...


...... Dah orang belikan, makan jugaklah. Kut merajuk kang, hodoh la plak tengoknya. Malam ni tak jadi nak diet, esok je la start diet.......

NASI LEMAK RM1 SAHAJA..


Buka mata ja perut dah berbunyi, lapar katanya.  Nak kena cari nasi, cari nasi... Kalau kat kampung, favourite breakfast selain masakan mak cheq adalah nasi lemak yang banyak dijual kat tepi jalan tu. Sedap dan murah ja. Harganya RM1 sebungkus.

Cheq boleh habiskan 3 bungkus
ni tau

Nasi lemak lauk ikan bilis dan telur

Nasi lemak lauk ayam.


Walaupun harganya RM1 tapi bila makan sebungkus tu pun dah rasa kenyang. Lauk yang ada ikan bilis telur, ayam sambal dan sotong sambal. Sambalnya sedap, pedas dah cukup rasa. Nasi tu kalau makan kosong pun sedap.

Cheq selalunya makan tak cukup sebungkus, selalunya lebih. Jarang sekali balik kampung dan kat sini takde jumpa lagi nasi lemak yang sesedap macam kat kampung ni. Sebab tu kena makan lebih.

BUBUR PULUT HITAM


Assalamualaikum semua...

Time balik kampung ja, macam-macam cheq teringin nak makan. Bila dengar anak sedara teringin nak makan bubur pulut hitam, cheq pun tiba-tiba teringin jugak. Anak sedara cheq tu teringin sebab mengandung, tapi cheq nak tumpang sama.

Mudah ja nak buat bubur ni. Tapi bila dah balik kampung, terus jadi tak reti nak masak. Hahaha...sebab ada mak kan. 

Bahan-bahan :
Pulut hitam
Santan
Susu cair
Gula
Garam
Daun pandan

Cara nak memasak :

1. Basuh pulut. Kalau nak cepat masak, rendam sekejap pulut tu. Cheq tak rendam dah, terus masuk periuk buka api. Tak menyabar betul....



2. Rebus pulut dan agak-agak air mendidih masukkan daun pandan. Daun pandan ni akan mewangikan masakan kita. Daun pandan ni cheq ambil kat kebun ayah ja. Subur-subur daunnya.




3. Bila pulut dah kembang masukkan santan, dan kacau jangan sampai hangit kat bawahnya. Ingat senang nak cari santan ni. Kena cari buah nyoq, kupas, mesim dan perah sendiri. Nasib baik skill cheq tu masih ada lagi.



4. Akhir sekali masukkan susu cair, garam dan gula secukup rasa. Sambil tu, boleh cedok rasa, kalau tak manis, tambah gula. Kacau dan kacau lagi sehingga bubur tu masak.




5. Dah siap bubur pulut hitam cheq ni. Cheq masak sendiri tau, emak duk tepi bagi arahan ja. Sedap, manis dan berlemak rasanya. Siap bertambah lagi cheq makan. 


TODAY DAMIA TURN 6 YEARS OLD


Assalamualaikum semua...

Kenangan 6 tahun lalu masih segar di ingatan cheq. Hari Isnin, pukul 5 petang bertolak dari rumah untuk ke hospital. Pukul 6 petang baru sampai hospital, padahal rumah cheq dan hospital hanya mengambil masa 10 - 12 minit ja. Dah sampai wad bersalin, punyalah ramai mak-mak yang nak bersalin ni menunggu giliran. Cheq punya giliran beratur kat pintu masuk wad tu.

Lebih kurang pukul 6.40 petang, giliran cheq untuk diperiksa. Doktor check laluan dah buka 7 cm. Terus ditolak masuk kedalam wad. Dalam wad seorang diri menahan sakit, suami tak boleh masuk sebab kena jaga anak yang lagi dua tu.

Tepat jam 7.58 petang, alhamdulillah cheq selamat melahirkan seorang lagi puteri. Dan diberi nama Nur Damia Farhanah. Harini 1 April 2019, genap usia Damia 6 tahun. Cepatnya masa berlalu. Semoga Damia menjadi anak yang solehah dan mama, abah, kakak dan adik sentiasa sayang kamu.. Muahhh...

Kek pilihan Damia sendiri

Damia 6 tahun

Kek coklat 

Happy birthday my pricess

........ harini ja, 2 kali Damia potong kek. Paginya, Damia sambut di sekolah dengan rakan-rakannya. Petang ni sambut dengan kakak dan adiknya pulak. Dah tak boleh panggil baby lagi dah, sebab Damia dah besar.......

CUTI KECEMASAN : BALIK KAMPUNG

Assalamualaikum semua....

Cheq terima panggilan telefon dari kakak cheq bagitahu ayah cheq kat kampung tak sihat. Berderau darah dengar berita tu. Berbincang dengan suami dan decide cheq balik kampung seorang diri naik bas. Cheq pergi jumpa boss, dan dapat cuti kecemasan. Anak-anak cheq tinggalkan dengan suami.


Sebelum berlakunya drama air mata. Seronok dapat naik bas


Lama betul tak naik bas. Jakun kejap


Bas bertolak jam 10 malam dari Kota Bharu. Sebelum bas bertolak tu dapatlah tengok drama air mata anak-anak. Pakat-pakat menangis nak ikut balik kampung. Tambah-tambah lagi yang kecik tu, tak pernah naik bas. Sayu hati ni....

Dalam bas tu, cheq memang tak boleh tidur. Sampai di stesen bas Kuala Perlis jam 7.30 pagi. Lambat sebab berhenti merata turunkan penumpang. Kakak dah tunggu nak ambil cheq. Sampai rumah, terus peluk cium mak ayah.

Ayah sembahyang guna kerusi. Kudrat tak kuat nak berdiri sangat


Alhamdulillah, selama 3 hari cheq kat kampung, ayah nampak segar dan sihat semula. Sebelum ni mak bagitahu ayah tak lalu makan nasi, kadang-kadang tak makan pun, asyik baring ja. Tapi sejak cheq kat kampung, ayah memang makan berselera. Boleh pi jalan-jalan makan kenduri, ronda-ronda tepi laut lagi. Bersantai tepi bendang sambil minum air nyoq. Maybe, ayah rindukan anak-anak dia...

Santai dengan mak ayah di tepi bendang sambil
minun ayaq nyoq


....... Bila dah tengok ayah sihat, cheq nak balik Kelantan pun rasa senang hati. Semoga mak ayah cheq terus sihat. Insyaallah, raya haji nanti kami akan berkumpul adik-beradik ramai-ramai, ayah cheq nak buat kenduri korban. Dan juga kemungkinan besar ayah dan mak akan jadi toknek lepas raya haji nanti. Sebab cucu depa dijangka bersalin raya haji nanti....

..