CERITA PAGI INI : Pasar Siti Khatijah

Walaupn 5 minit ja dari rumah tp jarang sangat-sangat cheq nak pegi sini...
Pagi ni boleh sampai pn sebab teman adik ja..
Tapi orang luar kalau datang Kota Bharu, mesti akan singgah kat Pasar Siti Khatijah ni..
Adik cheq ni kategori orang luar la, ada ja benda nak beli kat pasar ni..

This is Kota Bharu..

1st sekali sampai terus cari kuih-muih. Adik cheq ni mengidam nak makan kuih taik itik. Jenuh mencari, cheq pn tahu macamana rupa kuih tu. Rupa-rupannya ada depan mata ja.

Peniaga-peniaga yang mencari rezeki di sini. Pasar yang dah berubah wajah. Cantik berwarna-warni.

Belanja sekeping gambar cheq berposing..

Borong kopok untuk dibuat ole-ole kat sedara-mara di kampung.

Kepala kambing...masak apa sedap ye???

Pasar Siti Khatijah ni memang akan penuh orang pada hari Jumaat, sbbnya sini hari minggu, banyak kedai yang tutup.
Dulu pasar ni dikenali dengan nama Pasar Buluh Kubu. Tapi disebabkan ramai peniaga-peniaga terdiri daripada golongan wanita, jadi pasar ini ditukar kepada nama Pasar Siti Khatijah.
Pasar ni terdiri kepada 3 bahagian :
Tingkat 1
Menjual barangan-barangan basah seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan kuih-muih tradisional.

Tingkat 2
Menjual barang kraftangan, hasil tempatan seperti keropok, serunding, kuih-kuih kering

Tingkat 3
Menjual kain sutera, batik, tudung, selendang, telekung

Kaum perempuan kalau datang sini memang akan gila memilih kain-kain pasang, tudung-tudung trend terkini. Harga pn boleh dirunding. Kena sediakan banyak duit je kalau datang sini.

8 comments:

  1. Kalo su p sini biasanya p beli rempah ratus. Ada mcm2 rempah cth mcm kuzi. Sbb cik abe suka mkn kuzi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya duk sini asyik mkn kuzi yang orang buat jer...tak pernah nak buat sendiri lagi, hihihi

      Delete
  2. lamanya tak ke sini.. kalau ada kursus mesti terjah juga tempat nih.. ntah bila nak samapai pulak pun tak pasti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya suasana meriah cam dulu jugak, wajah ja yang berubah....;-)

      Delete
  3. Tak pernah sampai la kak. Mekaseh belanja gambaq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi tempat tak sempat nk snap gambar, dukung baby yang besar rt...bahagian kain baju pasang lagi teruja bila tengoknya.

      Delete
  4. akak JM pun baru 2 kali rasa nya ke pasar ni itu pun kerana outstation..seronok tengok sb ramai yg berniaga kat sini pastu part paing best byk jenis kuih muih yg x pernah lihat dan makan..untung lah org kelantan kan..brg makanan pun murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang makanan sini mmg murah..saya kalau dtg sini pn selalunya pusing ke bahagian kuih-muih. Kalau boleh nk try semua kuih tu.

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.