Rindu

Tanggal 17 November 2014, sepatutnya menjadi tarikh yang gembira buat keluarga besaq cheq. Pada 22 tahun dahulu, lahirnya seorang bayi lelaki yang dinanti-nantikan oleh keluarga kami. Setelah ada 5 adik-beradik perempuan dan seorang abang, masing-masing begitu teruja dapat adik lelaki baru.

Kini hanya tinggal kenangan, adik lelaki seorang itu telah meninggalkan kami. Kenangan bersama arwah tidak akan dilupakan. Masih tergiang-giang di telinga, setiap kali raya akan minta cheq belikan baju dan seluar untuk dia. Kalau kami sekeluarga balik kampung, sanggup ponteng kerja semata-mata nak main dengan anak sedara dia.

Allah lebih sayangkan dia. Dipinjamkan arwah sekejap untuk kami sekeluarga. Tabahnya emak dan ayah cheq, walaupun mengambil masa yang lama untuk boleh tatap gambar arwah. Semoga engkau damai di sana adikku. Kakakmu ini sentiasa ingat kamu dalam doanya.


#Nota kaki : sudilah kiranya kawan-kawan sedekahkan al-fatihah untuk arwah adik cheq ni. Terima kasih.


22 comments:

  1. Al-fatihah...semoga arwah berada dikalangan org2 yang beriman dan soleh,..

    ReplyDelete
  2. Al fatihah.. semoga arwah berada di kalangan umat yang beriman.. semoga mama sekeluarga tabah menghadapi ujian ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Eyda. Walaupun dah nak masuk 4 tahun, macam tak percaya arwah dah takdak.

      Delete
  3. Al-fatiha. Semoga roh berada di kalangan org2 yg terpilih di sisi Allah

    ReplyDelete
  4. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.amin.al-fatihah..

    p/s:mama..sila beri details diblog wana ya..tahniah,mama terpilih sebagai slh sorang pemenang..:D
    http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/11/pengumuman-senarai-nama-pemenang-simple.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..
      Tenkiu Wana.

      Saya dah bagi detail saya. =)

      Delete
  5. Semoga roh arwah tenang berehat di sana.. Insya Allah moga semua bertemu di syurga nanti

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah. semoga rohnya tenang di sana.

    ReplyDelete
  7. alfatihah... semoga arwah adik mama ditempatkan bersama hamba-hamba ALLAH yang beriman. aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ummi pun ambil masa yang lama untuk tengok wajah arwah abah dengan arwah ashu. tapi alhamdulillah, sekarang dah boleh.

      Delete
  8. Al-fatihah. Moga arwah berada dalam kalangan orang beriman..

    ReplyDelete
  9. Al-fatihah. Semoga arwah tenang di sana. InsyaAllah
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  10. semoga tenang disana.. Allah lebih mengetahui segalanya.

    Al-fatihah..

    ReplyDelete
  11. al fatihah untuk arwah adik akak. moga ditempatkan dalam kalangan yg beriman.

    ReplyDelete
  12. Alfatihah. Semoga arwah tenang dan baik baik saje di alam sane, in shaa Allah kak :)

    ReplyDelete
  13. Alfatihah... smoga arwah ditmpatkan dikalangan org yg beriman... aminn

    ReplyDelete
  14. Harapnya pahala Al-Fatihah kita semua sampai pada arwah. Amiiin..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.