FEBRUARI : MUSIM BUAH LIMAU

 Salam sejahtera semua....

Musim buah limau dah datang menandakan perayaan tahun Baru Cina bakal menjelma tak lama lagi. Time ni, buah limau tak putus-putus kat rumah. Ada saja yang bagi. Makan sampai sakit perut la 😆😆.





   

Pada tanggal 12 Februari 2021, rakyat Tiongha akan merayakan Gong Xi Fa Cai yang sinonim dengan buah limau ni. Tak lengkap rasanya perayaan ni tanpa buah limau.

Kenapa buah limau ni penting pada kaum Cina. Ini adakah kerana buah limau ni melambangkan unsur kekayaan yang mana buah limau ni berwarna oren keemasan (golden) bermaksud "Prosperity" iaitu kekayaan. Ala macam prosperty burger mcdonald yang kaya dengan daging tu 😆😆. Selain tu sebutan buah limau dalam Cina seakan bunyi "luck" iaitu bertuah.

So, kaum Cina ni mengharapkan tahun baru yang akan mendatang ini penuh dengan prosperity dan juga luck. Sama la jugak dengan kaum yang lain pun, semuanya mengharapkan yang baik-baik ja kannn... Sapa tak suka jadi kaya dan bertuah kan.

Home Sweet Home

1214 hrs

FEBRUARI 2021

 Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia semua.




Bila dah lama tak menulis, tak tahu nak mula dari mana, dengan apa, macamana? Skill menulis pun dah tak ingat. Sebelum jari ni menaip lebih panjang, ingin diucapkan Selamat Tahun Baru 2021, walaupun dah sebulan berlalu. 

Tajuk FEBRUARI 2021. Ada apa dengan bulan 2 ni. Sebenarnya takdak apapun. Takdak anniversary, takdak birthday sapa-sapa pun. Saja letak tajuk gitu.  Sebelum ni berebut isi borang cuti sempena Tahun Baru Cina, sebabnya di tempat keja saya ni takdak Chinese, so yang Melayu ni sibuk nak cuti 😆😆. Tahun ni cuti beku, so tak boleh cuti. Yahoo... Jom pi kerja hari-hari tanpa gagal.

Insyaallah, PKP tamat 4hb ni. Dengar kata tak sambung lagi. Walaupun sambung ka, tak sambung ka, harap sangat Pandemik covid ni habis. Syohh, syohhh..pi jauh-jauh. Hati ni memberontak nak balik kampung tengok mak ayah. 

Anak-anak pun belajaq dari rumah. Mak depa ni la guru besar, cikgu Bahasa Melayu, Matematik, English, muzik. Arab ja mak depan tak reti 😆😆. Cukuplah merapu untuk harini. Kalau ada masa, ada idea boleh la menaip lagi. 

Dari mak anak 3 menaip di tepi jalanraya yang panas sambil mengira kereta melintas depan mata. Jam 1153 tengahari.