★★ FITNAH MERATA-RATA ★★

Sebenarnya kisah ni dah lama, tapi ianya tetap menjadi nanah dalam pasukan kami. Kisah-kisah yang dipaparkan seolah-olah mengajak orang awam membenci pihak PDRM. Cacian, makian yang kami terima. Orang kita sekarang ni mudah jer terima apa yang ditulis, tanpa berfikir.


SEPASANG PENGANTIN BARU BENGANG KISAH DIA DISAMAN PDRM ATAS KESALAHAN TRAFIK DI PUTAR BELITKAN OLEH AKHBAR HARIAN METRO.

Semalam saya telah ditag oleh kawan-kawan saya berkaitan kes seorang pengantin lelaki di saman oleh polis trafik di Rompin di bawah tajuk " PERSANDINGAN TERTANGGUH " yang telah disebarkan melalui page myMetro..

Dipage itu juga dipaparkan gambar pengantin yang sedang bersalam dengan seorang Pegawai Turus Trafik yang telah disamarkan wajahnya. Dikatakan pengantin itu disaman lantaran lampu brek ketiga kenderaan yang dinaiki tidak bernyala.

Pengantin itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat untuk mengahdiri majlis persandingannya.. Saya mengaku gambar yang dipaparkan itu memang gambar suami saya Encik Hafiz Jamal..

Namun saya hairan bercampur keliru kerana jalan cerita yang ditulis dalam akhbar itu bukan cerita yang sebenar dan banyak yanng ditokok tambahkan. Walhal kami dalam perjalanan untuk shooting gambar outdoor kami di Bukit Ibam.

Bukanlah untuk menghadiri majlis persandingan kami di Segamat. Kami datang dari Pasir Mas Kelantan dan menuju ke Muadzam Shah. Saya jadi pelik dengan berita yang disiarkan yang bercanggah dengan situasi sebenar.

Memang benar lampu brek ketiga kenderaan yang kami naiki tidak berfungsi. Jenis kenderaan yang dinyatakan  di dalam akhbar adalah perodua myvi namun sebliknya kami menaiki nissan navara.

Saya jadi kesal bila baca komen-komen yang negatif berkaitan dengan PDRM diluahkan pada gambar kami, sedangkan polis terbabit hannya memberikan amaran kepada kami bahkan menghulurkan salam dan mengucapkan selamat pengantin baru kepada kami.

Saya percaya wartawan MYMETRO dapatkan gambar kami di page Polis Pahang yang telah memuatkan gambar kami pada 1 April 2015, yang kemudiannya gambar yang sama disamarkan muka diletakkan pada page MYMETRO.

Konklusinya saya dan suami tak marah gambar kami diviralkan namun kami jadi sangsi sengan kisah yang dipaparkan bukan dari kisah yang sebenar. Terima kasih PDRM atas budi bicara yang baik buat kami.

 
notajarihalus : semalam ada orang awam datang buat repot berkenaan cuaca yang sangat panas. Pihak polis sedia terima repot dia walaupun tiada tindakan yang boleh pihak kami ambil.

12 comments:

  1. biasalah..orang nak jadi top selalu buat citer mengarut kan...

    ReplyDelete
  2. akhbar memang macam tu .. suka putar belit kan fakta .. time arwah adik meninggal pun mcam² dia tulis dalam akhbar tu .. sedangkan yang dia tulis tu semua nya tak betul ..

    ReplyDelete
  3. That's why etika jadi penulis ni kena di highlightkan....
    and hopefully rakyat malaysia ni pun kalau nak share sesuatu, cek la dulu kesahihan...
    viral yang dicari, dosa yang mari.. :)

    ReplyDelete
  4. Mudah sangat mencari sumber dan diolah supaya menjadi viral

    ReplyDelete
  5. hmm... manusia... ada je nak ditokok tambah. sebab tu kita selalu kena dengar dari 2 pihak. baru boleh pertimbangkan.

    ReplyDelete
  6. fitnah yang tak membawa kebaikkan pun kan..

    ReplyDelete
  7. Orang kata apa yang disampaikan janganlah kita percaya 100% sebaik2 nya siasat dulu..org sekarang suka sgt viralkan benda yang ntah pape..sabar ye mama..

    ReplyDelete
  8. tu laa abis tak ada cerita laa tu.. tapi tak patut laa sampai nak fitnah.. kan dosa tu..

    ReplyDelete
  9. Assalam ann.
    apaaaaaaaaaaaa???
    cuaca panaih buta report polis????
    ish3
    mental3
    manusia memacam kan3

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.