★★ ASYIK BERTUKAR JA ★★

Susah betoi la nak berhubung dengan kawan cheq sorang ni. Haritu dia ada whatsap cheq untuk mintak tolong check dia punya kes. Dah tu bila cheq cari dia, berhubung dia melalui whatsap takdak jawapan. Call dia pun tak dapat.




Akhirnya dapat berhubung dengan dia melalui messeger kat facebook. Rupa-rupanya dia tukar nombor telefon lagi. Tahun ni ja, dah 3 kalo rasanya dia tukar nombor telefon. Kawan cheq ni terlalu obses dengan nombor-nombor telefon yang cantik tersusun. Macam contoh 012 XXX4455 sebab dia kata nombor menaik camni ada ong. Opsss, kawan cheq tu bukan orang Melayu ya..

Rasanya macam susah ja kalau tukar nombor telefon. Lepas tu nak kena maklum sorang-sorang sedara-mara kita. Nombor telefon cheq ni dah nak masuk 8 tahun cheq guna. Langsung tak terpikir nak tukar, walaupun kadang-kadang ada orang telefon salah nombor atau offer loan...hehehe

★★ APA YANG ADA DALAM BONET KERETA ★★

Assalaamualaikum semua.

Kereta ni dah jadi macam kabinet kasut cheq dah. Kat bahagian dalam mesti ada sepasang sandal dan kasut kerja. Cheq tak berapa nak suka drive kereta pakai kasut kerja sebab tumitnya tinggi, susah nak adjust tekan minyak kereta. Rasanya dalam kereta orang perempuan mesti ada sandal / kasut lebih dalam kereta kannn...




Bukan setakat dalam kereta, dalam bonet kereta cheq pun penuh dengan kasut. Ada kasut sukan, kasut kawad dan kasut operasi. Semuanya cheq punya. Sebelum ni cheq simpan dalam ofis ja semuanya, tapi masalah pulak kalau cheq terlambat, kasut pulak kat ofis.

Selain dari kasut-kasut tu, ada tikar dan kerusi kecil yang boleh dilipat. Kami sekeluarga ni suka lepak-lepak kat tepi airport. Hampar tikar konon bayangkan berpiknik la. Paperbag ni standby untuk beli barang kat kedai kalau hari takdak plastik. Mesti ada air spare dan sedikit peralatan memperbaiki untuk kecemasan walaupun cheq tak reti satu apa pun pasal kereta, hehehe... Lastnya, WAJIB ada payung, bukan satu tapi dua. Sediakan payung sebelum hujan bak kata pepatah.








★★ ZAMAN DULU VS ZAMAN SEKARANG ★★


Jangan kata budak-budak ja perangai gini.
Mak pak budak pun sama saja.



★★ TENANGNYA DIKAU DISANA ★★

Hari ini 29 April 2015, genap 3 tahun Siti Khatijah pergi mengadap Yang Maha Esa.
 Tanpa sempat melihat dunia. 
Belum sempat melihat dan mengenal wajah mama, abah dan kakak. 
Yang pasti anak mama sekarang ni sangat tenang di sana.
Insyaallah, kita akan berjumpa nanti.




notajarihalus : mood sedih harini. Kalau nak tahu cerita sebenarnya boleh baca DI SINI

★★ FAKTA KE AUTA ★★



Cheq anak ke 4 dalam keluarga.
Memang macam kena ja dengan cheq.
Tambah-tambahnya suka buat kerja last minit tu.

Notajarihalus : tengah study, esok ada exam. Ini kali ke 3 dah exam paper ni. Kalau tak lulus jugak, memang kena rebus la buku ni. Wish me good luck.

★★ ENTRY TANPA KATA ★★

Takdak cerita menarik pun
Nak tunjuk gambar baby kite jer

Masa ni dia kena marah dengan cheq sebab main air
Habis satu botol air dia main
Melimpah habis ke lantai

Mula tu muka bongkak jer, kononnya tak puas hati kena marah
Lastnya, meraung jugak bila naga mama dia ni tunjuk muka.
Hahahaha




Terbanyakla pulak kata-katanya

★★ PERGINYA TAK KEMBALI ★★

27 April datang lagi.
Diiringi hujan menambahkan sayu dihati.
Di tarikh ini, 5 tahun yang lalu, cheq kehilangan satu-satunya adik lelaki cheq.
Masih tergiang-giang di telinga apabila diberitahu tentang kemalangan yang menimpa adik cheq ni.




Walaupun mahkamah telah membuktikan adik cheq tak bersalah.
Tiada gunanya dapat pampasan beribu-ribu ringgit.
Yang pergi tetap tak kembali.

Al-fatihah
Damailah dikau disana.

notajarihalus : air mata bercucuran semasa menulis entri ni. Macam kena jer dengan mood, lagu Kau Pergi dari Izzat sedang berkumandang. 

★★ HADIAH KEYCHAIN COMEL ★★

Dah selamat sampai ke tangan cheq pada minggu lepas lagi. 
Comel benar keychainnya.
Tertera nama blog cheq lagi.

Ini hadiah yang cheq dapat sebab bertuah menjadi salah seorang pemenang untuk Giveaway By Nurrul.
Comelkan..
Bertambah lagi koleksi keychain cheq.





Terima kasih Nurrul !!

★★ KEBUNTUAN IDEA ★★

Pening kepala bila jadi surirumah sepenuh masa ni. Pening memikirkan menu makan untuk suami dan anak-anak. Semalam dah buat kurma ayam. Heroin-heroin cheq ni langsung tak sentuh pun. Susah betul diaorang ni nak makan selain daripada sup. Sup, sup dan sup...

Lauk pun tinggal ikan 4 ekor dalam peti ais selain telur ayam. Dah tak mampu nak bergerak ke pasar dengan 3 heroin ni. Barang yang nak dibeli harga RM10 ja, tapi kalau bawak 3 heroin ni, jadi RM30 la. Pantang jumpa jajan padahal jajan dah berlambak kat rumah. Eloknya makan ja lah apa yang ada. Akhirnya, terjadilah sup telur.

Bahan-bahannya :
Telur
Bawang merah *
Bawang putih *
Halia *
Garam secukup rasa
Air kosong
Minyak masak
Kuali
Dapur gas
Bahan yang bertanda * cheq tumbuk halus agar tidak dapat dikesan oleh heroin cheq. Diaorang tak suka bawang.

Cara memasaknya :
1. Panaskan minyak dalam kuali di atas dapur gas.
2. Bila minyak dah panas masuk bahan * yang telah ditumbuk halus.
3. Tumis sehingga naik bau, dan masukkan air kosong.
4. Bila air dah mendidih, pecahkan telur satu persatu. Pastikan air dah mendidih untuk pastikan telur tidak pecah dalam kuah.
5. Masukkan garam secukup rasa
6. Bila dah agak telur masak, rasa kuah pun dah cukup rasa, bolehlah dihidangkan.


Pastikan kuah tu betul-betul mendidih sebelum masukkan telur


Tarra dah siap

Rupanya sedap jugak. Kalau tak sedap, takkan kakak dan adik bertambah nasi. Baby pulak sampai angkat pinggan hirup kuah sup ni. Mama diaorang ja kurang selera, jangkit selsema dengan baby. Syukur alhamdulillah, dapat jugak menikmati makanan berbanding dengan orang yang susah.

★★ HAPPY WEEKEND ★★



Selamat berhujung minggu semua.
Semoga semuanya bergembira dan senyum selalu.
Tengah pening memikirkan menu untuk heroin-heroin cheq.

Belum ada plan nak bawak mana my heroins ni jalan-jalan.
Damia pun dah mula selsema.

GIVEAWAY : RINIE BORHAN

Tarikh tamat penyertaan :
25 April 2015

GLA Complex dan LECITHIN buat badan sihat dan
wajah menawan

Klik banner untuk join

Mangsa tag :

Contest: Hijab, Let's wear it right!

Tarikh tamat penyertaan :
30 April 2015


Klik banner untuk join


Kenapa saya memilih untuk berhijab

Saya mula memakai hijab pada usia 13 tahun. Itupun disebabkan ayah dan emak saya yang meminta saya memakai hijab. Pada mulanya saya kurang faham kenapa mesti memakai tudung. Tapi apabapabila keluar bersama-sama rakan ke bandar, rakan saya yang tidak memakai hijab mudah diganggu oleh kaum lelaki dari segi perbuatan ataupun pandangan. Kami yang memakai hijab berasa selesa tanpa gangguan mata-mata lelaki. Dari situlah saya mula faham keistimewaannya bila kita berhijab. 

Antara lain sebab saya terus mengekal dengan berhijab adalah kerana mahu mendekatakan saya pada ajaran Islam. Saya juga ingin taat kepada Allah yang telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezeki, melindungi dan menolong saya. Menjaga diri daripada gangguan lelaki gatal dan menghindar dari zina mata dan zina hati.


Pesanan saya


Berusahalah sedaya upaya untuk memakai hijab. Tiada istilah ' belum sampai seru ' dalam ajaran Islam. Dan juga tiada istilah memakai hijab ini nampak kuno. Percayalah anda semua, bila memakai hijab kita akan nampak bertambah ayu. Saya doakan agar pintu hati kaliam semua terbuka untuk memakai hijab dan menutup aurat. Marilah kita bersama-sama menjaga kesucian dan maruah wanita.





Hadis Nabi yang bermaksud : " Sampaikanlah dengan apa-apa yang diterima dari kami walaupun sepotong ayat"  (Riwayat Bukhari dan Tarmizi). Sesungguhnya orang yang menyampaikan kebaikan (dakwah) adalah orang yang terlepas dari tanggungjawabnya.











★★ MENANG TOPUP ★★

Alhamdulillah, terpilih menjadi salah seorang pemenang untuk 1st Giveaway Wanitabesiberbicara dan menerima topup RM5. 




Dah habis guna dah pun topup ni.
Buat telefon kekasih hati kat kampung.
Masa sekarang ni topup RM5 pun teramatlah berharga.

Terima kasih Emma atas hadiah ni.

★★ 360 : SEBELUM DAN SELEPAS ★★

Sekarang ni muka yang tak cantik pun pun boleh nampak cantik bila bergambar.
Apa lagi formulanya hanya Camera 360.
Meh cheq nak share muka cheq sebelum dan selepas guna produk 360 ni yang cheq baru download ni.

SEBELUM : Nampak tu parut lubang-lubang di 
muka cheq begitu jelas. Ditambah dengan minyak sekilo.

SELEPAS : Masih nampak parut jerawat tu tapi 
lebih glowing.

Gambar ni diambil lebih kurang 2 minggu yang lepas semasa stuck kat trafik light. Rasanya ramai kaum wanita akan berselfie kalau stuck kat trafik light.


SEBELUM : Parut jerawat masih nampak. 
Nampak glowing jer muka padahal minyak dah
bertempek-tempek kat muka. Mungkin teknik pencahayaan persekitaran 
menjadikan kulit muka cheq nampak glowing.


SELEPAS : Memang perfect macam takde
masalah kulit langsung.

Gambar ni diambil 2, 3 hari lepas di bawah sinaran matahari.

★★ ALAHAI HEROIN MAMA ★★

Harini pertama kalinya cheq drive kereta sendiri menuju ke bahagian kecemasan dengan bertemankan 3 orang heroin cheq ni. Gara-gara si kakak berlubang di dahi terhantuk simen sinki kat dapur. Puncanya heroin-heroin ni cheq ni bergurau senda kat dapur. Kalau tengok diaorang ni bergurau memang kasar mengalahkan budak lelaki.

Bila tengok dahi kakak berdarah ja, cheq mula meraung sambil mulut pot-pet pot-pet marahkan diaorang. Baru ja cheq tegur jangan main tolak-tolak kat dapur tu, dah dapat penyakit. Tapi si kakak ni steady jer, langsung tak meraung. Cuma berkerut dahi ja.




Gabra lorrr sebab nampak macam besar ja luka tu. Terus bawak pergi hospital. Nasib baik senang dapat parking dan orang pun tak ramai. Dah jumpa doktor, doktor bagitau takde kecederaan dalaman dan luka pun tak payah nak berjahit. Lega hati ni. 

Masuk bilik rawatan, nak letak gam kat luka tu bagi bercantum balik. Kelam-kabut jugak bilik rawatan tu bila 2 lagi heroin cheq ikut masuk. Maklum lah semuanya bakal jadi doktor, jadi semuanya nak dipegang. Alhamdulillah, semuanya dah selesai dan insyaallah tak akan jadi parut luka tu. 



SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei

Tarikh tutup penyertaan :
13 Mei 2015

http://kampung-kameq.blogspot.com/2015/04/segmen-ucapan-hari-lahir-buat-si-lala.html
klik banner untuk join
 
Selamat ulang tahun ku ucapkan
Sambutlah hari indah bahagia
Selamat ulang tahun untuk kamu
Panjang umur didalam hidupmu
Lilin kecil menyala disini
Kuredupkan kembali lagi
Kupanjatkan doa tulus dan suci
Semoga sejahtera dan bahagia selalu

Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, baru akan kesempatan yang menyudahkan sesi review ni. Dah beberapa kali draf entri ni tapi banyak dugaan yang datang. Nasib baiklah sis Mialana memanjangkan tempoh untuk review ni dan terima kasih juga telah memilih saya untuk menerima dan sekali gus menjadi pengguna produk My Beauty Herbs ni.



Produk My Beauty Herbs ini mengandungi bahan Marine Plant Stem Cell adalah tumbuhan yang berasal dari laut. Ianya boleh mengalakkan pertumbuahn kulit mati dan melindungi kulit. Selain itu, ianya jugak mampu menghilangkan jerawat dan jeragat di muka dan juga sebagai anti penuaan. Dapat membantu mencerahkan kulit wajah sekiranya menggunakannya secara kerap dan konsisten. Sel kulit mati akan diperbaharui dan menambah kolagen untuk menegangkan kulit wajah kita.

Sekotak My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skin Care ini mengandungi
1. Whitening Booster Soap 
2. MBH Whitening Booster Day Cream 
3. MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream

1. Whitening Booster Soap
Sabun ini mengandungi marine plant Stem Cell,Collagen,Pearl Powder,vitamin C,Vitamin E,Rice Extract, dan nutrisi tumbuhan laut yang berkesan mengekalkan kulit muka.
-Membersihkan,mencerahkan,menggebukan,melembap,melembut dan menegangkan kulit
-Menanggalkan semua kotaran,minyak dan sel kulit mati
-sesuai untuk semua jenis kulit
-menanggalkan bintik hitam
 
 

2. Whitening Booster Day Cream
-melindungi kulit daripada sinaran UV
-Kulit nampak cerah
-Menegangkan kulit wajah
-Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
-Melembutkan dan melicinkan
-Menganjal dan menghaluskan
-Menyerikan wajah kusam
-Wajah lebih sihat dan muda
 
 

3. Whitening Booster Oxygenating Night Cream
-mencerahkan kulit tanpa pengelupasan
-Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
-Melembabkan dan menyegarkan
-Mengurangkan liang roma terbuka 
-Menjadikan tona lebih sekata dan berkilau

Setelah menggunakan produk My Beauty Herbs ni lebih kurang sebulan, ternyata ianya memang benar berkesan. Kulit wajah saya jenis berminyak dan akan ditumbuhi jerawat semasa period. Selepas penggunaan produk ini, kulit saya kurang berminyak dan jerawat di muka juga cepat mengecut. Selain itu, kawan-kawan sekerja pun ada menegur kulit muka saya makin cerah. Sekarang ni saya tiada masalah ke tempat kerja tanpa menggunakan olesan bedak di muka, sekadar menyapu krim siang My Beauty Produk saja. Saya sukakan bau sabun dan krimnya yang harum. Sepanjang penggunaan produk ini, memang tiada sebarang effect untuk kulit muka saya seperti mengelupas ataupun pedih-pedih. Memang ternyata berkesan dan saya tidak ragu-ragu untuk mempromosi produk ini kepada rakan-rakan saya.
 
Sebelum : baru lepas period,
jerawat besar di hidung dan dagu

Selepas : kulit semakin cerah dan jerawat
cepat mengecut



Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Giveaway 1st Luarteko.Blogspot.com

Tarikh tamat penyertaan :
3 Mei 2015


Klik banner untuk join

★★ KEYWORDS PELIKS ★★

Assalamualaikum semua 

Pepagi buta cheq dah skodeng keywords.
Apa mimpi ntah malam tadi.
Dalam banyak-banyak keywords yang dicari dalam blog cheq ni, ada stu keywords tu macam pelik ja bunyinya.
Takdalah pulak cheq pernah tulis cerita pasal GERAM TENGOK ISTERI ORANG.
Apa la yang dicarinya tu.


★★ RASA 5 STAR ★★

Assalamualaikum semua

Cheq sememangnya penggemar tegar kopi.
Kadang-kadang teringin nak minum kopicino, latte, mocha.
Tapi macam tak mampu nak minum kat restoren-restoren besar.
Kalau dah teringin sangat cheq beli ja nescafe tin tu.
Kan ada macam-macam perisa. 
Mocca ada, latte pun ada.

Sekarang ni, cheq dah jumpa penjual pelbagai jenis kopi yang murah.
Gerainya di tepi jalan ja.

Memang dah lama cheq nampak gerai ni.
Orang selalu ja ramai, tapi cheq tak pernah nak singgah.
Ingatkan jual air biasa-biasa ja.
Tapi bila dah cuba sekali, rasa cam ketagih pulak.

Rasanya semua jenis air cheq dah rasa.
Tauke gerai tu pun macam dah kenal cheq.
Pelanggan tetap dia kann.


Gerainya terletak di tepi jalan ja.
Jalan Kebun Sultan

Inilah logo gerainya. Pelanggan sentiasa ada.

Capicinno RM3. Macam salah je ejaannya.

Green tea RM4

Walaupun harganya murah, tapi rasanya memang tahap hotel 5 bintang.
Walaupun ais tu dah cair, tapi kopinya masih terasa kaw-kaw.
Belum cuba, belum tahu.


★★ WORDLESS WEDNESDAY : WOMEN ★★

Assalamualaikum semua.
Dah 2, 3 jari tak update entri baru.
Kesibukan bekerja dan melayan anak-anak mengatasi segalanya.


Harapan seorang wanita kepada setiap lelaki.
Do you agreed with me ??


6 KESAN BURUK JIKA KERAP MAKAN TELUR


Telur mudah didapati dan murah berbanding dengan makanan laut yang lain. Kat rumah cheq, memang sentiasa ada telur ayam dalam peti ais. Standby kut-kut takdak lauk nak makan dengan nasik. Selalunya telur ni cheq buatkan jadi telur dadar ja, buat goreng mata kerbau tu sekali-sekala ja. Kadang-kadang buat sambal telur, memang terangkat. Kalau makan telur rebus banyak-banyak nanti kentut busuk sangat, hehehe. Kalau yang buat bisnes kek, roti dan biskut lagilah kerap guna telur ni.

Biarpun sedap dan sellau dijadikan menu hidangan, sebenarnya ada beberapa kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan jika kita makan telur secara kerap.





1. Meningkatkan kolestrol

Telur menagndungi lemak sekitar 200mg sebiji. Jadi pengambilannya perlu dihadkan kepada hanya 6 biji telur dalam tempoh seminggu. Namun jumlah itu harus diimbangi dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Pengambilan telur yang berlebihan dan gaya hidup yang kurang sihat boleh meningkatkan kadar kolestrol dan seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung.

2. Risiko diabetes 

Kandungan lemak dalam telur juga boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis, terutamanya pada kaum wanita. Kamu lelaki mempunyai risiko 55% terkena kencing manis jika makan telur setiap hari manakala untuk kaum wanita pula 77% risikonya.

3. Masalah jerawat 

Mengambil telur secara kerap sama kesannya seperti memakan kacangiiatu akam membuat kulit mudah berminyak. Bila kulit cepat berminyak, maka mudahlah untuk jerawat tumbuh di muka.

4. Menambahkan berat badan

Telur mempunyai kandungan lemak yang tinggi, jadi memakan telur secara kerap boleh mengakibatkan penambahan berat badan.


5. Ketidakseimbangan hormon

Pengambilan terlalu banyak telur juga membuat hormon menjadi tidak stabil lebih-lebih lagi kepada kaum wanita. Jadi sebaiknya bila makan telur eloklah diseimbangkan dengan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

6. Menyebabkan alergi

Telur juga boleh menyebabkan alergi. Terutamanya jika megambil telur yang tidaks egar, kurang berkualiti, kulit retak dan sebagainya. Jadi perlu berhati-hati setiap kali membeli telur, pastikan telur tersebut segar dan dalam keadaan yang baik dan bersih.


Giveaway : Max & Bella 2nd Birthday


Assalamualaikum w.b.t.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Yana lancarkan Giveaway : Max & Bella 2nd Birthday sempena birthday my babies bulus Max & Bella yang ke-2 (16 April 2013 ~ 16 April 2015).

http://yanapinkblossom.blogspot.com/2015/04/giveaway-max-bella-2nd-birthday.html?m=0
Klik BANNER untuk join (^^,)

Tarikh Mula : 18 April 2015 (12.01am) | Tarikh Tutup : 16 Mei 2015 (11.59pm)


★★ SIKIT-SIKIT BOMOH ★★

Assalamualaikum semua

Minggu lepas cheq ada la mengadu sakit pinggang kat member-member.
Macam-macam la diorang bagi nasihat dan pandangan.

Ada yang suruh pergi berjumpa doktor ambil suntikan.
Bab suntikan ni cheq takmau sebab mesti tiap-tiap kali sakit nanti kena suntik.

Ada jugak yang suruh pergi berurut.
Yang ni cheq sangat setuju.
Malangnya tukang urut yang selalu cheq guna tu pergi jalan-jalan kat Key Ell pulak.
Minggu ni baru ada kat Kota Bharu.

Yang paling tak best ada jugak yang cadang pergi jumpa bomoh.
Apa kejadahnya jumpa bomoh ni.
Bomoh ni mana la tahu istilah-istilah diabetes, darah tinggi, jantung.
Yang bomoh tahu hanyalah kena buatan orang.
Malas cheq nak layan cadangan ni.
Memang tendang pi jauh-jauh.



 



★★ FITNAH MERATA-RATA ★★

Sebenarnya kisah ni dah lama, tapi ianya tetap menjadi nanah dalam pasukan kami. Kisah-kisah yang dipaparkan seolah-olah mengajak orang awam membenci pihak PDRM. Cacian, makian yang kami terima. Orang kita sekarang ni mudah jer terima apa yang ditulis, tanpa berfikir.


SEPASANG PENGANTIN BARU BENGANG KISAH DIA DISAMAN PDRM ATAS KESALAHAN TRAFIK DI PUTAR BELITKAN OLEH AKHBAR HARIAN METRO.

Semalam saya telah ditag oleh kawan-kawan saya berkaitan kes seorang pengantin lelaki di saman oleh polis trafik di Rompin di bawah tajuk " PERSANDINGAN TERTANGGUH " yang telah disebarkan melalui page myMetro..

Dipage itu juga dipaparkan gambar pengantin yang sedang bersalam dengan seorang Pegawai Turus Trafik yang telah disamarkan wajahnya. Dikatakan pengantin itu disaman lantaran lampu brek ketiga kenderaan yang dinaiki tidak bernyala.

Pengantin itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat untuk mengahdiri majlis persandingannya.. Saya mengaku gambar yang dipaparkan itu memang gambar suami saya Encik Hafiz Jamal..

Namun saya hairan bercampur keliru kerana jalan cerita yang ditulis dalam akhbar itu bukan cerita yang sebenar dan banyak yanng ditokok tambahkan. Walhal kami dalam perjalanan untuk shooting gambar outdoor kami di Bukit Ibam.

Bukanlah untuk menghadiri majlis persandingan kami di Segamat. Kami datang dari Pasir Mas Kelantan dan menuju ke Muadzam Shah. Saya jadi pelik dengan berita yang disiarkan yang bercanggah dengan situasi sebenar.

Memang benar lampu brek ketiga kenderaan yang kami naiki tidak berfungsi. Jenis kenderaan yang dinyatakan  di dalam akhbar adalah perodua myvi namun sebliknya kami menaiki nissan navara.

Saya jadi kesal bila baca komen-komen yang negatif berkaitan dengan PDRM diluahkan pada gambar kami, sedangkan polis terbabit hannya memberikan amaran kepada kami bahkan menghulurkan salam dan mengucapkan selamat pengantin baru kepada kami.

Saya percaya wartawan MYMETRO dapatkan gambar kami di page Polis Pahang yang telah memuatkan gambar kami pada 1 April 2015, yang kemudiannya gambar yang sama disamarkan muka diletakkan pada page MYMETRO.

Konklusinya saya dan suami tak marah gambar kami diviralkan namun kami jadi sangsi sengan kisah yang dipaparkan bukan dari kisah yang sebenar. Terima kasih PDRM atas budi bicara yang baik buat kami.

 
notajarihalus : semalam ada orang awam datang buat repot berkenaan cuaca yang sangat panas. Pihak polis sedia terima repot dia walaupun tiada tindakan yang boleh pihak kami ambil.

★★ MELUATNYA DENGAR ★★

Assalamualaikum

Sekarang ni banyak jugak drama atau filem menggunakan loghat utagha.
Kalau pelakon tu asalnya oghang utagha, sedap la denngaq.
Tapi, kalau orang bandaq try nak cakap utagha, naik melungai dengaq.



Pembetulan. kami oghang kedah tak panggil MARKET tapi kami panggil MERKET.
Semalam member cheq cuba bercakap utagha.
Clear disebutnya keliaq, sebutan yang betul adalah kelia.

Cheq ni sejak tahun 2005 dah keluaq merantau, tapi tetap pekat cakap utagha.
Husband dan anak-anak pun dah boleh cakap utagha.
Kalau kena cakap bahasa baku tu macam terseksa sangat.

notajarihalus : betapa indahnya bahasa kita



★★ RAMAI SANGAT KENAL NI ★★

Assalamualaikum semua.

Malam ni cheq kerja lagi. Kena pulak kerja dengan anak-anak buah cik husband cheq. Mulalah diaorang bercerita betapa garangnya cik husband cheq masa mengajar dan bla, bla, bla....Pergi la ceruk mana pun, betapa banyaknya anak buah cik husband cheq. Takdak peluang la cheq nak berjimba-jimba, nanti kena repot. Kihkihkih, takde niat pun nak berjimba-jimba.

Dulu, husband cheq ni cikgu sekolah latihan. Dah beribu-ribu anak murid dia. Sekarang ni pun dia masih lagi mengajar. Kebanyakannya anak murid dia ni jadi anak buah cheq. Tak tahulah camna diaorang ni boleh kenal cheq. Takkanlah husband cheq nak cerita perihal cheq kat diaorang plak kan.

Ada untungnya bila anak-anak murid husband cheq ni ada merata-rata tempat. Contohnya, semasa kami satu family nak bercuti ke Cameron Highland tanpa dirancang. Telefon la anak murid dia minta bookingkan hotel. Dicarinya kitaorang homestay yang sebesar-besar alam dan dah siap dibayar. Bila husband cheq nak gantikan balik duit tu, dia taknak. Alhamdulillah.

Duk bersembang-sembang dengan anak buah ni. Last sekali dia bagitau " puan, bagitau cik H.... janganlah garang sangat masa mengajar." Cheq sekadar senyum ja sebab cgeq memang tak masuk campur hal kerja husband cheq kecualilah dia nak cerita.


Gambar ini tiada kena-mengena dengan cerita diatas.

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 16 April 2015 hingga 11.59 malam 30 April 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 425.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.
Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
DJH | JULIA | KAKITRAVEL | AZREEN | ANA | SOLEHAH | SALINA | SITI | MASZULL | AZNEY | JAJA | SAYIDAH | QEELA | HIDAYU | PAPAGLAMZ | ENY | FARHANA | ADDA | 
2. Wajib Like Fanpage Sponsor
3. Follow  Instagram Sponsor
DJH | SALINA | NURUL | MASZULL | JAJA | 
SAYIDAH | QEELA | FARHANA | ADDA |
4. Tambah Google Plus Sponsor 
+julia jamaludin  +Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :



Kredit Untuk +Mia Liana 


7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

 Sekian Terima Kasih.


★★ MELOMPAT NAMPAK LIPAS ★★

Ql kisahnya malam tadi. Masa cheq tengah siapkan bilik tidur, ada pulak tetamu tak diundang muncul. Cik lipas ni muncul dari mana tah. Terus cheq terhenti hampar tilam. Lipas tu pun boleh berhenti bergerak. Betul-betul depan cheq. Cheq bergerak ke kiri, lipas ni pun ke kiri. Cheq gerak ke kanan, lipas ni pun bergerak ke kanan jugak. Apalagi, cheq terus lompat keluar dari bilik.

Dulunya cheq tak takut lipas ni. Tapi ada satu kejadian tu telah mengubah menjadikan cheq jadi takut dengan lipas. Sukalah lipas tu kalau baca ni, hehehe. Kejadian lipas melompat dan terbang ke arah cheq masa duk asrama dulu telah mengubah segalanya. Sampai sekarang fobia kat lipas.



Harini mulalah operasi cegah lipas dari terus berada dalam rumah cheq. Dari malam tadi lagi google cari petua nak hapuskan lipas ni. Meh cheq kongsikan petuanya disini.

1. Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kalau sabun mandi yang wangi lagi bagus, sebab lipas ni tak suka benda yang wangi. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ni di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.

2. Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kerinh, gantikan dengan lemon yang baru. 

3. Susah ke nak cari lemon. Boleh jugak guna timun, senang nak cari kan. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.

4. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

5. Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedil dan letak di tempat banyak lipas.

6. Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang. Tebuk uncang tu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Notajarihalus : jikalau ada baby kat rumah, pastikan baby anda tidak ke tempat-tempat yang telah anda letakn benda-benda semua ni. Takut baby anda yang dulu kutip.