KASIH IBU BAWA KE SYURGA, KASIH AYAH SEPANJANG MASA

Emak RONAH BT SALLEH...
Ayah YUSUF B IBRAHIM...

Bila ditanya tarikh nikah, dua-duanya jawab tak ingat...
Yang pasti masa nikah emak baru 17 tahun dan ayah 20 tahun...
Zaman dulu mmg nikah muda-muda...
Setahun kemudian baru la dapat anak iaitu kakak cheq yang sulung...
Kiranya dh 43 tahun mak dan ayah hidup bersama-sama...

Sebenarnya emak dan ayah adalah sepupu tapi tak rapat sbb emak dijaga oleh tok selepas berpisah dengan tokwan...
Masa emak berumur 16 tahun, baru la tokwan bela emak ni....
Masa tu baru kenal dengan sepupu sepapat belah ayah....
Dijodohkan emak dan ayah...
Kekal bahagia dan dapat kami 6 beradik...

Sampai sekarang pn, kalau ayah nk pergi mana-mana pn mesti usung emak ni....
Nk keluar isi minyak keta pn diajaknya emak...
Datin kannn kena la ikut dato....
Dulu masa emak kena tahan wad ayah setia menunggu emak walaupn kami adik -beradik dh bergilir-gilir jaga emak....
Tetap setia menunggu walaupn setakat mundar-mandir kat luar wad....

Ayah....walau apa pn kami adik-beradik minta, dia akan cuba tunaikan...
Dulu cheq minta motor. Mmg ayah belikan dengan dahulukan deposit, bulan-bulan bayar sendiri...pandai-pandai la cari duit sendiri.
Emak...apa yang kami minta tak pernah tolak. Nk makan apa pn bgtau ja, dia akan cari dan masakkan...
Dalam kami 6 adik -beradik,  emak kata cheq la yang paling manja, mengada-ngada lebih....
Dulu, masa ayah masih sihat, tup-tup dh sampai kelantan. Rindukan cucu-cucu diaorg ni...
Skrg ni, ayah kena bawak co-pilot kalau nk jalan jauh dh.


Semoga emak dan yah kekal bahagia dan setia hingga ke hujung nyawa, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberkati ALLAH swt.

Tahun 2009 - gambar family di hadapan rumah lama mak dan ayah. Masa ni kami masih lagi kekal dengan 6 beradik. Sedih tgk gambar ni, arwah adik dh takdak. 

Raya tahun 2012....ayah dan emak bersama anak-anak dan cucu -cucu. Ni pn tak cukup lengkap lagi ni. Ada adik-beradik.yang takdak dlm gambar ni.


Terima kasih emak kerana telah bersusah payah mengusung cheq dlm perut selama 9 bulan dan melahirkan cheq kedunia ini...
Terima kasih ayah kerana berpenat lelah membesar dan mendidik cheq hingga menjadi orang pada masa ini...
Berkat doa dan tunjuk ajar emak ayah la yang menjadi cheq boleh berdiri di atas kaki sendiri...
Tak terbalas rasanya jasa emak dan ayah terhadap cheq ni...
Harapan cheq semoga dapat mengembirakan emak dan ayah sebelum terlambat...
INSYAALLAH...

No comments:

Post a Comment

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.