Sayalah Pemenang Ketiga Giveaway Diari Jejaka Hangat

Assalamualaikum..

Ni nak cerita pasal cheq dapat hadiah lagi. Sebelum ni cheq ada join giveaway kat blog jejaka yang hangat di pasaran tu. Alhamdulillah, cheq terpilih menjadi pemenang tempat ketiga. Hadiahnya banyak dan semuanya cheq dah dapat.




Cheq dapat shiseido mask dari blogger Masszull. Pada mula dapat tu cheq naik hairan jugak punyalah banyak shiseido mask tu, rupanya semua tu untuk amaun RM40. Disebabkan terlampau banyak, cheq dah agihkan kepada anak-anak buah cheq kat ofis. Cash RM10 dari Julia Jamaludin dan topup RM10 dari Salina Johari pun dah selamat digunakan. Petang tadi cheq baru dapat keychain yang comel dari Hidayuayumie.





Terima kasih semuanya. Semoga bertambah murah rezeki dan sponsor banyak hadiah lagi. Hehehehe...

Contest Saya Nak Hadiah By Syahirah Valiant

Tarik tamat penyertaan :
17 Jun 2015


Klik banner untuk join

1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88 

Tarikh tamat penyertaan :
27 Jun 2015


KKlik banner untuk join

Hero Ni Buat Aku Bangga

Assalamualaikum

Pagi tadi kitaorang ada perhimpunan bulanan. Namapun perhimpunan bulanan, so sebulan sekali jer pun nak berdiri lama. Selalunya kat perhimpunan ni bos besar kitaorang akan bagi surat penghargaan kepada pegawai dan anggota yang menunjukkan prestasi tugas yang baik. Tapi hari ni, lain sikit. Bos besar telah memilih orang awam untuk diberi surat penghargaan ni. Ini adalah kerana orang awam ni telah menjadi HERO dengan menyelamatkan seorang budak lelaki yang telah diculik.




Ceritanya begini. Pada 22/5/2015, budak lelaki ni berumur 7 tahun pergi sembahyang Isyak di Masjid Muhammadi bersama ayahnya. Selesai sembahyang si ayah ni tunggu anaknya tak keluar-keluar dari masjid. Selipar budak ni masih ada bersama sebelah selipar ayahnya sepertimana disusun sebelum masuk masjid tadi. Si ayah ni telah meminta bantuan para jemaah untuk mencari si anak ni. Setelah tidak jumpa, si ayah ni datang ke balai buat repot. Pihak polis telah membuka kertas siasatan OH (orang hilang).

Pada 23/5/2015, si budak ni telah dibawa oleh seorang lelaki gelandangan (lelaki yang culik budak ni) ke sebuah pasaraya dan dipaksa untuk meminta sedekah. Si budak ni telah pergi mendekati hero kita ni untuk minta sedekah. Si hero kita ni pulak tengok budak ni menangis dan tanya pasal keluarga budak ni. Lelaki gelandangan ni mengaku yang budak ni adalah adik dia. Hero kita tak puas hati tarik budak ni keluar dan bawak naik motornya. Atas motor, budak ni telah ceritakan kejadian yang sebenarnya. Hero kita ni telah hantar budak ni balik ke pangkuan keluarganya. Alhamdulillah...jumpa balik budak ni dengan emak dan ayah dia. Hero kita ni patah balik dan pergi tangkap lelaki gelandangan ni dan serahkan pada polis.

Dengan tindakan berani hero ni telah menyelamatkan budak lelaki ni. Telah menemukan kemabli budak lelaki dengan emak ayah dia. Rasanya tak ramai yang akan buat macam hero kita ni. Cheq pun kalau budak-budak datang mintak sedekah, terus bagi ja, takdak nak tanya macam-macam dah. Semoga lebih ramai hero dan heroin di muka bumi kita ni. Barulah rasa lebih selamat.

Gembiranya Aku

Assalamualaikum

Kalau sebelum ni cheq macam nak menyumpah ja bila cuti cheq tak diluluskan. Tak putus asa cheq isi lagi cuti dan ubah tarikh. Harini bila buka hrmis tengok cuti cheq dah lulus. Yahoooo...yabedabedu

Walaupun cuti lewat, minggu terakhir cuti persekolahan, yang penting cheq dapat balik kampung jumpa emak ayah. Tak sempat jugak nak hadir kenduri rumah emak sedara cheq tapi yang penting dapat rasa masakan air tangan emak.


Hohohoho....semangat kerja cheq datang balik. Tak sabar nak tunggu 7 hb ni. Macam nak packing baju siap-siap dah..

Hadiah Dari IntaNBerlian

Assalamualaikum

Entry pasal hadiah lagi harini. Hari-hari terima hadiah, dah jadi riak la plak. Hehehe... Sila jangan jeles ya. 

Petang semalam, cheq dah angkat beg nak keluar ofis, datang lagi satu parcel. Disebabkan nak kejar masa ambil anak-anak, cheq tinggalkan dalam ofis dulu. Dahnya balik rumah asyik duk terbayang-bayang ja apa isi parcel tu.

Pagi ni, selepas perhimpunan bulanan ja cheq terus masuk ofis buka parcelnya. Rupa-rupanya isi hadiahnya adalah sepadang kain telekung. Alhamdulillah, sampai dengan selamat hadiah dari IntaNBerlian Mega Giveaway ni. 



Sebenarnya sebelum ni hadiah ni diumumkan kepada pemenang lain tapi disebabkan tiada tuntutan, cheq jadi pemenang baru. Rezeki cheq la nampaknya. Terima kasih dekat budak kecik Aqilah tu yang telah mencabut nombor cheq.

Terima Kasih JM Dan Rinie Borhan


Jeng, jeng, jeng...

Sapa yang tak suka dapat hadiah kan?? Kelmarin hadiah sis JM sampai ke tangan cheq. Mana boleh tak kenal akak Jari Manis a.k.a JM ni. Cheq dapat fridge magnet dari Thailand. Salah satu negara yang JM pergi melancong. Kap kun kap... cheq dapat ni sempena cheq menjadi salah seorang top komentar untuk bulan Feb - April kat blog JM. Tu pun sipi-sipi saja masuk dalam senarai top komentar JM. Terima kasih JM.



Yang kedua ni cheq dapat hadiah herbal blend shaklee sempena menjadi pemenang saguhati untuk Giveaway : Rinie Borhan. Sukanya cheq sebab krim yang kat rumah tu dah nak habis. Kerap sangat cheq guna. Kalau anak-anak kena gigit nyamuk, gatal-gatal cbeq sapu ja krim ni terus hilang gatalnya. Cheq punya tumit pun dah llicin sebab selalu sapukan krim ni. Memang terbaik produk dari Shaklee ni. Terima kasih Rinie kerana memilih saya menjadi salah seorang pemenang.





Hadiah Untuk Cikgu


Halooooo...

Harini, tadika dan taska anak-anak cheq buat sambutan hari guru. So, dari kelmarin lagi anak-anak cheq ni sibuk mintak belikan hadiah untuk pengasuh diaorang ni. Pengasuh diaorang ni dipanggil kakak guru, manakala pengetua diaorang dipanggil ibuguru. Jadi ada kena mengena dengan Guru la...

Kat taska dan tadika ni, mereka dibahagikan mengikut rumah dan umur. Setiap rumah lebih kurang 5 atau 6 kakak guru yang jaga diaorang ni. Jadinya kena bagi semua la untuk satu rumah tu. Jadi, cheq beli hadiah tu ikut kemampuan cheq la. Yang penting, anak-anak seronok dapat bagi hadiah kat cikgu-cikgu diorang.


Hadiah yang simple ja.


Dah cantik berbungkus


Rasanya macam mau patah pinggang duk menghadap nak balut 20 kotak hadiah diaorang ni. Anak-anak cheq pun sibukkkk sangat nak membantu. Akhirnya pecah satu kotak hadiah dan koyak habis kertas bunga pembalut tu. Kecoh jadinya.....

Selamat hari guru kepada semua pendidik. 

Jangan Main-main, Saya Ada Taekwondo

Assalamualaikum

Baru-baru ni cik husband cheq ada la tanya pendapat cheq tentang dia nak pergi kursus jurulatih taekwondo. Walaupun cik husband cheq ni memang seorang jurulatih taekwondo tapi kursus kali ni untuk dapatkan tauliah, boleh buka kelas taekwondo sendiri. Dengan sukacitanya cheq bagi pendapat cheq..."NO WAY". 3 bulan pulak kursus tu, dah tu jauh pulak tempat kursus. Kang cheq terberanak, dia tak sempat nak balik sambut.

Kalau nak ikutkan cheq pun ada tali pinggang taekwondo jugak. Tapi baru ada 2 calit kuning..hehehehe. Baru-baru ni cheq dah mempraktikkan taekwondo cheq kat rumah, depan anak-anak plak tu. Ni minggu lepas punya cerita la. Cheq tengah sakit gigi. Anak-anak pulak bergurau senda sampai nangis-nangis. Dah bagi isyarat suruh diam, makin menjadi bergaduh lagi ada la. Sekali mama diaorang ni bukak bunga-bunga taekwondo, terajang pintu bilik. Haiyahhhhh.....Terdiam semuanya. Terus si kakak ajak adik-adik main kat luar. Tau pulak takut.

Dulu, cheq pernah tumbuk lawan sampai berdarah mulut. Itu untuk pemilihan pemain wakil jabatan. Tapi cheq dah disqualified awal sebab dah tumbuk muka lawan. Memang syaratnya tak boleh tumbuk muka pihak lawan. Heheheh...kempunan nak masuk pertandingan. 

Rasanya kita kaum perempuan ni memang patut ada salah satu seni mempertahanan diri, kut-kut berguna suatu hari nanti. Cheq pun nak flashback balik apa yang cheq belajar dulu. Cara nak ikat tali pinggang pun dah lupa...haishhhh dah banyak urat putuih ni.



MINI GIVEAWAY #36

Assalamualaikum


Klik banner untuk join

Hadiah Dari Sue

Assalamualaikum...

Cheq dapat hadiah dari Sue...yeahhh
Cheq pun tak tahu dah berapa lama hadiah ni sampai. 
Semalam baru tergerak hati nak check kotak surat kat luar pintu ofis cheq.
Rupa-rupanya sampul surat hadiahnya berada kat bawah sekali.




Hadiahnya adalah hijab pin yang comel sempena cheq menjadi salah seorang top komentar April di blog Sue ni.
Sesuai sangat dah, nak raya nanti takyah beli pin baru.
Terima kasih Sue..

Mother's Day Giveaway By Blog XDramaQueen

Tarikh tamat penyertaan :
30 Mei 2015


Klik banner untuk join

Syukur

Salam Jumaat





Simple RM100 Giveaway Byijeni

Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015

SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015

Assalamualaikum


Klik banner untuk join


1) Hadiah Pertama - Preloved : RM 35 X 10 Pemenang
2) Hadiah Kedua - Selendang Dilara : RM 25 X 20 Pemenang

MULA: 07 MEI 2015 
TAMAT : 07 JUN 2015

Lama-Lama Nanti Jadi Bukit

Assalamualaikum semua...

Inilah tabung cheq...
Comel tak???





Inilah hasil tabungan cheq sejak awal tahun haritu.
Sampai ofis jer, memang cheq akan kosongkan beg duit.
Duit syiling jer yang masuk dalam tabung ni.
Duit kertas masuk beg duit balik.
Bukan apa, beg duit cheq tu kecik ja.
Berat sangat kalau ada duit syiling.


Alhamdulillah, lepas jugak nak beli pampers untuk Damia ni 

Semuanya Dah Ke Laut

Alamak..dah naik sawang blog cheq ni. Minggu ni memang takdak mood nak buka blog. Kesibukan ke hulu ke hilir, tambah dengan penat. Kerja kat ofis pun berlambak tak sempat nak buat. Rasa macam tak cukup masa ja. Jadi masa terluang tu cheq peruntukkan untuk anak-anak. Minggu ni jugak anak kedua cheq demam setelah sekian lama tak demam. Hutang blogwalking pun dah banyak tertunggak. Insyaallah, ada masa nanti cheq tebus balik.



Adios..
Have a sweet dream ..

1St GIVEAWAY By Blog Princess Mimi 

Tarikh tamat penyertaan :
31 Mei 2015


Klik banner untuk join

Mangsa ditag :

SAYA NAK MENANG TUDUNG INSTANT/INNER NECK NAAZNEEN FAIQA BY NEENAANUAR

Tarikh tamat penyertaan :
15 Mei 2015

Klik banner untuk join



Sekarang tengah trend tudung instant kan? So today nak memperkenalkan product Naazneen Faiqa by NeenaAnuar ! Tudung Instant Athifa nie sangat sesuai utk dipakai pada bila-bila masa dan ketika... Hanya 3 saat diperlukan utk sarung, betul kan soft awning nya dan kemudian adjust labuh tudungnya!

Nak pergi masjid? Nak ke pasar? Nak pergi rumah jiran? atau secara tiba-tiba ade tetamu yg datang menerpa ke rumah? Nak melakukan aktiviti santai pada hujung minggu? Atau nak pergi bercuti santai ataupun mahu melakukan aktiviti lasak? Mudah sahaja.. hanya dlm masa 3 saat anda sudah siap sedia utk melakukan apa jua aktiviti dengan tudung instant sarung Athifa ini!

Keistimewaan dan kelebihan tudung instant dari NaazneenFaiqa:-

- Tidak perlu digosok

- Material jenis high quality cotton lycra (tidak melekap, sejuk dan lembut)

- potongannya labuh menutupi dada

- membuatkan bentuk muke kelihatan lebih bujur

Ucapan buatmu :
Semoga terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Sentiasa bahagia di samping keluarga tercinta dan mendapat keredhaan serta berada di bawah perlindungan-Nya sentiasa.

Segmen Mother's Day Giveaway by Anil Wanina

Tarikh tamat penyertaan :
14 Mei 2015


Klik banner untuk join



Hadiah Dari Penaja:
1 Tudung Cotton Wina x 3 pemenang

Hadiah Tambahan :
1 gelang tangan candy crush x 5 pemenang
1 Korean Face Mask x 20 pemenang

Segmen Blowalking Cuti Semestar By Parihh 

Tarikh tamat penyertaan : 
31 Mei 2015


Klik banner untuk join


Walaupun cheq ni takde cuti, tetap jugak nak join.
Jom ramai-ramai support Parihh

Selamat Hari Ibu




Lembut wanita kerana senyumannya..
Cekal wanita kerana beraninya..
Patuh wanita kerana kesetiannya..
Sabar wanita kerana imannya..
Kasih wanita kerana belaiannya..
Lemah wanita kerana airmatanya..
Ikhlas wanita kerana simpatinya..
Pendam wanita kerana cemburunya..
Sayang wanita kerana sifat keibuannya..
Semoga wanita tetap tabah mengharungi cabaran hidup ini..
Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat kehebatan seorang wanita..

SELAMAT HARI IBU !!






Bila Jari-Jemariku Bagi Komen

Assalamualaikum semua.

Rasanya bulan lepas cheq busy la jugak. Ntah bila cheq duk komen kat blog kengkawan ni. Taknak tulis banyak-banyak la. Boleh tengok betapa cheq gila kuasa dalam memberi komen. Bukan kejar hadiah tapi sekadar berkongsi cerita dan pendapat.














































SIMPLE GIVEAWAY BY MASS-NAIM

T rikh tamat penyertaan :
7 Mei 2015



Klik banner untuk join


Hadiah :
3 × magnetic bookmark

Takdak Tempat Nak Bermain

Benar bagai dikata.
Bila ada anak-anak  kecik kat rumah, memang rumah sentiasa berselerak.
Bagi cheq senang ja.
Mainlah nak berselerak macamana pun.
Tapi pastikan kemas bila dah sudah main.
Jangan bergaduh, menangis atau terbalikkan rumah sudah.

Tempat kegemaran untuk bermain tentulah meja kopi cheq.
Macam-macam diatur atas tu.
Sampaikan dah tak nampak rupa meja kopi.



Inilah meja kopi cheq.


Segmen Cash By Inani Hazwani

Tarikh tutup penyertaan :
30 Mei 2015


klik banner untuk join



Hadiah : RM 20 X 10 Pemenang

WW : Day


Setiap hari tak sama
Ada yang baik, cuma kita tak sedar



Lesen Memandu Hilang

Assalamualaikum semua.

Cuti 3 hari yang lepas, cheq sibuk selongkar rumah cari lesen memandu cheq. Entah hilang ke mana pun tak tahu. Sejak bila hilang pun cheq tak sedar. Almaklumlah, lesen memandu tu tak pernah pun keluarkan dari beg duit. Asyik-asyik guna kad bank ja.

Yang cheq sedar hilangnya bila si kecik Damia tengah kerjakan beg duit cheq. Habis semua dia keluarkan. Dah bercampur aduk dengan mainan diaorang. Rasanya time tu lah hilang sebabnya lepas tu cheq pakai kaut ja mainan diaorang dan buang. Rasanya terlekat sekali dengan lesen memandu cheq tu.

Semalam cheq dah pergi JPJ tapi offline la plak. Bawak lah keta tanpa ada lesen, baru terasa takut jumpa polis atau JPJ. Harini sekali lagi pergi JPJ. Sekali masuk, orang punyalah ramai. Gara-gara sistem down semalam. 


Nak buat lesen baru. Kena isi borang dan
ambil nombor giliran. 60 orang beza nombor
tu.

Walaupun ramai orang tapi laju ja dioarang buat kerja. Cheq pun tunggu tak lama. Disebabkan lesen memandu cheq ni hilang atas kecuaian cheq sendiri, makanya tak payah buat repot polis. Kalau berkaitan jenayah seperti ragut atau kena samun, memang kena buat repot polis. Salinan kad pengenalan kena ada yer..Dan of course kena denda iaitu sebanyak RM20. Disebabkan lesen memandu cheq tu akan tamat tempoh 19 Mei ni jadi cheq terus panjangkan tempohnya untuk 2 tahun lagi.


Setengah jam dah siap lesen kita. Jumlah
kos termasuk denda RM60. 

Selamat. Dah boleh memandu dalam keadaan lega.