Salam sejahtera semua....
Musim buah limau dah datang menandakan perayaan tahun Baru Cina bakal menjelma tak lama lagi. Time ni, buah limau tak putus-putus kat rumah. Ada saja yang bagi. Makan sampai sakit perut la 😆😆.
Pada tanggal 12 Februari 2021, rakyat Tiongha akan merayakan Gong Xi Fa Cai yang sinonim dengan buah limau ni. Tak lengkap rasanya perayaan ni tanpa buah limau.
Kenapa buah limau ni penting pada kaum Cina. Ini adakah kerana buah limau ni melambangkan unsur kekayaan yang mana buah limau ni berwarna oren keemasan (golden) bermaksud "Prosperity" iaitu kekayaan. Ala macam prosperty burger mcdonald yang kaya dengan daging tu 😆😆. Selain tu sebutan buah limau dalam Cina seakan bunyi "luck" iaitu bertuah.
So, kaum Cina ni mengharapkan tahun baru yang akan mendatang ini penuh dengan prosperity dan juga luck. Sama la jugak dengan kaum yang lain pun, semuanya mengharapkan yang baik-baik ja kannn... Sapa tak suka jadi kaya dan bertuah kan.
Home Sweet Home
1214 hrs
Aakak memang x leh makan limau CNY ni..cepat dapat batuk..
ReplyDeleteNak raya cina ni memang banyaklah limau cina.
ReplyDelete