Assalamualaikum...
Selamat hari Jumaat dan selamat bekerja jugak pada yang bekerja pada hari ni. Harini cheq berhujung minggu kat rumah ja, takdak plan lagi nak kemana-mana sebab husband kerja.
Disebabkan husband kerja awal pagi ni, awal subuh lagi cheq ke dapur buat sarapan. Kalau hari minggu camni, jarang sangat kitaorang nak sarapan yang berat-berat, buat simple ja. Sebab anak-anak cheq makan berulang tapi tengahari akan masak awal.
Untuk sarapan yang ringkas dan cepat, cheq buat cekodok ikan bilis. Anak-anak cheq cukup suka cekodok. Bahan-bahan dan cara nak membuatnya sangat mudah.
Bahan : Tepung gandum, ikan bilis, garam |
Dah gaul sebati, pastikan minyak dah panas, barulah jemput cekodok tu dalam kuali :) |
Waktu awal-awal masukkan adunan tepung tu dalam kuali, kecil comel ja bentuk dia. Tapi bila dah masuk 2, 3 kuali, ada yang bentuk macam gajah, macam dinasour. Dah tahap malas nak tunggu depan kuali tu.
Yang part paling best tu, dalam seketul dua cekodok tu ikan bilis pun takdak. Macam tepung goreng ja. Ada jugak yang penuh dengan ikan bilis. Nasib ler siapa yang dapat cekodok tu.
Dah siap, boleh dah makan |
.........ingat lagi masa zaman cheq adik-beradik kecik lagi. Mak ayah orang susah. Kalau buat cucuq, mesti mak akan atuq piring untuk kami 5,6 beradik ni. Kalau sorang dapat 4, semua dapat 4. Tak rasa la nak menambah, makan hat tu ja.
Sarapan rakyat marhaen yang mendapat tempat dihati kan..macam akak gak..suka buat cekodok ikan bilis..racikkan cili jugak..cicah kuah lebihan lauk semalam..x pun buat tempoyak mentah campur cili api...walla!!!!
ReplyDeletenak pulak kuah gulai yang pekat tu, sedapp..
Deletesedapnya ,,lama dah tak buat.. sedap ni buat menu petang
ReplyDeletepagi petang sedap dimakan cekodok ni
Delete