KRONOLOGI HIDUPKU

BERKENALAN

Perkenalan cheq dengan suami cheq bermula apabila cheq menerima tugas sebagai pegawai baris untuk perhimpunan bulanan....
Si suami cheq pula pada masa tu baru keluaq dari pusat latihan. Maknanya dia bekas jurulatih kawad.
So, dia la yang ajaq cheq cara-cara nk bagi command.
Dari situ la cheq kenal dgn dia tp belum ada bunga-bunga cinta lagi...
Hehehehe....

BERKAWAN

Start dari kejadian di atas la kami mula berkawan. 
Dia yang bertugas di kaunter pertanyaan akan menyapa cheq dulu apabila nmpk cheq masuk... (nk masuk opis cheq kena lalu kaunter dulu)...
Nak pula, dia berkawan dgn org kampung cheq dan pernah masuk kampung cheq....
Dari situ konon-kononnya kami dh ada chemistry. ....

BERCINTA

1st dating di bulan posa. 
Si dia ajak berbuka sama-sama. Berbuka nun kat ceruk jauh dari tempat kerja, takut org nmpk.....
Tup-tup makan sebelah meja geng kerja jugak....
So, esoknya dh kecoh kat opis...
Hahahaa....
Ha....time tu la kami declare sebagai pasangan bercinta....

BERTUNANG

Bila ayah dan mak kt kampung tahu anaknya ni sedang dilamun chenta, maka dengan paksaan disuruhnya kami bertunang
Tempoh perkenalan yang singkat iaitu 6 bulan ja....
Majlis bertunang pn buat simple ja.....
Siap buat sembahyang berjemaah lagi sebelum majlis sarung cincin..... 

BERNIKAH

Tempoh pertunangan yang singkat membuatkan kami kelam kabut menguruskan persiapan kahwin...
Mana nak buat kad, tempah baju, mak andam, barang hantaran....
Nasib bek la belah cheq ni tak beria-ria nk bersanding, kalau dak jenuh nk cari pelamim plak.
Sebulan bertunang, maka bernikah la cheq dengan suami cheq dengan berwalikan ayah cheq sendiri...
Tp ada trajedi di hari pernikahan cheq tu...
Nanti la cheq cerita noooo, nk kena flashback semula....

SALAM 1 MALAYSIA


No comments:

Post a Comment

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.