Assalamualaikum semua.
Cuti 3 hari yang lepas, cheq sibuk selongkar rumah cari lesen memandu cheq. Entah hilang ke mana pun tak tahu. Sejak bila hilang pun cheq tak sedar. Almaklumlah, lesen memandu tu tak pernah pun keluarkan dari beg duit. Asyik-asyik guna kad bank ja.
Yang cheq sedar hilangnya bila si kecik Damia tengah kerjakan beg duit cheq. Habis semua dia keluarkan. Dah bercampur aduk dengan mainan diaorang. Rasanya time tu lah hilang sebabnya lepas tu cheq pakai kaut ja mainan diaorang dan buang. Rasanya terlekat sekali dengan lesen memandu cheq tu.
Semalam cheq dah pergi JPJ tapi offline la plak. Bawak lah keta tanpa ada lesen, baru terasa takut jumpa polis atau JPJ. Harini sekali lagi pergi JPJ. Sekali masuk, orang punyalah ramai. Gara-gara sistem down semalam.
Walaupun ramai orang tapi laju ja dioarang buat kerja. Cheq pun tunggu tak lama. Disebabkan lesen memandu cheq ni hilang atas kecuaian cheq sendiri, makanya tak payah buat repot polis. Kalau berkaitan jenayah seperti ragut atau kena samun, memang kena buat repot polis. Salinan kad pengenalan kena ada yer..Dan of course kena denda iaitu sebanyak RM20. Disebabkan lesen memandu cheq tu akan tamat tempoh 19 Mei ni jadi cheq terus panjangkan tempohnya untuk 2 tahun lagi.
Setengah jam dah siap lesen kita. Jumlah kos termasuk denda RM60. |
Selamat. Dah boleh memandu dalam keadaan lega.
alhamdulillah..siap jua..:)
ReplyDeletecantik gambar lesen tu =)
ReplyDeletekalau lesen hilang memang memandu dalam keadaan tak senang
ReplyDeletealhamdulillah siap juga akhirnya..
ReplyDeletesy pnya lesin pn x p perbaharui lg.. tamat bulan 4.. huhuhu lupa bila baca nioh baru teringat...
ReplyDeletenasib baik dah buat semula kan..klu tak susah jg... yg lama tu mesti terselit kat mainan budak2 kot...:)
ReplyDeleteuisssh...bahaya tau kak bawak keta tanpa lesen ni..bukan takut JPJ atau trafik tapi takut benda yg tak diingini berlaku..
ReplyDeleteDia nk suruh buat baru hihhihi... tahan lasak sikit kad baru tu
ReplyDeleteNAsib baik tak kena saman time xde lesen tu.. :)
ReplyDeleteDapat lesen baru sudah.. heheh
Assalam ann,
ReplyDeletetu dia haih
gamble drive takdop lesen naaaaaaa he3
nasib baik sekejap je eh mama.. kalau tak, jenuh sungguh la
ReplyDeleteCT ritu memandu dekat sbulan lesen tamat tempoh buat selamba..
ReplyDeletejanji muka konfiden je kak hehehe..
adui payah ekk kalau ilang...
ReplyDeleteaida pernah ilang ic.
masalah nyer x perasan ic ilang.
asben jumpa dlm dashboard kita dia. bagi kat aida.
ha ha ha ha :)
jadi pendtg tanpa asing tanpa disangka dan disedari...
Kadang-kadang ada jer pegawai tu yang usik.... kata lesen hilang, macam mana boleh datang sini dengan memandu sendiri....
ReplyDeleteterima kasih atas info, sonang kojo den camnie..
ReplyDeleteKalau lesen hilang atas kecuaian sendiri, nk buat lesen baru kat jpj kos memang RM 20 je ke?
ReplyDeleteLesen hilang dan nk buat baru, jpj cas RM 20.00 je ke?
ReplyDeleteSama lah, sib baik jumpa blog mama farhanah ni aa...tima kasih bebanyak
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, kalau hilang atas kecuaian sendiri tak perlu buat report ke? Pastu pergi JPJ nak cakap macam mana ya?
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, kalau hilang atas kecuaian sendiri tak perlu buat report ke? Pastu pergi JPJ nak cakap macam mana ya?
ReplyDeleteAssalamualaikum nk tny, pegi bt lesen tu kena bawa gambar tak?
ReplyDeleteboleh je nak bawak, tapi saya scan gambar ic ja.
DeleteKalau lesen percubaan hilang pon proses dya sama ke
ReplyDeleteprosesnya sama ja
Delete