DIA DAH DATANG SEMULA

Dalam 2,3 harini kecoh orang-orang kat tempat kerja cheq kena ganggu oleh 'something'. Dah lama tak dengar cerita, tup-tup kebabomm dia datang mengusik balik. Tapak bangunan ni dulunya hutan. Dari cerita orang-orang lama, mula masuk sini tahun 2009 dulu teruk gangguannya. Setelah buat solat hajat, panggil ustaz apanya...dah berkurang gangguan tu.

Kisah yang terbaru ni bermula apabila seorang pegawai perempuan ni nak ke tingkat atas naik lif selepas selesai ronda malam. Kat depan pintu lif ada satu cermin panjang. Jadinya bila pegawai ni keluar lif, terpandang kat cermin tu ada sorang budak berdiri sebelah dia. Bila dia menoleh tengok budak tu takdak. Terus lari dengan muka pucatnya masuk bilik kawalan.


Yang keduanya, pun pegawai perempuan jugak yang kena. Kerja 24 jam, memang tidur kat opis. Dia kata tengah duk tidur atas kerusi, dengar bunyi riuh sangat. Bukak mata ja, nampak budak-budak duk berlari-lari keliling kerusi dia. Nak bangun tak boleh, rasa macam berat sangat katanya. Tak tahulah berapa lama dia berjaga tengok budak-budak tu berlari. Dia tutup mata, bila bukak mata semula, budak-budak tu dah hilang. Terus dapat bangun lari keluar opis.

Yang ketiganya kena kat PA bos. Dia memang dah cuak dah bila tinggal sorang-sorang kat atas. Time tu jugaklah tiba-tiba ja telefon berbunyi. Dia tengok panggilan tu dari bilik bos sendiri. Padahal bos dah keluar. Jenguk bilik bos memang dah gelap. Terus dia angkat beg cabut balik.

Yang terbaru ni jadi kat bilik pejabat cheq sendiri. Pejabat kami ni ada tv, jadi tengah-tengah malam ramai akan lepak untuk tengok tv. Pukul 3,4 pagi dengar bunyi orang tarik kerusi meja kat pejabat atas, memang la cuak. Pejabat pentadbiran tu kerjanya opis hour ja, mana la ada orang datang buat kerja. Serammm...

Minggu depan turn cheq plak kena kerja 24 jam. Sebelum ni memang cheq tidur di opis dengan adanya bantal, toto, aircond...nampaknya kali ni tumpang tidur kat lokap la. Memang kompon sentiasa ada orang.

11 comments:

  1. Aritu dah kecoh dah pasal tu..ni kecoh balik ea memang kak ann tapak tmpt tu hutan sblm jdi bngunan polis

    ReplyDelete
  2. seramnya mama..
    Eira pun selalu alami macam ni..
    bila dah selalu terjadi, buat biasa je lah..
    Janji kita kena sentiasa ingatkan ALLAH

    ReplyDelete
  3. alamak takutnya. minta maaf mama. kita x mampu baca sungguh2. takut nak baca

    ReplyDelete
  4. byk betul kes yang jadi..seram baca.. harap harap nanti tade apa apa la jadi..amin.

    ReplyDelete
  5. Ya ALLAH, takut pulak dgar cite ni..

    ReplyDelete
  6. hahahahah... scary tul. semua pejabat der kisah seramnya yang tersendiri. kalau xkena rasuk xper.

    ReplyDelete
  7. alamak,terbaca kisah ni di waktu malam la plak! huhuhu

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.