HAPPY ANNIVERSARY TO ME

Assalamualaikum semua....



Alhamdulillah, harini genap 12 tahun perkahwinan cheq dengan suami.
Pahit maung, manih melecaih semuanya ada dalam mengharungi alam perkahwinan kami ni. 
Pertelingkahan, bergaduh dan tak bertegur pun ada jugak. 
Terasa hati, merajuk perkara biasa.




.......semoga perkahwinan kami kekal bahagia selamanya di samping 3 orang puteri kami. Takdak potong kek kali ni, jimat bajet, huhuhu....

TAK SEDAR PUN KENA PENYAKIT TIROID......

Assalamualaikum semua......

Akhir tahun lalu cheq disahkan kena penyakit tiroid selepas jumpa doktor. Masa tu cheq langsung tak tahu pun apa itu penyakit tiroid. Langsung tak sedar pun kena tiroid sebabnya tak rasa sakit kat mana-mana pun. Cuma cheq perasan cheq sentiasa panas dan berpeluh, cepat letih dan suka marah-marah.  Satu badan mengeletar dan cepat semput padahal naik tangga sampai tingkat 1 je pun. Ramai juga orang tegur cheq makin kurus dan mata terjojol. Disebabkan langsung tahu apa-apa mengenai penyakit tiroid ni, cheq cuba cari information tentang punca, sebab, dan simptom-simpton penyakit tiroid ni. 

Apa itu tiroid?

Tiroid adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan. Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.


Terdapat 2 jenis hormon tiroid iaitu tiroksin (T4) dan triodotironin (T3). Selain berfungsi mengeluarkan hormon tiroid, terdapat beberapa  fungsi lain yang dijalankan oleh kelenjar tirod. Antaranya:-

1. mengekalkan kadar tubuh dengan menggunakan karbohidrat dan lemak
2. membantu mengawal suhu tubuh badan
3. mermpengaruhi kadar degupan jantung dan membantu mengawal penghasilan protein.
4. Kalenjar tiroid juga menghasilkan kalsitonin iaitu sejenishormon yang mengawal jumlah kalsium dalam darah. 


Terdapat 2 jenis penyakit tiroid iaitu Hypertiroidism dan Hypotiroidism.

1. Hypertiroidismdalam kes ini hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini adalah:

Grave disease: Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon, Selalunya semua atau sebahagian besar sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan.

Tiroditis atau tiroid bengkak: Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri

Toxic nodule goitre: terlalu banyak iodine di dalam makanan



Tiroid T4 cheq sangat tinggi. Untuk orang normal bawah 14 ja.


Tanda-tanda Hypertiroidism:

a. Peluh yang berlebihan
b. Berat badan turun walaupun makan macam biasa. 
c. Mengeletar habis satu badan. Kalau berdiri cheq boleh rasa kaki cheq ni mengeletar tanpa sebab. 
d. Tiba-tiba rasa takut, panik dan cepat rasa marah.
e. Tak boleh duk kat tempat panas. 
f. Cepat penat, letih, semput
g. Tak boleh fokus.
h. mata terjojol
i. Kitaran haid yang tak teratur. Kadang-kadang datang sedikit atau lambat
j. degupan jantung yang cepat/ laju
k. Kelemahan otot yang terjadi di lengan atas dan paha
l. Insomnia.

mata terbeliak ni bukan buat-buat tau. kawan anak-anak
semua takut nak dekat.

Cover mata dengan spek mata


2. Hypotiroidism - Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Tanda-tanda Hypertiroidism:


a. cepat letih
b. tak boleh duk dalam keadaan sejuk
c. kulit serta rambut yang kering dan kasar
d. Tingkat kolesterol meningkat
e. degupan jantung dan konsentrasi menurun
f. Rasa sakit atau otot sering krem/ kram
g. Kenaikan berat badan yang tidak diketahui penyebabnya
h. Sembelit



Petua Rawatan:

1. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut.

2. Mengurangkan kobis, kacang tanah, lobak putih dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh  badan.

3. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih untuk mengatasi masalah kehilangan berat badan.

4. Makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam  kes kehilangan berat badan yang serius. 

5. Kurangkan merokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan metabolisme. 


  

Ubat yang cheq perlu makan. 


......... alhamdulillah, berkat rajin makan ubat, cheq dah beransur pulih. Berat badan dah makin naik (oh, no...nak kurus, nak sihat), mata pun dah kurang terjojol. Dos ubat yang perlu diambil pun dah kurang. Kalau awal-awal dulu tiap-tiap bulan jumpa doktor, sekarang 3 bulan sekali pulak. Tak sabar nak dengar doktor cakap "puan, awak dah bebas tiroid". Doakan saya cepat sembuh yer.......

HAPPY BIRTHDAY EMAK TERSAYANG

Assalamualaikum semua.......

Harini hari yang sangat istimewa.
Iaitu hari ulangtahun kelahiran mak cheq yang tersayang..
Yang ke ??????.... rahsia kut
Ruginya tak dapat balik sambut birthday mak bersama-sama adik-beradik lain
Tak dapat nak peluk cium mak. Cium bau wangi mak tu.


Mak tersayang bersama dengan sebahagian
cucu-cucunya.



...... Selamat ulangtahun kelahiran mak. Terima kasih kerana lahirkan dan besarkan cheq... huhuhuhu, tak boleh nak taip lagi. Menitis air mata rindukan mak ayah kat kampung.

Giveaway bersama Sponsor by Mrs Pip

Assalamualaikum...

Jom ramai-ramai join giveaway Mrs Pip
Hadiah menarik, syarat pun mudah.


klik banner untuk join




Saya follow


Saya dah join, anda bila lagi???

PERGINYA SEORANG HERO

Assalamualaikum....

Hmmmm...tak tau nak tulis camna. Nak cerita pasal boss cheq yang akan bertukar ke Johor. Cheq bertugas di bawah pimpinan boss cheq ni genap 4 tahun 3 bulan. Dia lapor diri ke Kota Bharu pada 1 Disember 2014, dimana time tu kitaorang kalut menghadapi banjir besar di Kelantan. Dia jugak bertungkus lumus keluar menolong mangsa banjir, naik lori, redah banjir dengan bot, tidor kat ofis. 

                                     


Kalau kami anak buah kena marah, dia akan backup. Kalau nak buat jamuan, makan-makan dia suka buat kat rumah dia, nak kitaorang masak. Dia suka ramai-ramai, riuh rendah sebab kat Kota Bharu hanya dia sorang saja.


Sangat-sangat friendly, baik dan sopan-santun. Tak pernah nak marah-marah dan tak kedekut langsung. Untung la orang Johor nanti, dapat boss ni.











sedih giler tengok gambar ni


........kenangan bersama tuan tak mugkin dapat kami lupakan. Nanti cheq balik Johor, kita boleh jumpa lagi. Didoakan semoga tuan lebih maju jaya di tempat baru dan jangan lupakan kami kat sini......

HADIAH : DOMPET BLINK-BLINK


Asaalamualaikum.....

Semalam baru cheq dapat hadiah ni. Sebenarnya hadiah ni adalah kerana nama cheq naik untuk menghadiri majlis jabatan cheq di Kuala Lumpur pada 8 Mac haritu. Aduhhhh, bila nama naik cheq dah tak ketahuan, kat KL tu.. tak sampai hati nak tinggal anak-anak. Dahlah kena bayaran, pastu ada tema Arabic pulak.

Cheq memang tak dapat pergi, jadi minta orang lain gantikan. Dompet blink-blink ni cenderahati untuk sesiapa yang hadir majlis tu. Walaupun cheq tak hadir, diaorang tetap kirimkan hadiah ni, dan pengganti cheq tu pun dapat juga tau.



Comel sangat. Sayang nak guna

handphone muat, bedak lipstik pun muat

zom dari dekat. tabah betul orang yang jahit manik-
manik ni. Cantik.

.......alhamdulillah, bila masa nak guna dompet ni. Maybe untuk next majlis. Nampak macam glamour dan kaya sangat bila guna beg ni, hihihihi............

MAJLIS PERPISAHAN : MALAM JASAMU DIKENANG


Assalamualaikum...

Bertempat di Hotel Holiday, Wakaf Che Yeh, semalam telah berlangsung majlis perpisahan : Malam jasamu dikenang bagi pegawai dan anggota-anggota yang akan bertukar. Disebabkan cheq dah dipaksa bayar, jadi nak tak nak kena pergi juga menghadiri majlis tersebut. Nasib baik majlis ni tiada tema untuk pakaian, jadi tak begitu membebankan bagi cheq yang mana hanya beli baju baru untuk raya ja, hehehe....







Selepas hadirnya VIP-VIP dan orang yang diraikan, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengacara majlis. Lepas tu terus makan, macam tau-tau jer cheq dah lapar. Duduk semeja dengan kawan-kawan yang sekepala, jadi tak berapa segan nak makan banyak-banyak.


nasi putih, ayam kicap, sup tulang, telur bistik,
sayur dan ada beberapa lauk lagi


paparazi ambik gambar cheq duk ceduk
makanan... alahai, tak bagi can betoila

pencuci mulut : buah-buahan dan kuih-muih


Semasa makan, para hadirin dialunkan dengan persembahan daripada 4 orang lelaki bersuara merdu yang dipanggil Kota Bharu Busker. Kesemua diaorang boleh main instrument dan bernyanyi. Lagu-lagu yang diaorang bawak tu sesuai sangat dengan suara diaorang. Sori gambar diaorang tak sempat nak snap, sebab sibuk makan. 

Acara diteruskan dengan ucapan daripada orang yang diraikan termasuklah boss kesayangan kami. yang akan bertukar ke Johor. Malam tadi tiada adegan nangis-menangis sebab dah puas menangis waktu pagi semalam. Sempat lagi boss kami menyanyi dua, tiga buah lagu...hohoho kalau pegang mic memang susah nak lepas ni. Ada macam-macam acara lagi termasuklah persembahan daripada insan-insan terpilih yang berbakat, hahaha.... gimik dari Mok Yer dan cabutan bertuah.


gimik daripada mok ye. pelawak dari
Kota Bharu. Jate ni tau, buke tino. Gamat satu dewan
bila dia masuk.


Alhamdulillah, untuk cabutan bertuah, nombor cheq dipanggil. Dipanggil last sekali, kiranya cheq dah berputus asa. Cewahhh.... Inilah dinamakan rezeki, sebab nombor cheq tu di cabut sekali lagi bagi menggantikan nombor yang tiada pemilik naik tuntut hadiah. Rezeki anak-anak tu.

Majlis tamat jam 1200 malam selepas sesi bergambar ramai-ramai. Dah semua keluar serentak, jem kat tempat parking, nasib baik cheq letak kereta kat tepi jalan ja, cepat sampai rumah.



Dapat jugak naik pentas, heheheh...

Alhamdulillah, hamper rezeki anak-anak

SARAPAN | CEKODOK IKAN BILIS

Assalamualaikum...

Selamat hari Jumaat dan selamat bekerja jugak pada yang bekerja pada hari ni. Harini cheq berhujung minggu kat rumah ja, takdak plan lagi nak kemana-mana sebab husband kerja. 

Disebabkan husband kerja awal pagi ni, awal subuh lagi cheq ke dapur buat sarapan. Kalau hari minggu camni, jarang sangat kitaorang nak sarapan yang berat-berat, buat simple ja. Sebab anak-anak cheq makan berulang tapi tengahari akan masak awal. 

Untuk sarapan yang ringkas dan cepat, cheq buat cekodok ikan bilis. Anak-anak cheq cukup suka cekodok. Bahan-bahan dan cara nak membuatnya sangat mudah.


Bahan : Tepung gandum, ikan bilis, garam

Dah gaul sebati, pastikan minyak dah
panas, barulah jemput cekodok tu dalam
kuali :)


Waktu awal-awal masukkan adunan tepung tu dalam kuali, kecil comel ja bentuk dia. Tapi bila dah masuk 2, 3 kuali, ada yang bentuk macam gajah, macam dinasour. Dah tahap malas nak tunggu depan kuali tu.

Yang part paling best tu, dalam seketul dua cekodok tu ikan bilis pun takdak. Macam tepung goreng ja. Ada jugak yang penuh dengan ikan bilis. Nasib ler siapa yang dapat cekodok tu.


Dah siap, boleh dah makan

.........ingat lagi masa zaman cheq adik-beradik kecik lagi. Mak ayah orang susah. Kalau buat cucuq, mesti mak akan atuq piring untuk kami 5,6 beradik ni. Kalau sorang dapat 4, semua dapat 4. Tak rasa la nak menambah, makan hat tu ja.

UNTUNG LIPAT KAIN

Assalamualaikum semua...

Dalam banyak-banyak kerja rumah yang perlu dibuat, lipat kain baju adalah yang paling mencabar bagi cheq.
Bila mai time rajin tu, hari-hari cheq lipat.
Kalau mai time malas plak, tunggu hari minggu baru nak lipat.

Time nak masukkan baju seluar dalam mesin basuh, cheq selalu check poket tapi kadang-kadang terlupa jugak.
Ting ting...bunyi duit syiling berputar dalam mesin.
Kalau duit kertas pulak basah kering dalam poket tu la.
Time nak lipat baru jumpa.

Pegang seluar macam ada sesuatu
kat dalam poket ni.


Duit yang dah berlipat-lipat dah.


Yeayyy...jumpa duit sendiri.

Punyalah seronok bila terjumpa duit ni.
Nak pulak kalau masa tu tengah kesempitan. 
Tak kira la jumpa duit sendiri pun, seronok jugak.
Kiranya ni macam upah cheq melipat kain la kut.

ROADTAX DAH TAMAT TEMPOH



Assalamualaikum...

Supriseeee.....dah nak masuk 2 minggu bawak kereta ke hulu ke hilir, ambil hantar anak sekolah, siap racing atas jalanraya on the way ke ofis, rupanya roadtax kereta dah expired. Tengahari tadi masa nak keluar ambil Damia kat sekolah tergerak hati nak tengok roadtax, sebab duk ingat bulan 3 ni expired, kononnya nak check berapa haribulannya mati.


Tamat 21hb lagi. Mungkin disebabkan lama tak
basuh kereta, tu yang tak perasan roadtax dah tamat.
;)


Hmmmm, tak sedar langsung roadtax dah tamat tempoh. Masalahnya husband cheq pun tak ingat, padahal tiap-tiap tahun dia yang buat. Cheq memang la tak ingat, sebabbb memang tak ingat. heheheh...

Terus husband cheq call insurans, runding harga bagai... Tada, petang jam 5 dah dapat roadtax baru. Bila dapat tahu bawak kereta roadtax tak hidup, tiba-tiba perasaan bersalah tu datang. Nampak polis meronda pun dah takut. Nasib baik tak jadi apa-apa masa roadtax takdak dulu kann.


Roadtax baru. Tak sempat tampal lagi.

DAMIA DAH SEKOLAH

Tahun ni Damia dah masuk pra-sekolah.
Damia si bongsu cheq dah start bersekolah dah.
Cepatnya masa berlalu. Tup-tup dah nak bersekolah.

Waktu makan pagi. Sedap
cikgu masak.

Seronok betul Damia kat sekolah.
Hari-hari balik rumah, mesti ada banyak benda dia nak cerita kat cheq.
Kawan-kawan ramai.
Cikgu pun baik, asyik duk puji anak-anak.
Tu yang lagi bersemangat anak-anak nak ke sekolah.
Harini Damia jadi chef.

Dah siap sandwic Damia.

Macam-macam aktiviti cikgu buat.
Ada pertandingan mewarna, susun blok, susu lego.
Last aritu cikgu adakan aktiviti buat sandwic.
Bukan anak-anak ja yang suka, makayah pun lagi suka.
Berkembang otak dan dapat belajar macam-macam benda.

Hasil sandwic anak-anak.

GIVEAWAY SNACK KINTRY.CO

Assalamualaikum.

Dah lama tak join giveaway.
Syaratnya mudah dan hadiah menarik.
Wish me good luck.


Nak join. Klik banner ni

Tarikh tutup : 7 Mac 2019

GENAP 8 TAHUN DI KELANTAN


Sumber : Google


Semalam 1/3/2019, genap 8 tahun cheq menetap mencari rezeki di Kota Bharu. Lapor diri di Kota Bharu dengan ditemani 2 orang anak yang masih kecil sementara husband masih lagi bertugas di Seremban. Terpaksa pinjam emak dari ayah selama sebulan untuk teman cheq anak-beranak.

Alhamdullilah tinggal dengan anak-anak bersendirian di negeri asing ni tak jadi masalah. Yang jadi masalah masa mula-mula sampai dulu adalah loghat klate tu. Susah sangat nak paham, la ni pun cheq masih lagi tak terror kecek klate tapi boleh paham.

Anak yang bongsu pun jadi mek klate dah. Cheq bersalin kat dia kat sini. Ketiga beradik depa dah pandai kecek. Kat dalam rumah, macam-macam loghat ada. Cheq kedah, husband johor, anak-anak klate. Meriahhh...

Cheq ada buat permohonan untuk bertugas di tempat lain. Cukuplah 8 tahun disini, nak merasa suasana di tempat lain pulak.

WELCOME BACK MARCH

Assalamualaikum..

Sumber : Google


Yeay, harini dah masuk bulan Mac.
Kenapa cheq suka sangat bulan 3 ni.
Sebabnya bulan ni banyak sambutan ulangtahun bagi keluarga cheq.
Ulangtahun kelahiran mak tercinta, kakak dan anak sedara tersayang.
Juga ulangtahun perkahwinan cheq yang ke 12 tahun.

Dan cuti sekolah hujung bulan Mac ni.
Mak ayah ni ja tak confirm lagi cuti dapat ke tidak.
Pasti jadi lebih seronok kalau dapat cuti dan sambut sama-sama kat kampung.
Doa-doalah cheq dapat cuti yer..
Nak sambut ramai-ramai macam tahun lepas.

Kek sambutan birthday dan nikah cheq tahun lepas
punya ni.