Segmen Bloglist Cun Oktober 2014 By EKINNUAR

DAH TAMAT

Cepat-cepat ada masa sikit lagi ni..


Cabaran 30 Hari | Hari #30 : Perkara yang dibanggakan dalam tahun ini



Bangga apabila mencapai suatu kejayaan.
Bangga apabila mendapat kepuasan di atas usaha kita.
Bangga apabila usaha kita dapat pujian dari orang lain.

Banyak perkara yang boleh kita banggakan. Cabaran untuk hari ini adalah perkara yang membanggakan diri cheq. First sekali, cheq bangga apabila saja baru melangkah masuk ke dunia blog ni, dah terima banyak award dari rakan-rakan blogger. Award apa tu???...Liebster award la

Selain tu cheq juga bangga sebab dapat menyelesaikan cabaran ni dah 30 hari walaupun kadang-kadang tak larat nak perah otak.

Bangga dengan si kakak dinah kat sekolah sebab menunjukkan prestasi yang sangat bagus dalam pelajaran.

Bangga dengan si adik diyanah yang dah pandai berkawan dan dah tak malu nak bertanya. Sebelum ni memang payah nak bercakap, mulut tu macam ada emas.

Bangga dengan si baby damia yang dah mula pandai cakap. Pandai cakap loghat klate lagi...

Bangga semuanya la !!!!

##cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Preloved Giveaway By Annur

DAH TAMAT !!!

Due Date : 6 Okt 2014
Join giveaway..
Mudah-mudahan ada rezeki



Tag :-


First Time "Segmen : Blog Review"


DAH TAMAT !!!

Marilah memeriahkan segmen ini..


Nak join jugak

Giveaway Santai Bersama Azwar, Huda dan Mamaniza

DAH TAMAT

Last minute join giveaway ni...
Selamat bersegmen semua dan gud luck..^_^


--> Pendapat dan komen saya tentang blog :-

Azwar - simple, ringkas, kemas dan ada warna pink kegemaran saya. Tenang rasa jiwa bila singgah blog ni.
Huda - ada warna pink kegemaran saya, kemas, ringkas dan simple. Cantik mata memandang.

--> Faedah berblog

Dapat mengenali ramai kawan, bermacam-macam kerenah. Suka skodeng blog parenting, dapat banyak info tentang nak handle anak-anak. Dapat banyak info dan bertukar-tukar pendapat.

--> Blog Mamaniza menjadi pilihan saya kerana dapat banyak tips untuk kami bloger baru jadikan rujukan. Mamaniza juga seorang yang berani meluahkan pendapatnya. Setiap entry yang diutarakan oleh mamaniza adalah memberi semangat untuk saya terus membaca entrynya..

Sekian..wassalam

Cabaran 30 Hari | Hari #29 : Bunga Kegemaran dan Ertinya



Wanita semestinya sukakan bunga. Bunga yang cheq suka, opkos la bunga ros yang berwarna merah menyala. Nak plak time study dulu tiap-tiap tahun pada hari Friendship gitu la, cheq akan dapat bunga ros merah plastik dari secret admiret cheq. Tak tahu sapa yang bagi, cheq selalu duk meneka-neka siapakah gerangannya. Tapi tahun terakhir cheq dah tak dapat, so kompom la secret admirer cheq tu senior daripada cheq. Tapi nampak sangat dia tak ikhlas nak berkawan dengan cheq, kalau tak tentu dia dah perkenalkan dirinya. Biarlah, dia sendiri yang rugi....(ayat terlebih poyo)



#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Hari Kopi Sedunia.

Dengar radio Era tadi, baru tahu harini diistiharkan sebagai hari kopi sedunia. Pasni mesti ada hari teh sedunia, hari milo sedunia....ok dah, stop melalut tu.

Sebenarnya cheq memang pengemar tegar kopi ni. Nak plak kopi yang pekat, kawww lebihhh, memang ada umppp la. Tapi sejak cheq tekad nak susukan baby cheq ni dengan susu ibu, so cheq slowkan minum kopi ni. Hanya sekali-sekala ja minum, tu pun campur dengan milo. Memang lemak berkrim la.

Kopi yang cheq selalu minum adalah kopi cap gantang buatan anak jati Kedah. Agaknya memang jual sebelah utara ja kut, sebabnya 5 tahun duk negeri sembilan memang cheq tak jumpa kopi ni. Kat Kelantan ni pun dah masuk 3 tahun lebih pun masih tak jumpa jugak.


Jadi untuk mengelakkan bekalan kopi cheq habis, setiap kali cheq balik kampung cheq akan beli 3, 4 paket untuk bawak balik Kelantan. Emak ayah pun kalau datang sini pun akan bawak bekal kopi ni. Katanya kopi kat sini tak sedap. Kat rumah ni pun cheq sorang ja yang minum, kadang-kadang sampai keras masuk angin kopi tu. Abah mentua cheq pun takleh minum kopi yang cheq bancuh, pekat sangat katanya sampai takleh tidur. Cheq ni minum la satu teko pun, tidur tetap lena...hahahahha

SELAMAT MENYAMBUT HARI KOPI SEDUNIA 



Cabaran 30 Hari | Hari #28 : Andainya

Cabaran harini, 5 perkara bermula dengan ANDAINYA..
Ringkas, padat dan mudah untuk difahami.
Taknak tulis panjang-panjang, malas nak menaip.



~1~
Andainya aku punya sayap, tiap-tiap minggu balik terbang ke kampung. Rindu emak ayah dan sanak saudara.

~2~
Andainya dapat  aku balik ke waktu belajar di universiti, akan aku belajar sunguh-sungguh sampai dapat anugerah Dekan. Tak la menanggung hutang PTPTN ni, kira langsai.

~3~
Andainya aku ni dari keturunan yang kurus cekiding, tak payah la aku control makan. Ini tak ja...makan lebih sikit ja, terus kembang.

~4~
Andainya aku ada duit banyak, aku akan pergi ke London Weight Management untuk kuruskan badan aku dan badan cik husband aku. Kikihkih....

~5~
Andainya aku pergi dulu, tolong doakan aku...

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Sebelah Tangan Pun Boleh

Sejak dapat anak ke tiga ni, baby Damia...segala benda cheq buat dengan sebelah tangan ja. Manja sangat, tak boleh berenggang jauh. Tak nampak muka cheq ni, mula la dia meraung. Anak bongsu memang camtu kan....??? (bongsu ke??, setakat ni masih bongsu lagi)

Fisrt time bawak baby naik kereta, cheq yang drive...letak sebelah dalam baby seat. Seminit, 2 minit, 3 minit masuk minit ke sepuluh, dia dah mula mengeliat. Pastu meraung tak ingat dunia. Hilang fokus cheq bawak kereta. Terpaksa la berhenti kat tepi angkat dia letak atas riba. Boleh plak berhenti nangis, try balik letak kat baby seat, meraung balik....alih-alih drive sambil riba dia sampai la dah besar ni. Sekarang ni kalau ada kakak atau adik dalam kereta, dia dah mula nak duduk dan berdiri sendiri. Sekarang ni pun cheq dah terror bawak keta sebelah tangan, kadang-kadang baby siap tidur lena atas riba sambil menyusu.




Kat rumah plak, kalau time dia meragam, cheq masak sambil dukung baby. Memang la bahaya, takut terpercik minyak ke tapi nak buat camna, nanti satu keluarga tak dapat makan. Bayangkan nak potong bawang dengan sebelah tangan, memang tak boleh. Memang start dari tu, bawang semuanya pakai blend ja, senang.

Kalau makan kat luar, nampak orang pelik-pelik sikit duk perhatikan dia, mula la melompat naik atas riba cheq ni. Makan dengan sudu guna sebelah tangan, memang banyak jatuh ke bawah la.

Memang banyak songeh sikit yang kecik ni tapi dia la penghibur hati kami sekeluarga. Ada ja benda lucu yang dia buat. Sekarang ni baby tengah training menari untuk persembahan masa konvokesyen adik nanti.



Cabaran 30 Hari | Hari #27 : Mood Hari Ini

Cabarannya mood hari ini. Tengok tu senyum lebar sampai ke telinga. Of course la happy dan ceria. Sebabnya my life back to normal. Takyah berulang-alik outstation, kerja cam biasa 8 pagi hingga 5 petang. Harini seharian bersama anak-anak kat rumah. Masakkan makanan kegemaran cik husband dan anak-anak. Malamnya keluar pergi shopping. Takdak benda yang paling best selain jadi surirumah untuk husband dan anak-anak, walaupun untuk hari minggu saja.

#Cabaran30hari
#Kelabbloggerbenashaari

Paris Sourvenirs Giveaway By JINDRISSKA

Due Date : 28 Okt 2014
Bestnya kalau dapat pergi bercuti ke Paris.
 Kalau tak dapat pergi, dapat sourvenirs pun kira dah ok tu.


Klik >> SINI << untuk join

Tag :-



Cabaran 30 Hari | Hari #26 : Gajet Kepunyaan Saya

Harini hari yang ke 26, yeeehaaaa tak lama dah nak habis cabaran ni. Kisah pasal gajet harini. Inilah gajet-gajet cheq. Kebanyakannya dibeli sendiri yer...


Susah payah cheq kumpulkan benda alah ni semata-mata nak ambik gambar ja. Selalunya cheq online guna telefon atau tab ja. Laptop tu buat pekasam kat rumah. Mana taknya, baru cheq pegang ja anak-anak dah sibuk nak tengok kartun la, frozen la...dah berebut dengan diaorang. Online guna telefon ni mudah, sambil nak tidurkan anak pun boleh online, cuma kena jengilkan biji mata je skit. 

Telefon samsung putih tu cheq standby kut-kut telefon yang satu lagi kiok takdak bateri, tapi selalunya jadi alarm untuk bangun pagi. Kamera tu dah lama cheq beli dan dah lama tak guna. Charger pun dah lupa simpan kat mana.

Dah semua gajet dikumpul kat sini, dengan apa plak diambilnya gambar ni...hehehe, pinjam tab si kakak plak ambil gambar ni. 

##cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Terasa Aman Sekali

Baru harini telefon cheq senyap dari segala mesej dan call. Selama 2 minggu ni asyik duk tot tet, tot tet bunyi mesej masuk. Ini semua gara-gara Big Day semalam, apa lagi pilihanraya Kecil kat Tumpat nun. Dah nama pun bertugas sebagai urusetia, so macam-macam group la masuk kat whatsap tu. Nak berjimba-jimba dengan group sekolah pun tak sempat.

Tidur malam pun terganggu, selalunya memang off internet waktu nak tidur. Tapi waktu-waktu kritikal memang takleh nak off, takut ada berita terkini yang perlu di ambil tindakan. Gambar pulak memang terlampau banyak, dah beribu-ribu sampai jadi slow la telefon cheq ni. Nak padam tadi pun jenuh memilih, yang mana leh jadi kenangan tu cheq simpan.

Memang senang nak berhubung dengan adanya whatsap ni sebab mudah dan menjimatkan. Hanya mengggunakan line internet ja. Pastinya semua telefon sekarang mesti ada aplikasi whatsap ni.

Alhamdulillah, selepas tengah malam tadi selesai la tugas cheq. Mujur la takdak kejadian buruk yang berlaku. Memang orang Kelantan ni juruh-juruh. Cheq pun terus keluar satu-persatu group yang ada. Takmau ada gangguan lagi pada waktu malam. Baru la dapat tidur dengan aman malam tadi.




Liebster Award Tagged by Kee Dee Kawaiigurl

Assalamualaikum... tiba masa untuk jawab soalan-soalan yang telah lama ditag oleh Kee Dee Kawaiigurl. Lama betul cheq perap soalan Kee ni, kalau ayam daging yang diperap ni memang dah cukup rasa dah. Sedap kalau dibakar ni. Hehehe...ni dah melalut jauh dah.



Ini soalan dari Kee :-

1. Apa nama haiwan peliharaan pertama korang ?
    Dulu masa kecik-kecik kat kampung ada bela kucing, tak ingat dah nama yang pertama. 
    Selalunya bagi nama ikut warna badan kucing tu. Kalau bulu warna putih panggil putih,  
    kalau bulu bertompok-tompok panggil tompok.

2. Benda apa yang korang paling nak dalam hidup ?
    Nak hidup bahagia bersama family tanpa ada gangguan dan hasad dengki dari pihak 
    luar.

3. Pengalaman manis time korang sekolah ?
    Bila diumumkan jadi second best student masa amik result SPM

4. Apa benda yang korang tak boleh berpisah ?
    Anak-anak. Pergi kerja 8 jam pun dah rindu giler dengan diaorang. 

5. Korang pernah tak nangis tengok citer kartun...?? Nyatakan sebab korang...
    Tak pernah lagi. Ada ka cite kartun yang sedih.

6. Siapa pelakon/penyanyi yang korang minati...?? Kenapa...?
    Penyanyi mestilah Dato Ct Nurhaliza. Pelakon Remy Ishak.

7. Kenapa korang nak berblog ?
    Suka membaca dan tambah kenalan.

8. Makanan apa yang korang suka makan ?
    Makanan yang dimasak oleh emak saya.

9. Kat sekolah, subjek apa yang korang paling BLUR...
    Perdagangan. Walaupun subjek tu macam senang tapi tak masuk dengan jiwa sebab tu 
    asyik blur masa cikgu ngajar.
    
10. Hobi korang apa ?
       Membaca blog.
       
11. Apa genre movie yang korang suka tengok ? Pasal apa?
       Romantik sebabnya dalam hati saya ada taman bunga...hehehe

Halamak...!!! Tengah best duk jawab soalan, dah abis plak soalannya. Macam tak cukup ja 11 soalan ni. Pasni kena tetapkan 21 soalan yang perlu ditanya...hahaha. Jenuh tu... Sori adik Kee, akak lambat jawab soalan adik ni. Kalau ada salah tercoret, mohon maaf yer...jgn serik tag akak lagi nanti


First Giveaway : Giveaway Contest

DAH TAMAT !!!
Jom join giveaway ni.



Telah ditag : -


Giveaway 2 September 96

DAH TAMAT !!!

Due Date : 5 Okt 2014
Giveaway sempena birthday adik RATU yang ke-18.
Sepatutnya besday girl dapat hadiah tapi dia plak baik hati nak bagi hadiah kat orang. 


Nak join

Ucapan khas buat adik Ratu :
Selamat hari lahir yang ke-18. (Sweet 18 giteww). Semoga panjang umur, murah rezeki, dilimpahi keberkatan, dan semoga tercapai apa saya yang adik ingini. Happy dan senyum sokmo. Takmau sedih-sedih nanti cepat tua.

Giveaway Floral Skirt

DAH TAMAT !!!

Due Date : 3 Okt 2014
Yuhuuu...saya join segmen lagi.


Nak join



SENYUMLAH, HIDUP INI INDAH....

Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love

DAH TAMAT !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love

Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mencari 15 blog yang akan menjadi penyeri di sidebar blog ini.. 

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Follow blog Truly Love;
  2. Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;
  3. Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
  4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML entry dan Publish!
  5. Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry ini.
  6. Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
  7. 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.
  8. Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.
  9. Tarikh Penyertaan : 25 September 2014 hingga 30 September 2014 (11.59PM)
Jom, sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

SEGMEN : Kapas Putih Oktober Bloglist

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya dah join, anda bila lagi.


Birthday Giveaway By Shad

Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join

Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh

Cabaran 30 Hari | Hari #25 : Berita Terkini Hari Ini Yang Dibaca

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekarang ni cheq memang tak sempat pun nak tengok berita kat tv, apatah lagi nak baca paper. Tengok dalam phone pun sekadar scroll terus ke bawah ja, jumpa tajuk best baru baca. Haaaa...tapi harini cheq jumpa artikel yang menyebabkan cheq terus teringin nak baca. Jeng, jeng, jeng....


Ni adalah kes pegawai kastam yang ditahan dan dibawa ke mahkamah untuk dituduh pasal kes rasuah. Rasanya kes ni dah 2, 3 hari lepas, tapi cheq dah ketinggalan. Bukan cerita dia yang menarik perhatian cheq, tapi gambar diatas ni haaa...

Apa kejadahnya tutup muka dengan spender. Tahu plak malu bila dah buat salah tapi takkan lah sampai kena serkup kepala tu dengan spender. Hahaha...kena spender yang dah dipakai, sedut la bau sendiri tu. Memang la cheq gelak bila tengok gambar ni, jangan la tunjuk sangat kebodohan tu. Nak kata cari populariti memang dah popular pun sekarang.

Anda nilai la sendiri !!!

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Cabaran 30 Hari | Hari #24 : Rumah Impian Saya


Macam ni la rumah impian cheq, macam rumah masa zaman cheq dibesarkan. Kalau orang berlari kat atas, dari bawah dah dengar. Malam-malam pun sejuk. Kalau banjir pun selamat, takyah nk susah-susah ubah perabot. Cheq taknak rumah yang besar sangat, cukup la untuk kami 5 beranak ..(opsss, maybe 6 beranak atau 7).  Kalau besar sangat tak larat nak mengemas, nanti nak cari anak pun tak jumpa. Setakat 3 bilik pun dah cukup, anak-anak cheq semuanya gegurl, boleh kongsi bilik.

Yang penting, dapur dan ruang makan mesti besar. Sebabnya cheq nak kami semua makan sekali. Time tu la kita boleh sembang-sembang, bertanya masalah problem. Mesti ada halaman rumah untuk anak-anak cheq keluar bermain. Dalam rumah pun taknak crowded sangat dengan perabot. Biar simple tapi kemas. Biarlah selesa untuk kami berlindung dari hujan dan panas.

Yang paling best kalau dapat bina rumah tepi rumah emak dan ayah, kena angin sawah bendang petang-petang. Insyaallah bakal menjadi kenyataan, tanah kami adik-beradik memang dekat kampung emak ayah. Tunggu nak bina rumah ja. Siapa dulu bina dapatlah dulu dapatlah berjiran dengan emak ayah.

Inilah tanah kami adik-beradik. Sayup mata memandang. Habis la bendang, nak makan nasi nanti kena beli beras siam la.

Ibu Melahirkan Tuannya


Biarlah susah camna pun..., takdak makan, pakai compang-camping.., biarlah kami bersama-sama. Tak sanggup nak susahkan emak ayah lagi. Dari cheq kecik sampai ke besa gedabak, susah payah emak ayah jaga. Sekarang ni time diaorang beristirehat. Nak pergi masjid, nak keluar jalan-jalan biarlah mereka berdua. 

Simple Giveaway & Blogwalking By YANA PINK BLOSSOM




Assalamualaikum w.b.t.


Klik BANNER untuk join

SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by Yana Pink Blossom secara rasminya bermula pada 23 September 2014, jam 11.00 pagi dan akan berakhir pada 30 September 2014, jam 11.59 malam, 1 minggu sahaja. Tujuan utama giveaway ini adalah memudahkan Yana untuk blogwalking ke bloggerista semua yer. Kita boleh berbalas kunjungan sesama peserta. Semua bloggerista dijemput join giveaway ni.


HADIAH : 
WANG TUNAI RM10 x 5 pemenang

*Pemenang akan dipilih melalui random.org


SYARAT-SYARAT :
1. WAJIB follow blog Yana Pink Blossom
                                               2. WAJIB like Fanpage 
3. Buat entri bertajuk Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM
4. Copy Coding dan paste di ruang HTML entri anda
5. Tinggalkan URL entri korang di SINI
6. Siap & Good Luck (^^,)



Liebster Award Tagged by UmmuAqillah

Liebster Award lagi. Kali ni ditag oleh adik Ummu Aqillah. Soalannya simple macam tuan punya diri jugak. So, akak ni pun takyah nak perah otak sangat. Ni pun dah lama ditag. Takut lama-lama nanti terlupa terus, kecil hati adik ni. 


Inilah soalannya :-


1. Apakah jenis telefon yang anda sedang gunakan dan berapa harganya ?
    Samsung Note II. Tak tahu harga sebab orang hadiahkan pada saya.

2. Apakah makanan kegemaran anda apakah sejarahnya ?
    Ayam masak merah. Sejarahnya, hmmmmmm....saya dah habiskan semangkuk a
    ayam masak merah tu tanpa tinggalkan untuk orang lain. (tamaknya, hehehe)

3. Kalau anda memenangi wang tunai sebanyak RM 2 juta, apakah yang anda akan lakukan 
    dengan wang tersebut ?
    Bayar hutang dulu. Bantu adik-beradik.

4. Hidup anda bergantung kepada ?
    Oksigen untuk bernafas.

5. Apakah nama sahabat baik anda dan adakah kamu menyanyanginya ? Berikan sebab ?
    Halim b. Mohd Ali. Ya, saya memang sayang saya sebab dia adalah suami saya dan 
    abah kepada anak-anak saya.

6. Anda mempunyai hobi pelik ? Nyatakan ?
    Takde yang pelik. Biasa ja.

7. Adakah anda meminati Korea ? Nyatakan.
    Ya, saya minat giler dengan Running Man sebabnya diaorang ni hensem-hensem... 
     (tahunya ke laki den, maunya dia merajuk seminggu ni)

8. Berikan saya 2 fakta tentang diri anda.
     ● muka nampak cam sombong tapi ramah bila dah kenal
     ● simple tapi bukan selekeh

9. Apakah benda yang paling anda sayang ?
    Harta jiwa saya. Anak-anak dan family.

10. Jikalau muka anda ditumbuhi jerawat, apakah anda akan lakukan ?
      Lantak la, malas nak layan. Nanti naik lagi banyak.

11. Apakah perkara yang pertama yang anda akan lakukan sekiranya anda memenangi  
      sesebuah pertandingan sukan ?
      Naik pentas, amik hadiah.

Selesai sudah. Diharap adik berpuas hati dengan jawapan akak ini. Lain kali jangan lupa tag akak lagi.


NO PHONE !!!!!



Malam ni berjaya menyahkan penggunaan telefon di meja makan. Sebelum keluar makan tadi, cheq dah berbisik kat cik husband supaya jangan guna telefon di meja makan. Ok, dia faham dan ikut cakap...good boy.

Lepas order makan ja, si kakak dan adik dah mula mintak tab nak tengok Frozen katanya. Cheq dengan suara yang lemak merdu bagitau tab tak bawak, duk cas kat rumah. Cerdiknya diaorang ni, mintaknya plak tepon kita ni. Macam-macam alasan dibaginya. Alih cerita, tanya macam-macam soalan kat diorang. Pasal sekolah, kawan-kawan, cikgu... Berebut-rebut nak bercerita. Alhamdulillah sampai selesai makan, langsung diaorang tak ingat dah pasal tab, pasal frozen tu. Boleh pun makan tanpa mengadap tab tu.

Boleh nak ubah budak-budak ni, yang penting mama ngan abah kena tunjuk contoh yang baik la. Pikat hati diaorang dengan bercerita atau bertanya perkara-perkara yang diaorang suka. Dulu pun ajar diorang bertab ni pun sebab nak bagi duk diam, sampai kesudahnya tiap-tiap kali keluar makan nak kena mengadap benda tu.

Ingatkan nak amik gambar buat kenangan sikit. Disebabkan penggunaan telepon diharamkan pada waktu tu, maka takdak la gambar... kita guna kamera tepon jer.

Nak Jugak Sekali -Sekala

Nak pergi kerja pagi-pagi, tengok baju kerja sendiri...hmmm, hari-hari pakai baju sama. Dah bosan la. Tengok orang lain pergi kerja, bukan main cantik lagi baju diaorang. Bergaya mengalahkan mak datin, siap dengan manik bagai. Tudung plak bertingkek-tingkek. Jelessssnya tengok diaorang bergaya. Teringin jugak sekali-sekala nak bergaya ke opis. Tapi siapa la diriku ini !!!!

Cheq ni baju kurung boleh kira bape yang ada almari. Tu pun buat untuk pakai raya. Baju fesyen-fesyen lagi la takdak. Tengok ja la orang lain pakai peplum la, kebaya la.. Cheq ni nak pakai celah mana la. Baju kurung cheq yang banyak-banyak tu pun cheq dah sedekahkan kat orang. Daripada buruk camtu ja, baik bagi orang yang memerlukannya. Dapat jugak pahala.

Tapi ada baiknya jugak pergi kerja pakai uniform ni, takyah pening-pening pikir nak pakai baju apa untuk esok. Ada jugak dengar pelbagai rungutan dari orang yang berpakaian biasa ni. Dah pilih baju "rasanya baju ni dah pakai minggu lepas". Ada plak "takdak pulak tudung yang matching dengan baju ni".... So, bersyukur la cheq ni takyah beli baju banyak-banyak. Pakai je baju yang kerajaan bagi ni.




Liebster Award Tagged by Abie Shidah

Ditag untuk Liebster Award untuk kali ke berapa ntah. Kali dari dari akak Abie Shidah. Sori yer kak dah lama tag, harini baru nk jawab.



1. Apakah satu benda yang tak boleh anda tinggalkan untuk sehari ?
    Cium anak-anak dan juga handphone.

2. Apakah makanan kegemaran anda ?
    Makanan yang dimasak oleh emak terutamanya ayam masak merah. Perghh..memang 
    jilat jari la.

3. Dalam sehari, berapa kali anda pakai h/p ?
    Tak terkira banyaknya, semua arahan tentang tugas melalui wasaap. So kena alert 
    selalu.
    
4. Kalau anda stranded kat island sorang-sorang dan diberi 1 wish untuk anda sendrir, apa 
     yang anda minta ?
     Minta dihantar balik ke tanah besar. Taknak duk sorang-sorang kat pulau tu. 

5. Warna kegemaran anda ?
    Pink dan warna-warna pastel.

6. Anda terjumpa time kapsul, adakah anda opt untuk future atau the past ?
    Balik ke zaman kanak-kanak semula. Nak ubah balik apa yang salah masa dulu.

7. Banyak-banyak artis perempuan dalam Malaysia ni, sapa yang anda minat ?
    Dato Ct Nurhaliza. 

8. Kalau anda diberi option untuk berkahwin dengan artis lelaki Malaysia, siapa yang anda 
    pilih ?
    Takde rasanya. Minat-minat gitu ja, takde la sampai minat gilerrr.
    
9. Namakan satu ciri lelaki idaman ?
    Beriman.

10. Antara buah strawberry dan betik, mana satu pilihan anda ?
      Betik sebabnya baik untuk sistem pelawasan.

11. Rumah idaman anda ?
      Rumah di sebelah rumah emak ayah saya. Tak kisah la bina pondok pn. 

Siapppp !!! Dah boleh check betul ke idak..

Cabaran 30 Hari | Hari #23 : Pekerjaan Yang Diingini Selain Daripada Pekerjaan Sekarang

Cabaran untuk hari ke 23, bab pekerjaan. Alhamdulillah, sekarang ni cheq memang dah bekerja tetap dan berpencen. Sejak habis SPM, cheq dah mula bekerja. Sementara nak tunggu result SPM, cheq kerja kilang. Tapi time tu orang-orang kita ja, takdak lagi geng-geng bangla, nepal ni. Sebulan kerja dapat RM400 memang happy giler.... Tak pernah pegang duit sendiri sebanyak tu. Kerja sekarang ni pun dah masuk 10 tahun. Dah 3 kali ditukarkan tempat kerja.

Kalau ditanya pekerjaan yang diingini pada masa sekarang ni memang cheq nak jadi SURIRUMAH sepenuh masa. Nak lihat anak-anak membesar depan mata, taknak terlepas pun satu saat tumbesaran dan perkembangan diaorang. Hadir ke majlis-majlis sekolah, sekarang ni selalunya tak sempat nak hadir sebab sibuk bertugas. Hantar dan ambil anak-anak sendiri kat sekolah. Kesiannnn...kadang-kadang si kakak tu melangut tunggu kat sekolah sebab cheq terlambat ambil dia kerana tugas yang tak boleh dielakkan. 

Walaupun tak bergaji, penat dengan kerja rumah yang tak pernah habis tapi biar hati happy dapat tengok anak-anak sentiasa. Tingg....tukarkan la aku jadi surirumah. 


##cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Cabaran 30 Hari | Hari #22 : Destinasi Percutian Idaman

Susahnya bagi orang yang kerja macam cheq ni nak bercuti. Nak plak dapat bos yang tak sporting. Minta cuti seminggu, dipotongnya tinggal 4 hari. Camna gayanya nak pergi bercuti. 

Walaupun kebarangkalian nak dapat cuti lama tu agak sukar, tapi cheq tetap berangan nak bawak anak-anak cheq pergi bercuti. Tempat idaman cheq tentulah kat pulau. Ada pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Biarkan ombak pantai menghempas kaki, bina istana pasir sama-sama, jalan di pantai sambil berpegangan tangan. Malamnya berbaberque di pantai.....fuhhhhhhh,  bestnya berangan. 

Pulau Langkawi  - dipisahkan dengan laut ja dengan kampung emak dan ayah. Last sekali pergi tahun 2002. Punya la lama ..

Pulau Pangkor - Baru sekali jejak kaki ke situ. Pergi dengan trip family. Kumpul duit sendiri tau nk ikut pergi ni.

Pulau Maldives - Kalau dapat pergi holiday kt sini memang marvellos la. 

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari


Tersalah Orang



Masa cheq kecik-kecik dulu, kalau balik kampung cheq akan selalu salah emak dan tok. Sebabnya tok ngan emak cheq ni memang banyak persamaan. Kedua-duanya rendang, comel lote. Nak plak kalau dari belakang, memang tak cam. Asyik salah peluk ja, pas sedar malu sendiri la...

Tu kisah cheq kecik-kecik, sekarang ni anak-anak cheq yang kecil ni plak yang konpius antara cheq ngan adik cheq. Kalau kami bersama, ada la anak-anak kami tersalah peluk, tersalah pegang, tersalah tarik....hihihi. Cheq selalu biarkan sampai diaorang sedar sendiri. Dah sedar tu, mula la malu-malu kucing. Pastu meraung tak jumpa emak sendiri.

Bukan setakat anak-anak ja tersilap, kawan-kawan cheq pun selalu silap tegur. Yang jadi mangsanya adik cheq la. Dia ja yang kawan-kawan cheq jumpa. Selalunya dia akan bagitau awal-awal lagi yang dah tersilap orang. Tak larat nak jawab banyak soalan katanya.

Dah nama pun adik-beradik, memang la ada persamaan. Tambah plak sekarang ni bentuk badan pun dah sama-sama mengembang. Jangan suami kitaorang yang tersalah sudah la...

Cer teka, mana adik dan yang mana kakak? Sama ka muka kitaorang, korang tafsir la sendiri. Tapi yang penting kami berdua comel gitewww.




Cabaran 30 Hari | Hari #21 : Tempat Yang Ingin Pergi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Baru ada masa nak update blog ni. Sibuk mengalahkan CEO. Tanpa buang masa cheq teruskan cabaran untuk harini. Memang nak buat seringkas-ringkasnya sebab mata ni dah makin mengecil.


Tempat yang cheq teringin sangat nak jejak kaki di sana. Mekah. Rasanya setiap muslim mesti ada terdetik di hati nak pergi sana. Cheq ni pun tak pasti la bila tahun nak sampai sana tunaikan haji. Lambat lagi nak tunggu giliran. Insyaallah ada rezeki lebih, pergi umrah dulu. 


Tempat yang cheq tak pernah pergi. Kalau oversea tu, ofkos tak pernah kan??? Kira yang dalam Malaysia dah ler. Sabah dan Sarawak ja lagi cheq tak pernah sampai. Satu semenanjung dah pusing, sampai abis kematu punggung duk dalam keta. Teringin nak naik flight merentas laut china selatan... (ye ke laut china selatan, pakai hentam ja tu).  Insyaallah dah ada dalam kalendar perancangan holiday family cheq tahun depan. Kumpul duit banyak-banyak dulu.

That's all. K-bye

#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Cabaran 30 Hari | Hari #20 : Quote Kegemaran

Assalamualaikum dan salam Sabtu. Tinggal 10 hari lagi nak menamatkan cabaran ni. Quote kegemaran saya ni memang simple macam tuannya yang ni jugak. Selalunya bila cheq rasa down, cheq akan pandang muka anak-anak. Terus semangat datang dengan sendirinya.

Inilah quote kegemaran cheq



#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari

Giveaway 2014 Maliana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....