السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Walaupun kedai dobi layan diri ni hanya 3-5 minit ja dari rumah, tak pernah langsung terlintas cheq nak singgah guna perkhidmatannya. Segala baju, seluar, tuala, selimut, toto memang cheq basuh sendiri kat rumah. Ruang sidai pakaian luas, jadi takdak masalah nak basuh baju 3 hari sekali pun.
Disebabkan kat kampung haritu, rumah abah mentua takdak air, jadi terpaksalah mendobi baju sendiri. Mulanya nak hantar baju kat dobi biasa, tapi bila difikirkan baju lambat siap, maka mencarilah kami dobi layan diri ni. Maklumlah, bawak balik baju pun 2, 3 helai ja. Sejak itulah cheq mula kenal dengan dobi ni. Pada mulanya cheq memang tak tahu cara nak guna. Tanya orang satu-persatu step nak guna, sampai pandai sendiri. Selang 2 hari ja, angkutlah bakul baju kotor ke dobi tu.
Bila dah balik sini, perangai nak ke dobi takleh nak tinggal. Sebabnya rasa dah senang sangat. Masukkan baju dalam mesin, lepas tu tinggal sekejap pergi minum air. Datang semula kedai dobi, baju dah siap basuh. Masuk pulak baju tu dalam mesin pengering, tinggalkan dan masuk dalam pasaraya plak. Datang semula, tarraaaa.... baju dah siap. Boleh terus dilipat ataupun terus nak pakai. Tak payah nak sidai-sidai lagi.
Walaupun sentiasa basuh baju kat kedai dobi, mesin basuh cheq tu taklah sampai berhabuk tak guna. Kain-kain buruk, cheq basuh kat rumah ja. Tapi harini cheq dah start basuh baju kat rumah sebabnya lif blok cheq rosak. Tak larat nak angkat bakul baju turun ikut tangga.