SATAY LIMAU PURUT

 Assalamualaikum semua.....

Gara-gara tertengok dalam Majalah 3, terus kecur liur. 

Balik dari bercuti tempoh hari dah ajak tapi disebabkan sibuk asyik tertangguh ja.

Hari Isnin lepas, balik kerja suami kata tak payah masak, nak beli kat luar ja.

Suka la hati cheq ni tak payah masak...hehehe

Boleh sambung tengok cerita Korea.

Tak lama lepas tu, suami ajak pi makan kat Satay Limau Purut ni, tak jadi dia nak keluar beli makan malam kat luar.

Jadinya lepas Maghrib bertolak gerak ke Lemal, Pasir Mas.

Jauh jugak nak ke kedai tu, dalam 40 minit.

Kedainya berhadapan dengan JPN Lemal, Pasir Mas.


Sampai situ orang dah ramai.

Dapat tempat duduk, suami terus order 20 cucuk satay daging dan 30 cucuk satay ayam.

Satay ikan takdak, hanya ada hari Sabtu ja.

Sementara nak tunggu order sampai, kita akan dihidangkan dengan otak-otak original daripada Johor. 


Habis 2 bekas otak-otak baru satay sampai.

Memang ada rasa aroma limau purut tu, daging pun lembut ja.

Sesuai dengan kuahnya yang rasa pedas dan tak berapa manis tu.


Harga pun berpatutan. Satay ayam 90 sen dan satay daging RM1.

Untuk sapa-sapa yang tak makan satay tu, di sebelah kedai satay ni ada restoren dan juga kedai char keteow. 

Untuk kanak-kanak plak, ada gerai-gerai menjual meatball cheese, french frise, chicken wings cheese dan macam-macam lagi.

Satay Limau Purut ni jugak ada cawangan di Kota Bharu iaitu di Dataran Kenaf, hadapan Masjid Kubang Kerian.

So, kalau rasa Lemal jauh boleh singgah di Kubang Kerian.

Nak kena pergi hari Sabtu plak, nak try satay ikan talapia plak.


KOLEKSI MAJALAH MASTIKA

Assalamualaikum semua...

Setiap orang mesti ada hobi.
Tak kisah la hobinya memasak ka, memancing ka.. tidur pun boleh dikatakan hobi jugak.
Hobi cheq sekarang ni kat rumah duk bergaduh dengan anak-anak.. hehehe.
Sekarang ni cheq hobi cheq adalah suka tengok drama Korea.
Kalau tak sempat tengok keluar kerja, sanggup cheq rakam.
Balik kerja baru tengok.

Sebenarnya cheq nak cerita hobi cheq masa zaman bujang dan juga masa zaman anak sorang lagi.
Masuk anak dua tak sempat nak berhobi dah.
Masa tu cheq suka beli, baca dan kumpul majalah Mastika.
Keluaran bulanan tu memang wajib beli dan sanggup jugak pi cari kat pasar-pasar karat yang menjual majalah-majalah lama.
Dapatlah buat koleksi dan cheq suka cerita-cerita seram ni.






Sekarang ni cheq dah tak beli dah.
Boleh baca online sekarang ni.
Anak-anak pun tak berapa minat cerita seram-seram ni.
Jadi cheq yang selalu duk ulang baca kalau time boring-boring.
Anak cheq yang nombor 2 tu sekarang ni duk kumpul majalah Lawak Kampus.
Nampaknya ada jugak yang ikut hobi mak depa. hehehe...

PERGI JUA IBU MERTUAKU

 Assalamualaikum semua...


Kembali semula. Macam Chipsmore pulak, kejap ada kejap takdak. Cheq sekeluarga baru ja habis bercuti. Lama sangat dah tak bercuti gara-gara PKP. Last sekali cuti bulan November 2019. Bila tahu ja cuti dah cair, terus isi borang cuti.

Kali ni cuti balik Kota Tinggi, Johor, kampung sebelah keluarga suami. Sekarang ni balik kampung dah takdak siapa dah. Tinggal abah mertua ja. Niat balik kampung pertamanya nak jenguk abah dan juga melawat kubur emak.


Al Fatihah untuk mak


Mak meninggal di rumah adik kat Muar pada tanggal 20 Mac 2020. Masa tu baru ja mula PKP. Berakhir sudah kesengsaraan mak di dunia. Mak jatuh sakit pada tahun 2017 dan koma beberapa hari. Sejak haritu mak tak boleh bercakap dan boleh bergerak. Cheq tak dapat nak balik hanya suami yang balik. Walaupun tak dapat tengok mak kali terakhir, doa cheq sentiasa ada untuk mak setiap hari.

Al Fatihah untuk mak.