Assalamualaikum...
Bertempat di Hotel Holiday, Wakaf Che Yeh, semalam telah berlangsung majlis perpisahan : Malam jasamu dikenang bagi pegawai dan anggota-anggota yang akan bertukar. Disebabkan cheq dah dipaksa bayar, jadi nak tak nak kena pergi juga menghadiri majlis tersebut. Nasib baik majlis ni tiada tema untuk pakaian, jadi tak begitu membebankan bagi cheq yang mana hanya beli baju baru untuk raya ja, hehehe....
Selepas hadirnya VIP-VIP dan orang yang diraikan, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengacara majlis. Lepas tu terus makan, macam tau-tau jer cheq dah lapar. Duduk semeja dengan kawan-kawan yang sekepala, jadi tak berapa segan nak makan banyak-banyak.
nasi putih, ayam kicap, sup tulang, telur bistik, sayur dan ada beberapa lauk lagi |
paparazi ambik gambar cheq duk ceduk makanan... alahai, tak bagi can betoila |
pencuci mulut : buah-buahan dan kuih-muih |
Semasa makan, para hadirin dialunkan dengan persembahan daripada 4 orang lelaki bersuara merdu yang dipanggil Kota Bharu Busker. Kesemua diaorang boleh main instrument dan bernyanyi. Lagu-lagu yang diaorang bawak tu sesuai sangat dengan suara diaorang. Sori gambar diaorang tak sempat nak snap, sebab sibuk makan.
Acara diteruskan dengan ucapan daripada orang yang diraikan termasuklah boss kesayangan kami. yang akan bertukar ke Johor. Malam tadi tiada adegan nangis-menangis sebab dah puas menangis waktu pagi semalam. Sempat lagi boss kami menyanyi dua, tiga buah lagu...hohoho kalau pegang mic memang susah nak lepas ni. Ada macam-macam acara lagi termasuklah persembahan daripada insan-insan terpilih yang berbakat, hahaha.... gimik dari Mok Yer dan cabutan bertuah.
gimik daripada mok ye. pelawak dari Kota Bharu. Jate ni tau, buke tino. Gamat satu dewan bila dia masuk. |
Alhamdulillah, untuk cabutan bertuah, nombor cheq dipanggil. Dipanggil last sekali, kiranya cheq dah berputus asa. Cewahhh.... Inilah dinamakan rezeki, sebab nombor cheq tu di cabut sekali lagi bagi menggantikan nombor yang tiada pemilik naik tuntut hadiah. Rezeki anak-anak tu.
Majlis tamat jam 1200 malam selepas sesi bergambar ramai-ramai. Dah semua keluar serentak, jem kat tempat parking, nasib baik cheq letak kereta kat tepi jalan ja, cepat sampai rumah.
Dapat jugak naik pentas, heheheh... |
Alhamdulillah, hamper rezeki anak-anak |
Yang menurut perintah.
ReplyDeleteRela dicampak kemana saja.
Delete