السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Seringkali cheq mengalami sakit-sakit belakang. Nak pulak balik kampung duk dalam kereta selama 12 jam dengan memangku si kecik Damia, memang ambik masa nak luruskan semula pinggang dan belakang cheq ni. Selain tu, puncanya jugak sebab cheq stress kat tempat kerja.
1. Tidur atas tilam lama
Sekiranya anda tidak menukar tilam anda dalam tempoh lama, terdapat kebarangkalian untuk tulang belakang anda tidak memperoleh sokongan yang sepatutnya.
2. Mengangkat barang berat
Mengangkat barang yang berat, terutamanya untuk wanita boleh menyebabkan ketidakseimbangan pada bahu dan tulang belakang anda.
Kasut bertumit yang terlalu tinggi untuk anda akan memaksa badan anda melengkung, memberikan tekanan pada yang lebih pada sendi anda.
4. Menyimpan dendam
Kajian mendapati orang yang pemaaf menghadapi perasaan tertekan, kemarahan, kebencian dan kesakitan yang kurang berbanding orang yang suka menyimpan dendam.
5. Duduk sepanjang hari
Kebanyakan dari kita tidak mengekalkan postur tubuh yang sepatutnya sewaktu duduk di hadapan komputer setiap hari.
6. Tertekan
Sekiranya anda tertekan, seluruh badan anda turut tertekan, termasuklah otot dibahagian leher dan tulang belakang.
7. Tidak bersenam
Senaman membantu dalam membina otot-otot yang boleh menyokong tulang belakang anda.
8. Makan terlalu banyak makanan ringan
Pengambilan makanan yang berkalori tinggi dan kurang nutrien boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Kenaikan berat badan tersebut akan membebankan tulang belakang anda.
Sumber : Bidadari.my
eheheheeh qila selalu T_T
ReplyDeleteuish, simpan dendam pun blh sakit belakang..haha..so x payah simpan2 lah dendam tu kan :)
ReplyDeleteKalau yg suka simpan dendam tu mesti suka sakit belakang kan XD
ReplyDeletemmmm btw pernah baca dalam newspaper yang perempuan x elok pkai kasut tinggi. salah satu nya akan menyebabkan peyudara mengecil. xtahu la betul ker x. hhaha
ReplyDeletetip bagus
ReplyDeleteKadang-kadang duk drive lama-lama pun boleh sakit pinggang kan kak
ReplyDelete