Cabaran untuk hari ke 23, bab pekerjaan. Alhamdulillah, sekarang ni cheq memang dah bekerja tetap dan berpencen. Sejak habis SPM, cheq dah mula bekerja. Sementara nak tunggu result SPM, cheq kerja kilang. Tapi time tu orang-orang kita ja, takdak lagi geng-geng bangla, nepal ni. Sebulan kerja dapat RM400 memang happy giler.... Tak pernah pegang duit sendiri sebanyak tu. Kerja sekarang ni pun dah masuk 10 tahun. Dah 3 kali ditukarkan tempat kerja.
Kalau ditanya pekerjaan yang diingini pada masa sekarang ni memang cheq nak jadi SURIRUMAH sepenuh masa. Nak lihat anak-anak membesar depan mata, taknak terlepas pun satu saat tumbesaran dan perkembangan diaorang. Hadir ke majlis-majlis sekolah, sekarang ni selalunya tak sempat nak hadir sebab sibuk bertugas. Hantar dan ambil anak-anak sendiri kat sekolah. Kesiannnn...kadang-kadang si kakak tu melangut tunggu kat sekolah sebab cheq terlambat ambil dia kerana tugas yang tak boleh dielakkan.
Walaupun tak bergaji, penat dengan kerja rumah yang tak pernah habis tapi biar hati happy dapat tengok anak-anak sentiasa. Tingg....tukarkan la aku jadi surirumah.
surirumah adalah satu pekerjaan mulia kan kak... :)
ReplyDeleteIya...dapat berbakti kepada keluarga. Tak terikat dengan mana-mana pihak.
DeleteSmg impian mama akan tercapai satu hari nnt....jom join shaklee (jgn marah ye, gurau2 pagi ni) ;)
ReplyDeleteAminnn Sue..hehehe, saya jadi customer jer..
DeleteSy pun ada plan nak jadi surirumah suatu hari nanti.. tp kena tunggu income stabil dulu la..hehhe..
ReplyDeleteSama la kita, nak setel hutang dulu..
Deletetula.. kalau boleh mmg nak tgk anak besar dpn mate
ReplyDeletenak2 kes skrg ni tpt asuhan pon da xselamat da
Itulah salah satu sebabnya. Terlampau banyak pusat asuhan yang mementingkan keuntungan tanpa ikhlas mengasuh.
DeleteSemoga tercapai impian Mama..seronok tengok anak membesar depan mata...
ReplyDeleteJemput join...
Giveaway "Saya Nak Sihat" Sept 2014
Tq Nad...nanti saya join.
DeleteKira dah lama la akak kerja gomen ye? Best r camtu.
ReplyDeleteInsyaallah, kalau panjang umur pencen dalam gomen la
Delete