LAIN YANG DICARI TAPI LAIN PULAK YANG DAPAT

Assalamualaikum semua.

Misi cheq petang tadi adalah untuk mencari lipstik menggantikan lipstik cheq yang anak-anak buat kaler. Habis kusyen kat rumah dicontengnya. Si kecik Damia la mentornya, kakak-kakak ikut jer. Cheq cuba la selidik tempat yang paling murah dan senang nak cari lipstik cheq ni. Rupa-rupanya dekat jer, tak sampai pun 5 kilometer dari rumah cheq. Itupun kengkawan yang bagitau.

Inilah butiknya The Phillia. Hari-hari cheq
lalu sini.  Tadika Diyanah hanya sebelah
 bangunan kedai ni ja.
Datang berdua dengan Damia ja. Bukan main suka lagi Damia dapat panjat tangga. Taknak mama pegang, apatah lagi dukung. Bukak pintu butik ni ja, cheq dah nampak rak yang ada macam-macam biskut. Dalam chiller ada macam-macam kek. Dah lupa niat sebenar datang nak cari lipstik. Siap offer kat Damia lagi.....

"Baby ambil la apa yang baby nak"

Boleh la offer kat Damia sebab dia bukannya tahu apa pun, cuba offer dekat kakak-kakak dia, mahu bangkrap cheq ni.

Dalam banyak-banyak kek tu, ada jugak kek dari acik watie . Sambar kek keju meleleh acik watie sebab tau dah memang sedap. Dah lama tak order kat acik watie ni. Nasib baik la duit dalam dompet tu sikit jer, kalau ada banyak maunya borong habis ni. Habis diet cheq, huhuhu... Selain tu, ada jugak masakan panas tapi ala western. Sedapnya tengok chicken grill, spagetti, burger... lain kali datang kena makan situ, baru ada feel kata orang.

Dah selesai pilih kek, barulah pergi ke niat asal cari lipstik. Macam-macam peralatan solek ada. Blouse, tudung ada bermacam-macam pi.lihan. Kiranya boleh rambang mata kalau tengok.

Posing sebelum panjat tangga. Muka
ala-ala terkejut gitu.

Antara hasil belian cheq kat butik tu.
Sedap terlampau. Tak rugi beli.

Inilah lipstik kegemaran cheq. Jenama
NYX. Selalu beli online jer tapi sekarang
tak lagi.

Masuk kereta ja, Damia dah mintak nak
makan. Memang sekotak tu habis kat dia
ja.
Bagi cheq la, memang selesa dan kemas butik ni. Tak terlampu crowded dengan perabot atau rak-rak. Kalau buat lawan lari berganti-ganti pun boleh dalam tu. Harapnya suatu hari nanti cheq boleh lepak kat situ sambil menikmati chicken grill.

19 comments:

  1. ambii. lipstick dibuat conteng dekat kusyen. lahai anak anak. hehhe.wahh banyak jugak barang sampingan selain dari lipstick tuuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibir tu halus ja, tak puas la nak sapu lipstik. Sapu kat kusyen lagi puas...hehehe

      Delete
  2. Aiyoo pandai sudah damia..hee..abes lipstick mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantang jumpa lipstik ni, memang nak bawak main ja. Padahal kaler pensel dah berlambak-lambak tapi lipstik juga jadi kegemaran dia

      Delete
  3. Damia.... geram nya aunty sha tengok kecomelan awak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Damia tak pandai nak berposing depan kamera la untie Sha. Nak senyum pun payah

      Delete
  4. wah...bestnya damia ikut mama nyoping, nasib la tak pandai demand lg kan.kalau tak, bankrap mama.

    pepero nya mahal amattt...kat penang sekotak 2.50 je :) hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ni harga termasuk kos penghantaran sekali kut...heheheh

      Delete
  5. sis beli mana gincu tu... hihihi

    ReplyDelete
  6. Kat butik The Phillia. Jalan pengkalan chepa, dekat dengan traffic light tanjung chat.

    ReplyDelete
  7. wah, seronoknya damia jalan2 dengan mama ya..comel dia..hehe..best la dapat makan kek air tangan acik watie..kalau dekat, wana pun nak juga.. :D

    ReplyDelete
  8. bestnya damia dapat upah dari mama.. bila laa dapat rasa kek kak watie.. mesti sedap sesangat kan..

    ReplyDelete
  9. Wah Damia makan sekotak Pepero sorang-sorang jew yer ^-^

    ReplyDelete
  10. Seronok damia ikut mama pergi shopping ye :) hehehe

    ReplyDelete
  11. cheq lama dah teringin nak beli lipstik nyx tu. tapi jauh sangat kat penang pulak. nak beli online takut yang fake punya.

    ReplyDelete
  12. anak2 buat kaler ? huhuhu kaler kat mana tu kak ? jangan dinding suuudey hehehe.. CT dak pernah try NYX tu dengaq pun x penah. iols is ada lipstick pun bukan pakai sangat hahahaa.

    ReplyDelete
  13. Nasib baik bwk damia je. Hehe. Pandai posing gaya konon terkejut ye

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.