DAMIA KE TASKA

Baby Damia start dihantar ke taska pada usia 4 bulan...
Beratnya hati nk tinggalkan dia...
Terpaksa sayang, mama nk kerja...
Kt tempat kerja pn, mama tak senang buat kerja asyik teringat baby ja..
Tiap-tiap hari waktu rehat mama akan pergi ke taska untuk menyusukan baby...

Sekarang ni, dah setahun baby Damia kat taska tu...
Pagi-pagi cheq akan bangun perlahan-lahan supaya baby Damia tak jaga...
Kalau dia jaga, mmg tak boleh buat kerja la jawabnya...
Kena layan dia ja la....
Nk kejutkan si kakak pn slow ja, kalau tak jaga jugak sikakak tu...terus angkat masuk bilik air...

Lepas tu baru la nk masukkan pakaian dan pampers dalam beg...
Siapkan beg untuk susu baby...
Kadang-kadang cheq dh siapkan malamnya tp selalunya pagi tu jugak cheq buat...
Kakak pn dh siap mandi, pakai baju, minum semuanya...
Dh ready nk gerak, baru la angkat baby tu...
Tu pn kalau cik husband ada, dia la yang hantar si adik...
Klau cik husband kerja, terpaksa la cheq usung 3 beradik ni.

Dah ready, tukarkan pampers baby dulu...baru la angkat turun ke kereta.
Dlm keta taknaknya baby ni duk kat baby seat...
Nk jugak duk atas riba cheq ni, maklum la empuk sgt...
Dalam keta kalau ada anak-anak mmg cheq tak bukak radio, kalau cheq yang drive keta la....
Baby Damia suka kalau cheq berzikir kat dia...kdg2 sampai terlena balik.

Hantar si kakak ke sekolah dulu, pastu baru terus ke taska....
Di taska, pengasuh-pengasuh dah siap menunggu kat pintu pagar...
Diorang akan sambut budak-budak ni macam raja...
Baby Damia sebelum ni ok jer, happy bila sampai taska tapi sejak cuti lama ni dan asyik berkepit dengan mama ja, terus nangis protes bila cheq serah dia kt pengasuh....
Tinggal la baby Damia kat situ dengan kawan-kawan dan pengasuh-pengasuhnya....
Petang nti mama datang amik baby dan kita balik rumah...


 Paling penting....susu EBM. Kalau takdak benda ni, mmg tak lena la baby mama ni. Demand betul budak ni susu tepung taknak tp jimat tau, takyah keluar duit beli susu tiap2 bulan.

Baju 2 pasang, towel dan pampers 4 keping. Ikutkan 2 keping pampers dh cukup tapi standby kut-kut ada kecemasan.

 Ubat-ubatan....sebarang pesanan mengenai ubat ke, pemakanan ke, pergaulan ke, apa-apa ke hendaklah ditulis dlm buku pesanan ni. Dan pihak taska pn akan ambil tindakan sepertimana arahan dlm buku ni. Baby Damia selalunya saya kirimkan krim ni utk disapukan di bahagian lehernya sbb akan naik ruam sekiranya panas.

Harini kita lewat skit ke taska, so cheq mandikan dulu baby dan sapukan krim di lehernya tu. Sempat la dia main mainan yg baru beli tu.

 Seperti biasa la klau naik keta, nk duk atas riba mama ni. Mata tu dh ngantuk balik tu bila dengar suara mama dia berzikir.

Bye, bye baby...nti petang mama datang amik yer. Jgn nakal-nakal. Jgn nangis-nangis tau...

YA ALLAH, KAU LINDUNGILAH ANAK-ANAKKU INI.
KAU JAUHKANLAH MEREKA DARI BALA DAN BAHAYA.
KAU IKHLASKAN HATI MEREKA YANG MENJAGA ANAK-ANAKKU INI.
AMINNNN....


No comments:

Post a Comment

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.