DAMIA DAH SEKOLAH

Tahun ni Damia dah masuk pra-sekolah.
Damia si bongsu cheq dah start bersekolah dah.
Cepatnya masa berlalu. Tup-tup dah nak bersekolah.

Waktu makan pagi. Sedap
cikgu masak.

Seronok betul Damia kat sekolah.
Hari-hari balik rumah, mesti ada banyak benda dia nak cerita kat cheq.
Kawan-kawan ramai.
Cikgu pun baik, asyik duk puji anak-anak.
Tu yang lagi bersemangat anak-anak nak ke sekolah.
Harini Damia jadi chef.

Dah siap sandwic Damia.

Macam-macam aktiviti cikgu buat.
Ada pertandingan mewarna, susun blok, susu lego.
Last aritu cikgu adakan aktiviti buat sandwic.
Bukan anak-anak ja yang suka, makayah pun lagi suka.
Berkembang otak dan dapat belajar macam-macam benda.

Hasil sandwic anak-anak.

4 comments:

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.