السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semasa cuti tempohari, kitaorang sengaja terlajak sampai ke Melaka. Sesaja nak jalan-jalan cuci mata sementara nak ke rumah adik ipar kat Muar.
Husband cheq ni memang tak tahu sangat jalan dalam bandar Melaka ni. Jalan ikut papan tanda ja. Sampai Melaka dah tengahari, perut dah berkeroncong sangat. Nak cari kedai makan dalam bandar Melaka ni memang susah. Akhirnya kami sekeluarga singgah makan kat bangunan Mara bertentangan dengan Muzium Maritim.
Selepas makan, kitaorang dah konpius nak bergerak kemana. Cheq memang ada sepupu kat Melaka tu, tapi malas nak kacau diaorang hari bekerja tu. Menononglah kami sampai ke Menara Taming Sari. Nak masuk parking tu, kena beli buku parking. Harganya RM6. Anak-anak dah melompat-lompat nak naik menara Taming Sari tu. Husband cheq awal-awal lagi dah surrender taknak naik. Gayat katanya.
Dengan menggunakan Mykad, harga tiket untuk naik Menara Taming Sari bagi dewasa adalah sebanyak RM15 manakala bagi kanak-kanak berumur atas 2 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM10. Kitaorang jugak diberikan sebuah beg kertas yang mengandungi 2 botol mineral dan 2 pek kecil kuih. Kiranya untuk setiap beg kertas adalah untuk 2 orang yang membeli tiket tersebut.
Sebelum bergerak masuk ke laluan untuk ke menara tu, ada petugas di situ dah menunggu untuk mengambil gambar kitaorang. Apalagi, pose yang paling comel kitaorang bagi.
Nak masuk dalam menara tu pun kitaorang disambut sepertimana pramugari sambut penumpang atas kapal terbang. Apabila semua penumpang dah duduk di kerusi masing-masing, barulah menara tu akan naik ke atas. Zupppp, kecut perut sekejap. Menara akan berhenti di atas akan berpusing perlahan membolehkan para penumpang menikmati pemandangan Melaka. Dari atas sana, kita boleh lihat hampir keseluruhan bandaraya Melaka ni. Teropong pun disediakan. Selama 7 minit kitaorang berpusing-pusing kat atas sebelum turun semula ke bawah.
Sampai di bawah, gambar kitaorang yang diaorang ambil tadi dah siap dipaparkan. Kita ada pilihan samada nak ambil atau buat tak peduli ja dengan gambar kita tu. Dua keping gambar bersaiz 5R dan 3R serta satu keychain berharga RM50. Cheq ambil gambar tu sebagai kenangan.
Inilah kali kedua cheq naik Menara Taming Sari ni. Takdaklah teruja macam first time dulu. Last naik adalah lebih kurang 6 tahun yang lalu. Masa tu tengah pregnant anak yang kedua dan masih menetap kat Noghori Sembilan. Masa tu jugak husband cheq jadi penunggu setia kat bawah.
Insyaallah, ada rezeki nak datang lagi. Banyak lagi tempat yang nak tuju tapi masa tak mengizinkan. Teringin nak ke Pantai Kelebang, nak tengok Hotel Bas. Nak bawak anak-anak ke Toy's Museum. Memang banyak tempat menarik kat Melaka ni, tak cukup sehari nak jalan-jalan dalam Melaka ni. Hingga kita ketemu lagi MELAKA.
sy baru sekali naik...jarang nk ke bandar bila balik melaka
ReplyDeleteWaa.. Seronoknya.. Tak pernah naik lagi..
ReplyDeleteseronok ni Mama.. itew tak naik2 lagi.. lalu adalah ehehe..
ReplyDeletetak pernah sampai melaka lagi
ReplyDeleteMama. Kita pun tak pernah naik lagi. Haha. Rupanya macam tu. Salu terbayang kita kene diri jah atas tu, upenye ada tempat duduk. Baru tahu. Hihikk
ReplyDeletewah , ain belum pernah naik lagi . nak pegi lah nanti.
ReplyDeletekalau naik waktu malas mesti lagi cantik kan
ReplyDelete