KEK YANG PALING LUAR BIASA











Macam tak sanggup nak makan ja...
Pelik-pelik betul...

Sambut Malam Merdeka

Rupanya dh tahun ke 4 sambut merdeka kat Kelantan...
Sebelum ni tak pernah tahu pun orang kat sini sambut detik 12 malam kat mana..
Sebabnya cheq sekeluarga bukannya jenis keluar sambut-sambut perayaan ni pn..
Semalam keluar pn sbb tuntut janji dari cheq husband nk bawak kami sekeluarga keluar jalan-jalan...

Lepas makan malam, saja-saja pusing ka Tambatan Diraja Kota Bharu...
Nampak macam happening, rupanya tiap-tiap malam minggu mmg happening pn kat situ..
Ada buskers, kadang-kadang ada bling-bling man, pertunjukan ular, keta kuda...
Tambahan semalam nak sambut merdeka, lagi la meriah..








Ingatkan nak tunggu detik 12 jam, nak laungkan merdeka...
Tapi anak-anak dah meragam, so terus balik...
Sambut kat rumah ja...
Insyaallah tahun depan baby dah besar boleh kita sambut kat luar lagi...
Jangan ada baby baru sudah la...

SURIRUMAH DAN IRON







Mengosok baju, kerja yang paling malas cheq nk buat selain daripada lipat baju...
Tapi dh menjadi tugas seorang surirumah (walaupn bukan sepenuh masa) tetap jugak kena buat...
Dulu, sekali seminggu ja cheq akan amik kontrak seterika baju ni...
Seterika baju kerja cik husband  dan baju kerja cheq sendiri untuk seminggu sekali gus...
Tapi sekarang ni, sejak si kakak dh masuk sekolah rendah, selang 2 hari kena seterika baju dia...
Maklum la baju sekolah 2 pasang ja, hari-hari balik basuh...
Nak suruh si kakak seterika baju sendiri, kang dicopnya seterika kat tangan ka, kat badan ka...jadi satu hal plak...
Takpa...dh tugas seorang mama buat semua tu...
Nanti dah besar kakak kena buat sendiri la...

Selalunya cheq seterika baju ni, siang-siang lagi ataupn waktu malam...
Supaya paginya tak kalut sangat...
Kalau time sekolah dulu, cheq upah adik perempuan cheq seterika baju sekolah...
Kat sekolah pn, peda (hati-hati) duduk supaya baju tak kedut...
Malas nk seterika, kalau nk upah adik hari-hari maunya bangkrap cheq ni...
Pasni, cheq akan turunkan kepakaran seterika baju ni kat kakak..
Boleh la kakak ambil alih tugas mama seterika baju...




Siap baju keja cik husband untuk seminggu dan baju sekolah kakak untuk 2 hari..
Cheq...uniform pakai ulang hari-hari untuk masuk meeting ja..

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA



Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan....

Andaiku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku sematkan , cinta ini...

Betapa dibumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Tapi aku rela berjuang walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini....

Di sini kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Di sini sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan.....

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE -57
I ♥ MALAYSIA

Segmen Blogwalking Bersama RedBellas

Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Satu lagi segmen cheq join setelah dapat invitation dari kengkawan..




Jom la join skali, just KLIK DI SINI
Kawan-kawan leh la follow cheq dan pastinya cheq akan follow u back..


Due date : 16 September 2014
Sama-sama la kita memeriahkan seen ni.

KEPERIBADIAN MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

Sapa lahir dalam bulan Mei ????
Kita geng la...
Kajian ni dibuat selama 25 tahun oleh Dato Fazillah Kamsah...
Lama tu...
Meh, kita tengok ada tak yang sama dengan sikap kita...




 kekerasan hati dan degil (laaaa...betul ke?? Cik husband kita selalu kata gitu, ingatkan dia melawak...hihihi)
 kuat semangat dan bermotivasi tinggi (yesss....)
pemikiran yang tajam (kadang-kadang tumpul gak)
mudah marah apabila tidak dikawal (yessss...I agreed)
pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian (yang ni kena tanya orang lain)
perasaan yang amat mendalam (bukan perasan yer)
cantik dari segi mental dan fizikal (ehem..ehem..tak perlu kata apa-apa dah)
 tak perlu dimotivasikan (perlu jugak utk certain perkara)
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain (macam betul ja)
mudah dipujuk (sbb suka dipujuk )
bersikap sistematik (otak kiri) (orang yang guna otak kiri ni pandai kann...betul la tu)
suka berangan (berangan nak jadi kaya)
kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu (jangan cuba-cuba nak tipu arrr)
bahagian tangan dan leher mudah diserang penyakit ( seingatnya tak pernah lagi)
daya khayalan yang tinggi (tak kut)
pandai berdebat (berdebat dgn org cerdik pandai ja, yang lain boo layan)
fizikal yang baik (hmmmm....kena pikirkan dulu)
kelemahan sistem pernafasan (cepat penat)
suka sastera, seni dan muzik serta suka melancong (sgt suka melancong dengan keluarga terchenta)
tak berapa suka duduk dirumah (kalau takdak anak-anak kat rumah, mmg tak suka...sunyi)
tak boleh duduk diam (bolehhh, time tido jer)
tak punya ramai anak (3 orang anak tu kira tak ramai la kannn)
rajin dan bersemangat tinggi (kadang-kadang ja kut)
agak boros (absolutely right)

#cheq karang ni pagi tadi lagi, waktu tengah bermeeting....sekarang ni baru berkesempatan yang publish..

GUSI BENGKAK

Tiba-tiba plak harini gusi cheq bengkak....
Bengkak yang bahagian dalam pulak tu...
Sakit gusi/gigi yang paling cheq tak tahan...
Berbanding dengan sakit bersalin, kejap ja sakitnya...
Sakit gigi ni dah la berdenyut2 rasanya, sakitnya akan diingati seumur hidup...


Ambil anak-anak kat taska tadi, cheq dah pesan...
Jangan gaduh-gaduh, mama tengah sakit gigi...
Nasib baik la diaorang paham...


Last sekali check gigi masa peknen anak yang kecik ni...
Lama dh...nk dekat 2 tahun dh tu..
Kalau cheq sakit gigi pn, jarang sgt jumpa doktor...
Guna petua orang-orang lama ja...
Kumur air garam ataupun air kunyit hidup...
Insyaallah lega la sakit gusi/gigi tu...



Segmen Jom Blogwalk ! #2 by Mellya


Assalamualaikum..
Gigih betoi cheq berblogwalking 2, 3 menjak ni..
Sekadar untuk mencari kenalan...


Cara penyertaan :
1. Create entry bertajuk "Segmen Jom Blogwalk ! #2 by Mellya"... (Done)
2. Paste url link pada entry ini sahaja.. (done)

Nak join jugak,
Just KLIK DI SINI

WESTERN DINNER

Malam ni tinggal cheq dengan anak-anak ja kat rumah...
Cik husband cheq keja...
Kepala otak mula la duk memikir nk masak untuk dinner nanti...
Klau ada cik husband, dia yang selalu bagi cadangan..

Selongkar peti ais, bahan-bahan lebih untuk jamuan hari raya minggu lepas ada lagi...
Masak tu ja la cuma cheq pegi kedai beli sos prego cabonara...
Anak-anak cheq ni fobia dengan kuah yang berwarna merah..
Maklum la dah jadi orang Kelantan, takut pedas..


Bahan-bahan untuk menyediakan spagetti cabonara.
1. Spagetti
2. Sos prego cabonara
3. Daging kisar/sosej
(Pastikan daging kisar dibasuh hingga hilang bau hanyir)
4. Bawang besar & bawang putih
5. Minyak untuk menumis
6. Carrot (pilihan : taknak buh pn takpa)
7. Perasa ( garam, gula lada sulah)


Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong dadu hingga naik bau.


Apabila bawang dah naik bau, masukkan daging kisar dan biarkan masak. Kemudian masukkan karrot dan kacau.


Apabila dah agak carrot tu lembut dah, masukkan sos prego cabonara. Tambahkan perasa
dan masak hingga kuahnya mendidih...jika kuahnya terlalu pekat, tambah air. Kalau terlalu cair, masukkan air bancuhan tepung jagung..

Inilah hasilnya bila dah siap. Dimasak dan dihidangkan penuh kasih sayang untuk anak-anak tercinta.

Mudah ja sebenarnya nak buatnya...
Bahan pn tak banyak dan cepat siapnya...
Kalau cik husband ada mmg kena masak nasik juga...
Perut dia tu perut orang melayu jawa, kena isi dengan nasik..
Sebab cik husband takde la, cheq masak masakan ni...

JAMMED DALAM RUMAH

Anak-anak cheq ni dah lama teringin nak berbasikal...
Balik kampung, tumpang main beskal sepupu-sepupu...
Bukannya cheq laki bini taknak beli, tapi pikirkan duk rumah tinggi-tinggi ni..takdak ruang nak main...
Bila diaorang nak, cheq pn pujuk kata nanti dulu la, mama abah takdak duit la..
Sekali-sekala bagi alasan gitu, jalan la jugak...

Bila raya haritu, dapat duit raya banyak...mula la diaorang ajak pi kedai beskal.
Pujuk camna pn dh tak makan, sbbnya kakak yang cerdik pandai tu kata dia ada duit sendiri...
Huhuhuhu...takleh nk kata apa dh dgn budak cerdik ni..
Belikan untuk kakak, mesti ada untuk adik sama...
Iya la beli dengan duit raya diorang, padahal duit raya diaorang dh selamat masuk bank dah...
Duit mama ngan abah jugak la yang terpaksa keluar...

Dah bawak balik rumah, mula lah keciwi masing-masing...
Sampai berlanggar-langgar, rumah kerajaan ni kan sempit...
Jadinya jalan ikut turn, kakak jalan dulu dh pusing...turn adik plak.
Kalau jalan sekali memang jammed la..
Kaki cheq ni dh lali sakitnya sbb selalu kena gelek dengan tayar beskal diaorang...
Si baby tu pn tumpang jugak main dengan keta/lori dia tu...


 Basikal ni diorang yang pilih sendiri. Mesti ada warna pink, maklum la gegurl kan....

Baby pn sibuk jugak dengan keta ka lori dia ni...terjerit-jerit sambil kejar kakak-kakak dia.



Puas hati dapat tunaikan permintaan anak-anak...
Selagi mama dan abah mampu, sedaya upaya mama dan abah akan usahakan.
Tapi jangan mintak yang bukan-bukan dah la.
Sebabnya masa cheq kecik-kecik dulu, tak merasa cheq nak ada beskal sendiri....
Semuanya berkongsi dengan adik-beradik...
Bila dah besar nanti, harap-harap kakak, adik dan baby usaha sendiri untuk mencapai sesuatu...
Jangan terlalu bergantung pada orang lain..
USAHA TANGGA KEJAYAAN


MASIH ADA REZEKI

Berderau darah cheq bila tengok rantai kat tangan dh takdak....
Terblur kejap...duk memikir bila kali terakhir tgk rantai tu ada kt tangan...
Mintak tolong si kakak carikan....
Boleh plak kakak jadi pegawai penyiasat...
Dia plak soal kita...

"Bilanya hilang????"
"Mama letak katna???"
"Macamana boleh hilang???"
"Betoika mama pakai tadi???"

Aduhhhh....makin serabut kepala otak nak jawab soalan kakak ni..
Takyah tolong cari, cuma tolong diam ja..
Habis atas, bawah, tengah kusyen cheq cari..
Dalam bilik, bawah tilam semuanya cheq punggah...
Sampaikan baju dalam mesin basuh pn cheq selongkar..
Tak jumpa jugak...
Macamana la nak bagitau cik husband ni...
Mesti kena berleter punya..

Dh pesan kat kakak, jangan bagitau abah dulu...
Cheq nk cari dulu...
Malamnya kena keluar operasi, ada can nk cari dalam keta..
Takdak..
Cari dalam opis, tanya budak-budak opis...takdak
Huhhhhh.....keluar operasi pun dah tak tenang..
Dalam kepala otak ni cuma satu tempat ja lagi nk cari, iaitu taska si baby...
Kut-kut la terjatuh masa sambut baby semalam...

Paginya tu, nak hantar baby ke taska...
Dh plan soalan nk tanya kat pengurus taska tu, kut jumpa rantai tangan cheq...
Naik kereta selalunya tak pernah pn pakai tali pinggang keledar, tp pagi ni gatal tangan plak nk pakaikan untuk baby yang duduk sebelah...
Sekali tarik...tiba-tiba terpelanting rantai tangan cheq tu...
Alhamdulillah. ..panjang jodoh rantai tangan ni dengan cheq.
Rupanya terselit kat tali pinggan keledar tu..
Nape la semalam tak jumpa...


Rantai tangan ni la yang membuatkan cheq tak senang duduk malam tadi. Sentimental value ni, dipakaikan oleh cik husband untuk upacara membatalkan air sembahyang masa nikah dulu. Ralat sangat la kalau hilang ni.

Segmen Blogwalking : When I Was A Kid By Aina Akmal


Salam perkenalan...
Berblogwalking lagi cheq ni..
Kali ni segmen blogwalking dari blogger yang comei Aina Akmal..
Kisahnya pengalaman masa kecik-kecik dulu..
Jom la join..

Nak baca kisah zaman kanak-kanak dulu jom
Kenangan waktu kecil yang tak boleh cheq lupakan...
Adik-beradik cheq ni ada 4 orang pompuan dan 2 lelaki...
Cheq dengan kakak sorang dan adik pompuan ni kiranya umur dekat-dekat la..
Time kecik-kecik dulu emak cheq akan beli kain ela untuk buat baju kurung ka, gaun ka..
So, kami 3 beradik ni akan pakai baju serupa ja..
Kalau tak pun, fesyen ja berlainan. Corak tetap sama.
Pergi mana-mana pn, orang dah tau ni mesti anak ANI NOT (nama mak gabung dgn nama ayah)
Bila dh besar skit, cheq memberontak taknak pakai baju serupa...dh ada pilihan sendiri.
Sekarang ni cheq ada 3 orang anak perempuan, boleh dikira umur dekat-dekat juga.
Haaaa...baju diorang mesti kena sama jugak..
Mana aci, mama diorang ja yang rasa dulu. Bagi diaorang adik-beradik rasa sama...
Hihihi...

Segmen Blogwalking Pink Ladies 2# : 48 Hours Marathon


Salam perkenalan...
Berblogwalking mencari kenalan...




Jommmm...kalau nak join 
KLIK DISINI

Kenapa wanita selalu dikaitkan dengan pink???
Inilah jawapan cheq..pink warna lembut sesuai hati seorang wanita dimana fitrahnya mmg lembut. Tenang jiwa lihat warna ni hingga background blog cheq pun warna pink. Anak cheq 3 orang perempuan, klau nak pilih baju utk diaorang, mesti pilih warna pink. Mmg tersangat cute klau budak2 pakai pink...

Maybe kawan-kawan lain ada pendapat tersendiri..

SEGMEN RAYA 2014 BY BELLA DIN


Salam perkenalan...
Saya dah join....



nak join, jom KLIK DI SINI


PIALA KPN 2014

Excited bila nama cheq terpilih untuk wakil kontinjen Kelantan dalam pertandingan congkak...
Bukan alang-alang orang leh main congkak ni...
Lagi pn ni 1st time, kontinjen hantar group congkak...
Sehari sebelum perlawanan, sibuk la mencari baju kurung untuk team kitaorang...
Nak pakai baju yang serupa..
Berjam-jam pilih baju, maklumla group kitaorang ni lain-lain saiz badan...
Last minute buat kerja, memang biasala tu...








Hari pertandingan, nama cheq dulu yang dipanggilnya..
Debar dada bukan main lagi...
1st pusingan lawan dengan KUALA LUMPUR alhamdulillah menang...
Lega skit...

Nak masuk pusingan kedua, jumpa juara bertahan iaitu KEDAH...
Takut dah dengar, sbb sebelum tu ada sembang-sembang dengan diaorang...
Kalau ikut strategi diorang, pihak lawan akan kalah dengan tinggal dua biji guli ja dalam rumah...
Mak aiiii...betoi-betoi otai diorang ni..
Lawan dengan diaorang mmg cheq kalah, tapi takla sampai tinggal 2 biji guli tu..
Ada la juga dalam 20 biji lebih...hihihi

Pusingan ke tiga jumpa dengan kontinjen BUKIT AMAN...
Tengok ahli group diorang semuanya veteren, kompom terror giler ni..
Takde la terror mana pn sbb cheq leh menang sbb mmg bersaing sampai set ketiga...

Selepas dihitung markah kesemuanya, kontinjen KELANTAN untuk pertandingan congkak dapat nombor 5..
Kira ok la tu, bagi kitaorang yang 1st time main..
Pastu training pn kadang-kadang jer...
Jurulatih dah offer cheq untuk tournament yang akan datang...
Hehehe...kena pikir dulu la dan kena atur strategi dari sekarang..







WAJIB DATANG SINI BILA ADA DI KELANTAN

Tempat shopping yang happening diKelantan...
Apa lagi, dah tentu la Wakaf Che Yeh...
Nak beli apa, semuanya ada di sini...
Dibuka ada sebelah malam...
Lagi ke tengah malam, lagi la happening...

This is Wakaf Che Yeh...yawww

Kalau musim cuti, memang sesak tempat ni...
Para peniaga pulak, kalau dapat customer org dari luar, mmg diaorang akan letakkan harga tinggi..
Kalau saudara-mara cheq datang sini, memang kat sini tempat selalu cheq bawak...
Cik husband cheq ni pandai kecek klate, so takle kena tekan dengan harga tinggi...
Malam Sabtu aritu, cheq bawak family kakak cheq ke sini...
Sebabnya nk cari pelikat pants...macam la kt Kedah takdak jual. Hihihi...


Bertolak lepas maghrib, lebih kurang 30 minit dari rumah cheq kalau jalan tak sesak....
Orang tak ramai lagi time tu, so nak jalan pilih orang pn senang...
Yang penting anak-anak tu jangan hilang dari mata...
Jauh skit ja, dengar la sora cheq duk menjerit panggil diaorang...

Dah jumpa pn pelikat pantsnya. Dapat harga murah sbb malam tu memang orang tak ramai. Lagi pn cik suami kita kecek klate pekat tawar harga...

Cheq jadi model tak berbayar untuk kain sutera ni...cantik tapi tak mampu nak beli  kalau beli pn bila nk pakai. Pegi kerja pakai unipom.

Beli buah-buahan yang segar..murah giler



Pas penat jalan-jalan, kita minum dulu...masing-masing duk pikir nk beli apa lagi pasni...

Ok lah, barang yang dicari pn dah dapat...
Orang pun dah makin ramai, cuaca pn dh panas...
Sebelum anak-anak buat perangai, jom balik...
Nanti ada sedara-mara yang datang, cheq bawak lagi ke sini...
Kalau nak harap datang sendiri, memang takla....


Segmen I LOVE MALAYSIA bersama CIK POP



Salam perkenalan...
Saya budak baru nak kenal dunia blogging ni...
Cuba nasib untuk join segmen ni..
Nak bersama saya, klik
SINI






I LOVE MALAYSIA
AND
I'M NOW AT KELANTAN


Deadline 31 August 2014

Jom join cepat-cepat...