Kalau tak kerana perkataan WAJIB HADIR memang cheq takkan pergi ke tournament bowling ni. Cheq bukannya ambil bahagian pun. Dan bukan jugak cheq tak reti main tapi bagi can kat orang-orang muda...hehehe.
Cheq jarang keluar malam tanpa ditemani cik husband dan anak-anak kecuali la keluar bertugas. Tapi malam ni cheq bawak bodyguard kecik.merangkap beg tangan cheq yang berharga. Dengan adanya budak kecik ni, ada la alasan nak balik awal.
Tournament antara jabatan-jabatan yang ada dalam jabatan besar cheq. Masing-masing dengan baju pasukan. Cheq mestilah sokong team CID. Last minit bertukar player kerana ada tugas yang lebih penting.
Tak lama cheq duk dalam tu sebabnya baby Damia dah panas kaki. Habis semua tempat dia jelajah. Risau lak dia pergi berlari atas lane. Untuk keselamatan, kami langkah kaki senyap-senyap dan balik. Padahal sikit jam lagi nak habis games dah.
Alhamdulillah team kitaorang dapat nombor 5, walaupun banyak bola ke longkang. Tangan masing-masing time kecik dulu tak bedung, jadi gitu la. Sebenarnya bagus jugak bos kita buat gini, dapat merapatkan sillaturahim antara jabatan-jabatan yang mana sebelum ni pakat-pakat sibuk. Jugak dapat la kitaorang release tension.
Team CID |
Suasana dalam pusat bowling KB Mall |
Pom-pom girl |