Ql kisahnya malam tadi. Masa cheq tengah siapkan bilik tidur, ada pulak tetamu tak diundang muncul. Cik lipas ni muncul dari mana tah. Terus cheq terhenti hampar tilam. Lipas tu pun boleh berhenti bergerak. Betul-betul depan cheq. Cheq bergerak ke kiri, lipas ni pun ke kiri. Cheq gerak ke kanan, lipas ni pun bergerak ke kanan jugak. Apalagi, cheq terus lompat keluar dari bilik.
Dulunya cheq tak takut lipas ni. Tapi ada satu kejadian tu telah mengubah menjadikan cheq jadi takut dengan lipas. Sukalah lipas tu kalau baca ni, hehehe. Kejadian lipas melompat dan terbang ke arah cheq masa duk asrama dulu telah mengubah segalanya. Sampai sekarang fobia kat lipas.
Harini mulalah operasi cegah lipas dari terus berada dalam rumah cheq. Dari malam tadi lagi google cari petua nak hapuskan lipas ni. Meh cheq kongsikan petuanya disini.
1. Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kalau sabun mandi yang wangi lagi bagus, sebab lipas ni tak suka benda yang wangi. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ni di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
2. Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kerinh, gantikan dengan lemon yang baru.
3. Susah ke nak cari lemon. Boleh jugak guna timun, senang nak cari kan. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
4. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
5. Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedil dan letak di tempat banyak lipas.
6. Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang. Tebuk uncang tu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
Notajarihalus : jikalau ada baby kat rumah, pastikan baby anda tidak ke tempat-tempat yang telah anda letakn benda-benda semua ni. Takut baby anda yang dulu kutip.