HADIAH : DOMPET BLINK-BLINK


Asaalamualaikum.....

Semalam baru cheq dapat hadiah ni. Sebenarnya hadiah ni adalah kerana nama cheq naik untuk menghadiri majlis jabatan cheq di Kuala Lumpur pada 8 Mac haritu. Aduhhhh, bila nama naik cheq dah tak ketahuan, kat KL tu.. tak sampai hati nak tinggal anak-anak. Dahlah kena bayaran, pastu ada tema Arabic pulak.

Cheq memang tak dapat pergi, jadi minta orang lain gantikan. Dompet blink-blink ni cenderahati untuk sesiapa yang hadir majlis tu. Walaupun cheq tak hadir, diaorang tetap kirimkan hadiah ni, dan pengganti cheq tu pun dapat juga tau.



Comel sangat. Sayang nak guna

handphone muat, bedak lipstik pun muat

zom dari dekat. tabah betul orang yang jahit manik-
manik ni. Cantik.

.......alhamdulillah, bila masa nak guna dompet ni. Maybe untuk next majlis. Nampak macam glamour dan kaya sangat bila guna beg ni, hihihihi............

2 comments:

  1. hehe tabahkan depa jahit beads tu sbijik2.. lawa pulak tu. tekun nak siapkan menjahit. CT suka jugak pouch2 mcm tu lagi2 nak kluar dekat2 je malas usung handbag. muat fon duit jalan.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dengan kak. Kadang-kadang time malas, kak ambik duit, lesen, ic, phone letak dalam poket seluar ja.

      Delete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.