TAK SEDAR PUN KENA PENYAKIT TIROID......

Assalamualaikum semua......

Akhir tahun lalu cheq disahkan kena penyakit tiroid selepas jumpa doktor. Masa tu cheq langsung tak tahu pun apa itu penyakit tiroid. Langsung tak sedar pun kena tiroid sebabnya tak rasa sakit kat mana-mana pun. Cuma cheq perasan cheq sentiasa panas dan berpeluh, cepat letih dan suka marah-marah.  Satu badan mengeletar dan cepat semput padahal naik tangga sampai tingkat 1 je pun. Ramai juga orang tegur cheq makin kurus dan mata terjojol. Disebabkan langsung tahu apa-apa mengenai penyakit tiroid ni, cheq cuba cari information tentang punca, sebab, dan simptom-simpton penyakit tiroid ni. 

Apa itu tiroid?

Tiroid adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan. Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.


Terdapat 2 jenis hormon tiroid iaitu tiroksin (T4) dan triodotironin (T3). Selain berfungsi mengeluarkan hormon tiroid, terdapat beberapa  fungsi lain yang dijalankan oleh kelenjar tirod. Antaranya:-

1. mengekalkan kadar tubuh dengan menggunakan karbohidrat dan lemak
2. membantu mengawal suhu tubuh badan
3. mermpengaruhi kadar degupan jantung dan membantu mengawal penghasilan protein.
4. Kalenjar tiroid juga menghasilkan kalsitonin iaitu sejenishormon yang mengawal jumlah kalsium dalam darah. 


Terdapat 2 jenis penyakit tiroid iaitu Hypertiroidism dan Hypotiroidism.

1. Hypertiroidismdalam kes ini hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini adalah:

Grave disease: Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon, Selalunya semua atau sebahagian besar sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan.

Tiroditis atau tiroid bengkak: Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri

Toxic nodule goitre: terlalu banyak iodine di dalam makanan



Tiroid T4 cheq sangat tinggi. Untuk orang normal bawah 14 ja.


Tanda-tanda Hypertiroidism:

a. Peluh yang berlebihan
b. Berat badan turun walaupun makan macam biasa. 
c. Mengeletar habis satu badan. Kalau berdiri cheq boleh rasa kaki cheq ni mengeletar tanpa sebab. 
d. Tiba-tiba rasa takut, panik dan cepat rasa marah.
e. Tak boleh duk kat tempat panas. 
f. Cepat penat, letih, semput
g. Tak boleh fokus.
h. mata terjojol
i. Kitaran haid yang tak teratur. Kadang-kadang datang sedikit atau lambat
j. degupan jantung yang cepat/ laju
k. Kelemahan otot yang terjadi di lengan atas dan paha
l. Insomnia.

mata terbeliak ni bukan buat-buat tau. kawan anak-anak
semua takut nak dekat.

Cover mata dengan spek mata


2. Hypotiroidism - Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Tanda-tanda Hypertiroidism:


a. cepat letih
b. tak boleh duk dalam keadaan sejuk
c. kulit serta rambut yang kering dan kasar
d. Tingkat kolesterol meningkat
e. degupan jantung dan konsentrasi menurun
f. Rasa sakit atau otot sering krem/ kram
g. Kenaikan berat badan yang tidak diketahui penyebabnya
h. Sembelit



Petua Rawatan:

1. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut.

2. Mengurangkan kobis, kacang tanah, lobak putih dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh  badan.

3. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih untuk mengatasi masalah kehilangan berat badan.

4. Makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam  kes kehilangan berat badan yang serius. 

5. Kurangkan merokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan metabolisme. 


  

Ubat yang cheq perlu makan. 


......... alhamdulillah, berkat rajin makan ubat, cheq dah beransur pulih. Berat badan dah makin naik (oh, no...nak kurus, nak sihat), mata pun dah kurang terjojol. Dos ubat yang perlu diambil pun dah kurang. Kalau awal-awal dulu tiap-tiap bulan jumpa doktor, sekarang 3 bulan sekali pulak. Tak sabar nak dengar doktor cakap "puan, awak dah bebas tiroid". Doakan saya cepat sembuh yer.......

6 comments:

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.