★★ RASA 5 STAR ★★

Assalamualaikum semua

Cheq sememangnya penggemar tegar kopi.
Kadang-kadang teringin nak minum kopicino, latte, mocha.
Tapi macam tak mampu nak minum kat restoren-restoren besar.
Kalau dah teringin sangat cheq beli ja nescafe tin tu.
Kan ada macam-macam perisa. 
Mocca ada, latte pun ada.

Sekarang ni, cheq dah jumpa penjual pelbagai jenis kopi yang murah.
Gerainya di tepi jalan ja.

Memang dah lama cheq nampak gerai ni.
Orang selalu ja ramai, tapi cheq tak pernah nak singgah.
Ingatkan jual air biasa-biasa ja.
Tapi bila dah cuba sekali, rasa cam ketagih pulak.

Rasanya semua jenis air cheq dah rasa.
Tauke gerai tu pun macam dah kenal cheq.
Pelanggan tetap dia kann.


Gerainya terletak di tepi jalan ja.
Jalan Kebun Sultan

Inilah logo gerainya. Pelanggan sentiasa ada.

Capicinno RM3. Macam salah je ejaannya.

Green tea RM4

Walaupun harganya murah, tapi rasanya memang tahap hotel 5 bintang.
Walaupun ais tu dah cair, tapi kopinya masih terasa kaw-kaw.
Belum cuba, belum tahu.


13 comments:

  1. pernah jumpa kt kl..ais nye banyak sgt!

    ReplyDelete
  2. Adoiii cheq dok KL maka cheq tengok je laaa ye... kak farrrrrr !! rindooonyaaa alahai nak bertapak kat sini...

    ReplyDelete
  3. wah kat mana ni??? uniknya cara packing dia!! thumbs up!!

    ReplyDelete
  4. Dah lah tgh panas nie. Tengok air green tea rasa mcm ia tgh mengalir di tekak. sedapnyaa

    ReplyDelete
  5. Murah tu..dapat beli pada harga macam tu..

    ReplyDelete
  6. murah tu..starbuck pun kalah..

    ReplyDelete
  7. saya pun penggemar kopi....^_^

    ReplyDelete
  8. wah..macam best la mama..rasa teringin pula..tapi jauh tu..mama tolong pos sini bleh? ^_^

    ReplyDelete
  9. yummy yummy. coffee memang sedap dan menyegarkan

    ReplyDelete
  10. ok laa dapat beli kopi yang murah dengan kualiti yang setanding 5 bintang tuh..

    ReplyDelete
  11. Assalam ann,
    memang dia bungkuih dalam plastik & bubuh dalam paper bag ka tu????
    nampak menarik laaaaaa

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.