DAH KERAP KE KEDAI DOBI LAYAN DIRI

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Walaupun kedai dobi layan diri ni hanya 3-5 minit ja dari rumah, tak pernah langsung terlintas cheq nak singgah guna perkhidmatannya. Segala baju, seluar, tuala, selimut, toto memang cheq basuh sendiri kat rumah. Ruang sidai pakaian luas, jadi takdak masalah nak basuh baju 3 hari sekali pun.

Disebabkan kat kampung haritu, rumah abah mentua takdak air, jadi terpaksalah mendobi baju sendiri. Mulanya nak hantar baju kat dobi biasa, tapi bila difikirkan baju lambat siap, maka mencarilah kami dobi layan diri ni. Maklumlah, bawak balik baju pun 2, 3 helai ja. Sejak  itulah cheq mula kenal dengan dobi ni. Pada mulanya cheq memang tak tahu cara nak guna. Tanya orang satu-persatu step nak guna, sampai pandai sendiri. Selang 2 hari ja, angkutlah bakul baju kotor ke dobi tu.

Bila dah balik sini, perangai nak ke dobi takleh nak tinggal. Sebabnya rasa dah senang sangat. Masukkan baju dalam mesin, lepas tu tinggal sekejap pergi minum air. Datang semula kedai dobi, baju dah siap basuh. Masuk pulak baju tu dalam mesin pengering, tinggalkan dan masuk dalam pasaraya plak. Datang semula, tarraaaa.... baju dah siap. Boleh terus dilipat ataupun terus nak pakai. Tak payah nak sidai-sidai lagi.







Walaupun sentiasa basuh baju kat kedai dobi, mesin basuh cheq tu taklah sampai berhabuk tak guna. Kain-kain buruk, cheq basuh kat rumah ja. Tapi harini cheq dah start basuh baju kat rumah sebabnya lif blok cheq rosak. Tak larat nak angkat bakul baju turun ikut tangga.

KALI KE 2 NAIK MENARA TAMING SARI

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semasa cuti tempohari, kitaorang sengaja terlajak sampai ke Melaka. Sesaja nak jalan-jalan cuci mata sementara nak ke rumah adik ipar kat Muar.

Husband cheq ni memang tak tahu sangat jalan dalam bandar Melaka ni. Jalan ikut papan tanda ja. Sampai Melaka dah tengahari, perut dah berkeroncong sangat. Nak cari kedai makan dalam bandar Melaka ni memang susah. Akhirnya kami sekeluarga singgah makan kat bangunan Mara bertentangan dengan Muzium Maritim.

Selepas makan, kitaorang dah konpius nak bergerak kemana. Cheq memang ada sepupu kat Melaka tu, tapi malas nak kacau diaorang hari bekerja tu. Menononglah kami sampai ke Menara Taming Sari. Nak masuk parking tu, kena beli buku parking. Harganya RM6. Anak-anak dah melompat-lompat nak naik menara Taming Sari tu. Husband cheq awal-awal lagi dah surrender taknak naik. Gayat katanya.




Dengan menggunakan Mykad, harga tiket untuk naik Menara Taming Sari bagi dewasa adalah sebanyak RM15 manakala bagi kanak-kanak berumur atas 2 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM10. Kitaorang jugak diberikan sebuah beg kertas yang mengandungi 2 botol mineral dan 2 pek kecil kuih. Kiranya untuk setiap beg kertas adalah untuk 2 orang yang membeli tiket tersebut.


Sebelum bergerak masuk ke laluan untuk ke menara tu, ada petugas di situ dah menunggu untuk mengambil gambar kitaorang. Apalagi, pose yang paling comel kitaorang bagi.

Nak masuk dalam menara tu pun kitaorang disambut sepertimana pramugari sambut penumpang atas kapal terbang. Apabila semua penumpang dah duduk di kerusi masing-masing, barulah menara tu akan naik ke atas. Zupppp, kecut perut sekejap. Menara akan berhenti di atas akan berpusing perlahan membolehkan para penumpang menikmati pemandangan Melaka. Dari atas sana, kita boleh lihat hampir keseluruhan bandaraya Melaka ni. Teropong pun disediakan. Selama 7 minit kitaorang berpusing-pusing kat atas sebelum turun semula ke bawah.








Sampai di bawah, gambar kitaorang yang diaorang ambil tadi dah siap dipaparkan. Kita ada pilihan samada nak ambil atau buat tak peduli ja dengan gambar kita tu. Dua keping gambar bersaiz 5R dan 3R serta satu keychain berharga RM50. Cheq ambil gambar tu sebagai kenangan.


Inilah kali kedua cheq naik Menara Taming Sari ni. Takdaklah teruja macam first time dulu. Last naik adalah lebih kurang 6 tahun yang lalu. Masa tu tengah pregnant anak yang kedua dan masih menetap kat Noghori Sembilan. Masa tu jugak husband cheq jadi penunggu setia kat bawah.

Insyaallah, ada rezeki nak datang lagi. Banyak lagi tempat yang nak tuju tapi masa tak mengizinkan. Teringin nak ke Pantai Kelebang, nak tengok Hotel Bas. Nak bawak anak-anak ke Toy's Museum. Memang banyak tempat menarik kat Melaka ni, tak cukup sehari nak jalan-jalan dalam Melaka ni. Hingga kita ketemu lagi MELAKA.


RUMAH KENA PECAH

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Baru-baru ni kami sekeluarga balik bercuti kat kampung di Kota Tinggi, Johor selama 2 minggu. Sebelum tinggalkan rumah, husband cheq memang dah pastikan segala suis eletrik telah ditutup. Begitu jugak dengan pintu dan grill rumah dikunci dengan 2 biji mangga. Setelah puas hati, barulah kami bergerak dengan senang hati.

Setelah selesai bercuti 2 minggu tu, kami pun bertolak dari Kota Tinggi, Johor lebih kurang jam 9 pagi. Lebih kurang 12 jam duk atas jalan raya, akhirnya sampai kat rumah cheq di Kota Bharu, Kelantan. Cheq ni memang ingat nak baring atas tilam ja, nak luruskan pinggang yang dah lenguh-lenguh ni.

Keluar ja daripada lif, nampak grill pintu rumah dah terbuka. Dah agak ada orang pecah masuk dalam rumah cheq. Tengok mangga kat pintu dah kena potong. Paling sakit hati bila masuk dalam rumah, tengok semuanya dah berselerak. Segala apa yang ada dalam almari dan laci ditariknya keluar. 


Tindakan pertama apabila rumah kita kena pecah masuk adalah jangan cuba mengalih atau memegang apa-apa benda pun. Ini boleh menghilangkan kesan-kesan yang penyangak itu tinggal. Contohnya, kesan cap jari pada meja solek. Keduanya kenal pasti barang-barang atau harta-benda kita yang hilang. Seterus hubungi atau terus ke balai polis untuk membuat repot polis.

Alhamdulillah, cheq hanya alami kerugian yang kecil ja. Seperti kata mak sedar cheq, Allah akan gantikan yang lebih baik daripada apa yang kita hilang.

PESAN NABI MUHAMMAD S.A.W

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Salam Jumaat

PESAN NABI MUHAMMAD S.A.W YANG AMAT BERNILAI. Kita semua memerlukan petunjuk serta nasihat yang berguna agar kita berjaya di dunia dan akhirat. Terdapat pelbagai nasihat dari Nabi Muhammad SAW kepada umatnya di dalam hadith-hadith baginda. Marilah kita sama-sama cuba mengamalkannya di dalam kehidupan kita.

Sekadar gambar hiasan

HORMATI 3 ORANG
1. Ibubapa
2. Guru
3. Warga Tua


PASTIKAN ADA 3 PERKARA DALAM DIRI
1. Kejujuran
2. Iman
3. Amal Kebaikan

BEBASKAN DIRI DARI 3 PERKARA
1. Kesombongan
2. Penipuan
3. Hutang

KAWAL 3 PERKARA
1. Kemarahan
2. Lidah
3.Nafsu

SELAMATKAN DIRI DARI 3 PERKARA
1. Amal Jahat
2. Mengumpat
3. Hasad Dengki


PEROLEH 3 PERKARA
1. Ilmu
2. Adab Sopan
3. Kesolehan

SUCIKAN 3 PERKARA
1.Fikiran
2. Pakaian
3. Badan

INGAT 3 PERKARA
1. Kematian
2. Pertolongan Orang
3. Nasihat



8 TABIAT BURUK MENYEBABKAN SAKIT BELAKANG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Seringkali cheq mengalami sakit-sakit belakang. Nak pulak balik kampung duk dalam kereta selama 12 jam dengan memangku si kecik Damia, memang ambik masa nak luruskan semula pinggang dan belakang cheq ni. Selain tu, puncanya jugak sebab cheq stress kat tempat kerja.

Sekadar gambar hiasan.

1. Tidur atas tilam lama

Sekiranya anda tidak menukar tilam anda dalam tempoh lama, terdapat kebarangkalian untuk tulang belakang anda tidak memperoleh sokongan yang sepatutnya.

2. Mengangkat barang berat

Mengangkat barang yang berat, terutamanya untuk wanita boleh menyebabkan ketidakseimbangan pada bahu dan tulang belakang anda.

3. Memakai kasut bertumit tinggi atau kasut tiada tumit.

Kasut bertumit yang terlalu tinggi untuk anda akan memaksa badan anda melengkung, memberikan tekanan pada yang lebih pada sendi anda.

4. Menyimpan dendam

Kajian mendapati orang yang pemaaf menghadapi perasaan tertekan, kemarahan, kebencian dan kesakitan yang kurang berbanding orang yang suka menyimpan dendam.

 5. Duduk sepanjang hari

Kebanyakan dari kita tidak mengekalkan postur tubuh yang sepatutnya sewaktu duduk di hadapan komputer setiap hari.

6. Tertekan

Sekiranya anda tertekan, seluruh badan anda turut tertekan, termasuklah otot dibahagian leher dan tulang belakang.

7. Tidak bersenam

Senaman membantu dalam membina otot-otot yang  boleh menyokong  tulang belakang anda.

8. Makan terlalu banyak makanan ringan

Pengambilan makanan yang berkalori tinggi dan kurang nutrien boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Kenaikan berat badan  tersebut akan membebankan tulang belakang anda.

Sumber : Bidadari.my


BERTAMBAH PENYOKONG PASUKAN HIJAU KUNING

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Malam ni bakal berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia bagi musim 2015. Menyaksikan 2 pasukan iaitu Kedah dan Selangor bakal berentap untuk menjulang Piala Malaysia. Tentunya cheq akan sokong negeri kelahiran cheq iaitu pasukan dari Kedah.



Pada mulanya memang cheq tak pernah ikut pun pasal Piala Malaysia ni. Tambah-tambah lagi kalau ada live perlawanan kat tv, husband cheq yang akan control. Peminat jati pasukan JDT tuuuu....bangga habis dengan JDT dia. Dah siap pasang angan-angan nak tengok JDT lawan dalam separuh akhir kat Larkin sebab time tu kitaorang cuti kat Johor.

Alih-alih JDT dah kalah dalam pusingan suku akhir. Kedah pulak dapat masuk separuh akhir. Ingatkan husband cheq nak sokong Kedah, iyalah kan bini dia ni pure Kedah mari. Rupanya dia sokong Felda. Macamana cheq boleh lupa plak yang husband cheq orang Felda. Bukan main seronok balik kampung bersekutu dengan abahnya (my FIL) sokong Felda. Time perlawanan Kedah lawan Felda, masing-masing tunggu depan tv, cheq duk dalam bilik. Takdak geng. 

Akhirnya Kedah berjaya jugak ke perlawanan akhir. Nampak gayanya husband cheq sokong jugak Kedah sampaikan terpaksa tangguh perjalanan kami nak balik ke Kota Bharu. Bertambahlah penyokong pasukan hijau kuning ni. Dan husband cheq jugak meramalkan yang Kedah akan menang malam ni. Insyaallah



Notajarikaki : 
Ada hikmahnya JDT tak masuk final. Tak mungkin pasukan JDT dapat fokus dalam permainan setelah bersedih dengan kemangkatan Tengku Laksamana Johor, Tengku Jalil. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham. Aminn.


Pencarian Blog Terkemas 2015!


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!

SELAMAT HARI LAHIR KAKAK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semalam tanggal 10 Disember 2015, jam 9.41 malam genaplah umur kakak Dinah 8 tahun. Pengalaman pertama mengandungkan kakak memang memberi banyak kenangan pahit dan manis. Keluar masuk wad dah jadi macam check in hotel. Kali pertama kenal.dengan buku pink. Terkejut beruk bila kali pertama rasa tendangan kakak dari dalam perut. Kali pertama jugaklah cheq masuk labor room. Segala-galanya semuanya kali pertama.

Selama 3 tahun, kakak dipanggil ADIK dan diberi kasih sayang tiada tandingan. Sehinggalah adik Diyanah keluar, status ADIK telah bertukar menjadi KAKAK. Kasih sayang mama dan abah dikongsi bersama-sama kakak dan adik secara adil.

Kini kakak dan menjadi kakak kepada 2 orang adik. Mama dan abah berharap dan berdoa selalu agar kakak dapat menjaga adik-adik nanti. Menjadi seorang wanita yang solehah dengan akhlak yang mulia.  Menjadi harapan dan contoh yang baik untuk orang sekeliling.

Aminnnn....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tahun ni kakak sambut besday kakak dengan atuk dan nenek kat kampung di Kota Tinggi. Yang susahnya nak mencari kek besday kakak ni. Dah 2 kedai kek cheq singgah tapi katanya tak buat kek, hanya terima tempahan kek. Memang memainkan perasaan cheq betul lah... sepatutnya kat luar kedai tu patut tulis "kedai tempahan kek" bukannya "kedai kek".


Akhirnya jumpa jugak kedai kek ni. Tapi tinggal sebijik kek ja, tu pun baru keluar dari oven, krim pun dah letak lagi. Memang takdak pilihan lain, cheq tunggu ja ke tu siap. Dah siap keknya, memang menepati citarasa kakak. Ada hello kitty dan mashmellow.






Alhamdulillah, tahun ni sempat sambut semua besday family cheq. Tahun depan kita sambung celebrate semula dengan umur yang baru. Insyaallah.

KETENANGAN CUTIKU DIRAGUT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Baru nak masuk 5 hari cuti, husband cheq dapat panggilan telefon mintak dia balik masuk kerja. Stress weiii, dah la nak sampai Kota Tinggi ni ambik masa 10 - 12 jam dari Kota Bharu. Sakit pinggang ni pun tak hilang lagi, tup-tup suruh patah balik. 



Sepanjang tahun husband cheq tak ambik cuti sebab bagi komitmen dalam tugas yang satu ni. Cheq dan anak-anak pun terpaksa korbankan cuti hujung minggu dukkat rumah sebab husband cheq bertugas. Dah cuti, baru terhegeh-hegeh nak sambung semula tugas tu.

Dalam sehari entah berapa kali diaorang telefon husband cheq minta balik. Lebih kurang merayu-rayu la sebab takde orang yang boleh uruskan majlis sebesar ni. Husband cheq berkeras taknak balik selagi cuti tak habis. Sanggup dia berhabis duit untuk topup telefon untuk telefon anak buah dia uruskan hal kat sana. 

"Kau buat ni". "Kau buat macam ni". 
Itulah ayat yang cheq duk dengar sampai sekarang ni. Serabut la haiii...tangan tak lekang dengan telefon tu. 


SERANGAN CAMPAK KE ATAS DAMIA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Mulanya Damia demam panas pada malam tu. Esoknya naik biji-biji merah penuh muka dan belakang Damia. Tanya emak, katanya Damia kena campak.
Abah carikan air kelapa muda untuk Damia minum supaya semua campaknya keluar dengan cepat. Cepat keluar, cepatlah sembuh.




Harini hari kedua Damia campak. Biji-biji merah makin banyak kat muka dan seluruh badan Damia. Ada biji kandung air yang besar sangat kat merata badan Damia. Naik geram pulak cheq tengoknya.




Walaupun balik bercuti, Damia kena dikuarantinkan kat rumah. Takleh pergi jalan-jalan. Kalau ikutkan dengan kakak dan adik pun kena pisahkan sebab kedua-dua kakaknya tu belum pernah kena lagi. Tapi takleh nak elak dah, kejap-kejap diaorang datang peluk cium Damia ni, walaupun dah dilarang sampai berbuih-buih mulut ni.

Alhamdulillah, sehingga hari ni Damia takdaklah meragam sangat cuma pedih kat tepi mulut tu ja sebab ada biji campak tu pecah. Masih aktif bermain tak macam orang sakit pun.

End Year Giveaway by seindahcerita


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Jom, ramai-ramai memeriahkan segmen ini.

klik BANNER untuk join

ISTIMEWA UNTUK UOLLS

Wang Tunai RM30 x 1 [ jiakreatifelt ]
Wang Tunai RM20 x 1 [ mammadanish ]
Wang Tunai RM20 x 1 [ sheilainspire ]
Wang Tunai RM10 x 3 [  nurfuzie ]
Wang Tunai RM10 x 2 [ missdenesor ]
Wang Tunai RM10 x 1 [ vitaminwawa ]
Wang Tunai RM10 x 1 [  foreverblackstarfever ]
Wang Tunai RM10 x 1 [  penselduabee ]
Wang Tunai RM10 x 1 [ adianiez  ]
Wang Tunai RM10 x 1 [rianalittlecuties ]
Wang Tunai RM10 x 1 [ seindahcerita ]
Wang Tunai RM10 x1 [ miminadam ]

Tambah Nilai ( Top Up )
RM 10 x 1 [ sheilainspire ]RM 10 x 1 [  qileh  ]RM 10 x 1 [ besidesme21 ]
RM 10 x 1  [ syira lokman  ]
RM 10 x 1 [ kisahpondokkecil ]
 
  Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Penganjur


TAK JADI MASUK ANGRY BIRDS PARK

Assalamualaikum

Balik bercuti di Johor tapi tak tahu nak kemana. Tanya pendapat orang kat sini, diaorang bagitau ada Angry Birds Park kat Komtar JB. Kebetulan haritu memang nak ke JB melawat emak saudara yang uzur. Alang-alang boleh lah bawak anak-anak main kat situ.

Sampai di JB, memusing-musing cari jalan nak ke Komtar. Husband cheq memang lah anak jati Johor tapi tak berpuluh tahun kerja kat luar negeri. Sekali balik Johor ada ja perubahan, jalan dah melintang-pukang. Nasib baik bawak pak mentua sebagai GPS.

Sampai Komtar pun dah tengahari. Masalah satu lagi timbul, nak cari jalan masuk ke tingkat 3 iaitu tempat terletaknya Angry Birds Park ni. Naik turun escalator, tanya orang barulah jumpa tempatnya.


Nak masuk park ni ada waktunya. Diaorang pun ada waktu rehatnya. Waktu kitaorang sampai adalah waktu rehat. Jadi tak terus masuk la. Anak-anak dah teruja nak masuk. Tapi bila tengok harga nak masuk ke dalam tu ja, jadi terbungtang mata. Nak cuti lama lagi, banyak lagi tempat nak pergi. Berbincang dengan husband, tak jadilah nak masuk. Pujuk anak-anak dengan permainan yang ada kat depan park tu. Nasib baik berkesan. Lagipun memang dari awal tak bagitahu nak datang sini pun.



Walaupun kerap kali topup token untuk anak-anak main, kira berbaloi la sampai anak- anak bosan dah taknak main, ajak pergi tempat lain pulak.









Insyaallah kalau ada rezeki cuti nanti, nak jugak bawak anak-anak ke Angry Birds Park ni. Kali ni kita bergambar ja dulu.




GARAJ KERETA BERNILAI RM200

Assalamualaikum...



Sudah nak masuk 5 tahun cheq menetap di perumahan hak milik kerajaan ni. Baru-baru ni ja cheq dapat tahu yang garaj kereta kat bawah tu ada nilainya. Itupun setelah berjumpa dengan jiran lama. Dia ada tanyakan ada tak sesiapa pegawai baru yang masuk parking kereta dia sebelum ni. Sebabnya dia nak mintak bayaran.

Terlopong la cheq sekejapnya. Tak tahu pulak ambil parking kena bayar. Jiran lama cheq ni bagitahu dia bayar sebanyak RM200 untuk ambik sebiji ke, sebuah parking ni dari tuan parking yang lama.


Pada mula cheq duk kat perumahan ni, tiap-tiap hari letak kereta kat luar ja. Berpanas dan berembun. Orang baru kannn...tak berani nak letak ikut suka dalam garaj walaupun nampak macam kosong ja. Bila nampak ada pegawai keluar dari perumahan ni, sambil salam-salam dan peluk tu, kitaorang mintaklah nak masuk garaj dia tu. Takdelah pulak dia mintak duit garaj tu. 

Sampai sekarang ni kitaorang konker sampai 2 buah garaj. Sekupang pun takde keluarkan duit. Agaknya pegawai dulu pun masuk free gamaknya. Mungkin garaj berbayar tu adalah amalan turun-temurun pegawai-pegawai lama dulu.

GIVEAWAY DISEMBER 2015 CASH RM500

Assalamualaikum




Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


LARI DARI SEKATAN JPJ

Assalamualaikum

Semalam bermulalah percutian kami sekeluarga setelah sekian lama bertapa di bumi Kelantan. Rasa lapang kepala bila dapat keluar dari Negeri Kelantan. Percutiam kali ni dihabiskan di negeri Johor. Husband cheq dah mula rindukan emak dan abah kat kampung tu. Terakhir balik Kota Tinggi pada hari raya puasa tahun lepas. 

Pukul 10 pagi, kami memulakan perjalanan. Memang perjalanannya lancar, ditambah dengan cuaca yang cerah, tak macam hari sebelumnya, hujan tak berhenti-henti sepanjang hari.

Sampai di Pasir Puteh, jalan makin jem. Berderet-deret kereta kat depan. Kereta yang di jalan bertentangan dah bagi lampu, menandakan ada sekatan jalanraya kat depan. Husband cheq dah mengaduh..aduh,aduh sayang, kenapa kau curang. Tentulah dia resah sebab cermin tingkap kereta memang gelap, tak ikut piawaian JPJ pun. Kalau roadblok polis, insyaallah boleh lepas. Tapi kalau roadblok JPJ punya, memang tiada maaf bagimu la.

Sebagai contoh. Lebih kurang gelap ginilah cermin
kereta cheq. Takkan nak letak gambar kereta sendiri dalam
ni, kang ada JPJ baca ni maunya cari kereta cheq
sampai lubang cacing.
SUMBER : PAKCIK GOOGLE


Dari jauh dah nampak Pajero JPJ. Husband cheq cuak. Kalau terus ni memang tempah bala sebab sebelum ni pun dah kena saman dengan JPJ sebab cermin tingkap gelap jugak. Husband cheq ambik keputusan untuk pusing balik ikut jalan lain. Cheq pulak tak sedap hati, kutnya pegawai JPJ tu nampak, terusnya kejar kami. Nanti timbul masalah lain pulak. Tapi nasib baik tak kejar, diaorang tengah sibuk periksa kereta orang lain.

SUMBER : PUN DARI PAKCIK GOOGLE

Memang polis dan JPJ ni takleh nak ngam. Tak boleh bertolak ansur langsung. Bila polis ditahan dan disaman JPJ, alasan yang diberi Polis mahir undang-undang, tapi kenapa tak boleh nak patuh. Terkedu polis. Samalah jugak dengan JPJ bila kena tangkap pasal kes jenayah atau dadah, polis akan bagitau, JPJ tahu undang-undang tapi kenapa nak buat salah jugak. Jadi, pengajarannya disini, PANDAI BUAT PANDAILAH TANGGUNG !!

SAMBUTAN HARI LAHIR DIYANAH

Assalamualaikum

Hari terakhir bulan November di sambut dengan sambutan hari lahir anak kedua cheq iaitu Diyanah. Tepat jam 9.41 pagi, genaplah Diyanah berumur 5 tahun.

Besday gurl yang agak pemalu. Susah nak
senyum depan orang, apatah lagi nak berposing.

Selalunya kami sekeluarga akan sambut secara ala-kadar ja dirumah. Tapi tahun ni, Diyanah a.k.a Adik nak sambut kat sekolah dengan kawan-kawan dia.

Awal-awal lagi Adik dah bagitahu nak kek bertingkat-tingkat. Mulanya nak kek ada gambar kartun Frozen, esoknya ubah nak kartun Barbie, kejap nak kartun Upin dan Upin plak. Alih-alih cheq tempah kek dengan kartun Sofea. Takdelah tempah kek bertingkat-tingkat, ingat kek orang kahwin ke.

Rainbow kek ysng ditempah khas dari ACIK WATIE kita.
Memang sedap sampai licin ke tu.

Mama, abah, adik dan baby pun tak mahu melepaskan
peluang nak sambut bersama-sama Adik. Mama
sanggup ponteng kerja sekejap.

Majlis bermula jam 10.30 pagi bertempat di Tadika Homalee. Seramai 13 orang kawan dan 2 orang guru Adik hadir sekali meraikan sambutan hari lahir Adik ni. Tentunya cheq, abah, kakak dan baby pun hadir sekali. Dimulakan dengan nyanyian lagu Selamat Hari Lahir dan bacaan oleh anak-anak tadika Homalee ni. Seterusnya acara bergambar dan potong kek. Sambil-sambil makan kek tu, dapatlah cheq beramah-mesra dengan guru dan kawan-kawan adik ni.

Kawan-kawan perempuan sekelas dengan Adik.
Abaikan pengapit kiri kanan Adik tu, sibuk nak glamor
jugak.

Jejaka Melayu dalam kelas Adik. Ramai
 yang dah mula bercuti.

Acara potong kek. Nampak macam mama yang
terlebih excited.

Bergambar bersama kakak guru. KAK FA dan KAK
MA yang sentiasa sabar melayan kerenah Adik.

Selesai makan, maka bermulalah semula sesi pembelajaran Adik dan kawan-kawan dia. Adik sendiri yang edarkan goodies bag berisi jajan sebagai hadiah untuk kawan-kawan dia. Adik dah naik suka, tahun depan mintak nak buat kat tadika lagi. Ok, tahun depan kita buat lagi gempak.


Mengagih-agihkan goodies bag
yang mama buat sendiri.