SAYA MOHON MAAF

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sudah agak lama saya menyepikan diri dari dunia blogger. Bukannya tiada idea nak menulis tetapi masa yang tak mengizinkan. Selepas raya memang saya terlampau busy nak menyudahkan banyak kerja-kerja yang terbengkalai. Semuanya saya kena ambil alih kertas siasatan yang berjumlah puluhan ribu dari tahun sebelum saya kenal dunia kepolisan ini.

Mohon maaf sebab saya tak dapat nak balas semua komen-komen dan blogwalking ke blog-blog kengkawan semua. Insyaallah, setelahkerja saya siap saya akan aktif semula berblogger dan bayar hutang blogwalking. 

Paling saya kesal dan maaf bebanyak kerana hadiah yang saya kirimkan kepada pemenang tak sampai-sampai sehingga sekarang. Saya mohon masa untuk ganti semula hadiah tersebut.

Sekali lagi saya mohon maaf kerana tak dapat aktif dalam group whatsap dan group facebook. SaYa rela disingkirkan demi memberi peluang kepada kawan-kawan lain.