HADIAH : JANUARI

Ini adalah entri terakhir di bulan Januari.
Alhamdulillah, masih ada rezeki di bulan ni.
Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tapi entri penghargaan kepada para sponsor hadiah.

Pin hijab ni cheq dapat dari sponsor Pilot Hijab. Sampai sekarang belum guna lagi.
Sayang sangat. Hadiah ni sempena cheq join Birthday Giveaway By Little Smaller.
Tak sangka gambar yang cheq hantar tu boleh dapat tempat ke 3.

Hadiah button keychain ni cheq dapat dari blogger Acik Watie.
Ini lah hadiah yang paling cepat cheq dapat. Tak payah setem dan pos.
Hadiah ni sempena cheq join Segmen Zaman Persekolahan dianjurkan oleh Cik Balqis.

Hadiah ni plak cheq dapat untuk Giveaway 2 Year Blog Tengkubutang 
Hadiah ditaja oleh Cik Cyda. Dapat bookmark dan kalendar poket yang comel.

Dapat hadiah Reevo Chocolate Malt tajaan Azzah Yusoff.
Cheq dah minum, memang sedap.

Dapat fridge magnet London dan Sabah dari Mini Lucky Draw Blog XdramaQueen 2.
Ok lah tu, tak dapat jejak kaki ke sana, dapat fm pun dah kira bagus.



Hadiahnya blog di review dengan selamba oleh Budak.
Meh baca sini >>> Review Blog #1 : Mama3farhanah.blogspot.com
Kalau diberi markah memang boleh dapat 90% dah.
 Banyak dah Budak tahu perihal cheq ni.

Ini pulak cheq join 1st Giveaway By Ibu Zarith.
Jawab soalan berpandukan klip video. Alhamdulillah walaupun tak menang hadiah utama, hadiah saguhati pun dialu-alukan.
Hadiah adalah Cloth Pantyliner. Mesra alam ok.

Ini pulak hadiah Top Kommentar di adianiez.blogspot.com.
Punyalah banyak hadiahnya. Semuanya ada trademark blog Aida.
Ada kalendar yang comel, fridge magnet, brooch warna-warni lagi cute,
tasbih, rempah rendang dan kopiah. Cheq takde anak lelaki, so kopiah
tu cheq akan hadiahkan kepada anak sedara cheq kat kampung nanti.

Terima kasih kepada semua pemberi hadiah dan penganjur segmen/giveaway. 
Anda semua memang ohsem. Semoga bertambah murah rezeki kalian.

NAK TOLONG


Bila tengok gambar ni, jangan la pulak kata cheq mendera si Damia ni.
Sebenarnya dia yang memang rajin nak menolong mama dia.
Tapi tolong bawak yang ringan jer, padan la dengan tuannya kecik molek ni.
Tak cukup tangan nak bawak tu.
Alhamdulillah, rajinnya dia tanpa disuruh.
Semoga berkekalan sampai ke besar la.

Mini GiveAway Kiss Proof Lipstik

Klik banner untuk join

Tarikh tamat : 7 Februari 2015


Giveaway Lepas Exam

Klik banner untuk join.

Segmen Berkenalan by: Dr. Shikin.

Klik banner untuk join 
Mangsa ditag :

Hadiah :
1. Top Referral -Cash RM20
2. Shiseido face mask hitam + FM × 15 pemenang




















KITA GENG


Cheq pernah diberikan jawapan macam ni
Bukan cheq sorang tapi kitaorang satu geng.
Tapi bukannya sebab tak tutup aurat, cuma perlakuan kita orang ja.
Sailang sangat.

Puncanya semasa kitaorang berada di pusat latihan.
Ada budak junior masuk dan kerap kena histeria.
Kitaorang duk sama blok dan kitaorang senior 3 bulan.
(Dah jadi senior, eksyen la)
Selama kitaorang senior di duk situ, tak pernah lagi geng kitaorang kena histeria.
Masuk budak junior ja, tak kira malam siang terjerit-jerit.
Kami yang senior ni ditugaskan unruk jaga diorang.
Pegang diaorang masa mengamuk.
Serammmm weiii, nak plak diorang tenung kita.
Cepat-cepat alih muka.

Kami ada kat bandar pun kena panggil balik.
Gara-gara ramai sangat yang kena histeria.
Ada jugak geng-geng kitaorang nampak makhluk ni, tapi kitaorang buat tak tahu je.

Jadi, kitaorang pun tanya penyelia kitaorang.
Pesal kami tak pernah kena pun camni...padahal kami dulu duduk dorm tu.
Penyelia kitaorang bagi jawapan baik punyaaa..
Macamana hantu nak kacau korang...hantu tengok korang pun hantu takut.

Tak tahu la hantu tu takut perangai kami yang mana satu.
Banyak sangat perangai buruknya.
Suruh pergi masjid, tapi tak sampai masjid.
Lepak kat pasar, hehehe.
Benda yang orang tak bagi buat la kitaorang nak buat sangat.
Group kitaorang pecah rekod kena denda berlari tengah padang.
Dalam seminggu tu mesti kena.

Semua tu kenangan yang tak boleh dibeli.


DOMINO'S PIZZA HANYA RM5 SAHAJA

Tetiba pulak teringin nak makan domino pizza bila dengar ada diskaun. Mulanya nak makan untuk lunch tetapi ada hal last minit. Jadinya makan pizza la untuk dinner.

Cheq pergi dengan 3 orang puteri cheq. Ingat senang nak control diaorang ni. Lari ke hulu ke hilir. Nak order pun dah tak pikir lama-lama. Pakai tunjuk dengan jari sambil mata duk menjeling diaorang 3 beradik.

Disebabkan murah cheq order 2 biji pizza jer, tu pun yang personal... (kedekut). Beli banyak-banyak nanti tak habis. Cik husband cheq bukannya makan sangat jenis-jenis ni. Dia perut orang melayu, kena makan nasi.

Sambil menunggu order. Nampak baik kan
3 beradik ni, padahal duduk diam ni tak
sampai 2 minit pun. Kakak seksi dengan
baju kelawar.

Pantang jumpa tangga. Turun naik, turun
naik.

Dari situ, kanak-kanak boleh tengok cara-
cara dioarang sediakan pizza. Emak bapak
tak boleh tengok ke??? Boleh, kalau rasa
muda lagi, hehehe

Cheq pun tak tahu apa yang cheq order. Yang pastinya
salah satunya tu beef peperoni. Yang satu lagi tu tunjuk
dengan jari ja.
Kalau cheq bawak 3 orang puteri ni memang cheq akan beli dan take away ja. Tak boleh nak makan di situ sebab crowded sangat. Nanti makan entah kemana, asyik kejar si baby ja. Promosi diskaun ni sampai bulan Februari kut. Apalagi, jom la serbu.




DIARY BARU TIBA

Assalamualaikum semua 

Dah hujung bulan ni, nak masuk bulan Februari dah. Cheq baru dapat diari. Diari ni plak bukannya boleh sebarang tulis. Bukannya untuk tulis luahan perasaan, jiwang karat, rock kapak ka. Tapi untuk tulis tugas yang cheq lakukan seharian.

Awal bulan kena hantar ke pegawai penyelia. Dia yang akan check dan kalau betul dia akan sign tanda kita ikut jadual penugasan kita. Diari ni juga boleh dijadikan bahan bukti atau rujukan di mahkamah. Betapa pentingnya dari ni bagi orang-orang yang istimewa sangat ni... (huuuuuhuuuuu)

Diari biru yang sebetulnya, yang hitam tu just backup.
Nasib baik la cheq ni cerdik terlebih... (puji diri sendiri hokey), buatkan backup diari. Sebelum ni apa-apa hal yang cheq buat cheq akan tulis dalam tu. Bila dah dapat diari betul ni, cheq akan salin balik ja. Semuanya cheq tulis tauu...keluar ke sekolah untuk urusan anak pun tulis, pergi bank pun tulis, masuk toilet ja tak tulis.

Nampaknya weekend ni cheq duk kat rumah perhabiskan masa tulis diari ni la. Bulan Januari dah tinggal 2 hari ja lagi. Perghhhh....

OH MY BABY

Tetiba pulak rindu dengan 3 beradik ni. 
Rindukan saat diaorang masih baby. 
Rindunya nak cium badan diaorang yang wangi tu.
Rindu nak berjaga malam tukar pampers.
Terasa macam semalam melahirkan diaorang.

Kakak

Adik


Baby


Cepatnya masa berlalu.
Boleh buat pilihan tak, tak payah la besar cepat sangat.

Mini Giveaway By azhafizah.com


Tarikh Tamat : 30 Januari 2015
Pemilihan pemenang : random.org
Hadiah : 20 sample Nurraysa Beauty Soap x 20 pemenang [seperti dalam gambar banner]





LAIN YANG DICARI TAPI LAIN PULAK YANG DAPAT

Assalamualaikum semua.

Misi cheq petang tadi adalah untuk mencari lipstik menggantikan lipstik cheq yang anak-anak buat kaler. Habis kusyen kat rumah dicontengnya. Si kecik Damia la mentornya, kakak-kakak ikut jer. Cheq cuba la selidik tempat yang paling murah dan senang nak cari lipstik cheq ni. Rupa-rupanya dekat jer, tak sampai pun 5 kilometer dari rumah cheq. Itupun kengkawan yang bagitau.

Inilah butiknya The Phillia. Hari-hari cheq
lalu sini.  Tadika Diyanah hanya sebelah
 bangunan kedai ni ja.
Datang berdua dengan Damia ja. Bukan main suka lagi Damia dapat panjat tangga. Taknak mama pegang, apatah lagi dukung. Bukak pintu butik ni ja, cheq dah nampak rak yang ada macam-macam biskut. Dalam chiller ada macam-macam kek. Dah lupa niat sebenar datang nak cari lipstik. Siap offer kat Damia lagi.....

"Baby ambil la apa yang baby nak"

Boleh la offer kat Damia sebab dia bukannya tahu apa pun, cuba offer dekat kakak-kakak dia, mahu bangkrap cheq ni.

Dalam banyak-banyak kek tu, ada jugak kek dari acik watie . Sambar kek keju meleleh acik watie sebab tau dah memang sedap. Dah lama tak order kat acik watie ni. Nasib baik la duit dalam dompet tu sikit jer, kalau ada banyak maunya borong habis ni. Habis diet cheq, huhuhu... Selain tu, ada jugak masakan panas tapi ala western. Sedapnya tengok chicken grill, spagetti, burger... lain kali datang kena makan situ, baru ada feel kata orang.

Dah selesai pilih kek, barulah pergi ke niat asal cari lipstik. Macam-macam peralatan solek ada. Blouse, tudung ada bermacam-macam pi.lihan. Kiranya boleh rambang mata kalau tengok.

Posing sebelum panjat tangga. Muka
ala-ala terkejut gitu.

Antara hasil belian cheq kat butik tu.
Sedap terlampau. Tak rugi beli.

Inilah lipstik kegemaran cheq. Jenama
NYX. Selalu beli online jer tapi sekarang
tak lagi.

Masuk kereta ja, Damia dah mintak nak
makan. Memang sekotak tu habis kat dia
ja.
Bagi cheq la, memang selesa dan kemas butik ni. Tak terlampu crowded dengan perabot atau rak-rak. Kalau buat lawan lari berganti-ganti pun boleh dalam tu. Harapnya suatu hari nanti cheq boleh lepak kat situ sambil menikmati chicken grill.

Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjqdRmCW5DPDTufEwJJ39LKMb2Wzjo_UXaXUHbnzoBNpdpcH2orVn6wmlF7XXdZoh6z281LcIaHlmiymXTXyl-B0UzM6Jr837qY2gUlRKrx3UqspOccHFf9veDzClmVCiHBP45yXyPCbdu/s1600/BeFunky_5c81c1a88c00ec120dede02368d7775b.jpg.jpg 
klik >> sini << untuk join

WALKIE TALKIE


Inilah walkie-talkie. Ada ka sapa-sapa yang tak kenal... cheq kalau kena pegang dan guna benda alah ni, memang mengelabah. Susahlah nak cakap pakai kod-kod ni. Nak kena ingat call sign sendiri la, call sign orang plak satu hal..

Kod dia pun cheq hafal tak habis lagi. ALPHA, BRAVO, CHARLIE, DELTA..... sampai situ jer yang ingat pun. Lain tu pakai nak hentam ja la. FROG, ELEPHANT, ZEBRA...hehehe. Walkie- talkie yang cheq pegang ni jenis lama punya. Besar gedabak, antena tu kalau kena mata boleh berdarah mata ooooo... Sekarang ni dah maju kecik lagi dari telefon pun ada. Kadang-kadang letak dalam beg, cari pun tak jumpa. Nak bagitau betapa keciknya walkie talkie yang zaman sekarang ni.

Masa PRK kat Pengkalan Kubor haritu, 2 minggu cheq berkepit dengan walkie-talkie ni. Duk dengar jer diaorang bagi arahan dalam ni. Bila diaorang seru nama cheq, mula la kalut nak jawab. Macam-macam susun ayat nak cakap ikut walkie-talkie ni. Lastnya angkat telefon jugak, buat call lagi senang. Kalau kena marah pun orang lain tak dengar..hehehe

Rasanya cheq kena ambil kursus pasal penggunaan walkie-talkie ni. Orang lain sibuk nak kursus yang advance punya. Kursus menyelam la, kursus bawak motor besar, kursus terjun bangunan, kursus bawak kapal terbang la....cheq??? kursus guna walkie-talkie. Memang tak mengancam langsung.

Kenapa pulak la cheq boleh up cerita pasal walkie-talkie ni??? Sebabnya malam tadi cheq bertugas ronda malam pusing kawasan Kota Bharu, kenalah bawak benda alah ni. Tapi sepanjang masa walkie-talkie ni duk dalam beg ja..hehehe

Harini off. Baru dapat cover tidur 2 jam, ngantuk lagi...huaaaaaa


Giveaway Preloved Books

http://budaksukavanilla.blogspot.com/2014/12/giveaway-preloved-books.html
Giveaway Preloved Books ini ditaja oleh :
 
Pemenang :
1 Top Referral :  4x buah buku
Random org :
15x buku = 15 pemenang 
1x komik + 4x shiseido mask = 1 pemenang
2x shawl = 2 pemenang
2x topup RM10 = 2 pemenang
1x flower crown = 1 pemenang (dipilih oleh sponsor)
TAMAT 1 FEBRUARI 2015 =
click banner untuk join :)

Second Giveaway By Two Seven Zero Six Zero Nine

klik banner untuk join 

tarikh tamat : 29 Januari 2015

mangsa ditag :

First and Simple Giveaway oleh Cik Iman

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiefrpc5YjfvSg5u7eGINooXHPxktVy39moAZOcpBuOlRUO41JPgQHXYYBrZzwVcmV7VZAUuU86Hcm1StvNoaed7yM4gTwdrv-8GVwJTMHGojxaQ20dfLRqn2wL4Rk02ShmZc3I_DprGoiJ/s1600/Blue_Point_Birman_kitten.jpg
klik sini

 mangsa yang kena tag :

RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgler2q5ZW60CcvE4q2pYx25HSn-rEjtgPzQ6xcQhQdSDrhSV9hv96fYUoujVp3Mp0bV5bpH9w-wn0-7M_gco-FrRk7NrzNL5iUktrfUTbiWpapdXIHO4tLXvxJwW_dQqtGf2BB982MGJ1n/s1600/Red+carpet+giveaway.jpg
klik banner untuk join

Hadiah seperti berikut

1. Pemenang Top Comentator bakal memenangi  Sustained Released Vitamin C yang berharga RM 92.50 + RM 10.00 Top up - Pemenang dikira untuk blogger yang memberi komen paling banyak di blog ini sepanjang giveaway berlangsung dari 16 January 2015 hingga 28 February 2015

2. Pemenang Sagu Hati x 3 (RM 10.00 Top up)

LABEL BUKU SEKOLAH

Esok dah masuk minggu ke tiga persekolahan. Jenuh tau hari-hari asyik memilih buku yang nak dibawa kakak ke sekolah. Nak disuruh kakak yang buat sendiri, jadual pun tak berapa nak reti nak tengok lagi.

Sekarang ni tidak lagi. Kakak sendiri dah pilih buku-buku sekolah dia masukkan dalam beg. Sebabnya cheq dah labelkan buku yang nak dibawak ikut hari. Idea ni pun cheq ciplak dari facebook. Alaaaa...yang lekat pakai stiker berwarna-warni tu. 


Lebihan stiker dah ada cuma tak cukup warna ja.
Beli tambah warna biru tu.

Kat jadual waktu pun dilekatkan stiker supaya mudah
dilihat. Jadual waktu ni cheq saja buat bagi meriah sikit.

Inilah hasilnya. Kalau diperhatikan dalam sehari 5, 6
buku jugak kakak bawak ke sekolah. 

Sejak cheq guna sistem ni, memang bab memilih buku kakak sendiri yang buat. Pada awalnya cheq akan periksa jugak buku yang dipilihnya, takut silap bawak. Dalam 2 minggu ternyata tiada kesilapan, ternyata sistem ni memang berjaya. Cheq bagi ★★★★★ pada empunya diri yang mencipta sistem ni.

## kesian tengok budak-budak sekarang bawak beg berat ke sekolah. Lepas ni kut-kut la ada idea plak nak mengurangkan berat buku ..heheheh


Photo Card GiveAway.

klik banner untuk join

Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa

klik banner untuk join
klik banner untuk join

Pemenang yang bertuah akan dipilih melalui random.org
Antara hadiah-hadiah menarik:
- Tshirt I Love Oman.
- Button badge Oman
- Pen I love Oman
- Keychain Oman
- Postcard Oman
- Hiasan dadu Oman
Tarikh tutup penyertaan : 26/1/2015 pukul 12.00 tgh mlm Waktu Malaysia.

STOK MEE SEGERA

Mee segera kat rumah punyalah banyak.
Dah jemu makan mee segera time banjir dulu.
Mee segera ni pun cheq dapat dari bantuan banjir la.
Pada mulanya cheq bertugas bahagi-bahagikan barang bantuan yang tiba kat tempat cheq.
Mee segera ni kiranya lebihan jer.
Dah takde geng nak bungkus sekali.
Tak sesuai pulak nak bagi mee segera sebungkus camtu.
So, boss suruh la kitaorang yang buat kerja ambil bawak balik.
Tengok-tengok cheq yang dapat paling banyak sampai 3 bungkus.
Yang lain ambil sorang sebungkus ja sebab dah banyak kat rumah katanya.


Dah tak tahu nak masak apa lagi dengan mee ni.
Selain dari buat kuah, goreng dan murtabak..
Any idea kawan-kawan..


SEGALANYA TERBANTUT

Assalamualaikum semua.

Lamanya tak berblogwalking dan jengah kawan-kawan. Mood nak berblogwalking tu memang ada. Idea nak menulis pun banyak. Tapi masalahnya, si kecik Damia ni la....pantang nampak mama dia buka laptop, dia dulu yang terpa. Nak tengok katak la, burung kakak tua...dah terbantut projek mama dia nak buka blog.

Lagi satu kalau nampak cheq pegang telefon atau tab. Cepat ja dia datang..nak tengok gambar baby. Gambar dia la. Kadang-kadang time nak tidur pun dia mintak lagi nak tengok telefon. 

Time Damia tidur takleh berblog ke...???? Hehehe, Damia ni masih menyusu badan. Nak tidurkan dia, kena mengempeng la. Sekali dengan mama dia pun lena..heheheh



Kat opis...??? Tak baik gunakan masa bekerja untuk personal. Hehehe, pernah jugak buatkannn tapi jarang-jarang. Itupun online pakai telefon atau tab, tak pakai komputer kerajaan tau. 

Sekarang ni plak tengah meriah dengan GWGMBM. Sekali bukak wasap, tengok beratus-ratus mesej. Seronok bacanya, berkongsi segala-galanya mengenai suka-duka pengalaman dan kehidupan seorang ibu. Sampaikan cheq tak tahu nak mencelah dimana. Sapa-sapa yang dah jadi ibu tu, bolehlah apply nak masuk group ni kat sis KATHY R'BAIN, tetapi ada lah syaratnya.



Insyallah, kalau masa mengizinkan nanti, cheq akan ketuk pintu kawan-kawan semua. Jangan malu dan segan nak singgah sini yer...\/*_*

#masa menulis entry ni Damia sedang mengacau abah dia. Abah dia baru buka laptop nak dengar lagu rock kapak, Damia dah minta nak tengok lagu katak ok katak...hehehe. Malam ni abah dia jadi mangsa.

DAH 3.30 PETANG

Setiap hari Khamis memang cheq suka.
Sebabnya waktu bekerjanya kejap ja.
Pukul 3.30 petang dah boleh balik.
Boleh rehat lama sikit, esoknya dah off kerja.

Harini busy, kena attend sampai 2 meeting.
Nasib baik la dijamu makan tengahari. 
Kalau tak dah mengigil tangan sebab dah lapar.

Pengalaman 1st time bekerja hari Khamis 3 tahun lepas.
Asyik ja duk dalam opis sorang-sorang, sampailah anak buah ketuk pintu.

Puan, tokse kelik lagi ke?

Cheq buat muka pelik sebab jam baru pukul 3.30 petang.
Maybe dia tengok muka cheq konpius..

Hari Khamis balik awal, pukul 3.30 petang.
Ok, terima kasih yer..

Itulah kisahnya, kalau tak diberitahu mesti cheq duk kat opis sorang-sorang.

Entry ni pun cheq tulis masa menunggu-nunggu detik nak balik.
Tepat 3.30 terus angkat beg.
Kena tepati masa, hehehe


Giveaway Shawl by Izzara Exclusive!

klik BANNER untuk join

Mangsa yang kena tag.
Calon-calonnya :-

Tarikh tamat : 19 Feb 2015


Segmen: Pencarian New Bloglist Cikgu Farha Jan-Feb


Assalamualaikum...

http://www.cikgufarha.com/2015/01/segmen-pencarian-new-bloglist-cikgu.html
Klik banner untuk join :)

Memandangkan semua bloglist CF dah lenyap gara-gara tukar domain tempoh hari, maka CF berhasarat nak cari new bloglist nak tempek semula kat dinding blog CF ni. Insya Allah semua yang sertai CF akan aturkan masuk bloglist CF bagi memudahkan CF bw untuk masa akan datang.

CF akan pilih secara random menggunakan Random.com ye. Jom ramai2 sertai. Takde syarat. Yang penting wajib ada blog hehe. Ikuti langkah kat bawah ni ye :)

Segmen akan tamat pada 20 Jan 2015

Jom join jom!!


TERSEREMPAK DENGAN MY EX

Pagitadi dalam pukul 5 pagi, dalam perjalanan balik ke rumah. Dengan tak sengaja mengambil jalan kampung. OMK, sunyi sepi..jalan lurus nampak kabus ja kat depan. Dah la drive sorang-sorang, rasa seram sejuk ja. Nak lajukan kereta tak boleh sebab ada bonggol. 

Tiba-tiba dari jauh nampak ada lampu kereta menghala ke arah cheq. Hati terus rasa lega. Makin lama makin dekat. Bila berselisih kereta, cheq sempatlah jeling ke arah kereta tu. Baru tersedar itu adalah ex cheq.

Terus nostalgia datang menerpa. 3 tahun lamanya kami bersama.Banyak suka duka family cheq yang kami kongsi bersama. Mengelinggi semenanjung Malaysia bersama-sama. Ex cheq ni pun pernah 2 kali masuk wad. Susahnya hati bila dia tiada disisi. Tak banyak kerenah langsung. Itulah dikatakan jodoh kann.. dah takde jodoh dengan dia, terpaksa la kami berpisah dan cheq cari pengganti lain.

Saspen tak kawan-kawan... 
Cheq bukannya cerita pasal ex-boypren tau. Cheq seorang yang setia pada yang satu. Cheq cerita pasal ex-kereta cheq. Senang rasa hati bila tengok perempuan yang bawak kereta tu. Mana taknya, masa bersama kami memang cik husband jaga betul-betul kereta tu. Sampaikan anak-anak nak makan dalam kereta pun dia tak bagi. Masa nak tukar kereta tu rasa sedih jugak, tapi dah rezeki nak tukar kereta yang besar sikit...hihihihi


MEMUSING SAMPAI KEPALA JADI PENING

Assalamualaikum semua.

Minggu ni minggu pening dan sibuk. Lusa ni jabatan cheq jadi tuan rumah untuk mesyuarat jabatan seluruh Kelantan. Disebabkan mesyuarat yang terakhir untuk big boss, jadi nak buat grand dari biasa. Dari minggu lepas lagi dah sibuk buat persiapan.Cari tempat untuk mesyuarat, persiapan makan-minum, cenderahati segala bagai la.

Cheq plak ditugaskan untuk mencari cenderahati untuk ketua-ketua yang datang bermesyuarat nanti ni. Pening memikir nak bagi apa. Kalau mug tu dah biasa sangat. Dalam kepala otak ni nak bagi banglo ja sorang sebijik..hehehe

Memusing la cheq dengan anak-anak buah mencari kedai kraftangan. Akhirnya dapat rekemen dari member kat kedai Nordin Batik ni. Memang banyak betul barangan yang boleh dibuat cenderahati, tapi ongkosnya terlalu tinggi. Kalau untuk sorang dua, ada ler budgetnya. Tapi ni untuk 30 orang, maunya bangkrap.

So, cuci mata jer la dulu kat dalam kedai ni.