Contest: Hijab, Let's wear it right!

Tarikh tamat penyertaan :
30 April 2015


Klik banner untuk join


Kenapa saya memilih untuk berhijab

Saya mula memakai hijab pada usia 13 tahun. Itupun disebabkan ayah dan emak saya yang meminta saya memakai hijab. Pada mulanya saya kurang faham kenapa mesti memakai tudung. Tapi apabapabila keluar bersama-sama rakan ke bandar, rakan saya yang tidak memakai hijab mudah diganggu oleh kaum lelaki dari segi perbuatan ataupun pandangan. Kami yang memakai hijab berasa selesa tanpa gangguan mata-mata lelaki. Dari situlah saya mula faham keistimewaannya bila kita berhijab. 

Antara lain sebab saya terus mengekal dengan berhijab adalah kerana mahu mendekatakan saya pada ajaran Islam. Saya juga ingin taat kepada Allah yang telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezeki, melindungi dan menolong saya. Menjaga diri daripada gangguan lelaki gatal dan menghindar dari zina mata dan zina hati.


Pesanan saya


Berusahalah sedaya upaya untuk memakai hijab. Tiada istilah ' belum sampai seru ' dalam ajaran Islam. Dan juga tiada istilah memakai hijab ini nampak kuno. Percayalah anda semua, bila memakai hijab kita akan nampak bertambah ayu. Saya doakan agar pintu hati kaliam semua terbuka untuk memakai hijab dan menutup aurat. Marilah kita bersama-sama menjaga kesucian dan maruah wanita.





Hadis Nabi yang bermaksud : " Sampaikanlah dengan apa-apa yang diterima dari kami walaupun sepotong ayat"  (Riwayat Bukhari dan Tarmizi). Sesungguhnya orang yang menyampaikan kebaikan (dakwah) adalah orang yang terlepas dari tanggungjawabnya.











12 comments:

  1. Erk...
    tak boleh join ni.. Sha masih freehair :)
    all the best kakfar !

    ReplyDelete
  2. teringat ada seorang makcik kat Czech ni, dia jaga kedai baju2, and dia tanya dalam bahasa dia, faham tak faham jugaklah. hehe.

    few questions macam, kena pakai ke cover kepala tu?, kenapa?, kalau kat rumah, pakai jugak ke? phew, nak jawab dalam bahasa melayu, mcm okay lagi. tapi nak berkongsi dalam bahasa yg takde la fasih sangat ni, fikir panjang jugak lah.

    kadang2 sedih sebab just boleh jawab pendek, tak mampu nak kongsi keindahan pakai hijab ni. T_T

    ReplyDelete
  3. bagus contest mcm ni
    ajak kita utk berhijab dgn sempurna

    ReplyDelete
  4. wah best ni, cantinya, best of luck mama

    ReplyDelete
  5. wahh sedondon mama ngan anak2.. good luck mama..

    ReplyDelete
  6. Assalam ann,
    :)
    soka ceritera uols ni :)

    ReplyDelete
  7. Gudluck mama :) Setuju dengan apa yg mama kata...:)

    comelnya pakai sedondon :)

    ReplyDelete
  8. Good luck mama... sedondon comelnya

    ReplyDelete
  9. all the best mama..

    comel sangat tengok baju sedondon tu.. :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum dear. Maaf lambat updated. Thanks join my contest. Masha Allah. Terharu sangat. Moga terus istiqamah dalam memakai hijab. Believe me, hijab make me you beautiful sis. May Allah always protect us. In shaa Allah. Btw, saya dah updated senarai peserta. Bolehlah berblogwalking. Do follow our organiser and sponsor okayy dear. Jazakillah kheyr.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.