THROWBACK - AIDILFITRI 2014

Tradisi sambut aidilfitri di kampung cheq, biasanya kami akan berkumpul di rumah bapa sedara yang paling tua....
Sebelum ni semasa arwah tok masih ada, kami anak menantu cucu cicit akan berkumpul rumah tok...
Bersalam-salaman, bermaaf-maafan sebelum ke surau untuk sembahyang raya.
Sebelum-sebelum ni mmg ada sessi bergambar tp tahun ni tak sempat sebab terlewat...
Masalahnya menunggu yang besar-besar nk bersiap. Kejut bangun sekali dua tak bergerak lagi...nk kena guna suara suprano jugak baru nk bangun.
Yang kecik-kecik pula senang bangun. Bagitau harini raya terus mencacak bangun...

Sampai rumah bapa sedara tgk diaorg dah beraya...
Raya tahun ni sedara- mara tak semuanya balik...
Kalau balik semua boleh mencecah ratusan dah rasanya....
Rumah mmg tak muat dah sampaikan bapa saudara cheq tu pasang khemah kat luar..
Hidang makanan pn kat luar ja, buat buffet...senang cite.

Selepas tu berderet-deret kereta bergerak ke rumah tok wan cheq, nk sembahyang raya kt surau sana...
Satu lagi tradisi, lepas sembahyang raya..budak-budak akan beratur kutip duit raya kat jemaah yang menghulur duit raya.
Lepas tu baru lah plan nk ziarah kubur sedara-mara.
Tahun ni cheq tak ikut sbb anak-anak tak sihat, terus balik rumah.

Sempat lagi berposing untuk ambil gambar keluarga tapi muka masing-masing dah letih. Tambahan anak-anak kena bangun awal plak. Sori la abah baju tak sama color.

Time ni abah diaorg dh gerak ke surau untuk sembahyang raya. 

3 beradik yang sedondon. Nmpk tu muka baby dh monyok, tak sihat la kata kauuu...

Kakak tetap maintain dengan trademarknya..."peace". Dah tak boleh mkn dh sbb pakai gincu merah...mengalahkan mama dia.

Si adik mmg payah nk berposing. Beg tu sebenarnya utk digalas silang tp dia sangkut kt leher ja....ikut la dik.

Si baby ni plak comei bertocang dua walaupun rambut tu tak seberapa..

Cuti raya kali ni singkat ja sbb dibahagi 2 tempat....perlis dan johor.
Dapat beraya dengan kedua-dua family walaupn penat banyakkk..
Semoga ramadhan dan syawal ni bkn la yg terakhir utk kami sekeluarga...
Insyaallah panjang umur kita berjumpa lagi di Syawal 2 tahun lagi...

SALAM LEBARAN

No comments:

Post a Comment

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.