AIR TAKDAK..
Hai semua...
Dah 2 hari takde air kat blok ni. Masalah enjin pam tak berfungsi katanya. Kerap sangat dah air takdak kat blok ni. Alasannya enjin pam rosak, enjin pam rosak, enjin pam rosak. Dah rosak kerap, tukar la yang baru kannn...
Susah sangat takdak air ni. Dengan nak mandi, nak masak, nak sembahyang...semuanya guna air. Kalau duk sensorang boleh la angkat kain baju duk office, cheq ni dengan anak-anak lagi, pagi-pagi dah nak mandi pergi sekolah. Kalau ofis dekat dengan rumah dan sekolah, memag cheq dah angkut anak-anak mandi kat ofis.
Dah puas mengadu / repot kat pihak berkenaan pun tak jalan. Nasib baik ada sikit simpanan air kat rumah ni, tu pun tak tahu berapa lama boleh bertahan.
Dah la kerap takdak air, dahtu air pulak berkeladak, berkarat... Marah sangat dah ni. Mudah-mudahan esok ada air la, kalau tak memang cheq pi check in hotel yang dekat rumah ni ja, semata-mata tak mandi.
Jangan plak kata cheq tak bersyukur dengan apa yang ada sebelum ni. Cheq bersyukur sangat-sangat cuma kesal sebab masalah ni dah lama, pihak berkenaan takdak ikhtiar untuk cari alternatif untuk selesaikan masalah ni. Sekian, luahan hati cheq untuk malam ni.
Bye, bye...
04/08/2019
2041hrs
My Sweet Home
WELCOME AUGUST..
Hai semua..
Pejam celik, pejam celik...dah masuk bulan Ogos dah. Baru ja rasa macam semalam sambut tahun baru. Cepat betul masa berlalu, anak sulung pun dah nak masuk sekolah menengah tahun depan. Jadi, mak ni kena sedar la dah tua...hehehe
Kalau sebut bulan Ogos ja, mesti kita fikirkan hari Merdeka kan... Dah confirm cuti seluruh negara. Selain dari cuti hari Merdeka, bulan Ogos ni juga kita akan menyambut hari raya Aidiladha atau raya korban atau raya haji. Jadi cuti lagi..
Cuti sekolah seminggu, rasanya cheq sekeluarga takkan kemana-mana sebab anak sulung cheq akan duduki peperiksaan UPSR awal bulan September. Raya haji nanti pun cheq raya kat Kelantan ja sebab haritu dah cuti raya posa. Bagi chance kat member-member lain pulak kann..
Akhir sekali....selamat merancang percutian.
03/08/2019
1723hrs
K/Bharu, Ktan
First Giveaway by Anis & Beeha
Hai semua...
Harini buka blog tengok ada giveaway. Ok esok jalah kita join GA ni. Baca sekali lagi, tengok tarikh tutup penyertaan hari ni 3/7/2019 jam 11.59 malam. Jadi, apalagi terus join la takut terlepas. So, pada sapa-sapa yng nak join, cepat sebelum terlambat. Syarat mudah sahaja dan hadiah pun menarik.
Harini buka blog tengok ada giveaway. Ok esok jalah kita join GA ni. Baca sekali lagi, tengok tarikh tutup penyertaan hari ni 3/7/2019 jam 11.59 malam. Jadi, apalagi terus join la takut terlepas. So, pada sapa-sapa yng nak join, cepat sebelum terlambat. Syarat mudah sahaja dan hadiah pun menarik.
Jom join |
Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.
SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.
Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :
SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.
Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :
Antaramuka SAPS IBUBAPA
Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.
MINUM PETANG : SAGU GULA MELAKA
Hai semua....
Hujung minggu ni takdak pergi manapun. Lepak dengan anak-anak kat rumah. Dah duk saja kat rumah, kerap sangat laparnya. Selongkar peti ais, jumpalah bahan-bahan ni. Dah lama beli, asyik tertangguh nak buatnya. So, untuk minum petang harini, kita makan sagu gula melaka.
Bahan-bahannya mudah saja. Sagu, gula melaka, sirap merah dan susu cair. Cheq dah beli sagu yang berwarna jadi cheq tak perlukan sirap lagi.
Pertama sekali, basuh sagu sampai hilang kanjinya. Pastu panaskan air dalam periuk. Apabila air dah mendidih, masukkan sagu yang dibersihkan tadi ke dalam periuk tu dan kacau sehingga betul-betul kembang. Setelah sagu kembang, masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
Keduanya, masak gula melaka sampai betul-betul cair dan sejukkan jugak.
Time nak makan masukkan sagu, gula melaka yang dah dicairkan dan akhir sekali tuangkan susu cair. Ikut citarasa korang kalau nak manis tambah gula melaka tu, kalau nak rasa berlemak, lebihkan susu cair. Siap...dah boleh makan.
Ni pandangam dari bawah mangkuk. Air gula tu pastikan pekat yer...
......abaikan gambar yang tak berapa nak menjadi, tapi rasanya memang sedap. Makan time panas-panas ni memang awesome...
TAK MAHU MAKAN NASI, NAK DIET TAPI....
Assalamualaikum semua...
...... Dah orang belikan, makan jugaklah. Kut merajuk kang, hodoh la plak tengoknya. Malam ni tak jadi nak diet, esok je la start diet.......
Harini balik kerja, rasa letih sangat. Dalam kepala otak ni pikir sampai rumah nak mandi, pastu nak baring atas katil ja. Bila dah letih gini, nak masak untuk makan malam pun dah malas. Nasib baik husband offer diri nak pi cari makanan kat pasar malam.
Jadinya, anak-anak cheq pun sibuk order nak makan macam-macam. Nak nasi goreng la, ayam goreng la, kebab, keropok lekor dan macam-macam lagi la. Cheq pulak bagitau "belilah apa pun, tapi tak mau nasi". Demand takmau makan nasi, kononnya nak diet.
Jadi, apa yang husband cheq belikan untuk cheq. Punya banyak gini, makanan manis, makanan guna tepung, serupa macam makan nasi jugak la kan.
Kuih meneram @ telinga keling. |
Putu manyam. Betul ke ejaan tu?? Nyam, nyam... |
Yang ni paling win husband beli kat cheq. Etok salai... |
...... Dah orang belikan, makan jugaklah. Kut merajuk kang, hodoh la plak tengoknya. Malam ni tak jadi nak diet, esok je la start diet.......
NASI LEMAK RM1 SAHAJA..
Buka mata ja perut dah berbunyi, lapar katanya. Nak kena cari nasi, cari nasi... Kalau kat kampung, favourite breakfast selain masakan mak cheq adalah nasi lemak yang banyak dijual kat tepi jalan tu. Sedap dan murah ja. Harganya RM1 sebungkus.
Cheq boleh habiskan 3 bungkus ni tau |
Nasi lemak lauk ikan bilis dan telur |
Nasi lemak lauk ayam. |
Walaupun harganya RM1 tapi bila makan sebungkus tu pun dah rasa kenyang. Lauk yang ada ikan bilis telur, ayam sambal dan sotong sambal. Sambalnya sedap, pedas dah cukup rasa. Nasi tu kalau makan kosong pun sedap.
Cheq selalunya makan tak cukup sebungkus, selalunya lebih. Jarang sekali balik kampung dan kat sini takde jumpa lagi nasi lemak yang sesedap macam kat kampung ni. Sebab tu kena makan lebih.
BUBUR PULUT HITAM
Assalamualaikum semua...
Time balik kampung ja, macam-macam cheq teringin nak makan. Bila dengar anak sedara teringin nak makan bubur pulut hitam, cheq pun tiba-tiba teringin jugak. Anak sedara cheq tu teringin sebab mengandung, tapi cheq nak tumpang sama.
Mudah ja nak buat bubur ni. Tapi bila dah balik kampung, terus jadi tak reti nak masak. Hahaha...sebab ada mak kan.
Bahan-bahan :
Pulut hitam
Santan
Susu cair
Gula
Garam
Daun pandan
Cara nak memasak :
1. Basuh pulut. Kalau nak cepat masak, rendam sekejap pulut tu. Cheq tak rendam dah, terus masuk periuk buka api. Tak menyabar betul....
2. Rebus pulut dan agak-agak air mendidih masukkan daun pandan. Daun pandan ni akan mewangikan masakan kita. Daun pandan ni cheq ambil kat kebun ayah ja. Subur-subur daunnya.
3. Bila pulut dah kembang masukkan santan, dan kacau jangan sampai hangit kat bawahnya. Ingat senang nak cari santan ni. Kena cari buah nyoq, kupas, mesim dan perah sendiri. Nasib baik skill cheq tu masih ada lagi.
4. Akhir sekali masukkan susu cair, garam dan gula secukup rasa. Sambil tu, boleh cedok rasa, kalau tak manis, tambah gula. Kacau dan kacau lagi sehingga bubur tu masak.
5. Dah siap bubur pulut hitam cheq ni. Cheq masak sendiri tau, emak duk tepi bagi arahan ja. Sedap, manis dan berlemak rasanya. Siap bertambah lagi cheq makan.
TODAY DAMIA TURN 6 YEARS OLD
Assalamualaikum semua...
Kenangan 6 tahun lalu masih segar di ingatan cheq. Hari Isnin, pukul 5 petang bertolak dari rumah untuk ke hospital. Pukul 6 petang baru sampai hospital, padahal rumah cheq dan hospital hanya mengambil masa 10 - 12 minit ja. Dah sampai wad bersalin, punyalah ramai mak-mak yang nak bersalin ni menunggu giliran. Cheq punya giliran beratur kat pintu masuk wad tu.
Lebih kurang pukul 6.40 petang, giliran cheq untuk diperiksa. Doktor check laluan dah buka 7 cm. Terus ditolak masuk kedalam wad. Dalam wad seorang diri menahan sakit, suami tak boleh masuk sebab kena jaga anak yang lagi dua tu.
Tepat jam 7.58 petang, alhamdulillah cheq selamat melahirkan seorang lagi puteri. Dan diberi nama Nur Damia Farhanah. Harini 1 April 2019, genap usia Damia 6 tahun. Cepatnya masa berlalu. Semoga Damia menjadi anak yang solehah dan mama, abah, kakak dan adik sentiasa sayang kamu.. Muahhh...
Kek pilihan Damia sendiri |
Damia 6 tahun |
Kek coklat |
Happy birthday my pricess |
........ harini ja, 2 kali Damia potong kek. Paginya, Damia sambut di sekolah dengan rakan-rakannya. Petang ni sambut dengan kakak dan adiknya pulak. Dah tak boleh panggil baby lagi dah, sebab Damia dah besar.......
CUTI KECEMASAN : BALIK KAMPUNG
Assalamualaikum semua....
Cheq terima panggilan telefon dari kakak cheq bagitahu ayah cheq kat kampung tak sihat. Berderau darah dengar berita tu. Berbincang dengan suami dan decide cheq balik kampung seorang diri naik bas. Cheq pergi jumpa boss, dan dapat cuti kecemasan. Anak-anak cheq tinggalkan dengan suami.
Bas bertolak jam 10 malam dari Kota Bharu. Sebelum bas bertolak tu dapatlah tengok drama air mata anak-anak. Pakat-pakat menangis nak ikut balik kampung. Tambah-tambah lagi yang kecik tu, tak pernah naik bas. Sayu hati ni....
Dalam bas tu, cheq memang tak boleh tidur. Sampai di stesen bas Kuala Perlis jam 7.30 pagi. Lambat sebab berhenti merata turunkan penumpang. Kakak dah tunggu nak ambil cheq. Sampai rumah, terus peluk cium mak ayah.
Alhamdulillah, selama 3 hari cheq kat kampung, ayah nampak segar dan sihat semula. Sebelum ni mak bagitahu ayah tak lalu makan nasi, kadang-kadang tak makan pun, asyik baring ja. Tapi sejak cheq kat kampung, ayah memang makan berselera. Boleh pi jalan-jalan makan kenduri, ronda-ronda tepi laut lagi. Bersantai tepi bendang sambil minum air nyoq. Maybe, ayah rindukan anak-anak dia...
....... Bila dah tengok ayah sihat, cheq nak balik Kelantan pun rasa senang hati. Semoga mak ayah cheq terus sihat. Insyaallah, raya haji nanti kami akan berkumpul adik-beradik ramai-ramai, ayah cheq nak buat kenduri korban. Dan juga kemungkinan besar ayah dan mak akan jadi toknek lepas raya haji nanti. Sebab cucu depa dijangka bersalin raya haji nanti....
..
Cheq terima panggilan telefon dari kakak cheq bagitahu ayah cheq kat kampung tak sihat. Berderau darah dengar berita tu. Berbincang dengan suami dan decide cheq balik kampung seorang diri naik bas. Cheq pergi jumpa boss, dan dapat cuti kecemasan. Anak-anak cheq tinggalkan dengan suami.
Sebelum berlakunya drama air mata. Seronok dapat naik bas |
Lama betul tak naik bas. Jakun kejap |
Bas bertolak jam 10 malam dari Kota Bharu. Sebelum bas bertolak tu dapatlah tengok drama air mata anak-anak. Pakat-pakat menangis nak ikut balik kampung. Tambah-tambah lagi yang kecik tu, tak pernah naik bas. Sayu hati ni....
Dalam bas tu, cheq memang tak boleh tidur. Sampai di stesen bas Kuala Perlis jam 7.30 pagi. Lambat sebab berhenti merata turunkan penumpang. Kakak dah tunggu nak ambil cheq. Sampai rumah, terus peluk cium mak ayah.
Ayah sembahyang guna kerusi. Kudrat tak kuat nak berdiri sangat |
Alhamdulillah, selama 3 hari cheq kat kampung, ayah nampak segar dan sihat semula. Sebelum ni mak bagitahu ayah tak lalu makan nasi, kadang-kadang tak makan pun, asyik baring ja. Tapi sejak cheq kat kampung, ayah memang makan berselera. Boleh pi jalan-jalan makan kenduri, ronda-ronda tepi laut lagi. Bersantai tepi bendang sambil minum air nyoq. Maybe, ayah rindukan anak-anak dia...
Santai dengan mak ayah di tepi bendang sambil minun ayaq nyoq |
....... Bila dah tengok ayah sihat, cheq nak balik Kelantan pun rasa senang hati. Semoga mak ayah cheq terus sihat. Insyaallah, raya haji nanti kami akan berkumpul adik-beradik ramai-ramai, ayah cheq nak buat kenduri korban. Dan juga kemungkinan besar ayah dan mak akan jadi toknek lepas raya haji nanti. Sebab cucu depa dijangka bersalin raya haji nanti....
..
HAPPY ANNIVERSARY TO ME
Assalamualaikum semua....
Alhamdulillah, harini genap 12 tahun perkahwinan cheq dengan suami.
Pahit maung, manih melecaih semuanya ada dalam mengharungi alam perkahwinan kami ni.
Pertelingkahan, bergaduh dan tak bertegur pun ada jugak.
Terasa hati, merajuk perkara biasa.
.......semoga perkahwinan kami kekal bahagia selamanya di samping 3 orang puteri kami. Takdak potong kek kali ni, jimat bajet, huhuhu....
TAK SEDAR PUN KENA PENYAKIT TIROID......
Assalamualaikum semua......
Akhir tahun lalu cheq disahkan kena penyakit tiroid selepas jumpa doktor. Masa tu cheq langsung tak tahu pun apa itu penyakit tiroid. Langsung tak sedar pun kena tiroid sebabnya tak rasa sakit kat mana-mana pun. Cuma cheq perasan cheq sentiasa panas dan berpeluh, cepat letih dan suka marah-marah. Satu badan mengeletar dan cepat semput padahal naik tangga sampai tingkat 1 je pun. Ramai juga orang tegur cheq makin kurus dan mata terjojol. Disebabkan langsung tahu apa-apa mengenai penyakit tiroid ni, cheq cuba cari information tentang punca, sebab, dan simptom-simpton penyakit tiroid ni.
Apa itu tiroid?
Tiroid adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan. Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.
Terdapat 2 jenis hormon tiroid iaitu tiroksin (T4) dan triodotironin (T3). Selain berfungsi mengeluarkan hormon tiroid, terdapat beberapa fungsi lain yang dijalankan oleh kelenjar tirod. Antaranya:-
1. mengekalkan kadar tubuh dengan menggunakan karbohidrat dan lemak
2. membantu mengawal suhu tubuh badan
3. mermpengaruhi kadar degupan jantung dan membantu mengawal penghasilan protein.
4. Kalenjar tiroid juga menghasilkan kalsitonin iaitu sejenishormon yang mengawal jumlah kalsium dalam darah.
Terdapat 2 jenis penyakit tiroid iaitu Hypertiroidism dan Hypotiroidism.
1. Hypertiroidism - dalam kes ini hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini adalah:
Grave disease: Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon, Selalunya semua atau sebahagian besar sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan.
Tiroditis atau tiroid bengkak: Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
Toxic nodule goitre: terlalu banyak iodine di dalam makanan
Tiroid T4 cheq sangat tinggi. Untuk orang normal bawah 14 ja. |
Tanda-tanda Hypertiroidism:
a. Peluh yang berlebihan
b. Berat badan turun walaupun makan macam biasa.
c. Mengeletar habis satu badan. Kalau berdiri cheq boleh rasa kaki cheq ni mengeletar tanpa sebab.
d. Tiba-tiba rasa takut, panik dan cepat rasa marah.
e. Tak boleh duk kat tempat panas.
f. Cepat penat, letih, semput
g. Tak boleh fokus.
h. mata terjojol
i. Kitaran haid yang tak teratur. Kadang-kadang datang sedikit atau lambat
j. degupan jantung yang cepat/ laju
k. Kelemahan otot yang terjadi di lengan atas dan paha
l. Insomnia.
mata terbeliak ni bukan buat-buat tau. kawan anak-anak semua takut nak dekat. |
Cover mata dengan spek mata |
2. Hypotiroidism - Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.
Tanda-tanda Hypertiroidism:
a. cepat letih
b. tak boleh duk dalam keadaan sejuk
c. kulit serta rambut yang kering dan kasar
d. Tingkat kolesterol meningkat
e. degupan jantung dan konsentrasi menurun
f. Rasa sakit atau otot sering krem/ kram
g. Kenaikan berat badan yang tidak diketahui penyebabnya
h. Sembelit
Petua Rawatan:
1. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut.
2. Mengurangkan kobis, kacang tanah, lobak putih dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh badan.
3. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih untuk mengatasi masalah kehilangan berat badan.
4. Makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam kes kehilangan berat badan yang serius.
5. Kurangkan merokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan metabolisme.
Ubat yang cheq perlu makan. |
......... alhamdulillah, berkat rajin makan ubat, cheq dah beransur pulih. Berat badan dah makin naik (oh, no...nak kurus, nak sihat), mata pun dah kurang terjojol. Dos ubat yang perlu diambil pun dah kurang. Kalau awal-awal dulu tiap-tiap bulan jumpa doktor, sekarang 3 bulan sekali pulak. Tak sabar nak dengar doktor cakap "puan, awak dah bebas tiroid". Doakan saya cepat sembuh yer.......
HAPPY BIRTHDAY EMAK TERSAYANG
Assalamualaikum semua.......
Harini hari yang sangat istimewa.
Iaitu hari ulangtahun kelahiran mak cheq yang tersayang..
Yang ke ??????.... rahsia kut
Ruginya tak dapat balik sambut birthday mak bersama-sama adik-beradik lain
Tak dapat nak peluk cium mak. Cium bau wangi mak tu.
...... Selamat ulangtahun kelahiran mak. Terima kasih kerana lahirkan dan besarkan cheq... huhuhuhu, tak boleh nak taip lagi. Menitis air mata rindukan mak ayah kat kampung.
Harini hari yang sangat istimewa.
Iaitu hari ulangtahun kelahiran mak cheq yang tersayang..
Yang ke ??????.... rahsia kut
Ruginya tak dapat balik sambut birthday mak bersama-sama adik-beradik lain
Tak dapat nak peluk cium mak. Cium bau wangi mak tu.
Mak tersayang bersama dengan sebahagian cucu-cucunya. |
...... Selamat ulangtahun kelahiran mak. Terima kasih kerana lahirkan dan besarkan cheq... huhuhuhu, tak boleh nak taip lagi. Menitis air mata rindukan mak ayah kat kampung.
PERGINYA SEORANG HERO
Assalamualaikum....
Hmmmm...tak tau nak tulis camna. Nak cerita pasal boss cheq yang akan bertukar ke Johor. Cheq bertugas di bawah pimpinan boss cheq ni genap 4 tahun 3 bulan. Dia lapor diri ke Kota Bharu pada 1 Disember 2014, dimana time tu kitaorang kalut menghadapi banjir besar di Kelantan. Dia jugak bertungkus lumus keluar menolong mangsa banjir, naik lori, redah banjir dengan bot, tidor kat ofis.
Kalau kami anak buah kena marah, dia akan backup. Kalau nak buat jamuan, makan-makan dia suka buat kat rumah dia, nak kitaorang masak. Dia suka ramai-ramai, riuh rendah sebab kat Kota Bharu hanya dia sorang saja.
Sangat-sangat friendly, baik dan sopan-santun. Tak pernah nak marah-marah dan tak kedekut langsung. Untung la orang Johor nanti, dapat boss ni.
sedih giler tengok gambar ni |
........kenangan bersama tuan tak mugkin dapat kami lupakan. Nanti cheq balik Johor, kita boleh jumpa lagi. Didoakan semoga tuan lebih maju jaya di tempat baru dan jangan lupakan kami kat sini......