Kalau Aku Dah Tak Ada Nanti Jangan Lupa Sedekahkan Al-Fatihah

Kalau Aku Dah Tak Ada Nanti Jangan Lupa Sedekahkan Al-Fatihah

oka
Kalau Aku Dah Tak Ada Nanti Jangan Lupa Sedekahkan Al-Fatihah|Seorang pekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Jejawi ditemukan lemas dipercayai akibat tergelincir ketika sedang memancing di Taman Rekreasi Tasik Melati di sini petang tadi.
Mayat Nurul Haadie Shaharan,32, dari Taman Muhibbah, Jejawi di sini ditemukan pada 7 malam tadi oleh orang awam yang berkunjung ke tasik itu untuk melakukan aktiviti riadah sempena hari cuti hari ini.
Penolong Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Kangar, Abdul Rahim Baharom berkata berdasarkan maklumat orang awam mangsa dijumpai terapung dekat tepi semak di tasik itu dalam keadaan meniarap.
“Bomba menerima makluman kejadian ini pada jam 6.35 petang daripada pihak polisyang diberitahu melalui panggilan telefon oleh orang awam yang melaporkan dia telah terjumpa seorang lelaki mati lemas di tasik berkenaan.
“Sejurus itu seramai 10 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian termasuk lima anggota dari unit skuba balai bomba Kangar untuk mengesan mangsa dan operasi tamat sebaik mangsa berjaya dikesan pada jam 7.16 malam,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.
Abdul Rahim berkata, kejadian lemas di taman rekreasi itu merupakan kes pertama yang pernah berlaku dan penemuan awal mendapati mangsa dipercayai tergelincir ketika memancing kerana tiada unsur-unsur jenayah mahupun kecederaan fizikal dikesan.
Mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat. – Bernama
Status 100 hari sebelum ajal
13076634_480258098834798_8608989537265562837_n
gambar sekitar kejadian
13124499_480128172181124_7645477692664786338_n
13091893_480128265514448_3319561690187895635_n
13087363_480128218847786_3830271955448031673_n
......................................................................................................

Arwah adalah suami kepada 2 pupu cheq. Cheq dapat tahu berita ini melalui wassap family. Memang cheq sangat terkejut. Cheq pun kalau balik kampung jarang jumpa depa ni. Dah tak ingat bila last sekali jumpa depa. Raya lepas pun tak jumpa, cheq sampai depa dah keluar beraya. Melalui facebook arwah, dapati arwah memang minat memancing. Semoga arwah ditempatkan dikalangan kekasih Allah swt dan semoga Amy (panggilan utk isteri arwah) redha pemergian suami tercinta dan tabah teruskan hidup bersama anak-anak.  Al-fatihah...

2 comments:

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.