FEBRUARI 2021

 Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia semua.




Bila dah lama tak menulis, tak tahu nak mula dari mana, dengan apa, macamana? Skill menulis pun dah tak ingat. Sebelum jari ni menaip lebih panjang, ingin diucapkan Selamat Tahun Baru 2021, walaupun dah sebulan berlalu. 

Tajuk FEBRUARI 2021. Ada apa dengan bulan 2 ni. Sebenarnya takdak apapun. Takdak anniversary, takdak birthday sapa-sapa pun. Saja letak tajuk gitu.  Sebelum ni berebut isi borang cuti sempena Tahun Baru Cina, sebabnya di tempat keja saya ni takdak Chinese, so yang Melayu ni sibuk nak cuti πŸ˜†πŸ˜†. Tahun ni cuti beku, so tak boleh cuti. Yahoo... Jom pi kerja hari-hari tanpa gagal.

Insyaallah, PKP tamat 4hb ni. Dengar kata tak sambung lagi. Walaupun sambung ka, tak sambung ka, harap sangat Pandemik covid ni habis. Syohh, syohhh..pi jauh-jauh. Hati ni memberontak nak balik kampung tengok mak ayah. 

Anak-anak pun belajaq dari rumah. Mak depa ni la guru besar, cikgu Bahasa Melayu, Matematik, English, muzik. Arab ja mak depan tak reti πŸ˜†πŸ˜†. Cukuplah merapu untuk harini. Kalau ada masa, ada idea boleh la menaip lagi. 

Dari mak anak 3 menaip di tepi jalanraya yang panas sambil mengira kereta melintas depan mata. Jam 1153 tengahari.



5 comments:

  1. Selamat menulis kembali. Baru je umumkan PKP bersambung lagi sampai 18 Feb. Semoga dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  2. takpa kak. sy pun lama jugak menung tengok blog bersawang je hehehe. PKP bersambung lagi kak =P

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.