Liebster Award Tagged by UmmuAqillah

Liebster Award lagi. Kali ni ditag oleh adik Ummu Aqillah. Soalannya simple macam tuan punya diri jugak. So, akak ni pun takyah nak perah otak sangat. Ni pun dah lama ditag. Takut lama-lama nanti terlupa terus, kecil hati adik ni. 


Inilah soalannya :-


1. Apakah jenis telefon yang anda sedang gunakan dan berapa harganya ?
    Samsung Note II. Tak tahu harga sebab orang hadiahkan pada saya.

2. Apakah makanan kegemaran anda apakah sejarahnya ?
    Ayam masak merah. Sejarahnya, hmmmmmm....saya dah habiskan semangkuk a
    ayam masak merah tu tanpa tinggalkan untuk orang lain. (tamaknya, hehehe)

3. Kalau anda memenangi wang tunai sebanyak RM 2 juta, apakah yang anda akan lakukan 
    dengan wang tersebut ?
    Bayar hutang dulu. Bantu adik-beradik.

4. Hidup anda bergantung kepada ?
    Oksigen untuk bernafas.

5. Apakah nama sahabat baik anda dan adakah kamu menyanyanginya ? Berikan sebab ?
    Halim b. Mohd Ali. Ya, saya memang sayang saya sebab dia adalah suami saya dan 
    abah kepada anak-anak saya.

6. Anda mempunyai hobi pelik ? Nyatakan ?
    Takde yang pelik. Biasa ja.

7. Adakah anda meminati Korea ? Nyatakan.
    Ya, saya minat giler dengan Running Man sebabnya diaorang ni hensem-hensem... 
     (tahunya ke laki den, maunya dia merajuk seminggu ni)

8. Berikan saya 2 fakta tentang diri anda.
     ● muka nampak cam sombong tapi ramah bila dah kenal
     ● simple tapi bukan selekeh

9. Apakah benda yang paling anda sayang ?
    Harta jiwa saya. Anak-anak dan family.

10. Jikalau muka anda ditumbuhi jerawat, apakah anda akan lakukan ?
      Lantak la, malas nak layan. Nanti naik lagi banyak.

11. Apakah perkara yang pertama yang anda akan lakukan sekiranya anda memenangi  
      sesebuah pertandingan sukan ?
      Naik pentas, amik hadiah.

Selesai sudah. Diharap adik berpuas hati dengan jawapan akak ini. Lain kali jangan lupa tag akak lagi.


9 comments:

  1. bestnyaa hadiahh phonee~ >< heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 tahun sekali baru dapat hadiah mewah cam gitu. Kalau tiap-tiap tahun maunya bangkrap..hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Senang hati hidup tanpa hutang. Bantu orang yang dekat dengan kita dulu, ada rezeki lebih kita beri pada orang yang memerlukan...

      Delete
  3. sis JM pun minat Running Man sb KELAKAR sgt..boleh gelak berdekah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...saya tengok berulang-ulang pun masih gelak lagi.

      Delete
  4. Terbaik r jawapan kak :)
    Hidup bergantung kpd oksigen dan nafas. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...betul la kan. Nanti padam pulak takdak oksigen.

      Delete
  5. Assalam akak.. baru perasan.. Thanks sebab dah jawabb

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.